ORANG-ORANG CACAT YANG BERJASA

>> Wednesday, July 26, 2017





ORANG-ORANG CACAT YANG BERJASA


Dari segi kesihatan, pada umumnya, kehidupan manusia ini terbahagi kepada dua, pertama sihat atau tidak sihat ataupun sakit.

Sakit itu pula terbahagi kepada beberapa bahagian pula, ada sakit ringan dan sakit berat, ada sakit rohani atau mental dan ada pula fizikal dan sebagainya.

Ada di antara penyakit itu pula menimpakan kesan serius yang berat kepada seseorang mangsa, seperti buta, tuli, lumpuh dan sebagainya.

Namun begitu, walaupun dalam keadaan yang cacat atau lemah, tapi sebilangan dari mereka masih mampu berdiri sendiri, malah mampu memberi sumbangan-sumbangan penting kepada masyarakat dan dunia seluruhnya.

Mari kita  mengikuti sumbangan-sumbangan besar yang pernah diberikan oleh orang-orang yang kurang upaya atau cacat itu kepada kehidupan manusia seluruhnya.

Di bidang seni. Ludwig va Beethoven, seorang penggubah lagu berbangsa Jerman yang telah memahat namanya hingga kekal sampai sekarang dan untuk masa-masa yang akan datang.

Beliau adalah seorang insan yang tidak dapat mendengar- tuli.

Milton seseorang sastrawan berbangsa Inggeris, mencipta karyanya Paradise Lost yang termasyur itu semasa dia buta, anak-anak perempuannya menyalin apa yang dinyatakannya.

Di samping menjadi penulis biasa, beliau juga seorang penyair, dan seorang pegawai kerajaan.

Beliau dilahirkan pada 9 Disember 1608 dan meninggal pada 8 November 1674..

Alexander Pope  seorang yang lumpuh, hampir tidak dapat bergerak, tapi berjaya menghasilkan karya-karya yang agung dalam sastera Inggeris.

Beliau telah diserang penyakit yang serius sejak berusia 12 tahun, iaitu sejenis penyakit tb atau batuk kering yang telah merosakkan tulang-temalangnya. Malah merosakkan seluruh anggota jasmaninya yang menghalang pertumbuhan yang biasa, menyebabkan dia sukar bernafas, menderita demam yang kuat, matanya merah dan menderita sakit perut. Tingginya hanya 1.3 meter sahaja atau 4 kaki 6 inci.

Beliau seorang penyairk yang termasyur, yang dilahirkan pada 21 Mei 1688 dan meninggal pada 30 Mei 1744. Semasa hayatnya beliau berjaya menghasilkan banyak karya-karya yang terus kekal hingga sekarang.

Beliau juga penterjemah Homer

John Of Arc, seorang yang buta huruf dan seorang gadis petani yang miskin, tapi  berjaya muncul sebagai wirawati bila negara Perancis ketika itu dilanda krisis hebat.

Beliau dilahirkan pada tahun 1412 dan meninggal pada 30 Mei 1431.

Beliau memain penting dalam satu babak peperangan antara Perancis dan Inggeris, iaitu Hundreed Year War. Dalam peperangan itu John of Arc telah memimpin sebuah pasukan tentera yang berjaya menumpaskan pasukan tentera Inggeris di Orleans. Beliau diberi nama jolokan “The Maid Of Orlean”

Tapi setahun selepas itu beliau telah berjaya ditangkap oleh tentera Britih dan dengan kerjasama kolibrator Perancis, dan dibicarakan, kemudian dijatuhkan bukuman bunuh. Beliau dibakar hidup-hidup pada 30 Mei 1431 dengan diikat pada suatu pancang di kawasan sebuah pasar di Doveen dan ditonton oleh 10,000 orang.

Debu mayatnya dikumpul dan ditabur di Siene.

Theodore Roosevelt Jr adalah menderita penyakit dan lemah sebagai seorang pemuda, tapi dengan semangatnya yang gigih dan kemahuan yang utuh, beliau melakukan senaman yang menyebabkan dia berjaya memiliki semangat dan kekuataan yang sungguh luar biasa, dan akhirnya berjaya menjadi Presiden Amerika yang ke 26.

Pada masa itu beliau adalah seorang presiden termuda dalam sejarah Amerika Syarikat.

Di samping menjadi seorang politisan, beliau juga seorang pengarang, penjelajah, seorang tentera dan seorang  naturalis.

Beliau lahir pada 27 Oktover 1858, dan meninggal pada 6 Januari 1919.

Anatara kata-kata beliau yang termasyur, ialah,
“Do what you can,
With what you have
Where you are

Demikian juga Franklin D. Roosevelt, dikenali dengan panggilan FDR berjaya menjadi Presiden Amerika yangt ke 32, walaupun dia seorang yang lumpuh yang menyerangnya sejak beliau kanak-kanak lagi. Beliau menjadi Presiden Amerika sejak tahun 1933 hingga akhir hayatnya  pada tahun 1945.

Beliau seorang negarawan Amerika, dan seorang pemimpin politik yang terkenal, iaitu Parti Democratik..

Beliau dilahirkan pada 30 Januari 1882 dan meninggal pada 12 April 1945.

John Bunyan, ketika meringkuk di dalam penjara, beliau berjaya menulis sebuah  buku yang akan kekal menjadi epik, sastera Inggeris, iaitu Pilgrim’s Progress.

Beliau berbangsa Inggeris, dilahirkan pada 30 November 1628 dan meninggal pada 31 Ogos 1688.

Kerja beliau ialah seorang penulis sepenuh masa dan juga seorang pembaca khutbah agama Protestan dari kalangan Puritan, iatu satu gerakan pada abad 16 dan 17 untuk membersihkan gereja England daripada Catholic Preacer,

Beliau telah ditangkap kerana agama, mengajar mazhab Puritan, dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 bulan, tapi kerana enggan membuat pengakuan tidak akan mengajar perkara yang sama bila dibebaskan nanti, maka hukuman penjaranya ditambah lagi kepada 12 tahun

Rovert Louis Stepvenson, tidak pernah  bebas dari kesakitan walaupun untuk sejam, dan  batuk teruk, menderita demam dan batuk kering, tapi berjaya menghasilkan karya-karya yang agung seperti Treasure Island, dan Travel With A Donkey, dan seterusnya.

Beliau berbangsa Scott, seorang penyair, penulis rencana dan seorang penulis penggembara, dari setempat ke setempat. Beliau warganegara British.

Beliau dilahirkan pada 13 November 1850 dan meninggal pada 3 Disember 1894.

Beliau merupakan penulis yang ke 26 yang karya-karyanya diterjemahkan ke bahasa asing, dan karya-karyanya dikagumi oleh para penulis.

Kerjanya ialah penulis novel, penyair dan penulis penggembara,



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan,

Read more...

BENARKAH ORANG TUA TIDAK BERGUNA

>> Tuesday, July 18, 2017






BENARKAH ORANG TUA TIDAK BERGUNA


USIA manusia melalui beberapa peringkat, dan berpenghujung dengan umur tua, sebelum kembali ke rahmatullah.

Dalam usia tua manusia banyak mengalami perubahan-perubahan, terutama fizikal, yang berpunca dari kelanjutan usia, dan perubahan-perubahan ini dirasa sendiri oleh mereka, dan juga dapat dilihat dengan jelas oleh orang yang bersamanya.

Perubahan yang ketara ialah kekuataan fizikalnya jauh merosot, menyebabkan mereka tidak mampu lagi melakukan kerja-kerja yang mereka biasa lakukan sebelumnya sepert, kerja-kerja yang memerlukan kekuatan tenaga, umpamanya mengangkat barang berat, berjalan jauh dengan laju, dan sebagainya.

Pengelihatan mata mereka juga telah merosot, dan mungkin terpaksa memakai cermin mata yang lebih tebal, demikian juga ada sesetengah mereka yang kemampuan pendengaran telinganya juga turut terjejas, dan berbagai-bagai kelemahan lagi yang tidak perlu dibariskan satu persatu dalam artikel yang singkat ini yang tidak bermaksud demikian.

Justeru itu ada sesetengah pihak dalam masyarakat memandang hina malah jijik terhadap orang-orang yang berusia tua, dan menganggapnya tidak berguna lagi. Lebih malang lagi andainya penghinaan terhadap orang tua ini dilakukan oleh keluarga sendiri, terutama anak-anak. Namun begitu masih ramai lagi mereka yang memuliakan orang-orang tua yang menganggap mereka sebagai pusaka yang berharga dan memanggil mereka dengan dengan panggilan yang cantik, “warga emas”.

Namun begitu, sehingga hari ini tidak ada kesepakatan pendapat antara penulis-penulis dan ahli-ahli sains bilakah sebenarnya bermula kemerosotan kemampaun seseorang manusia bermula. Pada usia berapa. Lagipun tidak ada kepastian yang menyeluruh berapa lama seseorang manusia boleh hidup.

Dalam tulisan singkat ini saya menggutip dan mengungkapkan  beberapa tokoh manusia tua, yang pernah memberi sumbangan penting kepada dunia, sebagai bahan menungan kita bersama, di mana usia tua itu tidak menghalang manusia memberi sumbangan-sumbangan penting kepada dunia.
 
Dalam usia tua manusia banyak mengalami perubahan-perubahan, terutama fizikal, yang berpunca dari kelanjutan usia, dan perubahan-perubahan ini dirasa sendiri oleh mereka, dan juga dapat dilihat dengan jelas oleh orang yang bersamanya.

Perubahan yang ketara ialah kekuataan fizikalnya jauh merosot, menyebabkan mereka tidak mampu lagi melakukan kerja-kerja yang mereka biasa lakukan sebelumnya sepert, kerja-kerja yang memerlukan kekuatan tenaga, umpamanya mengangkat barang berat, berjalan jauh dengan laju, dan sebagainya.

Pengelihatan mata mereka juga telah merosot, dan mungkin terpaksa memakai cermin mata yang lebih tebal, demikian juga ada sesetengah mereka yang kemampuan pendengaran telinganya juga turut terjejas, dan berbagai-bagai kelemahan lagi yang tidak perlu dibariskan satu persatu dalam artikel yang singkat ini yang tidak bermaksud demikian.

Justeru itu ada sesetengah pihak dalam masyarakat memandang hina malah jijik terhadap orang-orang yang berusia tua, dan menganggapnya tidak berguna lagi. Lebih malang lagi andainya penghinaan terhadap orang tua ini dilakukan oleh keluarga sendiri, terutama anak-anak. Namun begitu masih ramai lagi mereka yang memuliakan orang-orang tua yang menganggap mereka sebagai pusaka yang berharga dan memanggil mereka dengan dengan panggilan yang cantik, “warga emas”.

Namun begitu, sehingga hari ini tidak ada kesepakatan pendapat antara penulis-penulis dan ahli-ahli sains bilakah sebenarnya bermula kemerosotan kemampaun seseorang manusia bermula. Pada usia berapa. Lagipun tidak ada kepastian yang menyeluruh berapa lama seseorang manusia boleh hidup.

Dalam tulisan singkat ini saya menggutip dan mengungkapkan  beberapa tokoh manusia tua, yang pernah memberi sumbangan penting kepada dunia, sebagai bahan menungan kita bersama, di mana usia tua itu tidak menghalang manusia memberi sumbangan-sumbangan penting kepada dunia.









SELEPAS Perang Dunia Pertama, telah diadakan suatu sidang di Perancis untuk merangka Treaty of Verstaile. Sidang ini dihadiri oleh manusia-manusia yang merupakan jaguh-jaguh penting dunia dan berkuasa hebat pada masa itu.

Salah seorang daripada barisan jaguh-jaguh itu yang dianggap paling berkuasa dan dinamik ialah seorang lelaki yang dikenali dengan nama George Benjamin Clemenceau, berbangsa Perancis. Beliau juga seorang ahli politik, doktor dan wartawan yang terkenal.

Beliau adalah Perdana Menteri Perancis dalam Perang Dunia Pertama, dan digelar Harimau Perancis. Beliau adalah pemimpin Radical Party di Perancis.

Anda tahu berapa usia beliau ketika Perjanjian Verstaile itu dibuat.

Jangan panik jika diberitahu  bahawa usianya pada waktu itu ialah 79 tahun.

Treaty Verstaile adalah sebuah perjanjian penting menamatkan Perang Dunia Pertama, dan sekali gus menamatkan perang antara Jerman dan Pihak Berikat. Ianya berlangsung pada 28 Jun 1919 sehingga 21 Januari 1920 dan ditandatangani di ibu kota negara Perancis, Paris.

Beliau dilahirkan pada 28 Ogos 1841 dan meninggal pada 24 November 1929.

Antara kata-kata beliau yang terkenal ialah “All that I know I learned after I was thirty”.

Andrew Mellon, salah seorang tokoh keewangan, seorang banker, tokoh industralis yang terbesar di Amerika dan seorang ahli politik. Beliau masih terus bertenaga, kuat dan perkasa mencapai kejayaan-kejayaan yang cemerlang sehingga melewati usianya 82 tahun.

Beliau adalah pengasas Andrew W. Mellon Foundation.

Beliau lahir pada 24 Mac 1855 dan meninggal pada 26 Ogos 1937.

Antara kata-kata beliau yang termasyur ialah, “Strong man have sound ideas and the force to make these ideas effective”.

Vanderbilt adalah seorang tokoh kereta api yang terkenal dan mencapai kejayaan yang cemelang di usia tua. Kebanyakan jalan-jalan-jalan kereta api di Amerika yang dibinanya waktu itu ialah ketika beliau memanjat usia lebih dari 70 tahun. Hasilnya beliau mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit.

Pada seusia itu kebanyakan manusia tidak lagi bersedia untuk berusaha sebegitu gigih, malah mereka lebih suka untuk pencen dan berihat.

Sekarang mari kita mengalih pandangan ke arah bidang seni, melihat beberapa orang tokoh yang berjaya ketika berada dalam usia di penghujung senja.

Walter Damrosch adalah seorang penulis opera yang termasyur. Malah beliau memain peranan yang penting dalam mementaskan opera yang terbaik di zamannya. Ketika itu beliau telah menjangkau usia 75 tahun.

Ahli falsafah  berbangsa Jerman, Immanie Kant [1724-1804]  menghasilkan sebahatgian daripada karya-karya falsafahnya yang terbesar ketika uisanya telah melewati 70 tahun.

Menurut beliau, beliau memperoleh ilmu daripada pengalaman dan pemahami beliau sendiri.

Pelukis agung Perancis, Monet, nama penuhnya Oscar Claude Monet. Dan beliau adalah pengasas lukisan aliran impreesionist. Beliau masih lagi menghasilkan lukisan-liukisan yang agung ketika menjangkau usia 86 tahun.

Beliau dilahirkan pada 14 November 1840 dan meninggal pada 5 Disember, 1926.

Antara kata-kata beliau yang terkenal ialah “The richness I achieve from Nature, the source of my aspiration”.

Akexander Von Humbolt memulakan karyanya yang termasyur “Kosmos” ketika beliau bergelumang dalam usia 76 tahun dan menyelesaikannya dalam usia 90 tahun.

Beliau dilahirkan pada 14 September 1859 dan meninggal pada 6 Mei 1859.

Johan Wolfgang Vo Goethe, [28 Ogos 1749 – 22 Mac 1832], berbangsa Jerman, seorang penulis yang banyak kreativiti, sebagai penulis epik, lirik, puisi, prosa, drama, memoir dan autobiografi. Malah beliau juga terkenal sebagai seorang negarawan. Beliau mencipta bahagian kedua dari karya yang termasyur Faust ketika beliau berada dalam usia 80 tahun.

Antara kata-katanya yang termasyur ialah, “Knowing is not enough, we must apply, Willing is not enough, we must do”.

Victor Hugo, [26 Febuari 1802-22 May 1885], bangsa Perancis, seorang pengarang agong bangsa Peranis di sepanjang zaman. Beliau seorang penyair, novelis, dramatis. Beliau menghasilkan karya agungnya Torquemada ketika beliau berusia 80 tahun.

 Titian, panggilan orang Inggeris, tapi namanya yang sebenar ialah Tiziano Vecelli atau Tizano Vecelljo, seorang pelukis Itali yang agung melukis “Battle of  Lepanto”  ketika beliau menjangkau usia 98 tahun.

Beliau dilahirkan pada tahun 1490 dan meninggal pada 27 Ogos 1576.

Melihat kepada fakta-fakta di atas, adakah wajar  “persaraan” yang wajib kepada setiap orang itu dibuat berdasarkan usia mereka semata.

Namun begitu ini bukanlah bererti semua orang tua mempunyai nilai-nilai hidup yang agung, pemberi sumbangan yang bererti kepada kemanusiaan, kerana sebagai insan ada pula sebahagian mereka bukan sahaja tidak memberi jasa bakti, malah sebaliknya menjadi manusia yang bukan sahaja merosakkan dirinya sendiri, tapi juga merosakan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara dengan tindakan-tindakannya yang tidak wajar dan memusnahkan sebagai manusia.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.




Read more...

SEBUAH CATATAN DI CELAH BUKU

>> Tuesday, July 11, 2017






SEBUAH CATATAN DI CELAH BUKU




Ketika saya mengemas-ngemas buku yang diancaman anai-anai beberapa hari yang lalu, saya terjumpa sebuah buku dalam bahasa Inggeris yang di kulit sebelah dalamnya, depan dan belakang terdapat sebuah catatan lama saya. Buku itu sebuah koleksi sebuah cerita rekaan sains yang berjodol “The Other Side Of The Sky” karya Arthur C. Clarke.

Catatan itu dalam askara Jawi, tidak bertarikh dan tidak tercatat di mana catatan itu dibuat. Tapi digaris pada pagi hari raya sebagaimana tertulis pada tajuknya dan juga terpahat pada kandungannya. Tulisan Jawi saya itu seperti biasa sangat buruk yang dipanggil oleh guru saya Ustaz [Datok] Yusof Zaky Yacob, “tulisan Jawi patah pinggang” sewaktu saya mula-mula berkhidmat di Syarikat Dian di awal karier saya untuk muncul sebagai seprang  penulis sepenuh masa sepanjang hayat.

Saya perturunkan di sini catatan tersebut sebagai kenangan yang memilin  kasih yang tidak berkesudahan.


DI PAGI LEBARAN 

Gema ayat suci menyaup dalam subuh lebaran
Memecah kesepian dingin mengoyak hati kesayuan
Ada bayangan negeri bila badan terbujur dipaku nisan
Sunyi sepi sendirian di jalan pulang
Mengiggil aku ketakautan kerdilnya aku di kaki kebesaran Tuhan

Gema takbir memanjang sayu menikam hati
Pupukan angin dan desiran daun mengimbau
Bicara begitu menghiba memeluk kesedihan hati
Temasa dalam pancaran menuju Tuhan

Mari kawan kuhulurkan tangan bersama bemaafan
Kesilapan dan kesalahan yang lalu
Kita bangun semula dengan semangat dan jiwa baru
Tidak guna bersedih dalam api sengketa
Kita sama insan mencari keredaan Tuhan
Berbakti kepada Tuhan dengan amal kebajikan

Ayuh mari kita tegak bersama berjuang seiringan
Kita saudara sedarah susun semula persahabatan
Kita berjuang bersama memburu kebahagiaan
Tuhan kita hanya satu

Bayangan merah telah muncul di kaki langit yang rupawan
Membawa harapan baru  gemilang dalam seluruh hidup
Ayam berkokok dan siulan burung girang
Hembusan bayu lembut membawa kasih sayang.


Demikianlah bunyi catatan tersebut yang diabadikan di sini sebagai kenanngan kasih yang memanjang terutama kepada insan-insan tersayang.

Allahuakbar.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan



Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP