Rahsia Jadi Papa

>> Saturday, October 30, 2010



RAHSIA nak jadi Papa Kedana?

Kita kadang-kadang terdengar orang berkata, “Biar papa, asal bergaya”. Ini bererti orang yang berkata ini rela menjadi manusia yang papa dan melarat asalkan dia dapat bergaya, menunjuk-nunjukkan kepada orang tentang kehebatannya dalam berbelanja, umpamanya untuk membeli pakaian mewah di luar daripada kemampuannya, atau membuat kenduri-kendara yang terlalu mewah di luar dayanya dan berbagai-bagai aktiviti lagi.

Orang yang bertekad begini rela bergadai bergolok, atau berhutang, dengan bank-bank, ceti-ceti atau along- along atau sesiapa sahaja yang sanggup memberi hutang untuk merealisasikan maksudnya itu, walaupun dia tahu dan faham, dia akan mengalami kemalaratan selepas bergaya. Benarlah, “Biar papa, asal bergaya”.

Orang ini sebenarnya bukan sahaja seorang yang bodoh, tapi juga seorang yang bongkak dan sombong, yang rela berkorban bukan pada tempatnya. Bagaimana tak bodoh sombong kalau duit hanya ada RM100.00. tapi berbelanja sampai RM1000.00? Tujuannya semata-mata untuk dilihat dan dipuji orang sebagai orang yang ada status, yang berduit, yang hebat dan bergaya. Akibatnya menderita sepanjang hayat.

Kata-kata bodoh sombong itu juga dengan jelas menunjukkan bahawa boros adalah salah satu rahsia yang boleh melontarkan seseorang ke dalam lautan kemiskinan dan kepapaan-papa-kedana. Ertinya berbelanja di luar kemampuan. Modal kecil, tapi belanja besar. Nak dipeluk bukit dengan dua tangan. Aduh!

Perangai yang hampir serupa dengannya ialah orang bersikap terlalu boros, menghambur duit ke sana ke mari, bukan untuk bermegah-megah, tapi lebih kepada sifat melampau dalam berbelanja untuk menyenangkan hati sendiri, seperti membeli barang-barang berjenama yang tidak perlu, yang menyebabkan dompet menjadi licin-licau dan terpaksa berhutang ke hulu ke hilir untuk menampung kehidupan yang telah morat-maret kerana keborosan diri sendiri.

Kalau tak percaya cubalah jadikan diri anda seorang pemboros. Nanti kehidupan anda susah dan menjadi tidak keruan. Hutang di sekeliling pinggang. Anda tidak dapat bergerak bebas, kerana diburu oleh ceti atau along dan ajen-ajenya yang sanggup bertindak kejam jika anda enggan melunaskan hutang mereka.

Selain itu ada lagi beberapa petua yang ditinggalkan oleh orang-orang tua kita berupa rahsia untuk menjadi manusia miskin dan papa kedana jika kita mengamalkannya. Justeru itu jika anda melazimkannya bererti anda sengaja menempah papa-kedana. Cubalah amalkan jika anda mencita-citakan untuk menjadi manusia yang papa kedana?

Sembahayang

Sembahayang atau solat adalah satu kewajipan asasi kita sebagai seorang Islam; ia termasuk dalam rukun Islam yang lima. Tidak sembahayang ertinya menanggung dosa besar. Justeru itu setiap orang Islam perlu mengambil berat tentang solat.

Jangan permudah-mudahkan solat lima waktu. Jangan solat hanya ketika berasa hendak sembahayang, dan meninggalkannya bila merasa malas. Jangan melambat-lambatkan waktu sembahayang, sembahayang zohor menjelang Asar, atau sembahayang Asar menjelang Maghrib dan sembahayang Maghrib pula menjelang Isa’. Merbahaya.

Berbuat demikian bukan sahaja bererti menempah dosa, tapi juga membariskan diri anda sebagai seorang calon untuk menjadi papa-kedana.

Mengambil Wudhuk

Sebelum solat kita diwajibkan mengambil wudhuk terlebih dahulu, kerana tanpa wudhuk, sembahayang kita tidak shah. Kalau di masjid atau di surau-surau ada disediakan tempat mengambil wudhuk yang khas untuk memudahkan para jemaah mereka mengambil wudhuk.

Orang-orang tua kita mempunyai pantang larang dalam masa pengambilan wudhuk ini. Antaranya kita dilarang mengambil wudhuk di tempat orang membuang air kecil atau air besar, bukan sahaja kerana tempat itu kotor, tapi juga kerana mereka percaya amalan tersebut boleh menyebabkan seseorang menjadi papa-kedana.

Sembahayang Jemaah

Bersembahayang jemaah di masjid memang dituntut, kalau tidak boleh setiap lima waktu sehari semalam, beberapa waktu hendaklah diusahakan, seperti sembahayng Asar, Maghrib dan Subuh. Tapi ingat, ketika anda solat Subuh di masjid, anda janganlah bersegera meninggalkan masjid, apa lagi kalau pak imam pun masih belum selesai berdoa. Tunggulah dan sabarlah sekejap dan jangan terlalu tergesa-gesa meninggal masjid selepas solat Subuh.

Berbuat demikian bererti anda meneydiakan diri anda untuk menjadi papa-kedana.Awaslah.

Para ibu bapa

Para ibu bapa jangan sama sekali mendoakan buruk untuk anak-anak mereka. Walau bagaimana marah sekali ibu bapa terhadap anak-anak mereka, kerana tidak menurut perintah mereka, jangan sama sekali mendoakan keburukan untuk anak-anak yang mungkin mempunyai pendirian yang berlainan. Sebaliknya berdoalah untuk kebaikan mereka, semoga Allah membukakan pintu akal dan hati mereka untuk menjadi anak yang baik dan saleh.

Kita merasa amat sedih mendengar ada ibu-ibu yang menyumpah seranah anak-anak mereka walaupun melakukan kesilapan yang kecil, dan mungkin pula dengan tidak sengaja, namun dengan lantang si ibu menyatakan dia akan berdoa supaya anaknya ditimpa musibah. Perbuatan seperti itu bererti menempah penyesalan andainya doa jahatnya itu dikabulkan Allah, dan dia pula menjadi papa-kedana kerana tindakannya yang tidak wajar itu.

Anak-anak

Sebaliknya anak-anak pula perlu mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapa mereka supaya mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Allah memerintah kita supaya mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapa kita. Justeru ada mereka yang berpendapat sebarang doa kita yang tidak disertakan dengan doa kepada ibu bapa akan tertatahan, tidak diangkat ke hadarat Allah S.A.W.T

Di samping itu meninggalkan doa kebajikan untuk kedua ibu bapa juga boleh menyebabkan kepapaan, kerana melupakan jasa-jasa ibu bapa yang amat besar kepada mereka.

Kedekut

Bersifat jimat yang melampau-lampau, hingga termasuk golongan kedekut juga amat tidak disukai, kerana ia boleh mengundang musibah. Ia lawan dari sifat boros. Orang kedekut bukan sahaja sayang untuk membelanja kerana orang lain, malah untuk diri sendiripun mereka teragak-agak untuk berbelanja, walaupun perkara-perkara itu sudah terang menjadi keperluan kepadanya.

Ada beberapa pepatah mengenai orang kedekut, antaranya “seperti tangkai jering”, dan “basuh tangan, petat abu”, dan sebagainya. Orang-orang kedekut seperti itu keberatan untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk keluarganya sendiri walaupun itu memang sudah menjadi kewajipannya. Dia bimbang hartanya menjadi susut, kerana itu dia selalu berusaha untuk menambahkannya.

Kami pernah memiliki seorang jiran yang kedekut. Kalau dia membeli di pasar, dia hanya membeli ikan-ikan kecil yang banyak mengandungi tulang, seperti ikan tamban, kemudian bila sampai ke rumah, ikan itu disangkutnya dahulu di tiang rumah buat beberapa waktu supaya ikan itu menjadi buruk terlebih dahlu sebelum dimasak dan terasa gatal mulut ketika memakannya. Tujuannya berbuat demikian supaya mereka yang memakannya, termasuk dirinya sendiri tidak begitu berselera untuk makan. Dan dia hanya makan dua kali sehari, makan pagi dienjaknya sampai agak tengah hari dan makan malam pula agak jauh malam sedikit supaya pagi besoknya tidak cepat lapar.

Sifat kedekut yang melampau seperti ini sudah tentu mengundang padah, ditimpa penyakit atau mendapat papa-kedana.

Ragam Tidur

Tidur itu satu keperluan. Semua orang tidur pada waktu malam. Ada berbagai-bagai ragam orang tidur. Ada orang tidur berpakaian lengkap, iaitu memakai kain, seluar dan baju, dan ada pula orang tidur berkain, tapi tak berbaju. Tapi hati-hati, pantang sama sekali tidur dengan bertelanjang bogel tanpa seurat benang pun, kerana mengikut orang-orang tua berbuat demikian boleh menempah papa-kedana.

Ada orang kencing sambil duduk mencangkung dan ada pula orang yang kencing sambil berdiri [cara yang tidak sopan]. Tapi jangan kencing dengan bertelanjang bogel seperti kanak-kanak kecil yang tak tahu apa-apa.

Biasanya kencing sambil telanjang itu dilakukan bila seseorang hendak mandi berbogel di dalam bilik mandi, dan di dalamnya ada pula tandas. Bila terasa nak kencing, maka lalu dikencingnya sambil berbogel. Maka perbuatan itu mengikut orang-orang tua boleh menimpa akibat yang sama, menjadi papa-kedana.

Selepas Bersetubuh

Ada sesetengah orang pula selepas menikmati persetubuhan, malas untuk mandi hadas besar atau mandi junub. Mereka suka mengambil masa dengan berlengah-lengah dan melakukan berbagai-bagai aktiviti dalam dalam junub, termasuk makan dan minum. Kadang-kadang kerana malas untuk mandi junub di waktu pagi, terutama di hari minggu, solat subuh pun tercicir begitu sahaja. Orang-orang tua kita pantang makan dan minum ketika berjunub kerana kepada mereka buruk padahnya, nanti dilamar papa-kedana. Oleh itu bersegeralah mandi junub,jangan bertangguh-tangguh tanpa sebab.

Apa salahnya selepas bersetubuh anda kedua bersegera untuk mandi junub, dan jika ada ruang lebih enak kalau mandi bersama, saling gosok menggosok antara satu lain yang dapat menambahkan lagi kemesraan dan kasih sayang suami isteri yang akan meninggalkan ingatan yang lama dan berpanjangan.

Makan dan minum

Makan dan minum adalah satu keperluan untuk hidup. Ada beberapa cara pula orang menikmati makanan mereka. Kebanyakan manusia hari suka makan bermeja, dengan duduk di atas kerusi, ada yang suka duduk bersela di atas lantai, dan tak kurang pula ada yang suka makan sambil berjalan-jalan tanpa silu dan malu. Dan ada pula di kalangan orang-orang atasan suka makan sambil mengiring atau menyingging atas rusuk atau lambungnya, sambil makan sambil berehat-rehat dan berbual-bual mesra, atau sambil menonton talivishen. Jauhkan makan sambil menyingging atas rusuk, jika anda tidak ingin dijengak oleh petaka papa-kedana. Itu pesan orang-orang tua.

Biasanya kalau kita makan, baik nasi atau roti atau lain-lain makanan mesti yang ada jatuh atau tumpah dari piring atau pingan kita ke atas meja atau lantai. Dan biasanya kita biarkan sahaja makanan-makanan yang tumpah itu untuk disapu dan dibuang atau dimasukkan ke dalam tong sampah.

Amalan ini sebenarnya tidak bagus, dan membazirkan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita, sedangkan membazir teman syaitan. Perbuatan ini juga menurut kepercayaan orang-orang tua bererti kita melamar padah untuk menjadi papa-kedana. Justeru itu jika ada makanan yang tumpah, segerlah pungut dan dimakan semula, kecuali lantainya amat kotor menyebabkan makanan yang tumpah ke atasnya tidak lagi layak di makan.

Pada suatu masa dahulu kami bersahabat dengan seorang Imam. Pada masa itu umurnya telah lanjut. Pada waktu tengah hari, biasanya kami makan bersama. Setiap kali ada makanan saya yang tumpah di atas lantai, baik nasi atau atau lauk, dia segera memungut dan memakannya bersama dengan nasi dalam pinggannya. Begitulah setiap hari jika kami makan bersama. Kami kagum dan menghormatinya.

Mencungkil Gigi

Ada sesetengah orang, selepas makan terpaksa mencolek atau mencungkil giginya untuk membuang sisa-sisa makanan yang melekat pada giginya yang tidak begitu normal lagi. Di sesetengah resturan memang ada disedikan pencungkil gigi yang khas. Tapi jika tidak ada mereka akan menggunakan apa sahaja yang patut untuk mencungkil giginya, seperti batang korek api, kotak rokok, lidi penyucuk satai, malah juga batang kemucup yang dikutip di tepi longkang.

Ada seorang sahabat saya membawa pencungkil gigi khas yang disimpan dalam dompetnya, dan jika perlu selepas makan dia mengeluarkan pencungkil gigi itu tanpa perlu mencari-carinya lagi. Selepas guna disimpannya balik.

Sebenarnya mengikut petua orang-orang tua mencungkil gigi dengan semua benda yang boleh dicapai tidaklah baik, antaranya kerana dipercayai dapat menjadi salah satu sebab ditimpa bencana papa-kedana.

Basuh Tangan

Selapas makan tangan perlu dibasuh sebagaimana tangan dibasuh terlebih dahulu sebelum makan. Kalau makan di rumah atau di resturan memang ada air untuk membasuh tangan, tapi makan nasi bungkus di tempat orang bergotong-royong atau di majlis-majlis keramaian di tempat-tempat terbuka, kadang-kadang air tidak disediakan ataupun kalau ada pun tidaklah mencukupi.

Dalam keadaan tidak berair seperti itu, ada sesetengah orang akan menggunakan tanah, selut ataupun lumpur yang terdapat di sekeliing mereka untuk membasuh tangan selepas makan sebagai pengganti air.

Amalan ini tidak bagus, kerana mengikut orang-orang tua boleh menyebabkan seseorang menjadi papa-kedana.

Bersih Rumah

Setiap buah rumah tinggal perlu dibersihkan daripada kekotoran untuk hidup sihat dan selesa. Biasanya kita menggunakan penyapu yang khas untuk mencuci rumah kita, dan hari ini sebahagian besar daripada kita tak pakai penyapu lagi, kita pakai alat penyedut yang khas menggunakan tenaga elektrik-vacum cleaner. Namun begitu ada juga sebahagian dari kita tidak menggunakan alat tersebut, tapi masih menggunakan alat kovensional, penyaput sabut, lidi yang diberkas dan sebagainya. Mana-mana peralatan pun tidak menjadi masalah, asalkan rumah kita bersih dari sampah dan tidak berdebu yang boleh mempengaruhi kasihtan kita sekeluarga. Tapi ada yang perlu dipantang, jangan menyapu rumah dengan pakaian yang kita pakai, sebagaimana dilakukan oleh sesetengah orang yang ingin menyelesaikan perkara dengan mudah, terutama untuk mengeringkan air yang tumpah di atas lantai, baju dan seluar yang hendak dibasuhlah yang mereka gunakan. Kalau anda berbuat demikian, berhentilah perbuatan itu dengan segera, kerana natijahnya tidak bagus bukan sahaja boleh merusakkan pakaian anda, tapi juga boleh menjadi penyebab anda papa-kedana.

Anda juga dilarang mngamalkan menyapu rumah di malam hari, kerana waktu malam adalah waktu untuk berihat, beribadat dan tidur. Walau bagaimanapun, mungkin ada dari kita yang suka menyapu rumah pada waktu malam, kerana rumah mereka mempunyai cukup lampu yang terang bnderang untuk melihat dengan jelas segala sampah dan debu yang berada dalam rumah. Lagipun mereka gunakan vacium cleaner. Tapi amalan menyapu rumah di waktu malam ini tidak diperkenankan oleh orang-orang tua kita, kerana dipercayai boleh menjadi punca papa-kedana.

Sebaliknya ada orang yang tidak suka ataupun malas untuk menjaga kebersihan rumahtangga mereka. Justeru rumah mereka bukan sahaja dipenuhi dengan debu-debu, tapi juga dengan sampah sarap yang berlonggok atau bertaburan, dengan bakul sampah dalam rumah mereka penuh melimpah tanpa dibuang. Tandas mereka usah dikatakan, menjijikkan dan dengan lantai rumah berlendir-taber, segan untuk dipijak.

Dalam menjaga kebersihan rumah anda dilarang sama sekali membiarkan rumah anda penuh dengan sesawang atau sarang labah-labah yang bergayut di bumbung atau tersangkut di dinding-dinding. Ia bukan sahaja mengotorkan rumah, tapi juga untuk mengelak anda daripada menjadi seorang calon golongan papa-kedana.

Rumah yang kotor seperti ini bererti mengundang penyakit, menolak rezeki, dan menempah papa-kedana, dan Malaikat rahmatpun tidak sukakan kekotoran. Dan jika ada tetamu yang bertandang ke rumah secara mendadak sudah tentu memalukan.

Menghormati Orang-orang Tua

Satu lagi amalan yang mengundang papa-kedana ialah berjalan pergi-mari di hadapan orang-orang tua tanpa hormat kepada mereka. Perbuatan seperti ini sudah tentu tidak beradab sopan, lebih-lebih lagi kalau orang tua itu ialah kedua ibu bapa sendiri yang perlu dihormati dan disopani.

Ajarlah diri kita dan juga anak kita menghormati orang-orang tua, terutama ibu bapa. Tidak perlu berjalan pergi-mari di hadapan orang-orang tua kalau tidak mustahak, hormatilah mereka dengan sewajarnya.

Ada sesetengah orang suka memanggil ibu atau bapanya dengan nama mereka yang sebenar seperti mereka memanggil nama kawan-kawan mereka. Biasanya perkara ini berlaku bila si anak itu dipelihara dan dibesarkan oleh orang lain, seperti nenek atau datok. Umpamanya kalau ibu bernama Aminah dipanggilnya sahaja “Aminah”, dan demikian juga kalau ayahnya bernama Jaafar, dipanggilnya “Jaafar”, dan demikianlah seterusnya. Sedangkan mereka sepatutunya memanggil orang tuanya dengan panggilan yang sopan dan mesra, seperti ibu, mama, ummi, ataupun ayah, papa, dan seumpamanya dari panggilan yang hormat.

Memanggil kedua orang tua dengan nama mereka seperti itu bukan sahaja tidak sopan, tapi juga samalah ertinya mengundang papa-kedana.

Pintu Rumah

Setiap buah rumah ada mempunyai pintu yang digunakan untuk keluar masuk rumah. Biasanya daun pintu dibuat dua keping ataupun sekeping, dan biasanya dahulu pintu-pintu diperbuat dari kayu. Tapi hari ini ada daun pintu yang diperbuat dari kaca, besi dan sebagainya.

Adalah menjadi pantangan kepada siapa sahaja untuk bergantung pada daun-daun pintu, bukan sahaja untuk mencegahnya daripada mengalami kerosakan, kerana tertanggal enselnya, tapi juga kerana perbuatan itu boleh menjadi sebab kepada musibah menjadi papa-kedana. Demikian pantang larang orang-orang tua kita.

Dengan tujuan yang sama juga anda dilarang daripada duduk di atas bingkai pintu.

Memakai Pakaian

Memakai pakaian adalah satu keperluan untuk mmenjaga keselamatan badan dan juga menutup aurat, baik lelaki atau perempuan. Kalau anda keluar di khalayak ramai tanpa pakaian, anda akan dikatakan gila atau tidak siuman, dan anda boleh ditahan oleh pihak berkuasa untuk didakawa atau diseret ke e hospital sakit jiwa.

Kadang-kadang setelah kita lengkap berpakaian, barulah kita menyedari bahawa pakaian yang kita pakai itu telah terkoyak sedikit di mana-mana bahagian, seperti di bahagian tangan baju dan perlu dijahit. Justeru kerana malas untuk menanggalkan baju itu, maka kita pun terus mencari jarum dan benang, dan langsung menjahit tempat yang koyak itu pada pakaian yan mash terlekat pada badan kita.

Perbuatan demikian menjadi pantang larang kepada orang-orang tua kita, kerana ia bukan sahaja boleh membahayakan kesihatan kerana tercucuk jarum pada badan kita, tapi juga boleh mengundang bencana untuk menjadi papa-kedana.

Basuh Muka

Selepas membasuh muka kerana mengambil wudhuk dan sebagainya, kita biasanya mengelap atau menyapu muka kita itu supaya kering. Kalau tidak ada tuala untuk berbuat demikian, biasanya kita mengambil jalan mudah, iaitu menggunakan pakaian yang sedang kita pakai untuk mengeringkannya, seperti menggunakan kain sarung atau lengan baju untuk menggelapkan muka kita itu.

Sebenarnya perbuatan itu menjadi pantang larang kepada orang-orang tua kita, bukan sahaja kerana dapat merosakkan pakaian, tapi juga untuk mengelak daripada mejadi papa-kedana yang memang tidak diingini.

Pergi Pasar

Biasanya untuk mendapat bekalan makanan harian kita pergi ke pasar-pasar, atau ke pasar-pasar raya yang ada disegenap tempat pada hari ini. Walau bagaimanapun anda dilarang daripada pergi ke pasar itu terlalu awal, hingga terpaksa menunggu-nunggu dan berdiri-diri di pintu pasar raya yang masih belum dibuka ketika sampai, kemudian berebut-rebut pula untuk masuk. Sudahlah pergi terlalu awal, mereka terus berleka-leka dalam pasar hingga mengambil masa yang terlalu lama atau lambat untuk keluar daripadanya.

Orang-orang tua melarang berbuat demikian, kerana ia bukan sahaja boleh merugikan masa dan juga wang ringgit, tapi juga boleh menyebabkan anda menjadi papa-kedana.

Anda juga dipantang membeli makanan-makanan yang telah rosak, seperti buah-buah yang busuk, roti-roti yang tidak baik bentuknya dan sebagainya, kerana berbuat demikian bererti anda menempah papa-kedana.

Dalam hal ini anda juga dilarang membeli daripada peminta-peminta sedekah yang mencari makan cara meminta-minta. Ini untuk mengelak anda daripada terjebak dalam papa-kedana.

Menulis

Menulis dengan menggunakan seberkas pensil atau pen yang diikat adalah dilarang. Biasanya pen-pen atau pensil-pensil itu diikat beberapa batang dengan menggunakan getah pengikat, biasanya dari pensil atau pen yang berlainan warna dakwatnya. Tujuannya untuk memudahkan penggunaannya bila perlu dan lebih mudah untuk disimpan dan lebih selamat dari kehilangan daripada menyimpannya secara berasingan.

Adalah dipercayai bahawa menulis dengan menggunakan seberkas pensil atau pen seperti itu boleh menimpakan musibah menjadi papa-kedana, kerana itu perlu dijauhi. Demikian petua orang-orang tua.

Mnyisir Rambut

Menyisir atau menyikat rambut adalah amalan zaman berzaman, terutama kepada kaum wanita. Kalau tidak disisir, terutama selepas mandi, rambut akan menjadi bergeroser atau kusut-masai yang akan menyebabkan wajah seseorang wanita kelihatan buruk, dan tidak kemas untuk ditutupkan dengan tudung kepala.

Walau bagaimanapun, sisir atau sikat yang telah patah, atau gigi-gigi sisir yang telah rompong pantang digunakan, kerana itu perlu dibuang segera dari simpanan, kerana menggunakan sisir yang patah atau rompong itu bererti mengundang kepapaan.

Demikian juga dengan cermin yang telah pecah, pantang digunakan untuk bercermin, kerana dipercayai boleh menimpakan akibat buruk yang sama kepada pengguna-penggunanya.

Pakai Serban

Sejak kebelakangan ini kian ramai kaum lelaki yang menutup kepala mereka dengan serban, terutama dari kalangan para pendakwah. Tapi orang-orang tua kita dahulu pantang membelit serban sambil duduk, kerana mereka percaya boleh menjadi salah sebab papa-kedana.

Dengan sebab yang sama juga mereka pantang memakai seluar sambil berdiri. Dalam satu segi memakai seluar sambil berdiri boleh membahayakan terutama kepada mereka yang kurang sihat atau ibu-ibu yang sarat mengandung, kerana boleh menyebabkan mereka terjatuh, ketika berdiri di atas sebelah kaki, sedangkan kaki sebelah kaki menyorong ke dalam kaki seluar. Justeru itu berhati-hatilah. Di samping itu ia juga dipercayai boleh membawa keapda bencana papa-kedana.

Lembab

Bersikap malas, lembab dan lambat untuk bertindak juga amat merugikan. Orang-orang seperti ini pergerakannya terlalu perlahan, orang sudah berlalu 100 batu, dia baru melangkah beberapa langkah, orang lain sudah lama menyelesai sesuatu pekerjaan, tapi dia baru masih di tahap permulaan; kerjanya lambat, orang sudah lama selesi makan dan meninggal hidangan, tapi dia masih terhangguk-hangguk di meja makan.........Apa yang ditunggu oleh orang yang seperti ini kalau tidak papa-kedana.

Keadaan menjadi bertambah buruk, kiranya si lembab ini mempunyai sikap ambil mudah, atau tidak serius dalam setiap urusannya. Ia melakukan sesuatu dengan cara sambil-lewa sahaja, berhasil atau tidak bukanlah menjadi perhitungannya, asal dikerjakan sudahlah. Apa yang diharap-harap oleh orang-orang seperti ini kalau tidak papa-kedana yang memang layak dimiliknya?

Di samping itu ada lagi beberapa pantang di kalangan orang-orang tua kita, seperti pantang membakar kulit bawang merah atau bawang puith. Perkara ini mungkin berlaku kepada suri-suri rumah yang menggunakan dapur tradisi, iaitu bahan bakar kayu api. Untuk memudahkan urusan, kulit-kulit bawang yang dikupas itu biasanya dicamparkan ke dalam api yang sedang membara di atas dapur. Ataupun dicampur dengan berbagai-bagai sampah yang lain untuk dibakar di belakang rumah nanti. Perbuatan ini dipantangkan untuk menjauhkkan daripada dijengah oleh papa-kedana.

Tapi hari ini bagi penduduk-penduduk bandar tidak berlaku lagi, kerana sampah yang mereka kumpul, akan dipungut oleh lori sampah Majlis Perbandaran untuk dibuang ke tempat pelupusan sampah yang telah disediakan. Lagipun perbuatan membakar itu mungkin boleh menjadi kesalahan dari segi undang-undang untuk mencegah pencemaran alam.

Bekas Air

Bekas-bekas, seperti bejana, tempayan dan sebagainya hendaklah sentiasa ditutup. Anda tidak samasekali digalak mendedahkannya baik waktu siang atau malam. Selain bekas yang tidak ditutup itu mendedahkan kandungannya kepada kuman-kuman dan kekotoran, ia juga dipercayai mengundang kepapaan, kerana tidak ada sebab anda tidak menutup bekas tersebut, kecuali kerana kecuaian atau kemalasan.

Anda juga dilarang memadamkan pelita dengan meniupnya dengan mulut. Lebih utama dipadamkan secara mengipasnya dengan tangan atau benda-benda lain. Tapi hari ini, di mana penggunaan elektrik hampir merata, penggunaan pelita untuk menerangi kegelapan malam, hampir tidak ada lagi, kecuali kepada mereka yang tinggal terlalu jauh di pendalaman, ataupun kepada mereka yang pergi berrekerasi di hutan-hutan rimba terpencil yang jauh dari tempat tinggal manusia, ataupun mereka menyalakan pelita-pelita minyak tanah menjelang hari raya mengeliingi rumah-rumah mereka sebagai salah satu cara sambutan. Walau bagaimanapun anda dilarang menghembuskannya dengan mulut untuk memadamkanya kerana boleh membawa kepada musibah papa-kedana,

Walau bagaimanapun andainya anda ditakdirkan menjadi manusia yang papa kedana [minta dijauhkan Allah] jangan sama sekali anda mempergunakan kepapaan anda itu sebagai senjata untuk melakukan kemunkaran untuk meraih rezeki secara haram yang boleh menyebabkan keadaan anda bertambah parah. Justeru anda bukan sahaja papa harta benda, tapi juga dengan berbuat kemunkaran itu bererti anda menjadi papa rohaninya, kedana jiwanya yang mencetuskan kemurkaan Allah kepada anda.

Berusahalah, berubahlah dan berdoalah semoga Allah memperkenankannya!Amin!

Petua-petua ini selain daripada disampaikan oleh orang-orang tua kepada anak-anak dan cucunya secara turun-temurun, memang juga terdapat dalam beberapa buah kitab, antaranya kitab lama “Pelita Penuntut”. Tinggal lagi hendak beramal atau tidak.

Mana yang baik jadikan sempadan. Mana yang tak baik dibuang padang.
xxxxxxxxx

Renungilah:
-“Barangsiapa yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, menyenangi kerana Allah, membenci kerana Allah, menikah kerana Allah, maka sungguh sempurnlah keimanannya”. HR:Abu Daud.

-“Barangsiapa melazimkan istighfar, Allah akan menghadirkan penyelesaian di dalam setiap kesulitan, peluang di tengah kesempitan dan rezeki yang tidak terduga”. HR:Abu Daud.

Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

Read more...

C.I.A Mengancam Dunia

>> Tuesday, October 26, 2010




C.I.A. Badan Perisik AS Menebar Jaring-jaringnya Di seluruh Dnia

Satu-satunya agensi perisikan terbesar di Amerika Syarikat yang memain peranan yang penting sejak sekian lama ialah Agensi Perisikan Pusat atau C.I.A. yang mempunyai peranan yang tersendiri dalam pemerintahan Amerika Syarikat. C.1.A bukan sahaja berperanan di Amerika Syarikat tapi di seluruh duia, demi kepentingan Amerika Syarikat untuk mengekalkan supper kuasanya.

Ia berada di mana-mana di muka bumi ini, Cuma yang berbezanya sedikit atau ramai anggota-anggota C.I.A. ditempatkan di sesuatu tempat itu, ia bergantung kepada stiwasi atau kepentingan sesuatu tempat itu kepada Amerika Syarikat. Biasanya di negara-negara yang sedang bergolak mendapat bekalaan anggota-angota C.I.A. yang lebih ramai daripada negara-negara yang tenang.

Adalah dipercayai anggota-anggota C.I.A memang ramai terdapat di Pakistan, kerana tercetusnya pergolakan yang sengit di sempadan dengan Afghnistan dengan al-Qaeda sebagai penyumbang memain peranan yang penting. Pada penghujung tahun ini Amerika Syarikat telah memohon kebeneran daripada kerajaan Amerika Syarikat untuk menempatkan lebih banyak anggota-anggota C.I.A. dan anggota-anggota tentera di negara itu.

C.I.A. ini sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan Amerika Syarikat, tanpa mengira halal atau haram, termasuklah kerja-kerja jenayah, seperti menculik, merampas kuasa dan mengapi-apikan permusuhan di kalangan penduduk tempatan supaya bertelagah sesama sendiri.

Penculikan yang menggemparkan yang terbaru ialah bila C.I.A menculik seorang saintis Iran pada tahun 2009, Shahram Amiri, 32 tahun. Beliau yang dianggap penting oleh C.I.A kerana dipercayai menjadi seorang saintis nuklear di Universiti Malek Ashtar, Teheran telah dikurung selama 14 bulan sebelum dibebaskan di Washington. Pada waktu itu beliau juga sedang berkhidmat di Badan Tenaga Atom Iran.

Untuk mengetahui serba sedikit mengenai Agensi Perisikan Pusat atau C.I.A, saya kutip tulisan Razin.M.S. mengenai peranan yang dimainkan oleh C.I.A yang pernah disiarkan oleh media massa pada tahun 1973. Beliau menulis, “Negara demokrasi Amerika Syarikat dikendalikan dan diperintah oleh dua pemerintahan: satu pemerintahan yang ketara yang dipimpin oleh ahli-ahli politik yang dipilih menerusi pilihanraya, dan satu lagi pemerintahan yang tidak ketara, dikendalikan oleh badan-badan perisik Amerika Syarikat atau C.I.A.

Sesungguhnya peranan yang dimainkan oleh badan-badan perisik ini sangat besar, kerana ia bukan sahaja menjalankan kerja-kerja mengumpul rahsia, melakukan pengitipan, dan melancarkan operasi-operasi sulit di antero dunia, tapi mencorakkan dasar luar Amerika Syarikat. Umpamanya rahsia-rahsia yan dikumpulkan oleh badan-badan perisik ini mengenai Perang Vietnam dan Timur Tengah telah dijadikan bahan oleh ahli-ahli politik pemerintah untuk menentukan dasar luar Amerika Syarikat terhadap kedua-dua negara itu. Andainya rahsia-rahsia yang dikumpul oleh badan-badan perisik itu tidak tepat atau menyeleweng, maka tersasullah dasar luar Amerika Syarikat yang boleh membawa kehancuran imejnya di dalam dan juga di luar negara.

Namun begitu, selama ini, bukan semua rahsia-rahsia yang dikumpul dan dicernakan olah C.I.A menguntungkan Amerika Syarikat di mata dunia, satu contoh yang nyata ialah kesilapan yang telah dibuat oleh badan perisik ini di mana Amerika Syarikat tidak menang dengan kekuataan militernya di Vietnam, walaupun begitu banyak tentera dan material yang dicurahkan ke negara itu. Justeru itu Amerika Syarikat mengalami kerugian besar, bukan sahaja dari segi kebendaan, tapi juga nyawa rakyatnya yang menjadi korban dari rancangan yang mereka sendiri menajanya.

Di Iraq dan di Afghanistan walaupun rancangan mencapai kemenangan, tapi ketenteraman masih belum wujud, malah setelah beberapa tahun berlalu pertempuran-pertempuran masih terus menerus berlaku dan yang terkoban bukan sahaja rakyat Afghanistan dan rakyat Iraq, tapi juga nyawa rakyat Amerika Syarikat dan juga nyawa rakyat negara-negara sekutunya turut terkorban. Tidak ada sesiapa yang dapat membuat kepastian bilakah kedua-dua negara yang bergolak itu akan kembali menikmati keamanan dan ketenteraman.

Melibatkan Diri

Kadang-kadang pula pemerintah yang tidak ketara ini bertindak sewenang-wenang tanpa tunduk kepada parti-parti politik pemerintah seperti yang seharusnya, terutama dalam soal-soal luar negara. Bekas Presden Amerika Syarikat, Henry Truman pernah menuduh badan perisik ini telah melancarkan dasar luarnya yang tersendiri, dan melibatkan dirinya begitu jauh dalam soal luar negara tanpa mendapat keizinan dari presiden terlebih dahulu.

Justeru itu pernah timbul tuduhan bahawa Amerika Syarikat mempunyai dua dasar luar negara, satu dasar yang disuarakan oleh parti pemerintah dan satu lagi dasar yang disuarakan oleh badan-badan perisik itu. Kedua-dua dasar tu bisanya tidak selaras, malah bercanggah antara satu sama lain.

Lantaran itu badan perisik ini mendapat kecaman dan selaran hebat daripada sesetengah rakyat Amerika yang berpengaruh, termasuk angota Kongres Amerika Syarikat sendiri. Suara-suara yang menyeru supaya pemerintah memotong peruntukan yang besar kepda badan perisik ini telah lama lantang kedengaran. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kegiatannya di dalam dan di luar negara.

Badan perisik ini bukan sahaja mempunyai anggota yang ramai, kira-kira 200,000 orang, tapi juga diberikan peruntukan yang besar, iaitu kira-kira sebanyak 6 billion dolar setahun

Untuk mengorek rahsia sulit dari luar negara, terutama rahsia di belakang negara-negara tabir besi, badan-badan perisik ini menjalankan berbagai-bagai langkah. Pertama mereka mempergunakan pelancung-pelancung yang melancung keluar negara. Pelancung-pelancung yang hendak keluar negara, terutama ke negara-negara di belakang tabir besi akan dihubungi oleh pegawai-pegawai perisik untuk mendapat kerjasama mereka supaya menjalankan kerja-kerja pengintipan. Walau bagaimanapun bukan semua pelancung-pelancung itu bersedia menerima tawaran yang berat risikonya itu.

Badan perisik itu juga mendapat rahsia daripada firma-firma perdagangan di seberang laut. Daripada berbagai-bagai firma yang berselerak di seberang laut itu badan-badan perisik mendapat maklumat mengenai sesebuah negara, malah kadang-kadang badan-badan perisik itu sendiri yang menubuhkan firma-firma perdagangan untuk mengabui kegiatan perisikannya itu. Di dalam negara pula badan-badan perisik itu berselindung di sebalik bebagai-bagai nama firma perdagangan.

Kepentingan Amerika Syarikat

Di samping menjalankan kerja-kerja perisikan di seluruh dunia, badan-badan perisik itu juga melibatkan diri secara langsung dalam berbagai-bagai kegiatan politik di negara asing demi kepentingan negara induknya, Amerika Syarikat. Pusat-pusat perisik ditempatkan di beragai-bagai tempat di Amerika Syarikat, seperti di New York dan Miami yang membaiyai dan mengendalikan kegiatan pelarian Cuba. Demikian juga pusat perisik di Chicago dan New York mungkin melancarkan kegiatan yang serupa kepada penggugusi-penggugusi yang anti komunis dari Eropah Timur.

Di luar negara, di samping berselindung di sebalik berbagai-bagai firma perdagangan dan mission-mission, badan-badan perisik itu berlindung di kedutaan Amerika Syarikat yang biasanya menjadi pusat kegiatan badan perisik itu. Menurut dugaan, duta-duta Amerika Syarikatlah yang mengendalikan kegiatan-kegiatan badan perisik di seberang laut itu.

Selain bergiat di luar negara, badan-badan perisik itu juga bergiat dalam negara untuk menegakkan imej Amerika Syarikat di mata dunia. Pada tahun 1967 telah meletus kegemparan di seluruh negara Amerika Syarikat dengan terbongkarnya rahsia C.I.A membiayai sebanyak 200,000 dolar setahun kepada sebuah pertubuhan pelajar yang terbesar, iaitu Persekutuan Pelajar-pelajar Kebangsaan menerusi yayasan-yayasan amal yang tertentu. Alasan yang diberikan ialah untuk menentang kegiatan pelajar-pelajar komunis dan juga kerana tidak ada insitusi-institusi persendirian yang sanggup membiayainya, sedangkan pelajar-pelajar komunis di luar negara mempunyai banyak wang untuk melancarkan projek-projek yang boleh meninggikan imej negara-negara mereka.

Anggota Perisik

Sebenarnya hubungan antara badan perisik dengan pehak universiti itu berbentuk dua hala. Badan-badan perisik membiayai projek-projek penyiasatan yang dilancarkan oleh sesetengah universiti dan sebaliknya pehak universiti itu pula menolong merekrudkan anggota-anggota perisik yang baru. Ada bukti-bukti yang jelas menunjukkan bahawa badan perisik C.I.A. menyokong sesetengah badan amal, kumpulan-kumpulan budaya dan sebuah penerbitan yang penting di Amerika Syarikat. Ia juga melibatkan dirinya dalam stesin-stesin pemancar di Amerika Syarikat.

Sebahagian besar daripada anggota-anggota perisik C.I.A. yang muda diambil daripada pelajar-pelajar sekolah tinggi. Pada setiap buah universiti di Amerika Syarikat biasanya terdapat seorang yang berkhidmat secara sulit dengan C.I.A. sebagai seorang pengintip yang berbakat. Calon-calon anggota C.I.A. dari sekolah-sekolah tinggi itu didaftarkan sebagai pegawai muda dalam latihan.

Daripada 1,000 orang yang dicalunkan untuk bertugas dengan badan perisik C.I.A. itu, hanya 200 orang daripadanya dipilih untuk disiasat latar belakangnya berhubung dengan keselamatan. Selepas ditapis kra-kira 22 orang ditolak kerana mereka kaki minum dan mempunyai keluarga di belakang tabir besi. Dengan itu bererti daripada 1,000 orang calun itu hanya 178 orang sahaja yang diterima berkhidmat dengan C.I.A.

Sebenarnya rakyat umum Amerika Syarikat tidak mengetahui langsung tentang pemerintahan yang tidak ketara ini. Susunan kerjanya teratur rapi, kegiatannya top secret. Gaji kakitangan-kakitangannya diselindungi di sebalik peruntukan-peruntukan lain. Segelintir daripada anggota-anggota Kongres Amerika Syarikat yang mendapat informasi daripada badan-badan perisik ini juga tidak mengetahui bagaimanakah badan perisik itu menjalankan kegiatannya. Malah di kalangan badan-badan perisik itu sendiripun nama mereka dirahsiakan di sebalik nama-nama samaran. Sebab itulah seorang pegawai tinggi tidak mengetahui setiap orang yang dihubunginya dalam tugas-tugas perisikan.

C.I.A adalah nadi kepada pemerintahan yang tidak ketara itu dan di dalamnya termasuk 9 agensi perisik lain, iaitu Majlis Kelematan Negara, Agensi Perisik Pertahanan, Agensi Pertahanan Negara, Agenis Keselamatan Negara, Perisik Tentera, Perisik Tentera Laut, Perisik Angkatan Udara, Biro Perisik Jabatan Negara, Jabatan Tenaga Atom, dan Biro Penyiasatan Federasi dan banyak lagi orang-orang perseorangan, unit-unit dan ag
ensi-ajensi yang pada lahirnya kelihatan normal sebagai sebahagian daripada pertubuhan yang biasa, tapi sebenarnya sebuah badan perisik yang melancarkan kegiatan perisikan.

Sekian.
xxxxxx
Renungilah:

-"Rasa cintamu pada sesuatu boleh membuta dan menulikanmu". Sabda Junjungan saw.

-"Kebajikan itu sesuatu yang menenangkan hati, sedangkan dosa itu sesuatu yang berbekas di hati dan membuat pelakunya gelisah". Sabda Junjungan saw.

-"Tiada rezeki yang paling berharga bagi seorang hamba selain daripada keimanan yang mantap." Sabda Junjungan saw.

Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.SekalungHarmoni.

Read more...

Mencari Perkahwinan Yang Diridhai

>> Saturday, October 23, 2010


Mencari Perkahwinan Yang Diridhai

“Wahai para pemuda, barangsiapa di kalangan kamu yang mampu mengdakan belanja kahwin, maka hendaklah kamu kahwin, kerana kahwin itu lebih daripada menundukkan pandangan, dan lebih menyelamatkan kemaluan. Barangsiapa tidak mampu mengadakan belanja kahwin, hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu menjadi ubat dan penawar kepadanya”.Al-Bukhari & Muslim.

“Tatapi saya sembahaynag, tidur, berpuasa, berbuka puasa dan berkahwin dengan perempuan, maka barangsiapa yang tidak sukakan perjalananku, maka ia bukan dari golonganku”. Al-Bukhari & Muslim.

“Empat perkara dari perjalanan nabi-nabi Mursalin, iaitu berkhitam, bersiwak, berwangi-wangian dan berkahwain”. At-Tirmizi.

Demikinlah antara berbagai-bagai sabda Baginda Rasulullah saw. mengenai perkahwinan.

Biasanaya setiap upacara perkahwinan ini akan diertai dengan majlis-majlis sambutan untuk memeriahkan lagi hari yang begitu bersejarah kepada kedua insan yang berbahagia itu. Jarang ada perkahwinan yang tidak disertai oleh sambutan, baik di kampung-kampung ataupun di kota-kota.

Malah sambutan orang-orang kota amat meriah lagi dengan segala kemewahan dan “kebesarannya”. Yang kadang-kadang menelan perbelanjaan bukan ribuan ringgit, tapi berpuluh-puluh atau beratus-ratus ribu ringgit. Majlis seperti ini tidak diadakan di rumah sendiri, tapi di dewan-dewan atau di hotel-hotel yang berkelas berbintang-bintang.

Bagi orang-orang kampung, majlis perkahwinan ini diadakan di rumah sendiri, dalam suasana kekeluargaan, di mana para tetamu, ramai atau tak ramai akan berkunjung ke rumah di mana majlis sambutan itu diadakan; sudah tentu ada sebahagian dari mereka yang baru pertama kali berkunjung ke rumah dan ini sudah tentu membuka ruang untuk mereka menjalin silaturahim yang lebih luas di masa-masa akan datang.

Adalah diharap-harapkan supaya di majlis sambutan perkahwinan ini kita tidak menjadi terlajak ghairah, hanyut dalam lautan kegembiraan, melewati batas-batas yang boleh merosakkan normal-normal kehidupan kita sebagai seorang Islam. Selain daripada menyediakan makan dan minum kepada para tetamu yang dihormati, kita ada acara-acara sampingan yang kita harap dapat menambahkan keserian majlis tersebut.

Tidak jarang di antara kita untuk menambahkan keserian majlis akan mengundang para biduan dan biduanita untuk mendendangkan lagu-lagu tertentu sepanjang majlis berlangsung, atau sekurang-kurangnya kalau di kampung-kampung diserikan dengan suara dari kaset-kaset atau cd-cd yang biasanya dikumndangkan dengan berbagai-bagai lagu yang begitu lantang, sampai kadang-kadang memekak telinga para tetamu yang dihormati. Lagu-lagu Hindustan juga tidak akan ketinggalan.

Kita harap dalam kemeriahan majlis sasmbutan perkahwinan itu, tidak ada di antara kita, termasuk tuan rumah dan hadirin akan terlupa kepada tugas asasi mereka sebagaia seorang Islam, sehingga lima waktu yang penting itu berlalu begitu sahaja dalam arus kesibukan yang kita ada-adakan sendiri.

Kita harap tidak ada mereka yang lupakan bahawa majlis itu diadakan ialah juga untuk melahirkan ksyukuran kita kepada Allah SAW mengurniakan kita, menantu, suami atau isteri yang sah yang akan menjadi teman sejati kita seumur hidup, dari dunia hingga akhirat.

Kita harap tidak ada dari kita yang mengadakan majlis kesyukuran, lupa bahawa tujuan kita bukan semata-mata kerana menyimpan hasrat yang tersembunyi di lipatan hati kita untuk mendapat sampul-sampul surat yang berisi yang dihulurkan oleh para pengunjung, kalau tidak menguntungkan pun, balik modal pun sudah memadailah. Seiring dengan itu kita sediakan hadiah-hdiah atau “sisa-sisa yang berbeza untuk penyumbang yang berbeza, tergantung kepada tebal atau nipisnya sampul berisi yang dihulurkan kepada kita.

Di samping itu kita harap tidak ada di kalangan kita yang melangsungkan nikah express atau nikah segera untuk menutup malu kerana hubungan sulit antara dua keaksih telah membuahkan buah yang haram, yang hanya terpaksa ditutup dengan perkahwinan. Kadang-kadang kerana tupai yang menebuk kelapa itu tidak mahu bertanggungjawab, maka dicari seekur musang pak sanggup dengan memberi upah-upah yang tertentu untuk menyelesaikan kekusutan yang telah berlaku. Maka berlakukan nikah express. Adalah diberitakan aliran nikah express ini telah bertambah populer dari masa ke masa.

Kita harap pada hari itu tidak ada dari kita yang lupa untuk bersyukur kepada Allah, tidak lupa untuk menyampaikan doa-doa kepada Ilahi, dan tidak lupa pula untuk berdoa kepada Allah supaya mengurniakan taufik dan hidayah, kita tidak lupa untuk berdoa demi kesejahteraan pengantin baru supaya menjadi manusia bertakwa dan berimanan dan mendapat keturunan yang saleh yang akan mewarisi puncak dunia ini. Kita biarkan masa berlalu dalam lautan keasyikan yang menyesatkan kita.

Marilah kita semua kembali kepada Islam. Kita jadikan tema majlis perkahwinan kita “Beriman dan bertakwa”, atau “mencari keredaan Allah”, “Berbakti keapda Allah” dan sebagainya dari tema-tema yang boleh terus kita gunakan selepas upacara sambutan pengantin selesai, di samping mengadakan tema pakaian dengan warna biru, kuning, hijau dan sebagainya.

Dengan itu barulah akan sejajar dengan sabda Baginda Rasulullah saw. yang bermaksud, “Tidak terlihat hubungan yang demikian dekat di antara dua orang yang saling mencintai yang boleh menyamai hubungan yang terjalin melalui perkahwinan”.HR:Ibnu Majah.

Allah berfirman,”Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya bahawa Ia menciptakan untuk kamu [wahai kaum lelaki], isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara [suami isteri] perasaaan kasih sayang dan belas ksihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan [yang menimbulkan kesedaran] bagi orang-orang yang berfikir”. Al-Rum:21.
xxxxxxxx

Renungilah:
-"Iman yang paling utama adalah apabila engkau tahu bahawa Allah memperhati kanmu di mana sahaja kamu berada". HR:Tabarani & Abu Nuaim.

-"Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya sekiranya engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Allah melihat kamu". HR:Muslim.
xxx

Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

Read more...

>> Friday, October 22, 2010






Kembara Dari KK ke KT

Dalam Kembara

Dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Kala Trengganu, pada hari Rabu 20 Oktober 2010, kami singgah di sebuah warung di Bukit Bakar, Machang untuk membeli sedikit bekalan untuk dikunyah dalam kereta yang dinaiki oleh lima orang, saya, menantu yang memandu dan tiga orang cucu. Da lam warung itu saya nampak seorang Ustaz sedang melangkah masuk, tapi melihat kereta kami berhenti di hadapan warung, dia berhernti sambil mengangkat sebelah tangan serta memberi salam pada kami.

Beliau melangkah ke kereta kami sambil menghulur tangan kepada saya untuk bersalam menerusi tingkap kereta yang saya buka, lalu bertanya kami hendak ke mana? Saya jelaskan kami hendak ke Kuala Terengganu. Dia bertanya lagi, adakah kami hendak menghantar orang nak naik haji? Saya jelaskan kami hanya brtujuan berjalan-jalan sahaja untuk menyertai anak perempuan saya yang membuat rombongan murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Embak, Kuala Krai [KK] melawat ke Terengganu dan mereka semua sudah pun bertolak pagi tadi.

Saya terperasaan beliau mengintai-ngintai tempat duduk sebelah kiri saya dalam kereta, kemudian bertanya, “Mana Mak Cik?”. Yang dimaksudkan dengan Mak Cik itu ialah isteri saya, Asiah yang tidak kelihatan di dalam kereta. Saya buat pura-pura tak mendengar pertanyaannya itu, tapi dia bertanya lagi, “Mana Mak Cik? Mak Cik dah pergi dahulukah?”.

Saya mengiakan. Tidak sampai hati saya hendak memberitahu Mak Cik yang ditanyanya itu telah pulang ke rahmatullah kira-kira setahun lebih yang lalu. Kemungkinan dia telah lupa, atau mungkin juga dia tidak sedar tentang pemergian isteri saya itu [semoga Allah limpahi rahmat ke atasnya].

Bila dia masuk ke dalam warung dan bertemu dengan menantu saya yang sedang membeli makanan, saya dengar dia bertanya, “Mak Cik dah pergikan?. Saya rasa beliau pun memberi jawapan yang sama dengan jawapan yang saya berikan.

Demikianlah di mana kami pergi, orang-orang yang mengenali kami, dan masih belum menetahui isteri saya telah pergi ke pangkuan Ilahi akan bertanya, mana Yah, man Kak Yah, atau mana Mak Cik Yah dan sebagainya........... pertanyaan yang membuat kami sebak kerana begitu dekatnya allahyarahmah di hati-hati mereka...kecuali di hati-hati mereka yang dirasuk syaitan menyebabkan hati mereka disarangi dengan kecemburuan terhadap kebahagian kami hingga sanggup melakukan kezaliman terhadap kami........ Saya selalu berdoa, semoga Allah memberi ganjaran yang setempal kepada si penzalim dan memberi mereka merasa bagaimana pedihnya hati kami telah mereka kerjakan.......

Bila kereta berjalan semula saya terus tertidur dan bila tersedar kami telah berada di Setiu, di simpang lampu jalan menuju ke Penarik, jalan tepi pantai menuju ke Kuala Terengganu. Kenangan saya terus melayang. Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu ini tidaklah asing bagi kami, kerana pada masa yang lalu saya dan isteri saya sering melaluinya untuk ke Kuala Trengganu, Ke Kuantan dan juga ke Johor. Di Kuala Trengganu ada adik saya, tapi telah meninggal dunia, di Kuantan kami dan bisan, ada sepupu dan keluarga dekat dan jauh, dan Johor ada anak saudara kami dan anak lelaki kami, sebelum bertukar ke Sabah pernah bertugas di hulu negeri Johor, di Teluk Sengat.

Justeru saya percaya tidak ada masjid atau surau yang terletak di sepanjang jalan, terutama jalan KB-KT yang tidak pernah kami singgah untuk bersolat, demikian juga tidak ada warung yang laku yang tidak pernah kami berhenti untuk menikmati hidangannya, terutama warung nasi dagang. Saya dapat merasa abagaimana gembiranya kami kalau hari ini, Rabu 20 Oktober 2010 isteri saya yang dikasihi ada bersama kami dalam kembara ini. Alangkah indahnya kenangan ini mengusik-ngusik hatiku.

Fikiran saya terus melayang-layang jauh, menghimbau zaman lampau yang hanya tinggal dalam kenangan silam........yang hanya boleh dirasai oleh pungguk yang kerinduan ditinggal kekasih yang tak mungkin muncul lagi. Pernah pada suatu hari, baru-bru kahwin dulu, saya pandu kereta dari KB dengan isteri di samping, sambil berbual-bual mesra sedar-sedar kami sampai di Kuala Terengganu tanpa tujuan, dan setelah berpusing sekejap bandar KT kira-kira 40 tahun lalu, kami pun terus balik ke KB.

Di luar kereta yang bergerak laju itu, sasya terpandang papan kenyataan Sungai Udang, saya segera teringat, ketika belajar dalam tingkatan dua, saya dan beberapa orang kawan pernah bebasikal dari KB ke Trengganu. Kembara. Saya tak ingat lagi siapa-siapa bersama dengan saya hari itu, kecuali seorang bernama Wan Saleh rakan sekelas [itupun kalau tak silap]. Sebenarnya kami tak tahu ke mana nak pergi, sahaja cari advancar. Ketika kami sampai di Kg. Sungai Udang itu hari sudah senja, jalan sudah gelap, kami tak tahu berapa jauh lagi hendak sampai ke Kuala Trengganu. Nak berhenti tapi di mana?, Pada masa itu belum banyak rumah di sepnjang KB-KT, bukan seperti hari ini.

Saya merasa kaki saya telah kebas kerana mengayuh basikal sehari suntuk hari itu, tak rasa apa-apa lagi, walaupun dicubit. Namun begitu saya masih mampu berkeras dan terus mengayuh basikal. Saya merasa bertambah kuat kembali bila saya memulakan berzikir “Laillahaillah” di dalam hati senada dengan kayuhan kaki saya. Dan dengan itu saya boleh terus mengauh basikal tua itu tanpa merasa keletihan atau kekakuan.

Tiba-tiba kami mendengar suara azan tidak jauh dari tempat kami berada itu. Kami berhenti mengayuh basikal dan berbicang setelah pasti suara azan itu datangnya dari satu arah yang kelihatan ada lampu yang menyala. Setelah berjalan sambil mengheret basikal masing-masing menuuju ke arah tersebut, dan nasib baik dapat beretmu dengan seseorang, kalau tak silap saya iman madarasah tersebut. Selepas sembahayang berjemaah dengan empat lima orang penduduk di situ, kami pun menceritakan tjuan kami berbasikal itu, dan hasrat untuk menumpang bermalam di situ.

Beliau menjemput kami ke rumahnya tidak jauh dari situ dan mempelawa kami tidur di rumahnya, serta menjamu kami makan malam. Kami amat berterima kasih kepada beliau. Pagi besoknya selepas solat subuh dan sarapan pagi, kami pun meneruskan perjalanan kami ke KT.

Selepas itu kami tidak lagi pernah berjumpa dengan hamba Allah yang baik dan murah hati. Maklumlah masa itu kami masih belajar, hanya berahun-tahun kemudian, selepas bekerja barulah kami berpeluang datang ke KT. Waktu itu keadaan sudah banyak berubah, saya tidak lagi dapat mengesan di manakah letaknya madrasah dan rumah yang saya tumpang tidur hari itu? Sampai hari ini saya masih tidak pasti, di manakah madarah dan sumah itu terletak dan yang pastinya rumah itu terletak di sebelah kanan menghala ke Terengganu.

Bila sampai ke KT, ke mana pula kami nak pergi? Di mana kami nak menginap untuk semalam dua? Nasib baik seorang sahabat di kampung, yang kami panggil Nab, namanya Zainab, seorang guru lepasan Maktab Perguruna Melaka memberi nama dan alamat seorang kawan seperguruannya di Kuala Terengganu. Saya masih ingat lagi namanya Hasnah Muda, dan mempunyai seorang adik lelaki yang sudah saya lupa namanya. Kami dizinkan bemalam di rumah beliau, dan adik beliau itulah yang melayan kami.

Di mana tempatnya? Saya sudah tidak begitu ingat lagi, kemngkinan besar di sekitar Batu Buruk. Yang saya pasti, rumahnya di tepi jalan, dan tidak jauh dari pantai, serta tidak pula begitu jauh daripada bandar KT.

Saya rasa, saya hanya tinggal dua hari di KT. Tapi bila nak balik, saya terpaksa balik sendirain, kerana kawan saya tu tidak ingin balik lagi, kerana dia ingin menyertai kempen-kempen pilhanraya di Kuala Trengganu. Pada masa itu Dato Onn sedang berkempen di KL. Oleh sebab seorang diri, saya bertolak awal dari Trengganu. Cubalah bayangkan, pada masa itu di kiri kanan jalan penuh hutan rimba, dan penggunna-pengguna jalan raya tidak banyak seperti hari ini, hanya sekali sekala berselisih dengan kenderaan di jalanan yang sepi itu. Beruk dan kera kelihatan bergayut-gayutan di pokok-pokok di tepi jalan.

Untuk menguatkan semangat saya selitkan sebilah pisau skaut yang kecil di handel basikal itu. Sambil mengayuh basikal itu, saya terus berzikir kepada Allah untuk meneguhkan hati dan memohon keselamatan....Alhamdulillahnya saya sampai juga ke rumah pada hari yang sama.

Demikianlah fikiran saya terus menggembara, dan akhirnya kami sampai ke tempat yang dituju sebuah penginapan yang terletak di sekitar Batu Buruk, Kuala Trengganu, di mana kenangan itu saya garapkan di laptop saya untuk diposted ke Blog Pondok Rahmat sebagai satu himbauan zaman lampau yang penuh kemeriahan.

Hari ini kami sekeluarga tinggal di chalet Sri Indah di Batu Buruk.

Muzium Terengganu

Hari pertama murid-murid mereka telah dibawa melawat Muzium Terengganu, iaitu salah sebuah Muzium yang terbesar di Malaysia. Ia terletak di Bukit Losong, di atas kawasan seluas 27 hektar yang merupakan sebuah kompleks yang dirasmikan pada 20 April 1996 [2 Hulhijah 1416] oleh Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Bilah Shah.

Ia merangkumi 4 blok, iaitu Muzium Utama, Muzium Maritim, 5 buah rumah tradisional dan kawasan landskap, dan di dalamnya terdapat berbagai-bagai galeri, antaranya Galeri Islam, Galeri Tekstil, Galeri DiRaja, Galeri Sejarah, Galeri Kraft, Galeri Pertroleum dan Galeri Ilmu Kejadian.

Taman Tamadun Islam

Kemudian mereka dibawa melawat Taman Tamadun Islam [Islamic Civilisation Park] yang terletak di atas Pulau Wan Man, Kuala Terengganu seluas, 23 kilometer.

Ia memaparkan keunikan koleksi meonumen-monumen hasil seni bina Islam yang terkenal di seluruh dunia. Justeru ia boleh menyumbangkan input yang berguna di bidang pendidikan di samping menjadi daya tarikan kepada para pelancung.

Ia mempunyai dua zon, iaitu Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam. Di Komplleks Taman Tamadun Islam terdapat 21 replika bangunan yang berkaitan dengan sejarah Islam dari segenap ceruk dunia, antaranya seperti Batu Tergantung di Palestine, Masjidil Haram di Saudi Arabia, Al-Hambra di Sepanyol, Taj Mahal, di India dan sebaginya.

Pulau Warisan

Sebelah malamnya meeka dibawa melawat Pulau Warisan [Herritage Island], iaitu pulau buatan manusia, yang terletak di muara Sungai Terengganu, berhampiran dengan Kedai Payang dan Kampung China. Pulau ini salah satu tempat menjadi tumpuan pelacnung.

Mengikut rancanganya pulau ini akan dilengkapkan dengan bahan kebudayaan dan kesenian untuk menjadi tarikan pelancung.

Planetarium Terengganu

KeesukN, Khamis mereka dibawa melawat Planetarium Terengganu yang terletak di Pusat Dagangan Terengganu, dikelolakan oleh sebuah agensi kerajaan negeri, Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu [PSKT] yang dirasmikan pada 22 Mac 2005.

Planetarium Terengganu merupakan sebuah institusi pendidikan yang berguna untuk masyarakat, khususnya para pelajar dan ibu bapa untuk membuat rujukan mengenai bidang astronomi di seluruh dunia.

Pasar Payang

Melawat Pasar Payang, iaitu Pasar Pusat atau Pasar Besar, Terengganu. Ia terkenal juga dengan panggilan Pasar Kedai Payang, atau panggilan tempata-nya Kedai Tempayan, mengikut loghat Terengganu.

Ia terletak di tepi Sungai Terengganu, dekat jeti Shabandar, dimana para pelancung menunggu untuk menaiki bot untuk membawa mereka melawat ke pulau-pulau yang menjadi pilihan mereka.

Pasar Payang, sebuah pasar di mana masyarakat Trengganu khasnya, memasarkan berbagai-bagai barang-barang tradisional mereka yang telah lama wujudnya di Kuala Terengganu. Ia terdiri daripada bangunan dua tingkat, tingkat bawah untuk gerai-gerai basah dan kuih-muih tradisi Terengganu. Di tingkat atasnya pula terdapat berbagai-bagai jenis barang.

Pada masa dahulu, kalau kami datang ke Terengganu saya dan isteri, Asiah [Ya Allah cucuri rahmat ke atasnya] jarang tidak berkunjung ke Pasar Payang ketika hendak balik ke Kota Bharu untuk membeli barang-barang tempatan Teregganu, termasuk telur penyu dan kain batik Terengganu.

Bukit Puteri

Mereka juga dijadual untuk melawat sebuah tempat bersejarah, iaitu Bukit Puteri yang terletak berhampiran muara Sungai Terengganu dan di sekelilingnya terdapat tempat-tempat bersejarah, seperti Istana Maziah, Masjid Abidin dan Pasar Kedai Payang.

Bukit Puteri mempunyai kedudukan sejarah yang tersendiri dalam lemabaran sejarah negeri Terengganu Darul Imam. Di atas bukit ini terdapat beberapa artifak-artifak kekal berkaitan dengan sejarah negeri Terengganu, seperti Kubu Pertahanan, Genta, Singgahsana, Meriam Beranak dan sebagainya untuk menjadi penilitian generasi sekarang dan akan datang.

Lewat petang baru bertolak balik ke Kuala Krai dan selamat sampai dalam keadaan selamat. Adalah diharap kembara ini bukan sahaja menjadi kembara penghibur, tapi merupakan kembara pendidikan dari segi rohani dan jasmaninya. Kerana kita hendaklah sentiasa ingat bahawa di sebalik segala sesuatu itu, di sebalik segala kejayaan yang dicapai oleh manusia maka Allahlah yang menjadi penentu segala-galanya.

Amin.

Seri Indah, Batu Buruk
Khamis 21 Oktober 2010.

Read more...

Masjid Nabawi Segar Dalam Kenangan

>> Tuesday, October 19, 2010





Masjid Nabawi Segar Dalam Kenangan

DARI Lapangan Terbang Jedah, kami menaiki bas menuju ke Madinah. Setelah sampai di Madinah dan setelah barang-barang kami yang diturunkan dari bas diangkatkan ke bilik hotel tempat kami tinggal, saya dan isteri, Asiah [ya Allah limpahilah rahmatMu ke atasnya] dan juga teman-teman lain para jemaaah haji terus turun dari hotel dan menuju ke Masjid Nabawi yang letaknya dekat dengan hotel kami tinggal itu- hanya dipisah oleh satu kawasan lapang. Alhamdulillah hotel kami terlalu dekat dengan Masjid Nabawi.

Kami merasa amat gembira bila memasuki Masjid Nabawi. Dada terasa sebak keharuan. Inilah pertama kali sepanjang hidup kami, kami beroleh kesempantan menjejak kaki di masjid yang mulia ini dan dengan harapan akan datang lagi.

Selepas menunaikan solat, saya dan isteri membuat tinjauan kilat setakat yang mampu di sekitar dalaman Masjid Nabawi. Kami cari Makam Nabi saw. dan kawasan yang dipanggil Raudhah di mana tempat doa yang amat mustajab. Setiap kali pergi ke Masjid Nabawi di kawasan Raudhah itulah kami tuju untuk bersolat dan sebagainya.

Setelah tiga hari berada di Madinah kami dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di luar kota Madinah bersama-sama dengan para jemaah yang lain. Di suatu tempat saya telah membeli seutas tasbih yang berwarna seperti zamrud. Warna dan bentuknya kelihatan cantik dan menarik. Setiap kali pergi ke Mesjid Nabawi tasbih itulah saya bawa untuk berzikir.

Pada suatu waktu, selepas solat Maghrib di Masjid Nabawi saya mengeluar tasbih itu dari poket baju dan mulai menggunanya untuk membilang zikir. Tiba-tiba terlintas dalam benak saya rasa kagum dengan keindahan tasbih itu.

Tapi dengan sekelip mata saya beristghfar meminta ampun kepada Allah kerana berfikir seperti itu. Saya merasa saya telah berbuat salah merasa bangga yang tidak kena pada tempatnya.

Saya terus berulang-ulang kali minta ampun kepada Allah.

Pagi esoknya ketika hendak pergi solat Subuh, saya cari mencari tasbih itu untuk dibawa ke Masjid. Tapi tidak ketemu lagi. Ia sudah hilang, dan terus hilang hingga kami berangkat ke tanah suci Mekah.

Saya teringat peristiwa semalamnya, lalu menceritakannya kepada isteri saya [semoga Alah cucuri rahmat ke atasnya] yang juga sedang bersiap-siap untuk pergi ke masjid.

“Patutlah tu ia hilang”, katanya dengan mengulum senyum. “Betullah tu! Syukurlah ia hilang”. Sambungnya lagi.

Saya juga merasa apa yang dikatakannya memang benar. Terasa bodohnya. Syukurlah ia hilang, “Alhamdulillah”, kata saya, dan mengajak isteri keluar bilik untuk solat di Masjid Nabawi, dengan solat taubatnya sekali.

Satu peristiwa lagi yang agak unit juga berlaku. Pada suatu hari saya menjadi terlalu sensitif dengan angin. Bila saya melalui kawasan lapang di antara hotel dan Masjid Nabawi itu berkebetulan angin bertiup, saya akan merasa seluruh kulit badan saya, termasuk di dalam pakaian, pedih-pedih halus yang tidak menyelesakan. Tapi tidak ada pula tanda-tanda gatal.

Mula-mulanya saya merasa tidak ada apa-apa dan berharap perkara biasa dan ia akan hilang dengan sendirinya. Tapi rupanya tidak. Setiap kali kena tiupan angin, saya merasa panas pedih yang tidak menyelesakan,

Saya pun merenung-renung mencari sebab-sebabnya. Mungkin ada sesuatu yang tidak wajar telah saya lakukan. Saya pun teringat, petang itu selepas solat Asar, saya melihat di hadapan saya ada seseorang sedang sujud. Saya lihat kedua belah kakinya telah pecah-pecah dan membengkak yang kelihatan kemerah-merahan.

Terlintas dalam benak saya satu fikiran yang kurang wajar terhadap lelaki yang kakinya pecah-pecah dan bengkak itu. Tapi saya segera beristighfar meminta ampun kepada Allah kerana lintas fikiran syaitan seperti itu. Namun begitu, akibatnya terpaksa saya tanggung. Dan begitulah yang saya alami bila keluar dari Masjid Nabawi.

Menyedari hal ini saya terus memohon keampunan kepada Allah, dan juga solat taubat dan solat hajat di Masjid Nabawi memohon keampuan dan keredhaan atas segala keterlanjuran saya. Alhamdulillah dua hari kemudian gangguan itu telah hilang dan tidak lagi datang. Selepas itu saya boleh terdedah kepada angin tanpa mendapat apa-apa kesan sampingan yang buruk, kecuali merasa kesejukan.

Demikianlah di antara peristiwa yang masih terus menjadi ingatan kepada saya ketika berada di Madinah selama beberapa hari sebelum berangkat ke Mekah.

Justeru itu saya selalu memperingatkan diri saya dan keluarga saya supaya selalu berhati-hati bukan sahaja dalam kata-kata dan perbuatan, tapi juga di dalam hati kita, bukan sahaja ketika di Tanah Suci Mekah, tapi juga di mana-mana sahaja supaya kita sentiasa berada dalam keadaan selamat. Lintasan-lintasan fikiran itu sebenarnya amat merbahaya, kerana lintasan-lintasan itulah yang selalunya menganggu kita dalam solat yang menghanyutkan kita keluar dari solat yang sedang kita dirikan.

Masjid Nabawi adalah sebuah masjid yang tidak asing lagi kepada umat Islam kerana mempunyai berbagai-bagai keistimewaan yang tidak terdapat di masjid-masjid lain di seluruh dunia ini, sejak dahulu hingga sekarang, dan juga di masa-masa akan datang. Itulah Masjid Nabawi.

Sesiapa sahaja yang sembahayang di masjid yang mulia ini akan dikurniakan ganjaran pahala yang berganda-ganda. Sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad Ibnu Huzaimah dan Hakim berbunyi, ”“Solat di masjidku [Masjid Nabawi] ini lebih utama 1000 kali berbanding solat di masjid lainnya.

Sabda Baginda saw. lagi, sesiapa berpuasa Ramadhan sebulan di Madinah adalah seumpama berpuasa seribu bulan di tempat lain. Dan bersembahayang Jumaat di Masjid Madinah adalah seperti seribu kali sembahayang Jumaat di tempat lain”.

Sabda Baginda saw. lagi yang bermaksud, “Sesiapa yang bersembahayang lima waktu di masjidku sebanyak 40 waktu tidak pernah luput walau satu waktu pun, nescaya dilepaskan dari azab neraka dan azab kubur”.

Taraf Masjid Nabawi adalah kedua selepas Masjdilharam di Mekah. Ianya sebuah masjid suci yang bersejarah dalam Islam, terletak di tengah-tengah kota Madinah, di Saudi Arabia.

Sejarah Pembinaannya

Masjid Nabawi mulai dibina pada tahun pertama Hijriah [622 M] setelah Baginda Rasulullah saw. berhijrah dari Makkah ke Madinah. Tanah tapak masjid itu dibeli oleh Baginda Rasulullah saw. daripada dua anak yatim beranama Sahal dan Suhail.

Baginda saw. adalah manusia pertama meletak batu asas pembinaan masjid Nabawi itu, kemudian diikuti oleh para sahabat,Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.

Bangunan asal masjid itu amalah simpel; tiangnya batang kurma, atapnya diperbuat daripada pelepah dan daun kurma, sementara pagarnya berasaskan batu tanah.

Ia dibina secara bergotong-royong di kalangan umat Islam, satu amalan yang patut terus dihidupkan di sepanjang zaman dalam masyarakat Islam, baik di kampung ataupun di bandar.

Ketika Baginda Rasulullah saw. sedang mengangkat tanah yang kelihatan begitu berat, beliau ditegur oleh seorang penduduk Madinah, dan meminta beliau memberikan tanah itu kepadanya untuk dipikul.

Baginda bukan sahaja tidak menyerahkan tanah tersebut kepada penegurnya, malah berkata dengan sopan, “Biarlah aku mengangkatnya, engkau angkatlah tanah yang lain. Di mata Tuhan, engkau tidaklah lebih rendah dariku”.

Masjid itu siap dibina dalam masa kira-kira 12 hari sahaja dalam keadaan yang sungguh sederhana. Selepas itu, selaras dengan perkembangan semasa, Masjid Nabawi telah mengalamai berbagai-bagai perubahan sejajar dengan perkembangan semasa. Bila arah Kiblat telah diubah dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram di Mekah, maka Masjid Nabawi telah dibina dengan sebuah Mihrab pada tahun 2 Hijriah.

Selepas itu Masjid Nabawi mengalami berbagai-bagai perubahan lagi hingga ke hari ini.

Raudhah

Yang paling istimewa yang terdapat di Masjid Nabawi ialah Makam Rasulullah saw. yang terletak di dalam masjid tersebut

Di samping itu dalam masjid itu terdapat satu kawasan yang dipanggil Raudhah. Kawasan Raudhah ditandakan dengan tiang-tiang berwarna putih yang letaknya antara makam Rasululah saw. [dulunya rumah Bagind saw] dengan mimbar.

Sebenarnya perkataan Raudhah itu bererti taman, iaitu sebuah taman yang terdapat di Syurga yang penuh dengan pokok-pokok yang menghijau dan beraneka jenis buah-buahan.

Ada juga wanita-wanita Islam yang dinamakan oleh orang tua mereka dengan nama Raudhah mengambil sempena nama Raudhah tersebut. Alangkah baiknya, kalau setiap wanita yang bernama Raudhah itu merupakan seorang manusia yang dapat memberi manfaat kepada seluruh umat manusia.

Raudhah adalah merupakan tempat yang paling mustajab untuk berdoa, berasarkan sabda Baginda Rasulullah saw”Aantara rumahku dan mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman Syurga”.

Para jemaah haji dianggap tidak lengkap ziarahnya ke tanah Arab sekiranya mereka tidak mereka berkunjung ke Masjid Nabawi dan seterusnya ke Makam Rasulullah saw. yang terdapat di dalamnya.

“Selamat tinggal wahai Rasulullah. Berpisahlah kita wahai Rasulullah. Amanlah dikau wahai kekasih Allah.

“Semoga Allah tidak menjadikan pertemuan kita sebagai hari terakhir denganmu untuk menzirahimu ataupun berada di sisimu. Kecuali Allah imengurniakan kebajikan sihat walafiat dan selamat, jika ada umur lagi, Insya-Allah aku akan datang menemuimu semula.

“Tapi jika aku mati dahulu, maka sekarang aku tinggalkan di samping ikrar sumpah setiaku dari hari ini hinggalah ke hari kiamat, iaitu pengakuanku yang sungguh-sungguh, bahawa tiada Tuhan lain yang disembah dengan sebenar-benarnya kecuali Allah Tuhan yang Maha Esa tidak ada sekutu bagiNya dan aku menyaksikan dengan sesungguhnya bahawa Nabi Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya.

Maha Suci Tuhanmu Tuhan yang mempunyai kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan”.

Demikinlah Madinah kami tinggalkan untuk meneruskan perjalanan le Mekah, dengan harapan yang memenuhi setiap rongga hati kami untuk datang lagi di masa-masa akan datang, khususnya untuk berkunjung ke Makam Rasulullah saw.

Sesunguhnya Baginda Rasulullah saw. pernah besabda, “Sesiapa yang menzirahi kuburku tetpalah beroleh syafatku”.

“Sesiapa yang datang mengerjakan haji tetapi tidak datang menziarahiku, maka sesungguhnya ia renggang dariku [bencikan aku].

Siapakah antara kita yang waras tidak inginkan syafaat Baginda Rasulllah saw di akhirat nanti?

Sesiapa yang mampu dan belum menunai ibadat haji segeralah berbuat demikian, jangan beralasan belum “sampai seru”, nanti rugi besar di dunia dan di akhirat.
xxxxxxxxx

Renungilah:
-"Tidak boleh wanita bermusafir dua hari kecuali bersamanya suami ataupun mahram".-Hadis dalam Shahihan.

-"Wanita tidak boleh bermusafir kecuali bersasma mahram". Hadis dalam Shahihan.

-"Sekiranya usia kamu panjang, nescaya kamu akan melihat wanita yang menunggang unta bertolak daripada Hirah hingga sampai Tawaf di Ka'bah, dan tidak takut sesiapapun kecauli Allah".HR:Bukhari

Bisik Pondok Rahmat
Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

Read more...

How is a Muslim Settle His Misfortunes

>> Saturday, October 16, 2010



HOW Is a Muslim Settle His Misfortunes

VERY sad to say that many of us have acquainted with Allah, but we did not identify Allah. Some of us identify Allah, but they ignored His present or just forget Allah. We did not put Allah in our heart. It seemed that Allah is too far away in the unknown sphere of life. In fact we did not love Allah.

So that any things we do, we did not consider Allah. We did not make Allah as our foundation in every step we take. We ignore Allah in every effort we make in our life to reach our goal.

It seemed that we forgot Allah as:

“Allah is He, than Whom there is no other god-Who knows [all things] both secret and open; He , Most Gracious, Most Merciful”..

“Allah is He, than Whom there is no other god-the Sovereign, the Holy one, the Source of Peace [and Perfection], the Guardian of Faith, the Preserver of Safety, the Exalted in Might, the Irresistible, the Supreme; Glory to Allah! [High is He] above the partners the attribute to Him”.

“He is Allah, the Creator, the Evolver, the Bestower of Forms [or Colours]. To Him belong the Most Beautiful Names; whatever is in the heavens and on the earth, does declare His Praises and Glory; and He is the Exalted in Might, the Wise”.S:Al-Hashr:22-24.

“Say: He is Allah, the One and only; Allah, the Eternal, Absolute; He begets not, nor is He begotten; And there is none like unto Him”.S. Al-Ikhlas

That is Allah.

We seemed to forget that our life in this mortal world is not free from any difficulty. In fact our life is not spread with a carpet of beautiful red roses. We should be very careful in our walk of life so that we did not step on the sharp stones that will cut our feet, and will hinder us to continue for journey to reach our ambitions.

As human being we want our life the run smoothly and did not want our life to be touch by any difficulty. We want to be always happy up the end of our life. But sometimes Allah made different agenda for us to follow. Many misfortune or disasters have been fallen on us as we move forward in our life. Nobody can stop what have happen, what is happening now and what will be happen in future times, except Al-Mighty Allah, God of the world.

Allah gave us misfortunes to tests our faith strong or weak, or to know we are good or bad as a human being. What is happening is in the hand of Allah. He has the right to do what he wanted to do. He did not need any help from whom. He is the Almighty.

“Blessed be He in Whose hands is Dominion, and He over all things has Power”.

“He who created Death and Life, that He may try which of you is best in deed; and He is the Exalted in Might, Off-Forgiving”.S: Al-Mulk:1 & 2.

Allah made misfortune not only to test the good or the bed sides of His slaves, but also have many secrets things that only a good man can see or realised that.

Allah wanted men to take as an example how tolerant are the prophets, the saints and the faithful men when they have to face the misfortunes that be fallen on them by Allah will, besides Allah wanted to upgraded their status in His eyes.

Allah gave the misfortune to the sinners to teach him a lesson so that they admitted their sins and asked forgiveness and repent to Allah.

Allah descend the misery to the non Muslim in this world to make them taste the punishment before they get the true punishment in this world after, in more severe form and the state of immortal.

But very sad to say that many of us did not care about the warnings given by Allah, and continue to involved in the immoral deeds and in their sayings. In fact it looked like they are asking for more trouble from Allah, Whose has given warning after warning to them not to commit crimes or sins.

“[Deeds] after the manner of the people of Pharaoh and of those before them; they rejected the Signs of Allah, and Allah punished them for their crimes; for Allah is Strong, and Strict in punishment”. S:A-Anfal: 52.

They did not afraid to commit crimes and sins. They did what they wanted to do without thinking it is good or bad, and the result of what they are doing. That showed the fall down of our morals and made us sacred. Our worry grow worsen when we think about the fallen morals that has spread out, mostly to the young people of our country.

Almost every day we see in the television, we read in the news paper and we saw ourselves with our own eyes the awe things that happened in our society. Cast baby, adultery, immoral, snatch thieve, robbery, killing and misused of drugs are rampant in our country to day. It showed that some of us did not afraid to commit big sins in order to full fill their last.

As result many misfortunes have fallen on us in various ways. Many of us lost their life and property in the fire, accidents, flood, and also became prey to deceiver, thief, snatched thief or robbery and so on.

As Allah had said,

“Mischief has appeared on land and seas because of [the deed] that the hands of men have earned, that [Allah] may give them a taste of some of their deeds; in order that they may turn back[ from evil].S:a-Rum:41.

The bad result of every misconduct or sins are not only to be fall on the doers, but to all the people surrounding them, their family, their society and country also will get the bad result. The sinners will not get blessing from Allah in this world. Their life in this world will not be happy and calm but surround up by all tangled up life. And in the next world Allah will throw them to hell fire as a punishment to what they have done in this mortal world.

Allah has absolute power. So as a Muslim we have to follow what ever God command. We have to check our self in and outside, our community and also our nation did not include in the group that asking for trouble from Allah.

Let us return to Allah with open and clean heart to

-To return to Islam in full way.

-To ignore all the things that prohibited by Allah.

-Very seriously and earnestly looking for the source of misfortune and disobedience that so far have created so many troubles in our life, and face it truthfully according to the rule of God.

-Spend most of our life time in doing good things and left all the bad things.

-We have to asked forgiveness from Allah and sincerely repent to God to all the misconducts that we have done and ask for guarded.

We have to be very calm and patient in facing any misfortune that be fall upon us and coped it with full strength that we have and in a way that not against the rule of Islam.

Be patient in facing the mischief is good medicine to cool our emotion and it is good to relief our sadness that have been fall on us. So that we can continue to live in good life as a servant of God and doing our good work to full fill our duty to God. Then we will receive good reward from Allah.

There are some men amongst us today when confront with mischief, they will not look for Allah to help, instead they looked other than Allah to help them. It is very sad to say that. They will look for shaman, paranormal, or sometime looking for religious men who like to deceive those are in needed. In fact they are the conman who used religion to swindle men who seek their help. Sometime instead taken money from their prey, they turn to be rapist and raped the women who came for their help.

It is often happen that they sell amulet, talisman, and some oil to their prey with the high cost, up to hundred or thousand dollars each. Sometimes they sell stones or dagger, or teach them some charm to get rid of the evil or to get good fortune in their life. But most of them asked syaitan or jin for help which are prohibited by Islam.

“What! Do they take for intercessors others besides Allah? Say, “Even if they have no power whatever and no intelligence?”.

“Say,”To Allah belongs exclusively [the right to grant] intercessions: to Him belongs the dominion of the heavens and the earth; in the End, it is that you shall be brought back”. S:Az-Zumar: 43-44.

Verily those who seek help from other than Allah their efforts are useless,
They are wasting their times and wealth. They are the loser. They will get punishment for polytheism to Al-Mighty Allah.

As Dr. Kaukab Siddique said, “A person’s efforts to maintain awareness of Allah and to constantly endeavour to seek communication with Allah’s Will and to know oneself as a traveller on the way to Allah is the essence of Islam. All one’s knowledge of Islam and all one’s efforts to full fill the outer form of worship will not have a purifying and cleansing effect unless one diligently seeks the love of Allah.

To be a real Muslim we have to surrender ourselves, physically and mentally, our hearts and our souls to Allah, and asked no other than Allah to help us to settle our problems, whither small or big.

God blessed us. Amiin.
Xxxxxxxxxxx
Food for thought:
-“On the Day of Judgment, hell will be brought with seventy thousand reins. A single rein will be held by seventy thousand angels for the sake of dragging it [hell]”. Hadith Sahih.

-“Among the people entering paradise are ones whose hearts resemble those of birds”. Hadith Sahih.
xxxxx

The whispering of Pondok Rahmat:
Embrace Faith. Extend a tuft of goodwill, a thread of love, a garland of harmony
.

Read more...

Bila Ayam Jantan Berkokok....

>> Thursday, October 14, 2010




BILA Ayam Jantan Berkokok............

Setiap orang tentu pernah melihat ayam, dan mengenali pula mana ayam betina dan mana ayam jantan. Malah setiap orang tentu pernah makan daging ayam, kecuali orang-orang berpantang makan daging ayam kerana alahan penyakit atau sebab-sebab lain.

Kalau kita perhatikan ayam jantan ada mempunyai berbagai-bagai warna, seperti hitam, merah, putih, bertapung-tapung dengan beberapa warna dan juga berbintik-bintik.

Biasanya ayam jantan lebih hebat daripada orang lelaki, kerana kebiasaanya ia mempunyai lebih dari seekor dewan atau isteri dalam satu masa, bukan sahaja, dua atau tiga, malah berekor-ekor dalam satu masa.

Namun begitu ia tidak mempunyai kemampuan untuk menjaga kesemua isteri-isterinya dengan sebaik-baiknya, kecuali untuk seekor sahaja dalam satu-satu masa, iaitu yang sedang mengeram telur.

Lagaknya megah dan sombong memiliki ramai betina, tapi kemampuannya tidak ada. Itulah dikatakan, sehingga dikatakan “sombong seperti ayam jantan”.

Namun begitu ayam jantan sangat prihatin dengan kedaulatan wilayah kekuasaannya. Justeru ia sangat menjaga wilayah takluknya daripada diceroboh oleh ayam-ayam jantan yang lain.

Sebab itulah di siang hari kita sering melihat ayam-ayam jantan suka duduk bertengek di tempat-tempat agak tinggi, 4 atau 5 kaki dari tanah, seperti di atas galang-galang kayu atau pagar untuk memerhati atau mengawasi sekelilingnya takut-takut dicerobohi oleh petanding-pentandingnya yang ingin merampas wilayahnya itu.

Di samping itu ia juga mengawasi kedatangan musuh-musuh yang membahayakan mereka, seperti biawak-biawak atau ular-ular yang ingin memangsakan mereka, terutama anak-anak ayam.

Jika ada penceroboh-penceroboh seperti itu, ia akan segera memberi amaran kepada anak-anak buahnya supaya segera mencari perlindungan atau menyelamatkan diri dari ancaman bahaya.

Di samping itu ayam jantan itu juga akan berkokok dengan megahnya untuk memberitahu bahawa kawasan itu adalah merupakan wilayah perlindungannya, dan jangan diceroboh jika tidak ingin ditentang.

Walau bagaimanapun, kalau kita tinggal di kampung-kampung kita sering mendengar ayam jantan berkokok pada waktu malam, menjelang waktu subuh.

Pada masa dahulu, kokok ayam ini dijadikan tanda waktu, terutama ketibaan waktu untuk bersahur dalam bulan Ramadan dan untuk solat subuh setiap hari.

Kadang-kadang ketika mendengar ayam berkokok, saya akan teringat kampung halaman saya berpuluh-puluh tahun yang lampau. Pada masa itu setiap rumah ada memelihara ayam yang biasanya dilepas berkeliaran mencari makan dalam semak-semak dan di sekitar rumah.

Hanya rumah saya tidak pernah memelihara ayam, kecuali hanya untuk beberapa hari sahaja sebelum disembelih, kerana kami tidak raksi untuk memeliahara ayam. Selalunya ayam yang kami pelihara itu akan mati kerana sebab-sebab tertentu. Sampai hari ini saya masih tidak berkebolehan untuk memelihara ayam.

Di waktu siang hari, ayam jantan boleh berkokok bila-bila masa sahaja jika ia mahu. Ada sesetengah ayam berkokok beberapa kali sahaja dalam sehari, dan ada pula yang berkokok berulang-ulang kali dalam sehari mengikut suka hatinya.

Kekerapan sesekor ayam jantan berkokok tergantung kepada peribadi ayam itu, dan ia juga tergantung kepada baka atau keturunannya. Kalau ia berasal dari jenis baka yang suka berkokok, maka jadilah seekor ayam jantan yang gemar berkokok, demikianlah sebaliknya.

Bunyi suara kokokan itu pula berbeza-beza, ada yang kuat yang dapat didengar dengan lantang dalam jarak yang jauh dan sebaliknya ada yang kokokannya kedengaran perlahan sahaja.

Jika diperhatikan ayam jantan juga boleh berketok seperti ayam betina jika ia bertemu dengan makanan-makanan dan menjemput ayam isteri atau gewannya untuk menikmati makanan itu bersama.

Sebenarnya kokokan ayam jantan ini ada mempunyai rahsia yang tersendiri. Seperti juga dengan sesetengah binatang yang lain juga, ayam jantan dikaitkan dengan kepercayaan-kepercayaan tertentu dalam sesebuah masyarakat tradisi.

Kebanyakan masyarakat tradisional di dunia, percaya ayam jantan juga boleh bertelur seperti ayam betina. Bezanya telur ayam jantan dikatakan tidak mempunyai telur kuning, kerana itu tidak boleh menetaskan anak, seperti telur ayam betina.

Justeru itu, sesetegnah masyarakat pula percaya, jika telur ayam jantan itu menetas, ia memberi alamat yang buruk, kerana yang ditetas itu bukannya anak ayam, tapi seekor raksaksa yang menakutkan, kerana renungan matanya sahaja boleh menyebabkan berlaku kematian.

Mengikut kepercayaan tersebut untuk mengelaknya daripada berlaku, telur ayam jantan itu hendaklah dibaling melewati bumbung rumah pemeliharanya, dan terus jatuh dan pecah di belakang rumah tanpa mengenai rumah itu.

Biasanya ayam dipelihara untuk dimakan dagingnya, namun begitu ada juga ayam jantan yang dipelihara bukan untuk dimakan dagingnya tapi untuk dijadikan ayam sabung atau ayam laga.

Ayam jantan ketika berlaga bukan sahaja menggunakan paruhnya yang tajam itu, tapi juga menggunakan taji atau susuh yang tersedia di kakinya sebagai senjata asli untuk mempertahankan dirinya.

Ayam laga ini bukan sebarangan ayam, tapi diperolehi daripada baka yang khusus, dipanggil “ayam baik”, justeru itu diperlihara dengan istimewa, kerana itu harganya pun mahal, ada seekor ayam jantan yang harganya mencecah beribu-ribu ringgit.

Biasanya berlaga ayam ini diadakan di gelangangnya yang khas di mana orang ramai boleh menontonnya. Biasanya pula mereka yang mengikuti laga ayam akan berjudi, dengan meletakkan pertaruhan masing-masing.

Di negara-negara yang mengharam laga ayam dan juga mengharamkan perjudian, pelaga-pelaga ayam akan melagakan ayam mereka di gelanggang-gelanggang bergerak, di dalam semak-semak di pinggir kampung yang disertai oleh golongan mereka sahaja.

Tidak jarang pula mereka diserbu polis dan mana-mana yang dapat diberkas didawa ke mahkamah untuk pendakwaan dan jika didapati bersaslah dijatuhkan hukman.

Ada sebuah kesah yang malang mengenai seorang pelaga ayam. Setiap kali ayamnya kalah laga, dia naik radang, lalu menangkap ayamnya itu, menghempaskannya berulang-ulang kali ke bumi kemudian mengoyak-ngoyaknya hidup-hidup hingga ayam itu tercaing-caing anggotanya dan tidak bergerak lagi menjadi bangkai.

Biasanya mereka memilih masa tertentu untuk berlaga ayam iaitu waktu yang mereka fikir selamat dari serbuan pehak berkuasa, iaitu di waktu orang sedang solat Jumaat.

Yang trajisnya mengikut cerita si pelaga ayam tersebut mati dalam keadaan yang amat merawankan hati yang dikaitkan orang kampung dengan sikapnya yang ganas dan kejam terhadap ayamnya itu. Wallahu’aklam.

Pada akhir-akhir ini dalam bidang lagaan ayampun tidak terlepas daripada bahana penggunaan dadah. Mereka menyuntik terlebih dahulu ayam-ayam laga itu sebelum dimasukkan ke gelanggang dengan dadah-dadah tertentu untuk menguatkan semangat dan tenaganya dengan jalan memekatkan darahnya supaya muncul menjadi juara di gelanggang nanti.

Pada masa dahulu, mereka meletakan racun-racun tertentu pada taji ayam itu, dan bila tertikam pada lawannya boleh menyabkan ayam lawan itu menjadi lemah atau mati keracunan.

Justeru itu pada masa yang lalu, tidak jarang acara perlagaan ayam ini boleh mencetus perseteruan, pergaduhan malah juga pembunhan yang amat dikesali dan merugikan.

Pada masa dahulu yang dijadikan pertaruhan itu bukan sahaja wang ringgit, tapi mungkin juga harta benda dan anak dan isteri dijadikan taruhan. Di kalangan raja-raja zaman dahulu pula ada mempertaruhkan negara masing-masing di dalam sesuaut perlagaan ayam.

Saya teringat sebuah pantun di zaman kanak-kanak bila mendengar ayam jantan berkokok, pantun itu berbunyi:

Kok kerek kok
Ayam balung mas,
Nanti dulu datok
Nak minta gelang emas.

Pantun ini berupa sebuah doa, tapi yang dimintanya benda rendah, harta dunia, iaitu gelang emas, sedangkan yang patut diminta ialah benda-benda yang lebih bernilai, ilmu pengetahuan, keimanan, taufik, hidayat keselamatan dunia dan akhirat, dan sebagainya dari benda-benda yang lebih bernilai.

Ini sejajar dengan sabda Baginda saw. yang meminta umatnya berdoa kepada Allah memohon rahmat kepada Allah SWT bila mendengar ayam berkokok.

Sabda Baginda saw, “Apabila kamu mendengar kokokan ayam maka pohonlah rahmat daripada Allah, kerana sesungguhnya ia telah melihat malaikat. Apabila kamu mendengar suara himar, maka pohonlah perlindungan dengan Allah daripada syaitan kerana sesunguhnya ia telah melihat syaitan”.HR:Bukhari & Muslim.

Demikianlah kalau kita perhatikan sesetengah lagak ayam jantan itu tidak jauh bezanya dengan lagak orang lelaki, seperti bersikap sombong, ingin menguasai dan suka berbini banyak dan suka menguasai seberapa banyak perempuan yang boleh. Jangan ikut tabiat ayam jantan seperti itu. Nanti susah. Dan jangan ikut tabiat ayam jantan mengawan, tak tahan lama, hingga timbul ibarat, makan “curi ayam”, hanya sekejap sahaja, nanti timbul masalah yang tidak diingini di antara suami dan isteri.

Dan jangan sama sekali mencari makan buat kerja haram menjadi “bapak ayam” yang hidup dengan memakan hasil melacurkan kaum wanita yang malang. Haram dan berdosa. Tidak selamat hidup dunia dan akhirat.
xxxxxxxxxxxxxxxx
Renungilah:

-“Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut dan mencintai kelembutan, Allah memberi kepada orang yang lembut sesuatu yang tidak diberikan kepada orang yang kasar dan tidak akan diberikan kepada orang yang lainnya”. HR:Muslim.

-“Barang siapa yang tidak bersikap lemah lembut maka bererti ia tidak berbuat baik”.HR:Muslim,

Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Imam.Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni

Read more...

Hari Keusahawanan Tahun 6 Di Sek Keb Sg. Embak Kuala Krai

>> Tuesday, October 12, 2010





HARI Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Sungai Embak Kuala Krai


Kelmarin, Isnin 11 Oktober, 2010 saya membawa cucu saya, Nik Noor Safia Zaini yang berusia 3 tahun ke Sekolah Kebangsaan Sungai Embak, Kuala Krai untuk mengikuti program terbuka yang diadakan di sekolah tersebut.

Alangkah sukanya cucu saya itu mengikuti program tersebut yang pada waktu ramai dikerumuni oleh murid-murid yang sedang membeli-belah.

Pada hari itu Sekolah Kebangsaan Sungai Embak Kuala Krai telah menganjurkan Hari Keusahawanan untuk murid-murid tahun enam selepas peperiksaan UPSR di Dewan Terbuka Sekolah tersebut.

Saya difahamkan tujuan program itu diadakan ialah untuk mendedahkan murid-murid tersebut dalam bidang perniagaan yang begitu luas skopnya sebagai ruang untuk membina kehidupan nanti.

Di samping itu ia juga bertujuan uuntuk mendapat perbelanjaan bagi membiayai segala projek-projek yang akan dilaksanakan nanti dan mendapat kejayaan.

Sehubungan dengan itu murid-murid tahun enam tersebut dirancangkan akan mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Terengganu dalam rangka untuk mendedahkan mereka kepada aktiviti-aktiviti luar yang lebih terbuka.

Program itu juga memberi galakan kepada murid untuk berdikari, menyemaikan keyakinan diri yang tinggi dan juga untuk mengembangkan bakat-bakat yang sedia ada di kalangan para pelajar.

Pada hari itu beberapa buah gerai jualan telah dibuka yang menjual barangan yang berbeza, seperti gerai minuman, makanan ringan akseori, cabutan bertuah dan ais krim.

Pelajar-pelajar tersebut diberi tanggungjawab dalam urusan jual beli di gerai-gerai itu di bawah pengawasan seorang guru yang telah ditetapkan. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang murid.

Beberapa orang guru terlibat secara langsung dalam program tersebut, iaitu Puan Hjh. Siti Rahim bt Mat ( Guru Besar SKSE) sebagai Pengerusi, En. Jusoh bin Mamat (PK KO) sebagai Timbalanan Pengerusi, Puan Noor Baiti Zaini bt Mohd Zain sebagai Setiausaha dan Puan Normasni bt Abdul Rahman sebagai Bendahari, di samping 10 orang Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada guru-uru tahun 6.

Saya dimaklumkan program pada hari itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan bukan sahaja daripada murid-murid sekolah, tapi juga daripada ibubapa yang memberi sokongan yang amat menggalakkan terhadap program yang melibatkan anak-anak mereka secara langsung.
xxxxxxxxx

Renunglah:

-"Baginda Rasulullah saw. setelah selesai dari makan akan berkata [maksudnya], "Segala puji bagi Allah yang telah memberi aku makan dan telah memberi aku rezeki, tanpa ada daya dan upaya dariku. Maka akan diampunkan sosanya yang terdahulu".Shahih Sunan At-Tirmidzi. Andai seseroang hanya mengucapkan "Alhamdulillah", maka berterti dia telah melakukan sunnah Rasuluuah saw.

Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP