Showing posts with label Dunia Islam. Show all posts
Showing posts with label Dunia Islam. Show all posts

NASIB UMAT ISLAM DI ALBANIA

>> Wednesday, January 31, 2018







NASIB UMAT ISLAM DI ALBANIA






Albania sebuah negara kecil yang terletak di sebelah Timur Mediterranean. Keadaan muka buminya bergunung-ganang. Ia bersempadan dengan Greece, Serbia dan Macedonia, iaitu bekas Republik Yugoslav dan di sebalah Barat bersempadan dengan Laut Adriatik.

Nama sebenarynya Shqiperia yang bererti Tanah Air Burung Helang.

Luasnya 28,748 km persegi [11,100 bp]. Ibu kotanya Tirana [Tirane], dan bandar-bandar besar yang lain antaranya Durrie, Shkoder, Elbason dan Vlore.

Penduduknya berjumlah seramai 3,420,000 orang [mengikut anggaran menjelang tahun 1997] di mana ramai kaum pengugusi menetap di negara itu. Sebahagian besar dari mereka beragama Islam, Ahli Sunnah Wal-Jamaah, dan sedikit kaum ateis. Albania adalah satu-satu neagra di Eropah yang majoriti penuduknya beragama Islam.

Tapi mengikut banci yang dilangsungkan pada tahun 2011 penduduknya berjumlah seramai 2,821, 977 orang, tapi pada tahun 2014 meningkat kembali kepada 5,020, 209 orang.

Iklmnya seperti di negara-negara di kawasan Mediterranean, namun begitu hujan lebat turun pada musim sejuk, dan ribut petir sering melandea pada musim panas di tanah-tanah datarnya. Sementara di kawasan tanah tingginya cuacanya amatlah sejuk pada musim sejuk.

Ia mempunyai sejarah panjang yang berliku-liku. Ia pernah diperintah oleh Italy antara tahun 1939 hingga 1943 dan pernah diperintah oleh Jerman 1943 hingga 1944.

Selepas Perang Dunia II, Parti Komunis berjaya memegang tampuk pemerintahan di Albania. Ia telah melakukan berbagai-bagai tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah pembersihan bangsa, menindas hak awam, menindas hak berpolitik dan juga hak untuk beragama.

Albania adalah sebuah negara Republik Sosialis. Justeru semua tanah adalah milik negara, dan juga perusahaan atau perindustrian dimiliki oleh negara, dengan hasil pengeluaran yang sedikit. Sumber utama perindustrian ialah pemerosesan pengeluaran makanan, tekstil, penghasilan minyak, simen, besi dan keluli.


Ia mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan tenaga elektrik, kerana banyak mempunyai suangi-sungai dipergunungannya.

Pada tahun 1945, Parti BuruhAlbania yang mendukung fahaman komunis telah berjaya mengambilalih kuasa pemerintahan di Albania, berikutan dengan kehacuran empayar Italo-Jerman.

Sebagai sebuah parti komunis yang anti-Tuhan, mereka segera bertindak untuk menindas agama Islam dan umat Islam di Albania. Antara langkah-langkah serta-merta yang mereka ambil untuk tujuan tersebut ialah merampas harta-harta wakaf orang-orang Islam, sekolah-sekolah Islam diletakkan di bawah kawalan negara dan ramai pula para alim ulama dipenjara dan dibunuh dengan kejam oleh pemerintah yang anti-Islam.

Keadaan umat Islam menjadi bertambah buruk bila Albania berpecah dengan Yugoslavia pada tahun 1946. Berbagai-bagai tindakan telah diambil oleh pemerintah untuk menghalang perkembangan agama Islam.

Pada tahun 1949, umat Islam Albania yang terdiri dari Ahli Sunnah Wal Jamah telah diperintah oleh komunis supaya mengeluarkan satu peraturan “statut” untuk mendapat kelulusan regim komunis. Peraturan itu mestilah mengikut apa yang dikehendaki oleh mereka, kalau tidak, sudah tentu regim komunis tidak akan meluluskannya.

Kemudian pada 11 November 1949, regim komunis telah mengeluarkan perintah supaya semua badan agama mengangkat sumpah taat setia kepada negara, dengan harapan para ulama Albania menyokong rejim komunis Albania yang berkuasa.

Peraturan atau undang-undang itu membenarkan umat Islam memilih pemimpin-pemimpin mereka sendiri, tapi perlantikkannya tertakluk kepada Ketua Negara Albania, yang sekali gus berkuasa untuk menyingkirkan pemilihan tersebut jika beliau tidak menyetujuinya.

Mufti Albania pula dituntut menyesuaikan diri dengan apa yang dipanggil “tamadun modern”, iaitu istilah yang digunakan oleh golongan-golongan Marxis untuk merujukkan kepada Soviet Union dan Blok Timur. Mereka juga melarang pertubuhan-pertubuhan Islam menerima bantuan asing tanpa mendapat kelulusan kerajaan Albania terlebih dahulu.

Menurut undang-undang regim komunis Albania waktu itum masyarakat Islam di sesebuah kampung hanya boleh membina masjid yang diperlukan oleh komuniti tersebut sahaja. Mana-mana masjid yang telah ditinggalkan tidak boleh digunakan semula, dan mana-mana masjid yang telah roboh tidak boleh digunakan kembali.

Undang-undang Albania juga menetapkan sembahayang dan doa hendaklah dilafazkan dalam Bahasa Albania. Ia juga melarang semua penubuhan parti politik yang berasaskan agama, khususnya agama Islam. Peraturan ini memberi peluang kepada regim komunis untuk memberkas orang-orang Islam atas tuduhan-tuduhan bergiat dalam aktiviti-aktiviti politik Islam.

Namun begitu, regim komunis Albania pernah memperalatkan ulama-ulama Islam untuk tujuan politiknya di luar negara, terutama di negara-negara Islam untuk membuktikan regim Albania tidak menindas Islam dan umat Islam. Komunis memang mengharap untuk menggunakan Albania sebagai tali untuk mengikat umat Islam dan negara-negara Islam di seluruh dunia dengan menyembunyikan fakta-fakta sebenrnya yang berlaku di negara komunis itu.

Pada tahun 1961 pehak komunis Albania yang anti-Islam mengarahkan supaya tempat-tempat atau pusat-pusat ibadat atau menjalan aktiviti-aktivit keagamaan ditutup. Rakyat Albania dari kalangan apa-apa agama sekalipun dilarang bersembahayang.

Pada tahun 1967 pula regim komunis mengistiyarkan Albania sebagai sebuah negara atheis yang pertama di dunia. Muzium atheis telah didirikan di Shkodra dan berikut dengan itu sebanyak 2,169 buah masjid telah ditutup. Malah lebih jauh lagi umat Islam dilarang untuk mendirikan ibadat mereka, malah mereka dilarang untuk bersolat yang dianggap sebagai perbuatan jenayah.dan boleh dijatuhkan hukuman.

Masjid-masjid telah mereka robohkan, ataupun ditukar fungsinya untuk tujuan keduniaan, seperti dijadikan muzium. Semua pertubuhan keagamaan dibubarkan.

Di samping itu regim komunis melarang penyebaran agama. Orang-orang yang didapati bersalah menyebar agama boleh dijatuhkan hukuman penjara selama 3 hingga 10 tahun. Sehubungan dengaan itu seseorang yang berjalan di sesebuah lorong dengan memegang untaian buah tasbih di tangan boleh diberkas oleh pehak berkuasa dan didakwa menyebar agama Islam.

Malah regim komunis berusaha menghapuskan semua agama dengan jalan mencampuradukkan masyarakat berbeza-beza agama dalam sesebuah perkampungan, seperti orang-orang Islam dengan orng-orang Kristian.

Kejatuhan Komunismen pada tahun 1991, rakyat Albania telah bangkit memberontak. Berikut pada tahun1992 Parti Demokrat telah memenangi pilihanrata Albania, dan pemimpin dilantik menjadi Presiden pertama Albania.

Lewat tahun 1996, Albania telah dilanda oleh kemelut ekonomi yang amat serius yang membangkitkan kemarahan rakyat, dan melancarkan pemberontakan bersenjata di kalangan rakyat jelata yang tidak mampu diatasi oleh kerajaan Albania, terutama di kawsan Selatan negara itu. Akibatnya pada bulan Mac 1997 Albania berada di jurang kehancuran dan sebahagian daripada pelarian bertindak meningalkan negara itu.

Kerana bimbang, PBB telah campurtangan memulihkan keamaan di Albania, dan pilihanrfaya diadakan pada tahun 1997 membawa Parti Sosialis kembali berkuasa.

Namun, pada tahun 1998 kerajaan Albania memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Tapi tidak ada agama rasmi bagi Albania.

Bilangan umat Islam di Albania ialah 70 peratus, Kristian Ortodoks Albania 20 peratus, dan selebihnya 10 peratus lagi bergama Roman Katholik.

Tapi malangnya pristiwa-peristiwa yang berlaku di masa-masa yang lalu, terutama dari segi politiknya amat kuat mempengaruhi penduduk-penduduknya termasuk umat Islam. Pemerintahan komunis yang menindas berlaku kejam terhadap  umat Islam menjadi salah satu faktor yang meninggalkan kesan yang amat buruk dan tidak menggembirakan.

Pengamatan yang diadakan pada tahun 2010 mendedahkan Albania adalah sebuah negara di dunia yang rakyatnya paling tidak beriman atau beragama. Hanya seramai 39 peratus penduduk negara itu menganggap agama memain yang penting dalam kehdiupan seharian mereka.

Sebahagian dari mereka hanya beragama pada namanya, sedang dalam kehidupan seharian mereka tidak megamalkana agama atau kepercyaan mereka, mereka pisahkan agama dari negara, malah ada pula yang menjadi atheis, tidak bergama.

Sungguh malang sekali! Adakah pada suatu masa nanti Islam akan berkubur di Albania.

Semoga tidak, dan semoga umat Islam bangkit kembali menghadapi segala cabaran yang mendatang dengan jiwa yang tnang dan iman yang teguh perkasa.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumbih,
Kota Bharu





Read more...

AIR PEMBERSIH DAN PENYEMBUH

>> Thursday, January 25, 2018



 

 

AIR PEMBERSIH DAN PENYEMBUH


AIR adalah satu unsur yang penting kepada semua makhluk Allah di bumi, terutama manusia, hewan dan tumbuh-tumbuhan semuanya memerlukan air sepanjang hayatnya untuk membolehkannya terus hidup.





Manusia Dijadikan Dari Air
Manusia dijadikan dari air. Allah berfirman dalam Kitab Suci al-Quran yang banyak menyebut tentang air, baik air di dunia, mahupun air di akhirat.
“Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup”.30:Al-Ambia’.
“Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dri air”. 54:Al-Furqan.
“Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina [mani].Al-Mursalat.
“Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apa dia diciptakan. Dia diciptakan dari air [mani] yang terpancar”. 5-6:Al-A’Ala.
Di samping itu Allah SWT juga menyebut berbagai jenis air lagi yang ada j di dunia dan juga yang hanya ada di akhirat. Antaranya, bermaksud:
“Dan campuran dari tasnin, iaitu mata air yang dimium oleh mereka yang dekat kepada Allah”. 27-28:Al-Muthaffifin.

“Diberi minum dari sumber mata air yang sangat panas”.5:Al-Ghasyiyah.

“Kamilah yang mencurahkan air melimpah dari langit”.25:’Abasa.
 Aneka Jenis Air 







Dalam dunia terdapat aneka jenis air, antaranya ialah:
 
Air Hujan
“.....dan Dialah yang menurunkan air [hujan] dari langit, lalu Dia hasilkan dengan hujan itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu.....”. 22-al-Baqarah.

“Kamilah yang telah mencurahkan air melimpah [dari langit]. 25:‘Abbas.

“Dan Kami turunkan dari awan, air hujan yang tercurah dengan lebatnya, untuk Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tanam-tanaman”, 14-15:An-Naba’.

Air Di Akhirat

“Dan campurannya dari tasnim,[iaitu] mata air yang diminum oleh mereka yang dekat [kepada Allah]”. 27-28:Al-Muthaffin.

“Diberi minum dari sumber mata air yang sangat panas”. 5: Al-Ghasyiyah.

 Manusia Perlukan Air.
Manusia memerlukan air kerana dua kepentingan, iaitu lahir dan batin, khususnya umat Islam. Dari segi lahir ia berguna untuk pemberishan tubuh badan, terutama dari najis-najis,dan alat-alat kegunaanya, seperti pakaian, perlatan dapur, kenderaan dan sebagainya.

Dari segi ruhani air berguna kepada mereka untuk memberishkan najis-najis berat, dan najis ringan dan juga untuk mengambil wuduk untuk membolehkan mereka solat dan sebagainya.

Bahan-bahan lain hanya boleh digunakan sebagai ganti air jika air tidak diperolehi, seperti tanah dan batu untuk ambil wuduk, membersih hadas kecil,dan hadas besar.

Justeru dari segi kegunaannya, dalam Islam air dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu air mutlak, air mustakmal, air mutajis dan air musyammas yang masing-masing mempunyai kegunaan yang tersendiri.

Lain-lain Sumber

Selain air daripada sumber-sumber yang biasa, seperti dari sungai, telaga, kolam, mata air, air hujan, air laut dan air salji, ada lagi sumber-sumber air yang khusus, terutama yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan juga buah-ketuah yang begitu banyak Allah jadikan di dunia ini untuk dinikmati oleh hamba-hamba Nya.

Air-air dalam buah-buahan ini bukan sahaja boleh diminum untuk menghilangkan rasa dahaga, atau untuk menikmati keenakannya tapi jug sesetengahnya berguna dari segi kesihatan mereka yang meminumnya.

Berapa Banyak Air

Berapa banyakkah air berada dalam badan seseorang manusia.  Pada ebjernya badan seorang dewasa mengandungi 60 peratus air yang terkandung dalam berbilion-bilion sel yang membentuk badan manusia.

Biasanya bila 2.3 peratus air dalam kandungan badan manusia itu susut atau berkurang menyebabkan seseorang merasa dahaga, dan memerlukan air untuk diminum.

Tapi berapa banyak sebenarnya air yang perlu diminum oleh seseorang setiap hari. Perkara ini tidak sama antara seseorang dengan seseroang, antarannya ia tergantung kepada ukuran badan sesrorang, kecil atau besar, tergantung kepada berat badannya, tergantung kepada kegiatan hidupnya setiap hari, seperti jenis pekerjaannnya, dan tergantung juga kepada di mana ada berada atau di mana mereka tinggal, di negeri sejuk atau panas.

Pada umumnya seseorang yang mempunyai berat badan 150 paun, memerlukan air sebanyak 75 hingga 150 aun sehari.





 Air Badan


Badan manusia juga mengeluarkan air yang mempunyai nama yang berbeza, dan kegunaan yang berbeza pula.

Air Kencing

Air yang keluar dari badan manusia menerusi  alat sulit lelaki dan perempuan. Air kencing rasanya masin, kecuali air kencing penghidap penyakit kencing manis, rasanya manis. Justeru para semut suka menghurung air kencing penghidap kencing manis.

Air Peluh

Air yang keluar daripada bulu roma yang menyelimuti seluruh badan manusia. Pengeluaran air peluh ini kadang-kadang sedikit dan kadang-kadang banyak tergantung kepada keadaan seseorang.

Air Mata

Air yang keluar dari dua biji mata manusia. Air mata ini keluar bila hati seseorang terusik, seperti kerana terlalu gembira, atau sebaliknya kerana sedih hati, atau terkena benda-benda yang yang memedihkan mata, seperti asap api, kiau bawang merah dan sebagainya.

Air Hingus

Air yang keluar menerusi hidung, kerana menghidap penyakit resdung, atau selsema. Air hidung ini terkadang-kadaan cair, terkadang-kadang pekat, tergantung kepada keadaan seseorang.

Selain itu ketika  bernafas, mencerna makanan yang kita makan dan berpeluh juga manusia menggunakan air. Sendi-sendi kita juga menggunakan air sebagai minyak pelicir, demikian air digunakan untuk mengedar sukatan suhu badan kita.

Dengan cara seperti inilah badan kita selalu kekurangan air, dan memerlukan penambahan dari masa ke masa. Dan air dalam badan kita ini tidaklah boleh dipergunkan untuk apa-apa kepentingan khusus, selain daripada berguna untuk kesihatan badan kita sendiri.

Air Liur 

Air yang keluar dari dalam mulut kita untuk kegunaan yang tertentu terutama kepada kepentingan badan kita. Air liur ini bila berlebihan ianya akan keluar menjadi air ludah, kadang-kadang pekat, kadang cair. Dalam air liur ini banyak menyimpan rahsia kesihatan seseorang jika diperiksa oleh doktor untuk mengecam penyakit-penyakit tertentu.

Arak

Meminum arak boleh menyebabkan seseorang kehilangan air dengan banyak, kerana peminum arak banyak kencing. Justeru para doktor menasihatkan  manusia menjauhi arak. Dan dalam Islam minum arak sebagai perbuatan berdosa.

Air Sebagai Penawar

Air Kelapa
Air kelapa muda  rasanya yang sedap, dan boleh menghilangkan dahaga, terutama jika diminum di musim panas.

Selain itu air kelapa juga berguna dari segi kesihatan, antaranya untuk merawat kencing manis dan darah tinggi dengan cara-cara tertentu. Ia juga amat berkesan untuk menyembuhkan keracunan, seperti tersalah makan ubat dan seumpamanya.

Untuk melawaskan kencing. Bagi mereka yang kencingnya tidak lawas, cubalah minum air kelapa muda, semoga berkesan.

Untuk menyihatkan badan, sebelum meminumnya rendamlah sebelas biji lada hitam dalam air kelapa itu.

Air Kelapa Tua
Air kelapa tua berguna untuk memandikan orang yang terkena campak, iatu setelah campak itu sembuh sebagai pelengkap daripada sebahagian daripada perawatan tradisional

Dari segi masakan pula, air kelapa tua ini biasanya digunakan sebagai alat penaik tepung untuk dibuat kueh, sebagai ganti ragi atau baking pauder.

Air Nenas

Nenas sejenis buah yang mempunyai banyak air, ada yang manis rasanya, dan ada pula yang masam. Enak untuk diminum

Nenas Muda

Nenas muda dikisar atau ditumbuk dan diperah untuk diambil airnya' Campurkan dengan air secukupnya, lalu diminum untuk merawat penyakit batu karang.

Air Tawar
  
Air biasanya digunakan sebagai ubat-ubat untuk merawat penyakit-penyakit tertentu, pada badan manusia dan juga penyakit-penyakit misitik yang menganggu perasan dan jiwa manusia, seperti terkena sihir dan sebaginya.
Air yang digunakan untuk perubatan ini kepada orang Islam dibacakan terlebih dahulu doa-doa yang berupa ayat-ayat suci al-Quran atau doa-doa yang khusus untuknya.
Air ini dipanggil “air tawar”, ianya untuk diminum atau dibuat mandi, atau untuk dipercik atau disemburkan pada tempat-tempat yang menjadi sasaran jin-jin sihir, seperti sekeliling rumah-rumah atau bangunan-bangunan tertentu.
Air biasa juga digunakan untuk menghilangkan lapar dan dahaga di sepanjang hari dengan dibaca ayat-ayat al-Quran tertentu yang disertai dengan doa. Air ini bukan sahaja tidak mendahagakan tapi menyebabkan peminumnya merasa kenyang, tidak teringin hendak makan, walaupun terhidu bau-bau makanan yang menyelerakan.
Ada sesetengah keadaan pula menggunakan air hujan, terutama yang turun pada malam Jumaat untuk dijadikan air tawar yang dipercayai lebih berkesan untuk merawat penyakit-penyakit tertentu.
Air Zam-Zam

Air Zam-zam ialah ialah air mukjizat yang terdapat di Tanah Suci Mekah. Ia bukan sahaja digunakan untuk menghilangkan dahaga, tapi juga untuk menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit yang dihidapi oleh peminumnya.

Berapa Lama Boleh Tahan Tanpa Air

Tidaklah dapat dipastikan dengan tepat berapa lama seseorang manusia boleh hidup tanpa air. Nampaknya paling lama seminggu.

Malah mungkin tidak sampai seminggu, atau empat lima hari sahaja, manusia boleh hidup tanpa air. Sebab itulah kita lihat seseroang pesakit akan dibekalkan dengan air menerusi tiub ke dalam badannya oleh doktor jika mereka didapati kekurangn air.
Keadaan ini juga tergantung kepada suasana di tempat seseorang itu berada, seperti di tempat yang panas seseorang lebih segera memerlukan air dari tempat yang sejuk.
Demikian di mana mereka tinggal, seperti di negara-negara sejuk, atau di negara panas, berpadang pasir menentukan keperluan seseorang kepada air.
Walau bagaimana pun mengikut kajian, seseorang boleh tahan selama sepuluh jam jika dia berada di luar rumah dalam sukatan suhu yang ebrej.


Pada umunnya ebrej badan sesorang dewasa mengandungi 60 peratus air yang terdapat dalam berbilion-bilon sel dalam badannya. Dan kita akan merasa dahaga kiranya 2.3 peratus air dari badan kita itu kering atau hilang.

Walaupun bumi ini dikelilingi oleh air, dan air juga banyak terdapat di daratan, iaitu air sungai, mata air, air laut, air telaga dan sebagainya,  tapi 2/3 daripada penduduk dunia masih kekurangan air yang mereka perlukan,



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.




Read more...

AKIDAH UMAT ISLAM TERANCAM DI SEPANJANG ZAMAN

>> Sunday, January 21, 2018





AKIDAH UMAT ISLAM SENTIASA TERANCAM DI SEPANJANG ZAMAN



UUMAT Islam di seluruh dunia dari dahulu hingga sekarang terpaksa menghadapi aneka ancaman dan serangan-serangan bertubi-tubi  daripada pehak musuh Islam yang nekad bertujuan untuk menumbangkan akidah-akidah ke Islaman hingga ke akar umbinya. Serangan-serangan ini dilancarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani dengan kerjasama penjajah Barat untuk meruntuhkan akidah umat Islam yang murni dan suci itu.



                           Sebuah Masjid di Tuban, Indonesia

Serangan-serangan anti Islam ini kian rancak dan hebat dilancarkan pada tahun-tahun kebelakangan ini terutama di wilayah-wilayah yang umat Islamnya merupakan golongan minoriti.

Pada tahun 1978 umat Nasrani telah mengadakan muktamar “Colorado” yang membincangkan 44 agenda penting mengenai Islam dan umat Islam. Salah satu daripada agendanya yang terpenting ialah menyebarkan agama Nasrani di kalangan umat Islam, tegasnya rancangan untuk memurtadkan mereka dengan penyediaan peruntukan 1000 juta dolar.


Di samping itu mereka juga telah menubuhkan sebuah lembaga “Zwemmer” untuk melatih dan  melahirkan pakar-pakar dalam bidang mengkistian orang-orang Islam. Pakar-pakar ini nanti akan bertugas memurtadkan umat Islam.


Sebelum ini dalan persidangan gereja yang diadakan pada tahun 1969 di Sweden mereka telah membuat keputusan untuk meningkatkan lagi usaha kekayaan gereja untuk meningkatkan lagi usaha mengkristian orang-oang Islam.


MURTAD
Perkataan murtad berasal daripada perkataan riddah yang asal katanya ridda yang bermaksud kembali dan yang dimaksudkan dengan murtad  di sini ialah kembali kepada kekufuran. Tegasnya murtad ialah keluar daripada Islam kepada kekufuran atau kufur selepas setelah murtad.

K.H. Firdaus A.N. seorang pendakwah dan penulis Indonesia yang terkenal berpendapat murtad atau riddah [Apostasty] mempuyai dua makna, iaitu murtad dari segi agama dan murtad dari segi falsafah.
Dari segi Syariah, murtad ialah orang yang keluar dari agama Islam dan masuk agama lain atau tidak beragama [atheis], seperti orang Islam masuk Nasrani, Yahudi atau komunis.
Tapi jika sebaliknya berlaku, seperti orang Yahudi, Nasrani atau komunis masuk Islam ia disebut taubat atau Tawuabuum, iaitu orang yang telah bertaubat, yang bermaksud balik dari arah yang salah ke arah yang benar.
Menurut beliau dari segi falsafah pula, murtad ialah orang yang mengalih ke jalan yang salah walaupun mengaku sebagai orang Islam. Bila orang Islam menukar pendiriannya yang benar  kepada pendirian baru yang dikendalikan oleh golongan lain, idea dan tujuan perjuangan yang lain yang bercanggah dengan Islam, maka katanya orang tersebut dikatakan murtad. 

Justeru orang Islam yang menyertai golongan bukan Islam, dan tidak lagi bercita-cita memperjuangkan kepentingan Islam dan kaum Muslimin, walaupun dia tidak berpindah dari masjid ke gereja, maka pada hakikatnya dia telah murtad.
Demikian juga, katanya dikatakan murtad orang yang tidak berfikir secara Islam, tidak bercita-cita dan menghayati serta tidak mengamal dan menjunjung tinggi dan memperjuangkan kebenaran ajaran-aiaran Islam dalam peribadi dan masyarakat, serta menyingkirkan asas Islam dalam mu’amalah, sosial politik kenegaraan.
Orang yang meragukan kebenaran ajaran al-Quran dan Sunnah Rasul, dan mengagungkan konsep manusiaai yang bersifat sekuler yang rendah dengan dalih masyarakat majmuk atau dengan dalih yang lain, maka menurut beliau termasuk golongan-golongan yang murtad.
Ini berdasarkan Firman Allah dalam kitab Suci al-Quran yang bermaksud, 
 “Kitab al-Quran itu tidak mengandungi keraguan di dalamnya”. Al -Baqarah: 2.

Baginda Rasulullah  SAW juga bersabda, maksudnya:
“Barangsiapa yang tidak mementingkan urusan kaum Muslimin, maka ia tidaklah termasuk kepada golongan Muslimin itu”. Al-Hadis.
Selnjutnya beliau menjelaskan maksud “mementingkan kaum Muslimin itu”, iaitu “memperjuangkan cita-cita dan asas Islam  dalam segala sektor kehidupan umat dan bermasyarakat dan bernegara  dan kemudian mempertahan dan membelanya sebagai way of life bagi kehidupan bangsa, terutama kaum Muslimin”.
Justeru mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mempunyai hasrat memperjuangkan Islam di tengah gelanggang masyarakat, lebih suka menyerah kalah, malah berpehak pada lawan, maka mereka juga juga termasuk dalam golongan murtad.
Beliau mengingatkan tidaklah mudah untuk menjadi orang beriman yang sejati, kerana terpaksa melalui berbagai-bagai cabaran hidup yang nampaknya berliku-liku pada hari ini.
Allah berfirman, maksudnya:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan begitu sahaja, padahal Allah belum melihat bukti orang-orang yang berjuang di antara kamu dan orang-orang yang tidak mengambil menjadi teman yang ikrab selain dari Allah dan Rasul Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah amat mengetahui apa-apa yang kamu lakukan”.At-Taubah:16.
Kenapa Jadi Murtad
Kalau dikaji ada beberapa faktor yang mendorong seseorang untuk menjadi murtad-iaitu setelah berada di jalan yang benar lalu beralih ke jalan yang salah dan terkutuk. Orang-oang kafir biasanya menggunakan faktor-faktor inilah untuk memurtadkan orang-orang Islam.
Kerana Cinta
Banyak orang, khususnya muda-mudi menjadi kelabu mata, bukan semata-mata kerana cinta tidak berbalas, tapi juga kerana terperangkap dalam akidah yang salah. Cinta itu dikatakan buta. Seseorang boleh jatuh cinta kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira pangkat atau darjah, kaya atau miskin, dan tanpa mengira bangsa dan agama. Justeru itu dalam bercinta itu, orang-orang Islam mungkin menjadi mangsa, rela menukar akidahnya, menurut kehendak orang-orang yang dicintainya, dan orang itu kebetulan orang kafir. Justeru itu berhati-hatilah sebelum jatuh cinta, terutama kepada mereka yang tinggal di kota-kota yang hidupnya berliku-liku, penuh celaru.
Kerana Pergaulan

Faktor sosial atau pergaulan juga tidak kurang hebatnya mempengaruhi seseorang untuk menukar agamanya menjadi mrtad, terutama dengan penyertaan dalam sesuatu persatuan atau pertubuhan yang berpengaruh dan berwibawa. Justeru terpengaruh dengan sesuatu pertubuhan, seseorang Muslim yang selama ini gigih memperjuangkan Islam menjadi luntur semangat juangnya, malah mungkin menjadi musuh utama kepada perjuangan Islam. Justeru itu dari segi falsafahnya ia telah murtad walaupun mendabik dada dia seorang Islam.
Berapa ramai hari ini umat Islam mungkin masih tidak bersolat, tidak berpuasa, tidak berhaji walaupun mampu, berapa ramai pasangan yang mungkin hidup sebagai suami isteri tapi belum bernikah, berapa ramai yang mungkin melanggan pelacur, malah menjadi pelacur, berapa ramai yang mungkin berjudi, berapa ramai yang mungkin mengulangi kelab-kelab malam, berapa ramai yang mungkin menjadi penagih dadah, dan minum arak. Mereka ini semua menentang undang-undang dan hukum-hukum Islam secara terang-terangan. Dan berapa ramai pula orang-orang Islam yang mungkin menolak al-Quran, dan mengatakan ianya lapuk, atau tidak sesuai dengan zaman,

Justeru berhati-hatilah setiap masa dalam pergaulan, terutama di kalangan muda-mudi yang tinggal di kota-kota, supaya tidak tergadai akidah nanti, dengan amalan-amalan hidup yang bertentangan dengan Islam, malah hidup seperti orang-orang  bukan Islam, walaupun masih mendakwa dirinya beragama Islam.
Faktor Politik
Salah satu faktor penting lagi yang telah memurtadkan orang-orang Islam ialah faktor politik. Kita baca sejarah. Berapa ramai orang Islam menjadi murtad, bila orang-orang Nasrani berjaya menumpaskan orang-orang Islam, lalu memegang tampuk kekuasaan, dan menjadi pemerintah, dan setelah berkuasa mereka memaksa orang-orang Islam menukar agama mereka menjadi murtad- keluar dari Islam. Mereka akan membakar hidup-hidup dan menggantung mereka yang enggan mematuhi perintah mereka menerusi “Mahkamah Taftisy” [Inquisisi] yang amat kurang ajar dan zalim itu. 

Seterusnya negara Sepanyol  telah berubah daripada sebuah negara Islam kepada sebuah negara Kristian sampai ke hari ini.
Pemaksaan ke atas orang-orang Islam supaya menjadi murtad dengan kekuatan senjata seperti itu masih terus berlaku hingga ke hari ini, walaupun alatnya mungkin tidak menggunakan senjata api lagi, tapi dengan menggunakan senjata ekonomi.

Gerakan Missionnari

Satu faktor penting lagi yang bertanggungjawab memurtadkan umat Islam ialah gerakan Mssionari Kristian. Orang-orang Kristian memang mempunyai gerakan dakwah mereka yang teratur dan cepat untuk mengnasranikan manusia, terutama orang-orang Islam supaya menjadi murtad.



                                Masjid Nabawi

Di Indonesia dikatakan ramai orang-orang Islam menjadi murtad kerana terpengaruh dengan mission yang dibawa oleh orang Kristian, termasuklah penduduk-penduduk di pendalaman. Umpamanya di Flores, seratus tahun dahulu umat Islam merupakan golongan majoriti, tapi hari ini telah terbalik kop menjadi golongan minoriti.
Di Malaysia juga kaum Missionari Kristian giat menyebarkan dakwah-dakwah mereka di kalangan orang-orang Islam, di kalangan penduduk-penduduk bandar, dan juga di luar-luar bandar, terutama di Malaysia Timur dengan tawaran yang istimewa, seperti pekerjaan, bantuan ekonomi, dan wanita-wanita cantik asalkan  sanggup menukar agama, menjadi murtad.
Justeru itu umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan waspada supaya tidak terjebak dalam gerakan missionari Kristian yang disediakan dengan berbagai-bagai kemudahan yang istimewa, termasuk mempunyai peruntukan-peruntukan yang mewah.
Al-Quran Palsu

Sebenarnya ada beraneka cara digunakan oleh orang-orang Kristian untuk merosakkan akidah umat Islam baik secara langsung ataupun tidak langsung. Selain daripada memurtadkan umat Islam, mereka juga mewujud dan menyebarkan ajaran-ajaran sesat di kalangan umat Islam.

Justeru Kitab Suci al-Quran itu telah dijamin Allah akan kesuciannya, maka orang-orang Kristian mereka-rekakan al-Quran versi baru untuk disamarkan sebagai Kitab Suci al-Quran yang tulen atau sebenarnya. Antara al-Quran palsu yang pernah diterbitkan oleh Mission Kristian ialah berjodol, “The True Furqan”.
The True Furqan diterbitkan di Amerika Syarikat, di antara surah-surah di dalamnya berjodol Al-Fatehah [The Opening], Al-Mahabbah [Love], Al-Masseh [The Messiah], Al-Salb [The Crucifixion], Al-Thalooth [The True God], Al-Nissa [Women] dan Al-Injil [Gospel].
Setiap Surah dalam The True Furqan dimulai dengan ayat berbunyi “In the Name of the Father, The Holy Spirit, the one and only True God”, sedangkan dalam Kitab Suci al-Quran yang sebenarnya ssetiap surah dimulai dengan ayat yang bermaksud, “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”.
Dalam mentafsir Surah Al-Fatehah dikatakan The True Furqan adalah kitab yang sahih dan diturunkan untuk membimbing manusia, Surah ini juga mendakwa manusia melakukan zina boleh menebus dosa mereka dengan mudah, sekiranya mereka berpegang kepada kitab The True Furqan yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris.
Kitab The True Furqan boleh dibeli melalui “oneline” daripada sebuah laman web yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Kitab The True Furqan ditulis oleh mereka yang terdiri dari Saffee, Mahdy, Al-Safee dan Al-Mahdy. Ia mengandungi 77 surah, sedangkan Kitab Suci al-Quran yang sebenarnya mengandungi 114 Surah.
The True Furqan dikatakan telah memasuki pasaran Asia Barat, termasuk di Kwait dengan kanak-kanak di sekolah swasta Inggeris menjadi stratejinya.
Persengketaan Di kalangan Nasrani
Musuh-musuh Islam ini walau sekuat mana sekalipun, mereka juga diancam oleh kehancuran, kerana secara automatik mereka menjadi musuh Allah, sedangkan Allah berjanji akan memusnahkan segala musuh-musuh Nya dengan cara yang telah ditetapkan oleh Nya. Kaum Nasrani seperti juga kaum Yahudi, akan pecah terburai, bila tiba masanya. kerana persengketaan dalaman yang wujud di kalangan mereka sejak sekian lama. 
     
Perseteruan di kalangan umat Nasrani telah berlaku setelah wujudnya perpecahan di kalangan mereka.
Pada masa yang lalu Gereja Timur [Ortodox] yang berpusat di Istambul tidak bersedia mengaku Gereja Barat [Katholik atau Latin] yang berpusat di Rom, sebaliknya Pop Rom tidak pula sedia untuk mengaku Pop Istambul.
Dalam Gereja Barat berlaku gerakan pembaharuan agama [Protestan] yang dipimpin oleh Martin Luther King yang mewakili [Gereja Inggeris , dan Jerman Prostestan tidak mengaku Pop Vatican, dan sebaliknya Pop Vatican pula tidak bersedia mengaku Prostetan sebagai pembaharuan, ia seperti Muktazilah dalam Islam. Mereka dicap sebagai pengamal biadab dan dipandang sebagai penganut Martinisme, kerana tidak percaya kepada patung-patung dan lukisan-lukisan. Mazhab Protestan juga tidak percaya kepada hak Pop dapat membersih atau “Memutih” dosa manusia dan sebagainya.
Akibat pertelagahan itu maka tercetuslah peperanagan antara kaum Katholik dan Protestan di Ireland Utara yang telah mengorbankan begitu ramai jiwa kedua-dua belah pehak.
Lembaran sejarah juga menunjukkan berlakunya peperangan antara sebuah negara Nasrani dengan negara Nasrani yang lain di Eropah. Hampir tidak ada sebuah negara Nasrani di Eropah tidak melanggar negara jirannya yang juga Nasrani. Sebahagian besar daripada sebabnya kerana faktor agama yang wujud di kalangan mereka.
Allah SWT telah menceritakan perkara ini dalam Kitab Suci al-Quran, dalam Surah Al-Maidah, ayat 14, maksudnya:
“Dan di antara orang-orang yang berkata, “Bahawa kami ini orang Nasrani, kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melepaskan [meninggalkan] sebahagian daripada apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat, dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan”. Al-Maidah:14
Menentang Murtad

Adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam, baik secara individu, berkumpulan, bermasyarakat atau secara berpersatuan berusaha menentang kemurtadaan secara habis-habisan.
Justeru mencegah lebih baik dari merawat, maka adalah menajdi kewajipan kepada setiap umat Islam untuk mencegah gejala-gejala kemurtadaan dari bercambah, berkembang dan subur dalam masyarakat Islam di mana-mana sahaja mereka berada dan bila-bila masa sahaja. Pencegahan awal amatlah perlu untuk mencegah gejala murtad daripada masuk dengan cepat seperti api membakar lalang kering di padang luas di musim angin sedang bertiup kencang.
Tindakan pencegahan pernah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar r.a dan para sahabat yang lainnya, dengan memerangi orang-orang murtad dan pengikut-pengikut nabi-nabi  palsu, seperti Musailamah, Sajjah, Al-Asady dan Al-‘Anasy.
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, r.a. Khalifah Islam yang pertama selepas kewafatan Baginda Rasulullah saw telah melancarkan peperangan ke atas golongan riddah yang menafikan kefarduan zakat selepas Baginda Rasulullah saw wafat. Tindakan yang diambil oleh khalifah itu semata-mata kerana taatkan Allah SWT dan Rasul Nya dan demi menegakkan syiar Islam uyang mulia.
Allah berfirman, maksudnya:
“Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima [agama itu] daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”. Ali Imram: 85.
Setiap umat Islam mestilah berusaha untuk mencegah gejala-gejala murtad ini, supaya tidak tersebar luas menjadi wabak penyakit yang merbahaya sehingga berlaku kemurtadaan secara beramai-ramai.




Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Parit, Pasir Tumboh,
KotAa Bharu, Kelantan.






Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP