Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

WATAK MUNCUL DALAM TIDUR PENULIS

>> Sunday, May 20, 2018



Secebis Pengalaman Penulis:
WATAK MUNCUL DALAM TIDUR

       




 Profision saya ialah menulis. Saya hidup dengan hasil penulisan. Menyara keluarga saya dengan hasil penulisan. Syukur Alhamdulillah itulah kerja saya sepanjang hayat.

Saya banyak menulis artikel yang disiarkan dalam aneka meddia, majalah, akhbar, buku buku, internet dan sebagainya.

Daripada karya karya itu hanya amat sedikit sahaja berupa karya krieatif, cerpen, puisi dan sebagainya. Berbanding dengan penulisan rencana yang berjumlah ribuan banyaknya. Ini termasuklah rencana rencana ilmiah atau hasil hasil krieatif, khsusnya cerpen yang telah saya alihbahasakan.

Kadang kadang dalam tulisan tulisan itu  saya menggunakan berbagai bagai nama samaran, dan pada peringkat awalnya nama samaran yang sering saya gunakan ialah Razin M.S, sebuah nama yang dicadangkan oleh guru saya, Allahyarham Dato’ Yusoff Zaky Yacob.

Dalam tulisan singkat ini saya hendak menceritakan  secebis dari satu sudut pengalaman saya dalam menghasilkan karya karya itu.

Apa yang hendak saya perkatakan ialah ketika menulis sesebuah karya itu, sebahagian daripada karya karya itu akan muncul dalam tidur saya, terutama ketika saya sedang menulisnya atau menaipnya.

Sebagai contohnya sekarang saya sudah siap melakar sebuah cerita panjang, cerpan sebagai lawan dari kata kata cerpen. Maksudnya saya  berhasrat untuk menghasilkan sebuah novel yang belum pernah saya hasilkan sebelumnya.

Salah seorang daripada watak utamanya ialah seorang gadis  yang cantik, beragama dan berakhlak mulia. Gadis cantik rekaan saya ini setiap kali saya membicarakannya ketika saya mengolah cerpan itu ia akan muncul dalam tidur saya, mengakibatkann saya merasa amat menyayanginya.

Saya merasa saya tidak wajar memburuk burukkan nasibnya, atau menzalaminya dengan menimpakan ke atasnya berbagai bagai perkara yang menyakiti fiziklal dan hatinya  ataupun menyusahkan diri dan kehidupannya. Saya tidak wajar sama sekali berbuat demikian terhadap seorang gadis yang mulia seperti itu. Ertinya saya harus melayannya sebagai anak kandung kesayangan saya sendiri, dan dia juga menujukkan rasa tidak puas hatinya atau  membuat komen komen jika nasib malang itu saya timpakan ke atas seorang gadis yang mulia sepertinya.

Kadang kadang apa yang muncul dalam tidur saya itu saya ceritakan pula kepada keluarga saya  bila saya terjaga, bahawa saya amat sayangkan watak ciptaan saya itu.

Demikian juga dengan artikel artikel yang sedang saya tulis sering muncul dalam tidur saya. Bila saya terfikir untuk menulis mengenai sesuatu perkara, biasanya bersama tajuknya, persolan itu akan muncul dalam tidur saya, menunjukkan saya sedang berfikir dan menaip rencana tersebut.

Kemunculan rencana ini dalam tidur saya akan menjadi lebih kuat dan kerap jika saya tidak terus bertindak menulisnya atau melambat lambatkan penulisannya, ataupun menempohnya dengan menulis tajuk lain menduluinya. Ia akan muncul berulang ulang kali dalam tidur saya setiap malam bersama sama dengan mimpi yang lain juga.

Kalau penulisan itu melibatkan seseorang, maka orang itu akan muncul, malah berbicara dengan saya ketika saya tidur. Ataupun andainya melibatkan sesuatu tempat, saya akan merasa saya berkunjung dan melihat tempat tersebut dalam tidur saya. Malah berbicara dengan orang orang yang saya temui disekitar tempat tersebut.

Walau bagaimanapun kemunculan bahan bahan penulisan saya tersebut dalam tidur saya tidaklah menyebabkan saya merasa tidur saya terganggu atau menyebabkan saya merasa tidak selesa. Syukur Alhamdulillah.

Demikianlah setitik daripada pengalaman saya dalam menghasilkan sesuatu karya penulisan untuk dikongsikan dengan pembaca sekalian.

Sesungguhnya Allah itu Maha Besar dan Maha Bijaksana dalam mentadbir dan mengurus alam buana ini.


Lorong Masjid al Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan







Read more...

MEMORI PRU EMPAT BELAS 2018

>> Friday, May 11, 2018






MEMORI PRU EMPAT BELAS 2018


Tulisan singkat ini hanya sekadar catatan bahawa PRU 14 telah disempurnakan hari ini, Rabu 9 Mei 2018 bersamaan dengan 23 Syaaban 1439 serta diringi oleh beberapa keping foto sebagai kenangan.
Dr.Mahathir menghadap DYMM SPYDA untuk mengangkat sumpah jawatan  


Ia lebih merupakan sebuah catatan keluarga  berhubung dengan PRU 14 untuk menjadi sesudut kecil dari rangka rakaman sejarah tanah air yang besar itu.





Baru sampai untuk mengundi





Kami sekeluarga berempat, saya, anak saya Noorbaiti Zaini, suaminya Safayi bin Fa, dan anak kami Ahmad Faris Zaini yang mengaggahkan diri balik memandu kereta bersama dengan keluarganya dari Parit Perak sehari sebelumnya semata mata untuk mengundi.

Dua orang anak saya lagi, Arham Zaini menggundi di Selangor, sementara seorang lagi Ahmad Syaibani Zaini mengundai di Kuala Krai, sementara isterinya Emmy mengundi di Pasir Mas. Justeru selepas mengundi di Kuala Krai mereka bergegas menuju ke Pasir Mas pula.

Kami turun dari rumah di Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh jam lebih sedikit pukul lapan pagi  untuk berkereta  ke tempat mengundi di SK. Kebangsaan Gong Dermi kira kira empat kilomerter sahaja jaraknya. Kami bertolak awal untuk mengelak daripada bersesakan di jalanan dan di tempat mengundi andainya kami pergi lewat.

                                                  Selepas mengundi

Sememangnya sejak semalam lagi jalan jalan besar di seluruh Negeri Kelantan telah jam atau tersumbat, antaranya Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu. Jalan Kuala Krai ke Tanah Merah, Jalan Tanah Merah ke Pasir Mas, Jalan Pasir Mas ke Kota Bharu, dan Jalan Kota Bharu ke Pasir Puteh semuanya tersumbat kerana pilihanraya.





Namun begitu, bila kami sampai, tempat parkir kereta di sisi jalan tempat pusat mengundi SK Gong Dermi itu telah penuh sepanjang kiri kanan jalan, dan kami terpaksa berpusing dan menunggu untuk memperolehi parkir kosong. Nasib baik tidak lama.

Pengundi wanita









Bila kami masuk ke kawasan sekolah tempat membuang undi, orang orang yang hendak mengundi pun telah agak ramai, dan telah berbaris mengikut saluran yang telah ditetapkan. Untuk memeriksa nama dan nombor pengundi, dan saluran megundi dalam buku pengundi SPR hanya mengambil masa yang singkat sahaja.

Bersiap untuk bertolak mengundi di Kuala Krai

 

Kami terus beratur mengikut barisan di saluran yang telah ditetapkan. Ada kira kira dua puluh orang, sedang menunggu giliran mereka. Namun begitu, ada juga seorang dua lelaki yang datang kemudian, memotong barisan dengan melangkah ke hadapan, dan ini berlaku kerana kurang berhemah.



                               Para pengundi sedang masuk ke tempat membuang undi


Setelah menunggu kira kira setengah jam lebih sedikit, maka tibalah giliran saya. Anak anak saya semuanya berada di saluran yang lain. Saya bernasib baik  memperolehi sebuah kerusi kosong untuk duduk menunggu giliran itu.



                                   Seorang pengundi sedang disorong ke tempat menggundi


Saya bertemu dengan beberapa orang rakan rakan sekampung, Padang Bongor yang kami sering bertemu di madrasah di masa masa yang lalu. Walaupun nama mereka telah saya lupa tapi wajahnya masih saya cam. Salah seorang daripadanya, Imam Masjid, setelah melihat saya duduk dikerusi beliau lalu menawarkan kepada saya untuk duduk di atas kerusi roda untuk membolehkan saya masuk mengundi dahulu dengan alasan tidak sihat. Tapi saya menolak mengatakan saya masih mampu berjalan.

              Jari bercelup tanda sudah mengundi
 

Kira kira setengah jam labih menunggu tibalah giliran masuk memangkah. Selepas itu bila semuanya selesai menjalan tanggungjawab masing masing, kami bertolak pulang.

Keputusan pilihanraya seluruhnya baru diumumkan keeskoan harinya, Khamis 10 Mei 2018, di mana Kerajaan Pusat telah jatuh ke tangan pembangkang, dan demikian juga beberapa buah negeri telah direbut oleh pembangkang.



                               Orang berdiri menunggu gilirfan


UMNO dan Barisan Nasionalnya buat pertama kali telah kecundang dalam pilihanraya yang telah diadakan sejak tahun 1955 yang lalu. Pada waktu ini UMNO teletak di bawah kepimpinan Datok Sri Najib bin Tun Abdul Razak.

Sekian sekadar catatan dan memori hari bersejarah PRU 14 tanpa pandangan dan sebarangan ulasan tentangnya.

Semoga negara Malaysia sentiasa maju, makmur, aman dan jaya dan diperintah dengan adil dan saksama.



Lorong Masjid al Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Ppasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.


Khamis: 10 Mei 2018
24 Syaaban 1438.






Read more...

CHE MAS OSMAN TELAH PERGI KE PANGKUAN ILAHI

>> Saturday, January 27, 2018






CHE MAS OSMAN TELAH KEMBALI KE PANGKUAL ILAHI



                                    GEMULAH CHE MAS

CHE MAS OSMAN, seorang peniaga wanita telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 26 Januari 2018 bersamaan dengan 9 Jamadilawal 1439.

Beliau semasa hayatnya terkenal sebagai seorang peniaga yang melibatkan diri dalam urusan jual beli barang-barang kemas.

Beliau bukan sahaja terkenal di Negeri Kelantan, malah di luar negara, khususnya di negara Arab sebagai seorang peniaga.

Gemulah meninggal di rumah kediamannya di Jalan Telipot yang terletak tidak berapa jauh dari Masjid Telipot, Kota Bharu.

Gemulah berusia lebih dari sembilah puluh tahun dan meninggalkan beberapa orang cucu.

Beliau adalah sepupu kepada Khadijah Saleh, kakak sulung saya yang meninggal dunia beberapa bulan yang lalu yang hampir sebaya usianya dengan beliau. Di rumah kakak saya itulah saya sempat bertemu beliau dalam keadaan sihat  buat kali terakhirnya.

Sebelum itu beliau telah menerima rawatan di KBJ Kota Bharu setelah di serang strok dan selepas menerima rawatan beberapa hari beliau dibawa pulang atas nasihat doktor dalam keadaan tidak sedarkan diri. 
Saya dan adik saya Shamsudin [Pak Din] sempat menziarah beliau di KBJ dua hari sebelum beliau kembali ke rahmatullah.

Sehari berada di rumah di kalangan keluarga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 11 pagi hari Jumaat kelmarin.

Beliau disolatkan di Masjid  Telipot dan dikebumikan di Perkuburan [Pohon Rambai], Salor, dimana ramai keluarganya di semadikan di situ, termasuk ayahandanya Osman bin Hj. Muhammad.





Saya dimaklumkan, tidak lama sebelum itu  gemulah telah menempah teket penerbangan untuk menunai ibadat  Umrah pada 14 Febuari ini dengan beberapa orang cucu-cucunya.

Allah Maha Kaya.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

“Kembalilah kepada  Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati [dengan segala nikmat yang diberikan] lagi diredai [di sisi Tuhanmu! 
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba Ku yang berbahagia.
Dan masuklah ke dalam Surgaku”. 28-30: Al-Fajr



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.





Read more...

KELAHIRAN SITI HAJAR

>> Sunday, October 29, 2017







MENYAMBUT KELAHIRAN PUTERI BARU SITI HAJAR


*************
“BARAKALLAAHU LAKA FILL MAUHUUI WA SYAKARTUL WAAHIB”.
Semoga Allah memberkati apa yang dikurnikan kepada kamu, dan aku bersyukur kepada Zat Yang Maha Memberinya.
*********



                               Siti Hajar berusia tujuh hari

Hari ini, Jumaat [27 Oktover 2017 bersamaaan dengan 7 Safar 1439] seorang puteri baru telah disambut kelahirannya dengan penuh kesyukuran.

Bayi itu  Siti Hajar bin Reza Ariffathullah baru beberapa hari dilahirkan ibunya, dan merupakan cucu kepada Cik  Saupi bin Majid [Pak Pi] dan Puan Rugayah binti Dollah [Mok Yoh].
Bayi ini menambahkan lagi tali zuriat dalam keluarga ayah dan bondanya buat selama lamanya.

Mereka adalah salah sebuah keluarga  jiran sekampung kami  yang telah lama menetap di Kampung Kubang Siput, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.



Semoga bayi ini membawa berkah kepada keluarganya dan membawa rahmat kepada jiran jiran sekampung khasnya.

Seperti lumrahnnya kelahiran bayi ini disambut dengan upacara bercukur kepala bayi. Dan seperti biasa majlis itu diisikan dengan memperkenalkan makan makanan tertentu kepada bayi, seperti buah kurma, gula dan air zam zam yang disempurnakan oleh pemimpin majlis.





Hari ini pada umumnya, kepala bayi tidak terus dicukur atau dibotakkan pada pagi itu, tapi dibuat di masa lain yang lebih sesuai, kerana memerlukan penilitian ketika mencukur kepala bayi. Justeru ia digunting sedikit sahaja oleh beberapa orang yang hadir, sekurang kurangnya tujuh orang.

Biasanya upacara dilakukan oleh tok guru, atau tok lebai dan seumpamanya, dan pagi ini disempurnakan oleh Imam Masjid Kubang Siput [Masjid al Qasimi], Ustaz Mustafa yang dikenali dengan panggilan  Tok Imam Fa.


      Siti Hajar dalam dukungan ayahnya Reza Ariffathullah


Dalam majlis seperti ini juga diadakan upacara bacaan Salawat beramai oleh para jemputan dan keluarga yang hadir sambil berdiri dalam bentuk bundar, di mana bayi dibawa berkeliling selama sekurang kurangnya tiga pusingan, di mana setiap orang akan menyentuh kepala bayi bila bayi yang dibawa melintasi dihadapannya.

Kemudiannya nama bayi dirasmikan oleh pemimpin acara yang menggendali majlis tersebut.

Seterusnya majlis selesai dengan bacaan doa selamat, dan berakhir dengan jamuan makan untuk para tamu.

Syukran.


Lorong Masjid al Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan



Read more...

SEBUAH CATATAN DI CELAH BUKU

>> Tuesday, July 11, 2017






SEBUAH CATATAN DI CELAH BUKU




Ketika saya mengemas-ngemas buku yang diancaman anai-anai beberapa hari yang lalu, saya terjumpa sebuah buku dalam bahasa Inggeris yang di kulit sebelah dalamnya, depan dan belakang terdapat sebuah catatan lama saya. Buku itu sebuah koleksi sebuah cerita rekaan sains yang berjodol “The Other Side Of The Sky” karya Arthur C. Clarke.

Catatan itu dalam askara Jawi, tidak bertarikh dan tidak tercatat di mana catatan itu dibuat. Tapi digaris pada pagi hari raya sebagaimana tertulis pada tajuknya dan juga terpahat pada kandungannya. Tulisan Jawi saya itu seperti biasa sangat buruk yang dipanggil oleh guru saya Ustaz [Datok] Yusof Zaky Yacob, “tulisan Jawi patah pinggang” sewaktu saya mula-mula berkhidmat di Syarikat Dian di awal karier saya untuk muncul sebagai seprang  penulis sepenuh masa sepanjang hayat.

Saya perturunkan di sini catatan tersebut sebagai kenangan yang memilin  kasih yang tidak berkesudahan.


DI PAGI LEBARAN 

Gema ayat suci menyaup dalam subuh lebaran
Memecah kesepian dingin mengoyak hati kesayuan
Ada bayangan negeri bila badan terbujur dipaku nisan
Sunyi sepi sendirian di jalan pulang
Mengiggil aku ketakautan kerdilnya aku di kaki kebesaran Tuhan

Gema takbir memanjang sayu menikam hati
Pupukan angin dan desiran daun mengimbau
Bicara begitu menghiba memeluk kesedihan hati
Temasa dalam pancaran menuju Tuhan

Mari kawan kuhulurkan tangan bersama bemaafan
Kesilapan dan kesalahan yang lalu
Kita bangun semula dengan semangat dan jiwa baru
Tidak guna bersedih dalam api sengketa
Kita sama insan mencari keredaan Tuhan
Berbakti kepada Tuhan dengan amal kebajikan

Ayuh mari kita tegak bersama berjuang seiringan
Kita saudara sedarah susun semula persahabatan
Kita berjuang bersama memburu kebahagiaan
Tuhan kita hanya satu

Bayangan merah telah muncul di kaki langit yang rupawan
Membawa harapan baru  gemilang dalam seluruh hidup
Ayam berkokok dan siulan burung girang
Hembusan bayu lembut membawa kasih sayang.


Demikianlah bunyi catatan tersebut yang diabadikan di sini sebagai kenanngan kasih yang memanjang terutama kepada insan-insan tersayang.

Allahuakbar.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan



Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP