Showing posts with label Lagu Mana Ni?. Show all posts
Showing posts with label Lagu Mana Ni?. Show all posts

SIAPA TAKUTKAN ALLAH, MARI IKUT SAYA?

>> Monday, April 11, 2016





“SIAPA TAKUTKAN ALLAH? MARI IKUT SAYA”

Masjid ialah rumah suci bagi umat Islam, Ia bukan sahaja riumah untuk bersolat dan mengaji al-Quran, tapi merangkumi seluruh budaya hidup umat Islam terpancar dari masjid.


Antara dua personaliti penting sesebuah masjid ialah Imam dan Bilal. Imam tugas utamanya mengimankan solat lima waktu, sementara Bilal mengazankan bang untuk memanggil orang-orang Islam datang bersolat di masjid setiap lima waktu sehari semalam.

Kedua-dua personaliti ini seharusnya bekerjasama dengan erat antara satu sama lain demi untuk menjaga kesejahteraan masjid dan segala aktiviti yang ingin dijalankan dapat berjalan lancar.

Namun begitu, tidak jarang pula, antara dua tokoh penting masjid itu tidak berjalan seiring. Pak Imam hala ke kiri, sementara Tok Bilal miring ke kanan. Kadang-kadang perseteruan ini boleh mengundang kecelaruan dalam aktiviti-aktiviti masjid.

Di puncak perselisihan ini tercetus tuduhan-tuduhan antara satu sama lain. Pak Imam menuduh, hanya dia sahaja yang takutkan Allah, tapi Tok Bilal tidak takutkan Allah. Sebaliknya Tok Bilal juga menuduh perkara yang sama pada Tok Imam dan kuncu-kuncunya.

Erkara ini berlaku di sebuah masjid, di mana Pak Iman dan Tok Bila tidak seiring jalan. Di kemuncak  persengketaan itu, pada suatu hari selepas Solat Asar seorang lelaki berlari-lari naik ke atas masjid dengan sebilah pisau di tangan yang berlumuran dengan darah. Dia pergi ke hadapan masjid dan berseru, “Wahai saudara-saudaraku sekalian, siapakah di antara kamu yang takutkan Allah, marilah ikut saya”.

Para jemaah terdiam. Mereka  melihat lelaki itu dengan pakaian yang tidak cermat, tangan yang berlumuran darah, sambil mengenggam sebilah pisai, merasa gentar dan kebingongan. Lelaki itu mengulang lagi kata-kata yang sama untuk beberapa kali.


Lelaki itu seorang penduduk tempatan yang rumahnya kejauhan sedikit dari masjid kerana itu dia tidak begitu dikenali. Tadi dia tidak sempat solat Asar berjmaah, kerana terlewat sampai.


Para jemaah yang merasa kegentaran, seorng semi seorang terus bangkit dan segera meninggalkan masjid untuk mengelak daripada perkara yang tidak diingin akan berlaku menimpa mereka.

Akhirnya bila semua jemaah telah melarikan diri, maka yang tinggal hanya Pak Imam dan Pak Bilal yang duduk berdekatan.

Lelaki itu berseru lagi, “Siapakah antara tuan-tuan kedua yang takutkan Allah?”.

Tok Imam secara sepontan menjawab, “Dialah orang yang takutkan Allah”, sambil tangannya menuding ke arah Tok Bilal yang di hadapannya.


Tok Bilal amat terkejut dengan kata-kata Tok Imam itu, lalu segera menjawab, “Tidak. Itu tidak betul. Itu fitnah”.

Beliau lalu bangun berdiri, sambil berkata, “Itu fitnah. Yang sebenarnya Pak Imamlah yang takutkan Allah”. Beliau lalu bergegas menuju ke pintu masjid dan langsung menghilangkan diri.

Pak Imam pula bila mendengar kata-kata Bilal itu terus bingkas bangun dan berkata, “Siapa kata? Itu tuduhan yang tidak betul. Fitnah belaka”. Beliau pun terus menuju ke pintu menghilangkan diri.


Bila semua orang telah meninggalkan masjid, lelaki itu kedengaran ketawa sinis, “Saya hanya ingin mengajak beberapa orang untuk menolong saya melapah dan memasak dua ekor kambing yang saya semblih untuk diberi makan kepada para jemaah malam nanti. Tapi malangnya tidak ada siapa pun yang sudi".

Dengan ketawa, dia terus turun dari masjid, dan pergi mencari orang-orang yang berhampiran untuk membantunya memasak kambing-kambing tersebut.


Lagu mana ni?


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.





Read more...

MARI BERTEWAS, TAPI JANGAN ILAT

>> Thursday, April 7, 2016







MARI BERTEWAS. TAPI  JANGAN ILAT!!!


Hidup ini memang penuh dengan perjuangan. Bertewas atau berlawan adalah perkara biasa. Siapa yang menang dia berjaya.

Anak-anak atau cuc-cucu kita sekarang, yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi pun terpakasa bertewas dengan pelajar-pelajar lain yang mungkin berebut-rebut untuk memasuki tempat yang serupa. Kalau tempatnya sedikit pertandingannya tentu sengit. Kalau cukup syarat dan bernasib baik  mereka menang dan berjaya.

Namun begitu ada orang yang tidak bersedia menerima kekalahan, lalu mereka laku berbagai-bagai untuk memenangkannya, walaupun di luar kewajaran. Mereka mencipta pertandingan yang tidak sihat. Biasanya mengikut jalan haram.

Cara Bertewas

Ada beberapa cara bertewas itu berlangsung. Pertama berupa anjuran pihak lain, dan kedua bertewas tanpa penganjur, dan berlangsung secara senyap-senyap.

Bertewas berpenganjur ini biasanya pertandingan dalam bidang seni budaya dan sukan, malah dalam bidang keagamaan juga dimasukkan unsur-unsur brtewas.

Bertewas dalam bidang seni, antaranya dalam bidang karang mengarang, seperti mencipta puisi, cerpen, novel, drama dan essei.

Dan pertandingan yang sentiasa popular ialah pertandingan lagu, iaitu untuk memilih penyanyi-penyanyi yang mempunyai suara yang menarik dan merdu. Kalau kita lihat pertandingan ini yang berlangsung diTV amatlah mersiahnya.

Dan akhir-akhir ini menjadi popular pula pertandingan membuat orang ketawa, pertandingan melawak. Mereka yang terpilih sebgai juara, tidak dipanggil juara lawak, tapi lebih tinggi diangkat darjahnya, iaitu  sebagai raja lawak. Woo hebatnya!

Bertewas dalam bidang budaya seperti pertandingan tari menari, pertandingan silat, iaitu silat cantik tarinya dan silat jatuh.

Pertandingan dalam bidang masak memasak untuk lama mencapai peringkat intrnasional. Dalam hal ini makanan yang ditnani  itu mestilah cepat disiapkan, kelihatan indah dan lain-lain serta sedap rasannya kepada selera pengadil. Baru boleh diangkat sebagai wira masak.

Memelihara burung adalah sejenis kegemaran yang telah lama di kalangan orang-orang Melayu. Justeru tidaklah hairan kalau burung-burun pun dimasukkan ke dalam kategori pertandingan.Biasanya burung yang dipertandingkan ialah burung ketitir atau merbuk, burung candik, burung tekukur. Yang dipertandingkan ialah suara-suara burung-burung tersebut.

Ikan adalah sejenis makanan yang digemari oleh manusia di seluruh dunia. Daripada ikan-ikan itu ada jenis-jenis ikan tertentu tidak dijadikan makanan, tapi dipelihara untuk suka-suka kerana rupanya yang cantik dan sebagainya.

Justeru ikan-ikan itu juga dijadikan bahan pertandingan. Antaranya memilih juara menangkap ikan dan juga pertandingan belaga ikan, yang pada masa dulu pertandingan berlaga ikan ini melibatkan perjudian, sebagaimana pertandingan larian kuda lumba hari ini. Yang berbeza pertandingan ikan, dan pelaga ayam dilakukan secara haram, tapi pertandingan kuda lumba dilakukan secara halal di sisi undang-undang, walaupun kedua-duanya sama-sama berjudi.

Pada suatu ketika suara belalang pun dipertandingkan untuk diperdengarkan di khalayak ramai. Sehingga timbul kisah-kisah yang seram, tentang kemunculan “belalang pelesit”.

Dalam bidang alat permainan, seperti pertandingan rebana, khususnya rebana ubi, pertandingan memalu kertok, pertandingan meniup flute, memain viola dan sebagainya.

Wau atau layang-layang adalah sejenis permainan tradisi orang-orang Melayu yang diangkat ke peringkat antara bangsa. Ada dua jenis bentuk pertandingan wau, iaitu pertandingan wau cantik dan pertandingan wau naik.

Di samping itu ada pula pertandingan memilih ratu cantik ayam, umpamanya ayam serama yang indah rupa parasnya, sebagaimana dilakukan dalam pemilihan ratu cantik di kalangan manusia.

Dan yang paling popular dan hidup sampai sekarang ialah bertewas berdikir, iaitu berdikir barat.

Sejauh yang ketahui bertewas dalam bidang sukan amatlah banyak. Macam-macam jenis, dan kebanyakan berada di peringkat antara bangsa. Antara yang digemari ramai ialah bola sepak dan badminton.

Bertewas dalam bidang agama pula, seperti pertandingan membaca al-Quran, untuk memilih qari dan qariah yang berwibawa pembacaannya, pertandingan bezanji, bersalawat dan sebagainya.

Para pemenang pertandingan itu dikenali dengan nama juara, seperti juara badminton, juarabola sepak dan sebagainya.

Biasanya jika pemenang-pemenang itu menyertai pertandingan tersebut yang dianjurkan oleh sesuatu pihak, mereka akan diberikan hadiah-hadiah tertentu oleh pihak penganjur. Hadiah-hadiah itu ada berupa wang atau barang-barang.

Pertandingan Tanpa Penganjur

Pertandingan tanpa penganjur adalah pertandingan sendiri-sendirian. Orang yang dijadikan lawan bertewas pun mugkin tidak menyedarinya, atau baru menyedarinya lama kemudian, setelah merasa kesan-kesan pertandingan yang amat dirahsiakan itu.

Pertandingan seperti ini biasanya berlaku kerana berebutkan sesuatu, biasanya melibatkan perniagaan atau melibatkan manusia yang menjadi perebutan, iaitu lelaki merebut wanita dan wanita merebut lelaki.

Bila perniagaan seseorang maju, peniaga lain biasanya akan cemburu dan marah, kerana perniagaan makanananya tidak semaju rakan niaganya itu yang telah dianggap lawan. Lalu diapun berusaha untuk menumpaskan rakan niaganya itu dengan apa cara sekali pun.

Kalau dia berusaha menambahbaikkan lagi pernaigaannya tidaklah mengapa. Tapi malangnya mereka tidak berbuat demikian. Mereka lakukan jalan pintas memusnahkan perniagaan dan juga pengusahanya yang dianggap musuh dengan secara ghaib menggunakan ilmu hitam. Tegasnya mereka mengguna sihir.

Demikian juga dengan bisness yang lebih tinggi, untuk memperolehi sesuatu projek besar, mereka tidak takut-takut menggunakan ilmu sihir untuk menumpaskan lawannya dan dia yang berjaya mendapat projek tersebut.

Hari ini, perkara-perkara seperti ini kian banyak yang berlaku di seluruh negara. Berapa ramai orang ramai orang yang telah menjadi korban sihir, baik mereka sedari ataupun tidak sedari. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa. Pengguna-pengguna sihir akan dilaknat.

Sepatutnya mereka bertewas untuk melakukan kebaikan. Bertewas untuk berbuat kebajikan. Bertewas untuk bersedekah. Bertewas menolong orang-orang susah, anak-anak yatim dan sebagainya dari kerja-kerja kebajikan, bukannya bertewas untuk memusnahkan orang lain yang tidak berdosa.

Marilah kita kembali ke jalan yang benar, jalan yang diredai Allah. Jangan main ilat. Nanti berdosa. Bertanding dengan bersih sebagai hamba Allah yang ikhlas dan jujur untuk mendapat keredaan-Nya. Semoga kita berbahagia di dunia dan di Akhirat.


Jalan Teratai,
Soujana Utama 3,
Selangor.




Read more...

PIIRAS MEMBAWA BAHANA

>> Thursday, January 28, 2016








PIRAS MEMBAWA BAHANA


Baru-baru ini beberapa orang cucu saya menjadi mangsa gigitan piras. Umur mereka antara satu tahun dan enam tahun.


Gejala-gejalanya demam, moyok, tidak tenteram, dan mudah tersentuh.


Piras adalah sejenis kutu binatang yang  kecil,  terdapat pada lembu, dan kuda. Ia berbeza dari kutu atas kepala dan kutu ayam yang dipanggil tuma atau tungai.


Mula-mula kena giggit itu tidak terasa sakit, walaupun terasa macam demam. Kerjanya menghisap darah. Sukar untuk jatuh sendiri walaupun perutnya membuntal berisi dengan darah mangsa. Waktu hendak menanggalnya itu terpaksa ditarik, dan terasa sedikit sakit.


Kawasan-kawasan badan yang sering dihinggapiNya ialah di tepi-tepi kepala, di lipatan telinga, dan di pusat, iaitu di bahagian kulit yang berlipat atau berbulu.


Piras yang telah diceraikan dari badan itu, biasanya diletak di atas ibu kuku dan ditindas dengan kuku yang sebelah lagi yang menyebabkan darah mercik, kalau sudah kenyang dan banyak darah yang dihisapnya.


Tidaklah mudah untuk menceraikannya dari kulit yang dicengkamnya, kerana cengkaman kuku-kukunya cukup kuat dan pula tubuhnya kecil. Ia boleh menyebabkan luka dan berdarah sedikit.


Saya sudah beberapa kali digigit piras sepAnjang hidup saya. Dan kali terakhir ialah beberapa hari yang lalu, yang menyebabkan bahagian kepala saya bengkak kecil dan masih lagi terasa sakit bekas cengkaman gigitan dan kuku-kukunya selepas ia dibuang.


Sudah beberapa tahun kami tinggal di sini tidak pernah ada piras, tidak ada siapa yang kena gigit piras. Hanya baru sehari dua ini piras menjadi ancaman.

Justeru itu prasangka  kami piras-piras ini berasal daripada beberapa ekor kuda. Justeru sekarang muim berangin, maka piras-piras itu mungkin diterbangkan oleh angin dan jatuh atas badan kami atau pakaian kami yang sedang jemur di luar rumah.


Pada suatu masa di sebuah kampung ada seorang wanita dalam usia tiga puluhan tahun. Dia seorang wanita yang sihat dan rajin. Pada suatu hari, tiba-tiba dia merasa payu daranya sakit, dan kemudian berangsur-angsur membengkak. Dia juga merasa seram sejuk, dan demam secara tiba-tiba.

 
Setelah dua hari demamnya tidak baik-baik dan payu daranya tidak berhenti sakit, seorang bomoh telah dipanggil. Tapi tok bomoh hanya boleh merawat tanpa melihat atau melakukan apa-apa pemeriksaan terhadap payu daranya kerana dia seorang lelaki. Namun begitu dia mencari akar-akar  kayu tertentu dan memberi kepada suami wanita itu supaya mengasahnya dengan sedikit air dan menyapunya kepada tetek yang bengkak itu.


Tapi setelah dua hari berlalu, tidak adaapa-apa kesan yang positif berlaku, sakitnya masih belum berkurangan dan bengkaknya masih belum surut-surut juga. Akhirnya timbul lintasan fikiran kepada mertuanya bahawa menantu kesayangannya itu mungkin telah terkena buatan orang yang dengki kepada mereka.


Perkara ini tdak boleh dibiarkan, katanya sendirian. Sesuatu mesti segera dilakaukan. Fikir punya fikir, maka dia pun meberitahu menantunya apa yang dia fikirkan dan cara-cara yang baik  untuk mengatasinya.


Dia memberithau dia hendak memanggil main petri untuk menghalau jin-jin buatan orang yang jahat itu. Mula-mulanya wanita  itu membantah, demikian juga suaminya, tapi oleh desakan ibu terlalu kuat, maka dia terpaksa akur juga untuk mengambil hati ibunya.


Pada masa itu khurafat sangat meluas dalam masyarakat.


Petri ialah sejenis permainan untuk tujuan rawatan yang melibatkan makhluk-makhluk halus, jin, hantu dan syaitan. Pada masa itu untuk main petri seperti itu terpaksa menghabiskan perbelanjaan ratusan ringgit juga sekali bermain.


Ringkasnya kata Tok Petri wanita itu memang terkena buatan orang. Dia menjadi mangsa hasad dan dengki orang. Ada orang meletak sesuatu benda di bawah rumahnya yang menyebabkan dia sakit, dan benda itu telah diambil dan dibuang ke sungai secara ghaib oleh khadamnya.


Tapi  beberapa hari telah berlalu keadaan masih juga belum berubah. Bengak payu daranya tidak surut-surut, dan dia masih demam-demam.


Petang itu, kerana tidak tertahan, dia menghilangkan rasa malu, memanggil anak daranya masuk ke bilik. Setelah pintu bili diselak, dia membuka bajunya dan meminta anakna itu memeriksa teteknya takut-takut ada bermata untuk menanah. Setelah diperiksa anaknya itu menemui sesuatu di bawah tetek ibunya. Dua ekor piras yang telah kekenyangan. Dia menarik piras-piras itu dari tetek ibunya dan menindas dengan kedua-kedua kuku ibu jarinya. Darah mercik keluar setelah perutnya pecah.


“Oh piras rupanya”, kata wanita itu kepada anaknya. Dia melarang anaknya memberitahu kepada sesiapa pun tentang hal itu kerana boleh memalukan. Beberapa jam selepas itu demamnya segera berangsur hilang, dan teteknya mulai berkurangan sakit dan bengkaknya mulai surut.


Bila ditanya oleh mertuanya adakah dia telah baik, dia mengangguk kepala sambil tersenyum-senyum. Sementara anaknya pula yang berada berhampiran ketawa bekekeh-kekeh.


Demikian peranan piras yang menimpakan bahana.


Ibunya memadang dengan kehairanan?



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh,Koa Bharu Kelantan, Malaysia





N

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP