NASIB UMAT ISLAM DI ALBANIA

>> Wednesday, January 31, 2018







NASIB UMAT ISLAM DI ALBANIA






Albania sebuah negara kecil yang terletak di sebelah Timur Mediterranean. Keadaan muka buminya bergunung-ganang. Ia bersempadan dengan Greece, Serbia dan Macedonia, iaitu bekas Republik Yugoslav dan di sebalah Barat bersempadan dengan Laut Adriatik.

Nama sebenarynya Shqiperia yang bererti Tanah Air Burung Helang.

Luasnya 28,748 km persegi [11,100 bp]. Ibu kotanya Tirana [Tirane], dan bandar-bandar besar yang lain antaranya Durrie, Shkoder, Elbason dan Vlore.

Penduduknya berjumlah seramai 3,420,000 orang [mengikut anggaran menjelang tahun 1997] di mana ramai kaum pengugusi menetap di negara itu. Sebahagian besar dari mereka beragama Islam, Ahli Sunnah Wal-Jamaah, dan sedikit kaum ateis. Albania adalah satu-satu neagra di Eropah yang majoriti penuduknya beragama Islam.

Tapi mengikut banci yang dilangsungkan pada tahun 2011 penduduknya berjumlah seramai 2,821, 977 orang, tapi pada tahun 2014 meningkat kembali kepada 5,020, 209 orang.

Iklmnya seperti di negara-negara di kawasan Mediterranean, namun begitu hujan lebat turun pada musim sejuk, dan ribut petir sering melandea pada musim panas di tanah-tanah datarnya. Sementara di kawasan tanah tingginya cuacanya amatlah sejuk pada musim sejuk.

Ia mempunyai sejarah panjang yang berliku-liku. Ia pernah diperintah oleh Italy antara tahun 1939 hingga 1943 dan pernah diperintah oleh Jerman 1943 hingga 1944.

Selepas Perang Dunia II, Parti Komunis berjaya memegang tampuk pemerintahan di Albania. Ia telah melakukan berbagai-bagai tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah pembersihan bangsa, menindas hak awam, menindas hak berpolitik dan juga hak untuk beragama.

Albania adalah sebuah negara Republik Sosialis. Justeru semua tanah adalah milik negara, dan juga perusahaan atau perindustrian dimiliki oleh negara, dengan hasil pengeluaran yang sedikit. Sumber utama perindustrian ialah pemerosesan pengeluaran makanan, tekstil, penghasilan minyak, simen, besi dan keluli.


Ia mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan tenaga elektrik, kerana banyak mempunyai suangi-sungai dipergunungannya.

Pada tahun 1945, Parti BuruhAlbania yang mendukung fahaman komunis telah berjaya mengambilalih kuasa pemerintahan di Albania, berikutan dengan kehacuran empayar Italo-Jerman.

Sebagai sebuah parti komunis yang anti-Tuhan, mereka segera bertindak untuk menindas agama Islam dan umat Islam di Albania. Antara langkah-langkah serta-merta yang mereka ambil untuk tujuan tersebut ialah merampas harta-harta wakaf orang-orang Islam, sekolah-sekolah Islam diletakkan di bawah kawalan negara dan ramai pula para alim ulama dipenjara dan dibunuh dengan kejam oleh pemerintah yang anti-Islam.

Keadaan umat Islam menjadi bertambah buruk bila Albania berpecah dengan Yugoslavia pada tahun 1946. Berbagai-bagai tindakan telah diambil oleh pemerintah untuk menghalang perkembangan agama Islam.

Pada tahun 1949, umat Islam Albania yang terdiri dari Ahli Sunnah Wal Jamah telah diperintah oleh komunis supaya mengeluarkan satu peraturan “statut” untuk mendapat kelulusan regim komunis. Peraturan itu mestilah mengikut apa yang dikehendaki oleh mereka, kalau tidak, sudah tentu regim komunis tidak akan meluluskannya.

Kemudian pada 11 November 1949, regim komunis telah mengeluarkan perintah supaya semua badan agama mengangkat sumpah taat setia kepada negara, dengan harapan para ulama Albania menyokong rejim komunis Albania yang berkuasa.

Peraturan atau undang-undang itu membenarkan umat Islam memilih pemimpin-pemimpin mereka sendiri, tapi perlantikkannya tertakluk kepada Ketua Negara Albania, yang sekali gus berkuasa untuk menyingkirkan pemilihan tersebut jika beliau tidak menyetujuinya.

Mufti Albania pula dituntut menyesuaikan diri dengan apa yang dipanggil “tamadun modern”, iaitu istilah yang digunakan oleh golongan-golongan Marxis untuk merujukkan kepada Soviet Union dan Blok Timur. Mereka juga melarang pertubuhan-pertubuhan Islam menerima bantuan asing tanpa mendapat kelulusan kerajaan Albania terlebih dahulu.

Menurut undang-undang regim komunis Albania waktu itum masyarakat Islam di sesebuah kampung hanya boleh membina masjid yang diperlukan oleh komuniti tersebut sahaja. Mana-mana masjid yang telah ditinggalkan tidak boleh digunakan semula, dan mana-mana masjid yang telah roboh tidak boleh digunakan kembali.

Undang-undang Albania juga menetapkan sembahayang dan doa hendaklah dilafazkan dalam Bahasa Albania. Ia juga melarang semua penubuhan parti politik yang berasaskan agama, khususnya agama Islam. Peraturan ini memberi peluang kepada regim komunis untuk memberkas orang-orang Islam atas tuduhan-tuduhan bergiat dalam aktiviti-aktiviti politik Islam.

Namun begitu, regim komunis Albania pernah memperalatkan ulama-ulama Islam untuk tujuan politiknya di luar negara, terutama di negara-negara Islam untuk membuktikan regim Albania tidak menindas Islam dan umat Islam. Komunis memang mengharap untuk menggunakan Albania sebagai tali untuk mengikat umat Islam dan negara-negara Islam di seluruh dunia dengan menyembunyikan fakta-fakta sebenrnya yang berlaku di negara komunis itu.

Pada tahun 1961 pehak komunis Albania yang anti-Islam mengarahkan supaya tempat-tempat atau pusat-pusat ibadat atau menjalan aktiviti-aktivit keagamaan ditutup. Rakyat Albania dari kalangan apa-apa agama sekalipun dilarang bersembahayang.

Pada tahun 1967 pula regim komunis mengistiyarkan Albania sebagai sebuah negara atheis yang pertama di dunia. Muzium atheis telah didirikan di Shkodra dan berikut dengan itu sebanyak 2,169 buah masjid telah ditutup. Malah lebih jauh lagi umat Islam dilarang untuk mendirikan ibadat mereka, malah mereka dilarang untuk bersolat yang dianggap sebagai perbuatan jenayah.dan boleh dijatuhkan hukuman.

Masjid-masjid telah mereka robohkan, ataupun ditukar fungsinya untuk tujuan keduniaan, seperti dijadikan muzium. Semua pertubuhan keagamaan dibubarkan.

Di samping itu regim komunis melarang penyebaran agama. Orang-orang yang didapati bersalah menyebar agama boleh dijatuhkan hukuman penjara selama 3 hingga 10 tahun. Sehubungan dengaan itu seseorang yang berjalan di sesebuah lorong dengan memegang untaian buah tasbih di tangan boleh diberkas oleh pehak berkuasa dan didakwa menyebar agama Islam.

Malah regim komunis berusaha menghapuskan semua agama dengan jalan mencampuradukkan masyarakat berbeza-beza agama dalam sesebuah perkampungan, seperti orang-orang Islam dengan orng-orang Kristian.

Kejatuhan Komunismen pada tahun 1991, rakyat Albania telah bangkit memberontak. Berikut pada tahun1992 Parti Demokrat telah memenangi pilihanrata Albania, dan pemimpin dilantik menjadi Presiden pertama Albania.

Lewat tahun 1996, Albania telah dilanda oleh kemelut ekonomi yang amat serius yang membangkitkan kemarahan rakyat, dan melancarkan pemberontakan bersenjata di kalangan rakyat jelata yang tidak mampu diatasi oleh kerajaan Albania, terutama di kawsan Selatan negara itu. Akibatnya pada bulan Mac 1997 Albania berada di jurang kehancuran dan sebahagian daripada pelarian bertindak meningalkan negara itu.

Kerana bimbang, PBB telah campurtangan memulihkan keamaan di Albania, dan pilihanrfaya diadakan pada tahun 1997 membawa Parti Sosialis kembali berkuasa.

Namun, pada tahun 1998 kerajaan Albania memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Tapi tidak ada agama rasmi bagi Albania.

Bilangan umat Islam di Albania ialah 70 peratus, Kristian Ortodoks Albania 20 peratus, dan selebihnya 10 peratus lagi bergama Roman Katholik.

Tapi malangnya pristiwa-peristiwa yang berlaku di masa-masa yang lalu, terutama dari segi politiknya amat kuat mempengaruhi penduduk-penduduknya termasuk umat Islam. Pemerintahan komunis yang menindas berlaku kejam terhadap  umat Islam menjadi salah satu faktor yang meninggalkan kesan yang amat buruk dan tidak menggembirakan.

Pengamatan yang diadakan pada tahun 2010 mendedahkan Albania adalah sebuah negara di dunia yang rakyatnya paling tidak beriman atau beragama. Hanya seramai 39 peratus penduduk negara itu menganggap agama memain yang penting dalam kehdiupan seharian mereka.

Sebahagian dari mereka hanya beragama pada namanya, sedang dalam kehidupan seharian mereka tidak megamalkana agama atau kepercyaan mereka, mereka pisahkan agama dari negara, malah ada pula yang menjadi atheis, tidak bergama.

Sungguh malang sekali! Adakah pada suatu masa nanti Islam akan berkubur di Albania.

Semoga tidak, dan semoga umat Islam bangkit kembali menghadapi segala cabaran yang mendatang dengan jiwa yang tnang dan iman yang teguh perkasa.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumbih,
Kota Bharu





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP