MEK, MEK JAH TELAH PERGI
>> Friday, July 7, 2017
KAKAK saya yang sulung telah telah pergi.
Mek [Mek Jah] telah pergi meninggalkan kami. Pergi buat selama-lamanya. Beliau
adalah saudara kami yang tertua, dari sembilan orang adik beradik.
Namanya Khadijah bte Saleh. Dilahirkan pada tahun 1927 [mengikut kad pengenalan] di Kampung Salor, Kota Bharu Kelantan oleh bondanya allahyaramah Maimunah. Tapi ada orang menjangka beliau dilahirkan lebih awal dari itu lagi.
Di kalangan anak-anaknya dia dipanggil Mek, dan di kalangan adik beradik dia dipanggil Mek [Mek Jah] atau Mek Kampung Sireh, kerana beliau telah lama menetap di Kampung Sireh. Di kalangan cucu dan cicitnya pula dia dipanggil Tok Mek.
Semoga
kita semua dikurniakan kesabaran
menanggung ujian dari Allah ini.
Sebelum
menghembuskan nafasnya yang terakhir dia meminta anak dan cucunya membaca kitab
suci al-Quran kerana dia ingin mendengarnya. Selepas itu di luar dugaan beliau
dijemput ke sisi Allah dalam keadaan yang aman tanpa siapa di sekeliling yang segera
menyedarinya.
Ya
Allah tempatkan rohn mereka di kalangan para solihin.
Jenazahnya
selamat dikebumikan pada keesokannya, hari Rabu 10 Syawal 1438 di Tanah Perkuburan
Islam, berhampiran dengan Kompleks SUK, pusat pentadbiran Negeri Kelantan
Darulnaim.
Ya
Allah cucuri rahmat ke atas rohnya, dan tempatkan di kalangan para solihin.
Saya
merasa terkilan sedikit, kerana pada hari raya sebelumnya kerana sebab-sebab
yang tertentu saya tidak sempat berkunjung ke rumahnya di Kampung Bawah Lembah
Kg. Sireh, dan merancang bersama dengan anak-anak akan mengunjunginya pada hari
Jummat yang akan datang, tapi Allah lebih mengetahui dan Maha Bijaksana
menejmputnya lebih awal kembali ke pangkuanNya.
Saya masih terkenang pertemuan saya terakhirdengannya sebelum itu, dan dia masih berada dalam keadaan sihat, tapi tidak kuat untuk berjalan dan katanya pernah terjatuh. Di akhir pertemuan itu, beliau telah memberikan kepada saya sebalang biskut Arab dan wang dua keping bernilai RM 20 yang masih saya simpan hingga ke hari ini sebagai kenanagan.
Sebenarnya
dalam usia selanjut itu ingatannya masih kuat, beliau masih mampu menginggati
dengan jelas berbagai-bagai perkara lama yang telah berlalu.
Ketika
berada di sisi pusara dibacakan doa yang bermaksud: “Keselamatan semoga
tetap kepada para penghuni kubur dari golongan orang-orang beriman dan
orang-orang Islam, dan semoga Allah memberi rahmat kepada orang-orang yang
terdahulu dari kamu dan dari kami dan kepada orang-orang yang terkebelakang,
dan sesungguhnya kami insya Allah akan menyusul kamu sekalian”.
********
0 comments:
Post a Comment