CHE MAS OSMAN TELAH PERGI KE PANGKUAN ILAHI

>> Saturday, January 27, 2018






CHE MAS OSMAN TELAH KEMBALI KE PANGKUAL ILAHI



                                    GEMULAH CHE MAS

CHE MAS OSMAN, seorang peniaga wanita telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 26 Januari 2018 bersamaan dengan 9 Jamadilawal 1439.

Beliau semasa hayatnya terkenal sebagai seorang peniaga yang melibatkan diri dalam urusan jual beli barang-barang kemas.

Beliau bukan sahaja terkenal di Negeri Kelantan, malah di luar negara, khususnya di negara Arab sebagai seorang peniaga.

Gemulah meninggal di rumah kediamannya di Jalan Telipot yang terletak tidak berapa jauh dari Masjid Telipot, Kota Bharu.

Gemulah berusia lebih dari sembilah puluh tahun dan meninggalkan beberapa orang cucu.

Beliau adalah sepupu kepada Khadijah Saleh, kakak sulung saya yang meninggal dunia beberapa bulan yang lalu yang hampir sebaya usianya dengan beliau. Di rumah kakak saya itulah saya sempat bertemu beliau dalam keadaan sihat  buat kali terakhirnya.

Sebelum itu beliau telah menerima rawatan di KBJ Kota Bharu setelah di serang strok dan selepas menerima rawatan beberapa hari beliau dibawa pulang atas nasihat doktor dalam keadaan tidak sedarkan diri. 
Saya dan adik saya Shamsudin [Pak Din] sempat menziarah beliau di KBJ dua hari sebelum beliau kembali ke rahmatullah.

Sehari berada di rumah di kalangan keluarga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 11 pagi hari Jumaat kelmarin.

Beliau disolatkan di Masjid  Telipot dan dikebumikan di Perkuburan [Pohon Rambai], Salor, dimana ramai keluarganya di semadikan di situ, termasuk ayahandanya Osman bin Hj. Muhammad.





Saya dimaklumkan, tidak lama sebelum itu  gemulah telah menempah teket penerbangan untuk menunai ibadat  Umrah pada 14 Febuari ini dengan beberapa orang cucu-cucunya.

Allah Maha Kaya.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

“Kembalilah kepada  Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati [dengan segala nikmat yang diberikan] lagi diredai [di sisi Tuhanmu! 
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba Ku yang berbahagia.
Dan masuklah ke dalam Surgaku”. 28-30: Al-Fajr



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.





Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP