AKIBAT KEJATUHAN KUASA ISLAM
>> Sunday, January 14, 2018
AKIBAT KEJATUHAN KUASA ISLAM
Masjid Nabawi
Kekuasaan Islam yang pernah berada di puncak kegemilangan dunia itu satu demi satu telah jatuh terguling. Kerubuhan kuasa Islam itu telah menimpakan akibat yang buruk kepada Islam dan umat Islam. Ia telah mengakibatkan umat Islam diselimuti oleh kelemahan dan kehinaan yang amat mengaibkan.
Selepas
kejatuhan Islam itu, Barat telah menjadi kiblat dunia. Selain dari itu
faktor-faktor lain yang menyebabkan Barat menjadi tumpuan dunia pada Zaman
Pertengahan ialah faktor Perang Salib, Proses Renaissance, Reformasi, Revolusi
Industri dan juga faktor melebarnya penjajahan Barat ke negara-negara lain,
khususnya negara-negara Islam.
Sejak itu
umat Islam tidak lagi mempunyai apa satu, sehingga terpaksa bergantung kepada
orang lain dalam semua bidang kehidupan. Justeru kita umat Islam terpaksa
bergantung kepada orang-orang bukan Islam, khsusunya orang-orang Barat,
walaupun mereka sedang menuju keruntuhan, yang mengakibatkan kita sama-sama terlibat
dalam keruntuhan sebagaimana mereka alami.
Dari segi
ekonomi, kita umat Islam terpaksa bergantung kepada orang-orang bukan Islam.
Justeru itu kita terjebak dalam dua sistem ekonomi, iaitu kapitalisme dan
sosialisem.
Dari segi
undang-undang, kita tinggalkan undang-undang Islam dan kita gantikan dengan
undang-undang Barat, iaitu British, Itali, Belanda, Amerika Syarikat ataupun
Perancis yang semuanya bukan Islam sama sekali.
Dari segi
pendidikan, kita tinggalkan sistem pendidikan Islam, lalu kita pakai sistem
pendidikan yang sekular yang tidak mempunyai naratip ilmu dan tanpa mempunyai
matlamat yang jelas.
Walaupun
Barat begitu banyak mencedok ilmu dan peradaban Islam, tapi mereka mengenepikan
unsur-unsur akidah, akhlak dan syariat yang begitu penting itu, baik dalam
bidang sains, teknologi dan juga aestetika, tanpa diberi identiti ke
Islamannya. Malah ia disadurkan dengan acuan-acuan palsu, hasil daripada
ciptaan manusia sekular jahiliah. Sesiapa sahaja umat Islam yang memakai acuan
palsu itu, pasti ia akan kehilangan identiti ke Islamannya yang begitu penting.
Perbuatan
ini dengan jelas menunjukkan kebiadaban ilmuan Barat yang sengaja mengenepikan
unsur-unsur ke Islaman dalam ilmu-ilmu Islam yang mereka ceduk itu, dan
menunjukkan kengakuhan mereka hingga tidak mampu melahirkan kesyukuran kepada
Allah SWT yang melahirkan ilmu-ilmu itu.
Namun begitu, umat Islam hari ini telah meninggalkan Islam dan mengambil tradisi-tradsi bukan Islam untuk mewarnai hidup mereka sepanjang masa.
Lantaran
itu, kehidupan orang-orang Islam ini bukan lagi berdasarkan ke Islaman, tapi
serupa dengan umat kafir yang lain yang suka bertindak zalim, menindas,
melakukan maksiat dan seumpamanya. Justeru itu umat Islam bertambah lemah
imannya, dan bila iman lemah, maka segala-galanya menjadi lemah, kerana iman
adalah benteng yang utuh dalam setiap kehidupan umat Islam.
Marilah kita
singkapkan sedikit berbagai-bagai kelemahan yang menimpa umat Islam akibat
kejatuhan mereka yang amat memeritkan itu.
DARI SEGI POLITIK
Justeru
terpengaruh dengan sistem pemerintahan penjajah Barat yang sengaja mereka
rancangkan, maka negara-negara Islam di Asia dan Afrika yang telah merdeka
sekaliipun, tetap menjalankan dasar sekularisme, iaitu kapitalis atau
sekularisme timur, iaitu komunis yang tidak percayakan Tuhan.
Maka
lahirlah fahaman atau ideologi politik suku agama suku, se
Sbagaimana telah
berlaku di Turki, ciptaan Kamal Attaturk dan konco-konconya. Mereka bertindak
menjauhkan agama daripada kehidupan umat Islam.
Maka dengan
itu bererti agama akan mengalami nasib buruk, tersungkur jatuh daripada
kehidupan masyarakat Islam, dan juga dari Instutusi masyarakat, baik institusi
kerajaan atau swasta semuanya akan menjadi sekular, membelakangkan agama,
sedangkan agama itu teras kehidupan. Agama tidak lagi dapat mengawal kehidupan
masyarakat.
Berabad-abad
lamanya sejak tewas dalam Perang Salib, orang-orang Barat Nasrani membuat
kajian yang teliti tentang rahsia-rahsia kemenangan dan kejayaan umat Islam.
Rahsia yang mereka temui adalah Islam itu sendiri yang menjadi faktor penting
menjadi punca kemenangan umat Islam. Justeru itu mereka berusaha keras untuk
menyingkir Islam daripada umat Islam, membogelkan jiwanya dari Islam, mengosongkan dadanya dari Islam.
Sepanjang
masa tersebut pula umat Islam berada dalam pemikian yang jumud dan pintu
ijtihad mereka kunci rapat-rapat. Para pemimpinya pula terdiri dari mereka yang
kurang kemampuan, sedangkan para ulamanya pula hanyut dalam perbalahan mazhab, masing-masing berusaha untuk memenangkan pehak mereka semata. Maka
berebut-rabutlah mereka saling memberi fatwa yang berbeza-beza mengenai perkara
yang sama, tanpa mengira benar atau salah, hak atau batil.
Sedangkan
Islam tidak mahu sama sekali memisahkan manusia dengan manusia ataupun
memisahkan manusia dengan agama. Islam tidak pernah mementingkan idealisme dan
keunggulan cita-cita darpada kepentingan manusia. Kepada Islam kekuataan yang
sebenarnya adalah di tangan Allah SWT Yang Maha Penciptanya yang menentukan segala-galanya,
kerana itulah Islam mementingkan dunia dan juga akhirat. Ajaran ini terkandung
dalam Kitab Suci al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
Kamal Ataturk
Apa yang dinamakan kebebasan itu menjadi tidak terkawal, tidak terhad, justeru itu semua nilai-nilai agama, akidah dan akhlak ditimpa bencana, diinjak-injak dengan sewenang-wenangnya.
Meddia massa
menyiarkan apa sahaja yang disukai oleh pembeli-pembeli untuk mengauk
keuntungan. Semuanya atas alasan kebebasan berfikir, bersuara, mengeluarkan
pendapat dan kebebasan bertindak, walaupun kesannya boleh memusnahkan akhlak
dan keperibadian orang-orang Islam yang mulia dan suci.
Mengikut
sistem pemerintahan Barat dan perundangan Barat pemerintahan dan perundangan di
semua peringakt tidak mengikut kriteria Islam, semua orang boleh menjadi
pemimpin, baik orang fasik, munafik, samseng, penipu dan sebagainya.
Pemimpin-pemimpin seperti inilah yang menjadi pemimpin yang korup, menggunakan
segala kemudahan negara dan kuasa untuk menghapuskan budaya Islam, memperlekeh
dan menghina pelajaran dan pendidikan Islam, malah menangkap, memenjara dan
membunuh mana-mana umat Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.
Setiap orang
Islam wajar mengetahui bahawa dalam hidup ini mereka wajib mempunyai seoerang
imam, khalifah, atau ketua yang memimpin mereka ke jalan yang benar dan diredai
Allah, bukannya ke jalan syaitan yang melanggar ajaran al-Quran dan Sunnah
Rasulullah saw.
DI BIDANG
PENDIDIKAN
Pada umumnya
sistem pendidikan negara di bawah pengaruh penjajah dibahagikan kepada dua
aliran, iaitu aliran agama dan aliran biasa, iaitu sekular. Pendidikan agama
ditadbir secara tersendiri dan dengan kemampuan yang tersendiri, tanpa diberi
perhatian oleh pehak berkuasa atau kalau adapun hanya sedikit, sekadar melepas
batuk di tangga.
Di
sesetengah negara, termasuk negara yang mengistiyarkan dirinya negara Islam
pun, pendidikan Islam hanya setakat sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja,
tanpa ada pelajaran di peringkat sekolah tinggi atau universiti.
Sedangkan
sekolah aliran sekular diberikan segala bantuan yang diperlukan yang disediakan
oleh pemerintah, di mana mereka yang lulus dalam pelajarnnya diberikan
kemudahan-kemudahan untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara,
dan diberikan peluang pekerjaan yang lebih baik.
Malah di
sesetengah pusat pengajian sekular ini yang dianjurkan oleh pehak-pehak asing,
termasuk oleh pehak-pehak pengembang agama Kristian dibenarkan menjalankan kegiatan-kegiatan
tanpa sebarang syarat atau ikatan, ataupun kawalan. Justeru itu pusat-pusat
pengajian seperti ini telah bertukar menjadi pusat-pusat dakwah Kristian yang meracuni
fikiran umat Islam, terutamanya di kalangan generasi muda.
Ini
menyebabkan umat Islam dan kebudayaan Islam menjadi rosak dan lemah.
DI BIDANG
BUDAYA
Penjajah
berjaya mengenepikan Bahasa Arab. Tulisan Arab dihapuskan, dan digantikan
dengan tulisan rumi atau Latin. Mereka mendaulatkan Bahasa Inggeris atau
lain-lain bahasa penjajah sebagai bahaa rasmi sesebuah negara, bukannya Bahasa
Arab. Sedangkan Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran. Justeru dengan itu
generasi-genarai baru Islam bukan sahaja tidak memahami al-Quran, malah tidak
pandai membaca al-Quran pun. Maka jadilah al-Quran itu sebagai bacaan
semata-mata sebagai buku bacaan biasa, sedangkan di dalamnya mengandungi
rahsia-rahsia uuntuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Penjajah
membawa masuk dan menayang filem-filem yang tidak bermoral dan lucah yang
berunsurkan kejahatan dan keganasan di negara-negara Islam. Ia ditayang di
pawagam-pawagam, dan kemudiannya di kaca-kaca TV. Filem-filem ini ditonton oleh
segenap lapisan masyarakat, dan ini boleh menimpakan kesan yang buruk kepada
masyarakat, terutama kepada anak-anak muda yang masih beradarah panas.
Dari
filem-filem tidak bermoral ini anak-anak muda boleh belajar bagaimana untuk
bercinta kasih, bagaimana untuk memikat lelaki atau memikat perempuan,
bagaimana untuk berasmara, menggoda suami atau isteri orang, bagaimana untuk
merompak dan menyamun, mencuri dalam bank-bank, bagaimana untuk bergaduh,
menipu polis dan sebagainya dan sebagainya.
Dalam
suasana seperti ini, suara-suara para pendakwah tidak akan berguna, tidak akan
masuk menembusi telinga dan turun ke hati nurani, kerana mata dan hatinya telah
dihijab oleh maksiat dan kejahatan-kejahatan yang terpancar dari kaca TV dan di
layar perak.
Demikian
juga kerana terpengaruh dengan budaya Barat, para penulis dan pengarang Islam
di mana-mana sahaja di negara Islam di dunia ini menulis dan menyusun sejarah
tanah air mereka mengikut acuan yang telah dibuat oleh penjajah Barat, tanpa
berpandu kepada Islam sebagaimana terdapat di dalam Kitab Suci al-Quran dan
Sunnah Rasulullah saw.
Penulis dan
pengarang dan mereka yang seperti ini sudah kehilangan minatnya terhadap Islam,
malah sanggup meninggalkan kebudayaan Islam lalu menyarung baju kebudayaan
Barat yang mereka junjung tinggi itu dalam kehidupan mereka. Orang-orang
seperti ini bila bercakap, lebih suka bercakap bahasa Barat daripada bahasa ibuanda
mereka sendiri, dan juga jika mereka menulis, mereka lebih cekap menulis dalam
bahasa-bahasa Barat daripada bahasa ibuanda mereka sendiri. Mereka merasa
bangga dengan segala sesuatu yang datang dari Barat, yang dianggap sebagai
orang terpelajar daripada kalangan
bangsa dan budaya asal mereka sendiri.
Malah mereka juga akan bertindak menyebar budaya Barat kepada masyarakat,
bangsa dan negara mereka dan juga kepada umat Islam seluruhnya.
Dr. Umar Al-Tuami Al-Syaibani, dalam tulisannya membuat komen seperti berikut mengenai golongan berikut:
“Golongan
ini tidak merasa apa-apa kurangnya menggabungkan diri ke dalam budaya ini,
walaupun dia hidup di dalam sebuah masyarakat Islam yang tidak sesuai dengan
budaya yang dibawanya, kerana dia telah hilang keyakinan terhadap budayanya
sendiri dan tidak lagi ingin memperdulikan masalah dan juga persoalan msyarakat
dan umat Islam”.
Seterusnya
beliau menegaskan,
“Dengan demikian dia kehilangan akalnya, hati dan perasaannya dikuasai oleh rasa bangganya terhadap kebudayaan Barat, serta nilai-nilai dan cara hidupnya, lantas menolak kebudayaan Islam”.
“Dengan demikian dia kehilangan akalnya, hati dan perasaannya dikuasai oleh rasa bangganya terhadap kebudayaan Barat, serta nilai-nilai dan cara hidupnya, lantas menolak kebudayaan Islam”.
Sementelah
pula, Barat sentiasa berusaha untuk menjatuhkan negara dan umat Islam dalam
semua bidang hidup, baik dari segi ekonomi, politik, budaya dan sebagainya
tanpa kasihan belas lagi. Justeru itu di seluruh dunia, umat Islam dan negara-negara
Islam terus ditindas dan ditekan dengan kejamnya dan penuh kehinaan oleh
musuh-musuh Islam itu.
DI BIDANG
EKONOMI
Untuk
meleburkan ekonomi umat Islam, penjajah menghidup dan menyuburkan sistem riba,
kerana riba itu kata mereka amat penting untuk tujuan ekonomi. Sedangkan Islam
mengharamkan riba, tapi malangnya manusia hari ini tidak mungkin hidup tanpa
riba yang menjangkau begitu jauh dalam kehidupan manusia.
Sebenarnya
pemberi dan penerima riba adalah sama-sama menderita. Penerima riba akan
sentiasa hidup dalam kresahan, kerana memikirkan pembayaran balik pinjaman yang berlipat ganda, sementara pemberi riba
pula akan bertambah keras hati dan perasaannya kerana amaran yang datang Allah
SWT.
Allah
berfirman, maksudnya,
“Allah
memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah”. Al-Baqarah:276.
Sistem
ekonomi yang ditetapkan oleh kapitalis Anerika Syarikat dengan jelas
membuktikan usaha mereka yang jahat untuk melemah dan memiskinkan sesebuah
negara membangun. Contoh yang jelas ialah tindakan International Monetary Fubd
[IMF] pernah mengarah negara-negara membangun supaya membebaskan ekonomi
domestik mereka, sedangkan Amerika Syarikat bertindak sebaliknya, iaitu
memelihara sektor pertanian mereka, menyebabkan hasil-hasil pengeluaran
pertanian mreka lebih murah daripada hasil-hasil pengeluaran pertanian
negara-negara lain. Justeru sebagai contohnya pengeluaran hasil pertanian
Mexico, seperti gula, bukan sahaja lemah, malah lebih bankrup.
Perjudian
Selain dari
riba, penjajah juga membina dan menggalakkan perjudian- beraneka jenis perjudian
dari sekecil-kecilnya membawa kepada sebesar-besarnya. Tidak cukup dengan
pembukaan sarang-sarang judi dan kedai-kedai judi, mereka membuka kasino yang
merupakan tempat perjudian yang terkenal di Barat yang menjadi ibu segala
maksiat.
Tidak cukup dengan perjudian dalam negara sendiri, orang-orang kaya dari Timur Tengah,
dari negara-negara pengeluar minyak, tidak segan-segan menghabsikan wang mereka
dengan sewenangn-wenangnya di kasino-kasino di Barat, sambil bersuka ria.
Wang-wang yang dibelanjakan itu terus mengalir masuk memenuhui poket-poket
Yahudi dan Nasrani, kemudian dikembalikan ke negara-negara Islam semula membawa
kemusnahan dalam bentuk peluru-peluru dan tank-tank dan kapalterbang pengebom
untuk menghancurkan bumi dan umat Islam.
DALAM
BIDANG PERUNDANGAN
Sebaik-baik
sahaja penjajah menjejakkan kaki penjajahannya, mereka akan melakukan banyak
perubahan dalam sistem pentadbiran dan perundangan sesebuah negara tanah
jajahannya, iaitu perubahan-perubahan yang sesuai dengan dasar penjajah.
Sebahagian
besar daripada undang-undang itu berdasarkan undang-undang Perancis, baik dari
segi teks, susunannya atau roh undang-undang itu sendiri. Undang-udang Barat
ini bukan sahaja tidak berasaskan undang-undang Islam, malah sebaliknya
terdapat banyak percanggahan dengan undang-undang Islam, umpamanya
undang-undang jenayah, tidak ada peruntukan potong tangan ke atas pencuri,
tidak ada peruntukan rejam atau sebat untuk kesalahan zina dan udang-undang
sivil pula membenarkan amalan-amalan riba yang diharamkan oleh Islam.
Malah
negara-negara Islam yang baru merdeka, malah juga yang telah lama merdeka
sekalipun, masih belum merdeka dalam erti kata yang sepenuhnya dalam erti
katanya yang sebenar. Kebanyakan negara-negara Islam hanya hebat dalam bidang
politik sahaja, tapi dari segi yang lain mereka masih bergantung kepada
bekas-bekas penjajah mereka, terutama dari segi ekonomi dan kebudayaan.
Apa yang
tinggal kepada umat Islam hanya bidang kekeluargaan, mengenai perkahwinan,
perceraian, nafkah isteri dan anak-anak, hadhanah dan iddah. Itu sahaja.
Dan
undang-undang kekeluargaan Islam ini pula tidak banyak perbezaaan dengan
undang-undang keluarga bukan Islam, kecuali orang-orang Islam tidak dibenarkann
berkahwin dengan orang-orang bukan Islam, sebelum mereka memeluk agama Islam.
Akasnya
model yang disajikan oleh penjajah di negara-negara jajahannya ialah untuk
mengekalkan kuku penjajahannya dalam bentuk-bentuk baru, walaupun mereka telah
memberikan kemerdekaan kepada sesebuah negara secara sukarela, seperti
Malaysia, atau secara terpaksa seperti Indonesia dan lain-lain negara lagi. Dasar
yang ditinggalkan oleh penjajah di negara-negara itu telah menimbulkan mala petaka,
khususnya kepada umat Islam yang mencontohinya secara membabi buta dengan
kepercayaan semua yang datang dari Barat itu baik belaka. Perbuatan mereka
seperti ini bererti meminum racun untuk membunuh diri sendiri.
Peristiwa 13
Mei 1969 yang berlaku di negara kita Malaysia adalah akibat daripada kita terus
mengamalkan sistem peninggalan penjajah yang telah terbukti kegagalannya untuk
memajukan negara Malaysia. Justeru itulah kemudiannya lahir Dasar Ekonomi Baru [DEB] yang disusun mengikut acuan kita sendiri
untuk membangun semula ekonomi negara ini.
Demikian
juga apa yang berlaku di negara-negara Islam yang lain di seluruh dunia. Revolusi
Iran adalah salah satu lagi contoh yang jelas tentang kegagalan sistem yang
ditinggalkan penjajah di negara itu. Shah
Iran yang berkuasa waktu itu amat prokan Barat, yang menyebabkan kuasa Barat
telah berjaya memonopolikan ekonomi negara Iran, terutama dalam bidang
perusahaan tembakau yang begitu menguntungkan waktu itu.
Negara Mesir
semasa diterajui oleh Presiden Anwar Sadat telah melancarkan Perang Jihad pada
tahun 1973 membuktikan kegagalan sistem yang ditinggalkan oleh penjajah. Dalam
peristiwa ini Islam telah dijadikan asas menggantikan semangat nasionalisma
atau kebangsaan Arab yang sempit selepas kegagalan dalam beberapa siri
peperangan dengan Israel pada tahun 1967 yang amat memalukan itu.
Justeru itu
setiap negara Islam hendaklah berhati-hati dalam membuat sesuatu dasar untuk
negara mereka, untuk dijadikan alternatif baru yang lebih sesuai dan mempunyai
jangka hayat yang lebih panjang untuk negara mereka, bukannya terus mencontohi
sistem Barat yang telah terbukti gagal dan mengecewakan itu. Di samping itu
para pelaksananya pula mestilah terdiri daripada mereka yang cekap, bersih dan
amanah serta brsemangat untuk mempastikan pelaksanaan dasar itu berjaya mencapai matlamatnya yang unggul demi
kepentingan agama, bangsa dan negara.
Lorong
Masjid al-Qasimi,
Kg.
Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bhaaru
0 comments:
Post a Comment