Adakah Puasa Anda Batal
>> Monday, August 1, 2011
MARHABAN YA RAMADAN
-----------------------------------------------------
ADAKAH PUASA ANDA BATAL?
Semalam kita umat Islam telah mulai solat Tarawih. Seperti biasa ramai umat Islam mendatangi masjid untuk solat fardu Isya’ dan seterusnya bertarawih. Keramaian yang berganda. Pandangan yang menyeangkan mata dan menyegarkan jiwa.
Berbagai-bagai peringkat mengunjungi masjid. Lelaki dan wanita, pemuda dan gadis, serta juga kana-kanak. Ada yang berkereta, ada yang bermotor, dan ada yang berjalan bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan masjid. Semuanya tidak ingin melepaskan peluang menyambut kunjungan sekali dalam setahun: bulan Ramadan yang mulia.
Seterusnya hari ini hari Isnin 1 Ramadan bersamaan dengan 1 Ogos 2011, hari pertama kita berpuasa untuk tahun 1432 Hijriah ini. Masih ada lagi selama 28 atau 29 hari yang mulia ini untuk kita berpuasa di sepanjang tahun in.
Seperti juga dengan ibadat lain, puasa juga mempunyai peraturan-peraturan yang tetap yang wajib dipatuhi oleh orang-orang yang berpuasa, kerana perbuatan melanggar peraturan itu dengan sengaja boleh menyebabkan puasanyya terbatal, malah mungkin boleh menimpakan dosa ke atasnya.
Ada beberapa perkara utama yang mesti dielakkan di siang hari sepanjang bulan Ramadan untuk mengelak puasa seseorang daripada musnah atau terbatal.
Perkara-perkara yang mesti dijauhi itu ialah:
-Makan Dan Minum Dengan Sengaja
Kita tdak dibenarkan makan dan minum dengan sengaja disiang hari jika kita berpuasa supaya ia tidak merosak atau membatalkan puasa kita itu.
“Dan makan serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang [cahaya siang] dari benang hitam [kegelapan malam] [maghrib]”.Al-Baqarah 2:187
Tapi andainya makan dan minum dilaku dengan tidak sengaja, tersalah atau dipakasa maka perbuatan itu tidaklah dianggap membatalkan puasa
“Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa”.HR:Al-Hakim & Ibnu Hazm.
Suntikan Makanan
Memasukkan makanan menerusi suntikan untuk disampaikan ke perut, seperti dilakukan kepada orang yang sakit yang tidak mampu untuk makan sebagaimana biasa, membatalkan puasa.
Andainya kandungan suntikan itu tidak sampai ke perut sekali pun, dan hanya di saluran darah sahaja, ia juga membatalkan puasa kerana kegunaanya untuk menggantikan makanan dan minuman kepada seseorang.
Biasanya pesakit yang tidak mampu makan menerusi mulut seperti biasa atau berada dalam keadan koma dalam waktu yang lama diberikan makanan, seperti glukosa dan garam [sodium] menerusi jarum suntikan yang bertiub yang disambungkan kepada botol yang berisi dengan bahan makanan tersebut.
Istilah Makan Minum
Untuk perbincangan yang lebih lanjut mengenai kedua-dua perkara tersebut saya petik pendapat Al-Islam, BIL.7 1982 yang menegaskan, “
“Termasuk dalam istilah makan dan minum ialah memasukkan apa juga ke dalam rongga perut atau otak menerusi saluran lubang yang sedia ada dengan sengaja dan dengan pengetahuan bahawa perbuatan itu membatalkan puasanya.
“Yang dimaksudkan dengan rongga perut ialah dari sempadan tekak waktu membunyikan huruf “ha” hingga ke pintu kemaluan belakang atau hadapan lelaki dan perempuan.
“Yang dimaksud dengan saluran lubang yang sedia ada ialah seperti lubang mulut, hidung, telinga, lubang kemaluan hadapan dan belakang atau lubang luka yang tembus hingga ke dalam perut.
“Oleh itu jika sesuatu benda itu dimasukkan melalui lubang-lubang saluran tadi tetapi tidak sampai masuk ke dalam rongga perut, maka tidaklah batal puasa.
“Atau jika sesuatu benda itu masuk sampai ke dalam rongga perut tetapi tidak masuk melalui lubang saluran yang sedia ada seperti memasukkan ubat dengan cara suntikan ke dalam daging atau memasukkan darah melalui urat darah, tidaklah batal puasa.
“Para ulamak sebulat suara berpendapat bahawa mulut adalah lubang saluran yang sedia ada dan mulut itu bukan sebahagian dari rongga perut, maka air yang masuk ke dalam mulut dan tidak sampai ke dalam rogga perut melampaui sempadan tekak, tidaklah dikira batal puasa.
“Begitu juga air liur yang sedia ada di dalam mulut, dikira sebagai bahan di dalam tubuh. Sebab itulah menelan air liur sendiri dihukumkan tidak batal puasa, kecuali air liur itu bercampur benda lain atau sudah terkeluar dari mulut.
“Maka tidaklah batal puasa jika seseorang itu memasukkan jarinya ke dalam mulut atau ke dalam lubang hidung. Jari tidak boleh masuk sampai ke dalam rongga kepala, seperti air. Oleh sebab itu air yang dimasukkan ke dalam lubang hidung sampai ke dalam rongga kepala akan membatalkan puasa.
“Dan dilarang bagi orang yang berpuasa itu berkumur-kumur terlalu banyak ketika mengambil wuduk atau memasukkan air terlalu banyak ke dalam lubang hidung, kerana ditakuti air akan mudah masuk ke dalam rongga badan.
“Dalam hal ini dilarang juga mandi dengan terlalu banyak air atau mandi dengan menyelam ke dalam sungai atau kolam kerana air mudah masuk ke dalam rongga badan dengan cara begini.
“Jika saki baki makanan tertinggal dalam mulut, dan orang itu menelan air liurnya dengan tidak berniat menelan baki makanan itu tidaklah batal puasanya, kecuali jika dia tahu yang ditelannya bukan sahaja air liur tetapi juga makanan itu”.
-Melakukan Hubungan Seks
Melakukan hubungan seks, berjimak atau bersetubuh dengan sengaja di siang hari dalam bulan Ramadan adalah membatalkan puasa samada kelur mani atau tidak.
Lelaki yang bersetubuh itu perlu mengkadakan puasanya dan membayar denda kifarah sebagaimana ditetapkan oleh agama.
Tapi bagi orang perempuan, walau pun puasanya batal, dan wajib kada, tapi dia tidak diwajib memabayar kifarah.
“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur [bersetubuh] dengan isteri-isteri kamu. .Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kamu”.Al-Baqarah2:187.
Namun begitu puasa qada, puasa sunat atau puasa nazar, walau pun puasanya batal kerana persetubuhan, tapi terlepas daripada hukuman membayar kifarah.
Tapi malang sekali ada sesetengah penzina cuba menipu dengan membatalkan puasa mereka terlebih dahulu dengan makan dan meinum sepuas-puasnya dalam bulan Ramadan, kemudian baru mereka pergi mencari gewang atau pelacur untuk berzina. Dengan berbuat demikian, kata mereka, terlepaslah mereka daripada dikenakan kifarah, kerana pada masa berzina itu mereka sudah tidak berpuasa lagi.
Alangkah mudahnya cara mereka untuk menipu Allah, macam mereka menipu keluarga mereka di rumah, dengan berpura-pura letih kelaparan, sedangkan perut mereka telah disumbat dengan berbagai-bagai makanan haram yang akan melemparkan mereka ke dalam neraka.
-Mengeluarkan Air Mani Dengan Sengaja
Perbuatan mengeluarkan air mani dengan sengaja tanpa prsetubuhan seperti onani atau mernacap adalah membatalkan puasa.
Tapi sebaliknya jika air mani itu keluar dengan tidak sengaja, seperti kerana bermimpi, kerana melihat aurat wanita, kerana menggaru kemaluan dan sebagainhya tidaklah membatalkana puasa.
Berkait dengan hal ini, bagaimana pula dengan percumbuan antara suami isteri dalam bulan Ramadan?
Saya petik kembali Al-Islam yang menegaskan, “Sesetengah ulamak berpendapat bercumbu suami isteri pada siang hari bulan Ramadan ketika berpuasa boleh dihukum haram walaupun tidak sampai keluar air mani, kerana perbuatan itu merosak kesucian ibadat puasa yang menghendaki seseorang itu mengelakkan diri dari perbuatan yang berunsur nafsu”.
-Muntah Dengan Sengaja
Jangan muntah dengan sengaja di waktu siang hari dalam bulan Ramadan, seperti dengan menjolok tekak dengan jari dan sebagainya kerana ia boleh membatalkan puasa anda.
Tapi termuntah dengan tidak sengaja atau terpaksa tidaklah membatalkan puasa.
“Barang siapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk mengqada puasanya, dan barang siapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadakan puasanya”.HR:Abu Daud, Tirmzi, Ibn Majah & Ahmad.
Saya petik Al-Islam berhubung dengan perkara berbangkit ini yang berpendapat:
”Yang dimaksudkan dengan muntah ialah bahan dari dalam perut sama ada air atau makanan, yang keluar melalui mulut. Dan tidak termasuk dalam istilah muntah, iaitu bahan lendir atau kahak yang keluar dari tekak.
“Setengah ulamak mensifatkan kahak seperti air liur. Tidak batal puasa jika kahak yang keluar hingga ke dalam mulut ditelan kembali, kerana kahak adalah bahan dari dalam badan dan mulut dianggap bahagian sebelah dalam badan”.
-Gila
Gila atau hilang akal yang tidak berkekalan, datang sehari dan hilang sehari membatalkan puasa.
Pitam atau mabuk yang tidak sengaja sperti kerana melihat darah, tidak membatalkan puasa.
Tidur tidak membatalkan puasa, walaupun anda tidur sehari suntuk.
-Datang Haid dan Nifas
Ini perkara yang khusus untuk kaum wanita, iaitu datang haid [period] dan nifas di waktu siang hari dalam bulan Ramadan yang berlaku secara necral tanpa dilakukan dengan usaha sendiri .
Seseorang wanita yang haid atau nifas dalam bulan Ramadan diharamkan berpuasa, tapi wajib mengqadakannya. Jika dia terus juga berpuasa, maka puasanya tidah sah.
“Beberapa malam dia diam tidak mengerjakan solat dan tidak juga berpuasa pada bulan Ramadan. Jadi, inilah kekurangan agamanya”.HR:Muslim.
-Murtad
Berhubung dengan hal ini saya petik sekali lagi Al-Islam yang menegaskan:
“Orang yang berpuasa itu jadi murtad siang hari ketika berpuasa. Yang diambil kira di sini ialah perbuatan murtad yang disengajakan, umpamanya, dia sengaja menyembah berhala, mragukan kebenaran al-Quran, Nabi Muhammad, hari kiamat dan sebagainya.
“Walaupun pada petang hari itu juga dia insaf kembali dan brtaubat serta mengucap kalimah syahadat, namun puasanya pada hari itu tetap dikira batal dan dia wajib mengqadanya ketika bahagian awal dari puasanya pada pagi hari itu dilakukan ketika dia masih Islam”.
Oleh itu setiap dari kita hendaklah sentiasa berhati-hati supaya tidak terlanggar segala larangan yang boleh membatalkan puasa kita.
Selamat berpuasa.
xxxxxxxxxxxxxx
Rujukan:
1.Saliem Al-Hilalis &
Ali Hasan Ali Abdul Hamed,
Puasa Rasulullah
Thinker’s Library Pte.Ltd.,
123, Jalan Jasa Tiga, Taman Jasa, Sungei Tua,
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia.
2.Hj.Mohd Sanusi Mahmood
Sains Dan Teknoloji
Al-Ahmadiah Press [Pte] Ltd., Singapura.
3.Dr.Mohammad Alitoha
365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
PTS Millennia Sdn.Bhd.,
No 12 & 12A
Dolomite Business Park
68100, Batu Caves, Selangor, Malaysia.
4.Absyar Fuad.Suzana Ismail
Adab Ramadan
PTS Islamika Sdn. Bhd.,
No 12 & 12 A, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor.
5.Abdul Hadi Awang
Ramadan Tetamu Yang Dirindui
Penerbit yang sama di atas.
6.Dr.Engku Ahmad Zaki
Sirah Bulan-bulan Hijrah
Must Read Sdn.Bhd.,
35, Jalan Wangsa Setia 3,Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.t
7.Wan Mohd.Noh Wan Hama
Rusnah Abu Samah
Ramadan Tiba Lagi
Yamani Angel Sdn.Bhd.,
No 2-2, Jalan Excella
Taman Ampang Hilir,
55100 Kuala Lumpur.
8.Muhammad bin Mubarak ath-Thawasyi
Dr.Said bin Musaffar al-Qahthani
Misteri Ramadhan
Al-Hidayah Publication
27, Jalan Ipoh Kecil, 50350 KL.WP.
[Terjemahan:Juhan Che Yaman]
9.Haji Johari Haji Alias
Panduan Solat Tarawih
Darul Nu’man
15A, Tkt.Satu, Wisma Yakin,
Jalan Masjid India,
50100 Kuala Lumpur.
10.Majalah, Akhbar dan :lain-lain
xxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment