Mohd. Zain Saleh ,Sekilas Pengalaman Dan Karya-karyanya Setelah dilengkapkan pada 3 Febuari 2011

>> Sunday, August 8, 2010










MOHD ZAIN SALEH, Sekilas Pengalaman dan Karya-karyanya
[Selepas dilengkapkan pada 3 Febuari 2011]

Pengenalan Sekilas:

MOHD ZAIN SALEH dilahirkan pada bulan Julai 1944, di Kampung Salor, 12 batu daripada bandar Kota Bharu.

Ayah beliau, Saleh bin Hj. Muhammad seorang tukang gunting dan pengamal perubatan tradisional yang terkenal, dan ibunya, Maimunah bte Ismail seorang pembuat pulut bakar yang termasyur.Beliu mempunyai 9 orang adik beradik, 4 perempuan, 5 lelaki.

Di awal usianya, beliau belajar di Sekolah Melayu Salor, hingga darjah enam, kemudian melanjutkan pelajaran ke tingkat satu dalam aliran Inggeris di Sultan Ismail Kolej, Kota Bharu.

Selepas menduduki peperiksaan SPM beliau terus diambil bertugas oleh Ustaz [Dato’] Yusuff Zaky Yaacob sebagai pengarang di Pustaka Dian, yang waktu itu sedang menerbitkan digest DIAN yang amat terkenal pada waktu itu.

Kemudian bila DIAN menerbitkan MINGGUAN KOTA BHARU, beliau bertugas pula sebagai Ketua Pengarang yang bertanggungjawab penuh terhadap mingguan tersebut.di samping terus memberi sumbangan kepada Majalah DIAN.

Di samping bertugas sebagai pengarang, beliau bertugas sebagai pembereita, penyusun "layout" untuk Mingguan itu, pembaca prof, pengurus penerbitan dan juru gambar.

Bertugas di Syarikat DIAN pada tahun 1966 dan meletakkan jawatan pada 1978.

Selain menghasilkan karya-karya untuk majalah-majalah penerbitan DIAN, beliau juga telah menyumbangkan karya-karya kepada akhbar-akhbar dan majalah-majalah tanah air sejak di bangku sekolah lagi.

Antara ahkbar-akhbar yang pernah menampung karya-karya beliau ialah Utusan Kanak-kanak, Utusan Pemuda, Utusan Melayu, Berita Harian, Berita Minggu, Utusan Malaysia, Minguan Malaysia, Utusan Zaman, dan dan lain-lain.

Dan di antara majalah-majalah yang pernah menampung karya-karya beliau ialah Qiblat, Al-Islam, Panji Masyarakat, Pengasuh, Mastika dan lain-lain.

Di samping itu beliau juga telah menghasilkan sekumpulan buku-buku dalam berbagai-bagai jenis yang telah diterbitkan dan juga sebahagian lagi masih berada di tangan penerbit, di samping ratusan buah rencana.


Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Penerbit (1) di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, SUK, Kota Bharu. Memegang jawatan Pengarang/Ketua Pengarang majalah ‘SINAR KELANTAN”, lidah rasmi Kerajaan Negeri Kelantan dari tahun 1981 hingga 1990.

Semasa bertugas dengan SINAR KELANTAN beliau juga menjalankan tugas sebagai pemberita, pengarang,pereka "layout", pengurus penerbitan dan juga juru gambar.

Kemudian dilantik ke jawatan yang sama di jabatan yang sama sebagai Pengarang “FAJAR ISLAM’, lidah rasmi Kerajaan Kelantan dari tahun 1990 hingga 1995.

Semasa bertugas dengan FAJAR ISLAM beliau juga menjalankan tugas sebagai pemberita, pengarang, pereka layout dan pengurus percetakan.

Dilantik menjadi Pembantu Penyelidik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Balai Islam Lundang, Kota Bharu pada tahun 1997 hingga tahun 1999.

Dalam penulisan di samping menggunakan nama sendiri, juga menggunakan berbagai-bagai nama samaran, antaranya Mabsa, Razin M.S., Zahrain, dan Gunawan, dan lain-lain, dan kadang-kadang tanpa meletak sebarang nama untuk penerbitan DIAN, Sinar Kelantan dan Fajar Islam.

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita yang dicintainya, Asiah Yaacob seorang aktivitis budaya dan dikurniakan dengan empat orang cahayamata, Arham Zaini, Noorbaiti Zaini, Ahmad Faris Zaini dan Ahmad Syaibani Zaini.

Namun, isteri beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, malam Khamis, 1 Julai 2009 [8 Rejab 1430] dan dikebumikan keesokan harinya, Khamis 2 Julai 2009 [9 Rejab 1430] di tanah Perkuburan Pohon Rambai Salor. Semoga Allah limpahi rahmat ke atasnya.

Profesion beliau ialah menjadi seorang Penulis Sepenuh Masa dari sejak dahulu hingga sekarang.

Pengalaman:

Menurut beliau sebagai seorang penulis beliau tidak lekang daripada menemuh brbagai-bagai peristiwa suka dan duka sedih dan bergembira berhubung dengan profession beliau. Secara ringkasnya pengalaman-pengalaman itu dinukilkan di sini untuk dikongsi bersama dengan peminat-peminat Pondok Rahmat ini.

*Tidak Bemalam Di rumah Mentua.

Selepas diijabkabulkan sebagai suami isteri,dan diadakan upacara sambut menantu bagi pihak keluarga lelaki, maka diadakan sambutan menantu lelaki di rumah mentua beliau di di bandar Pasir Mas, Kelantan. Tapi oleh sebab malam itu beliau terpaksa bertugas, kerana pagi besoknya akhbar MINGGUAN KOTA BHARU akan diterbitkan, dia tidak dapat bermalam di rumah mertuanya pada malam tersebut. Selepas makan dan minum, beliau dan isterinya Asiah Yaacob [ya Allah limpahilah rahmat ke atasnya] terpaksa mengikut rombongan menghantar balik semula ke rumahnya di Kota Bharu.Pada malam itu beliau biasanya bekerja di pejabat sampai ke pagi hingga MINGGUAN KOTA BHARU siap dicetak dan siap untuk diedarkan.Perbuatan beliau telah menimbulkan sangkaan yang kurang manis kepada jiran-jiran di sekitar rumah isterinya. Ia berlaku kerana tidak ada komunikasi utuh antara keluarga beliau dan keluarga isteri beliau sehingga perkara yang tidak sepatututnya itu berlaku.

*Menteri Kabinet Enggan Ditemuramah

Peristiwa ini berlaku di bilik VIP Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Menteri Kabinet sedang menunggu kapalterbang untuk balik ke Kuala Lumpur. Beliau berkesempatan bertemu dengan menteri tersebut untuk mendapat maklumat mengenai beberapa perkara penting mengenai kementeriannya. Menteri itu bukan sahaja enggan diwaancara, tapi secara terang-terangan menuduh beliau melaga-lagakannya dengan parti pembangkang. Kira-kira dua minggu sebelum itu, beliau telah membuat wawancara dengan menteri tersebut dan disiarkan dalam MINGGUAN KOTA BHARU, dan laporan itu mendapat komen daripada sebuah parti pembangkang. Komen inilah yang tidak disukai oleh Menteri tersebut dan menuduh beliau melaga-lagakannya. Perisitia ini berlaku di hadapan ramai VIP-VIP wanita yang menghantar menteri untuk pulang ke KL.

*Dituduh Jahat

Menurut beliau peristiwa ini berlaku di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa juga, iaitu di tempat letak kertea menuggu untuk mengambil orang-orang besar. Hari itu seorang menteri kaibinet akan tiba. Sebuah kereta khas sedang menunggu ketibaannya, bersama-sama dengan sepasukan polis pengiring, termasuk pegawai-pegawainya. Beliau juga berada di kawasan tersebut. Entah bagaimana, tiba-tiba seorang daripada pegawai polis yang berada di situ, bila megetahui beliau adalah dari MINGGUAN KOTA BHARU, lalu dengan lantang berkata, "Akhbar Jahat" yang ditujukan kepada beliau. Beliau percaya tuduhan tersebut dilemparkan kerana tulisan-tulisan yang telah disiar dalam MINGGUAN KOTA BHARU sebelumnya.

*Terharu Mingguan Kota Bharu Ditamat

Beliau merasa amat terharu dan sebak bila secara mendadak diberitahun oleh [Dato'] Yusuff Zaky supaya Mingguan Kota Bharu segera ditamatkan penerbitannnya. Katanya Dato' Ysuff Zaky yang dipanggil "Abang Soh" memberitahunya secara tiba-tiba ketika "stroll" pada suatu petang di sekitar perumahan Paya Purnama.Katanya "Abang Soh" menyatakan dua sebab kenapa mingguan perlu ditutup. Kedua-duanya berdasarkan tomah dan fitnah orang-orang yang tidak puas hati terhadapnya. Kata beliau, sehari sebelum itu ada beberapa orang berkunjung ke rumah "Abang Soh", dan waktu beliau masuk ke rumah Abang Soh, dia sempat mendengar ekor pengaduan mereka kepada Abang Soh, kerana beliau masuk ke rumah ikut pintu dapur. Perkaranya mereka tidak puas hati dengan penyiaran rencana dalam Mingguan Kota Bharu....... Katanya biarlah beliau tidak mendedahkannya di ruang ini. Beliau meminta tempoh kepada Abang Soh untuk satu keluaran, kerana bahan-bahannya hampir sertus peratus telah disiapkan. Demikianlah katanya, Mingguan Kota Bharu ditamatkan khidmatnya beradasrkan fitnah semata. Itulah menyebabkan beliau merasa amat kesal dan terharu.

*Kena Buli
Dalam kejadian ini telah berlaku sedikit kekeliruannya. Katanya rencana beliau berhubung dengan jenayah kapak bungkus di Kelantan yang disiar oleh akbar Berita Harian telah bertukar nama penulisnya dengan nama seorang penulis lain yang bertugas dengan Berita Harian di Pulau Pinang, sementara rencana penulis tersebut berjodol "Masaalah rumah di Pulau Pinang:Yang Mampu berdalih tak mahu membayar" telah menggunakan nama beliau. Kedua-dua rencana terbit pada hari yang sama.

Akibatnya melalui seorang pemberita BH di Kelantan [rakan], Ketua Biro BH Kelantan telah memanggil beliau ke pejabatnya. Beliau telah pergi menemui Ketua Biro BH itu di pejabatnya, kerana menyangkanya ianya ada hubungan dengan ujian yang disertainya sebelum itu untuk dilantik menjadi wartawan BH. Tapi lain rupanya, di mana beliau telah dicurahkan dengan berbagai-bagai senda dan perli kerana rencana beliau yang tersalah memakai nama penulis lain itu,kata Ketua Biro BH itu telah menyusahkan kawannya. [Pertukaran nama penulis itu berlaku dengan tidak sengaja oleh BH di Kuala Lumpur].Namun begitu katanya beliau tidak menjawabnya.....dan akhirnya setelah puas diperekcil-kecilkan beliau disuruh keluar.

Di samping kisa-kisah yang mencuck hati ada pula peristiwa-peristiwa yang mencuit hati beliau, antaranya

*Terima Royaliti Dari Dewan Bahasa

Masa itu beliau sedang belajar dalam Tingkatan Tiga di Sultan Ismail Kolej. Buat kalipertamanya beliau menerima royaliti daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka berupa sekeping cek bernilai RM30 atau RM35, kerana sebuah rencana beliau telah disiar dalam majalah Dewan Bahasa. Setelah mengkeskan cek itu di sebuah bank di Kota Bharu beliau terus membeli sepasang kasut Bata berharga RM15 atau RM20, kasut kulit pertama yang dimiliki beliau dari hasil usaha beliau sendiri.

*Terima Anugerah Dari Sulltan Yahya Petra

Ketika belajar di Sultan Ismail Kolje beliau menyertai peraduan menulis rencana yang dianjurkan oleh pihak maktab. Hasilnya sebuah rencana beliau telah mendapat tempat pertama. Hadiah kemenangan itu berupa buku dan penyampiannya telah disempurnakan oleh Almarhun KDYMM Sultan Yahya Petra dan diadakan di dewan kolej tersebut yang ramai dihadiri oleh ibu bapa, kecuali keluarga beliau.

*Persamian buku oleh KDYMM Al-Sultan

Sebuah buku beliau berjodol TUANKU TUNGGAK KEDAULATAN ISLAM yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada tahun 1997 telah dirasmikan pelancarannya oleh KBDYMM Al-Sultan Tuanku Ismail Petra yang diadakan di Dewan Balai Islam Lundang.

*Perasmian Buku Diraja

Sebuah lagi buku beliau mengenai KDYMM Al-Sultan Kelantan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka telah disempurnakan pelancaranya oleh Baginda sendiri di sebuah hotel di Kota Bharu pada tahun 2001 dalam upacara yang gilang gemilang. Beliau dan isteri, Allahyarhmah Asiah Yaacob dan keluarga,hadir di majlis tersebut.

Lin-lain

-Gadis Bebaju Merah

Siapakah gadis berbaju merah itu?

Pagi itu Pejabat Mingguan Kota Bharu, di Jalan Tengku Chik sibuk dengan pendaftaran perserta-perserta yang ingin menyertai Sayambara Deklamasi Sajak. Mereka yang datang pagi itu di luar dugaan, lelaki dan wanita, semunya muda-muda belaka.

Satu ketika masuk sekumpulan gadis yang cantik dan manis ingin mendaftar diri untuk menjadi peserta. Saya tidak mengetahui dari mana mereka datang, dan tidak pula mengetahuinya siapa menjemput mereka.

Di antara gadis-gadis itu saya terpandang seorang gadis yang berbaju merah. Entah kenapa bila saya terpandang wajahnya, hati saya berdebar, dan timbul keinginan untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Sedangkan waktu itu masih ramai gadis-gadis lain yang cantik-cantik, tapi tidak pula menarik hati saya?

Melalui pendaftaran itu saya mengetahui namanya dan tahu alamat tempat tinggalnya. Tidak lama selepas itu saya meminta seorang sahabat sahabat saya meriseknya,dan setelah mendapat prsetujuan daripada orang tua dan lampu hijau daripada [Dato'] Yusuf Zaky Yaacob [semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya] kami pun bertunang dan sterusnya diijabkabulkan kepada suami isteri, di rumah [Dato'] Yussuf Zaky di Kg. Paya Purnama, Kota Bharu.

Isteri saya itu ialah Asiah Yaacob [ya Allah lempahilah rahmatMu ke atasnya}yang meninggal dunia kira-kira setahun yang lalu.

Isteri saya menyedari saya mula-mula jatuh cinta kepadanya ketika saya buat pertama kali meihat beliau memakai baju merah. Sepanjang hayatnya bila mengisahkan hal-hal lama dia kadang-kadang menyebut fasal baju merah itu, dan kataniris hatya baju itu masih disimpannya baik-baik sebagai kenangan.

Saya harap satu hari nanti saya akan menemui baju merah itu. Sehingga ke hari ini kami sekeluarga belum lagi mampu untuk mengusik sepenuhnya semua pakaian-pakaian yang ditinggalkan oleh allahyarmah [semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya]. Telah beberapa kali kami cuba melakukannya tapi kami tidak boleh tahan dengan serangan kehibaan menghiris hati.

Insyallah dalam masa yang tidak begitu lama nanti kami terpaksa juga melakukanya, khususnya bila tempat kediaman baru yang rancang siap dibina nanti dan kami trpaksa pindah ke sana.

Insyalah,

-Pengurus DIAN meninggal dunia

Pada suatu malam katanya [Dato'] Yusuff Zaky, yang dipanggil Abang Soh, tiba-tiba mengajak beliau ke rumah abang iparnya,Encik Hussein, Pengurus Syarikat Dian, yang mereka panggil Abang Sin. Katanya Abang Sin telah terjatuh di rumahnya. Katanya rumah beliau waktu itu terletak berhampiran dengan rumah Abang Soh, di Kampung Paya Purnama, Kota Bharu.

Katanya keadaan Abang Soh nampaknya begitu cemas, pasti ada sesuatu telah berlaku. Bila mereka sampai ke rumah tersebut,di Jalan Gajah Mati, Abang Sin masih separuh tertiarap di atas karpet dekat dengan tangga untuk naik ke tingkat atas rumahnya. Mereka sedang menunggu ketibaan doktor yang segera sampai tidak lama kemudiannya.

Bila dotkor mengesahkan Abang Sin telah kembali ke rahmatullah, dan jenazah diangkat dan diletak dalam keadaan yang sebaik-baiknya Abang Soh tiba-tiba mengajak beliau keluar rumah untuk strol di kawasan yang berhampiran. Katanya Abang Soh menceritakan rasa terkilannya kerana petang itu berlaku sedikit salah faham antara beliau dengan abang iparnya itu mengenai pelaksanaan kerja di kilang Dian. Kejadian itu berlaku di hadapan mata beliau.

Selepas kejadian itu Abang Sin segera memanggil beliau dan meminta beliau supaya menyampaikan perkara yang sebenarnya kepada Abang Soh. Tapi selepas kejadian itu Abang Soh tidak ada di pejabat tidaklah dapat beliau menyampaikanknya dengan segera.Walau bagaimanapun beliau memberi jaminan kepada abang Sin akan segera menyampaikan perkara tersebut bila mereka bertemu nanti. Dan malam itulah baru beliau sampaikan apa yang diminta oleh Abang Sin itu kepada Abang Soh.

Abang Soh nampaknya berpuas hati dengan keterangan beliau itu, dan bertanya perkara-perakara lain yang penah diceritakan oleh Abang Sin. Salah satu perkara yang pernah diberitahu oleh Abang Sin ialah kebimbangannya tentang seorang anak lelakinya yang pada masa itu masih belum bekerja. Selepas itu Abang Soh segera mengajak beliau kembali ke rumah Abang Sin.

Rumah Kena Roboh

Pada tahun 1970-an beliau berhijrah ke ibu negara Kuala Lumpur. Pada permulaannya beliau menumpang di rumah Pak Su Man [Abdul Rahman AlAhmadi, seorang penulis yang berjasa] dan keluarganya. Mereka tinggal di Jalan Belangkas, Kampung Pandan.

Tidk lama kemudian, isteri beliau, Asiah [ya Allah limpahilah rahmat ke atasnya] datang mengunjungi beliau dan untuk mencari sebuah rumah sewa. aMereka mengambil kesempatan bertemu dengan seorang kawan yang pernah bekerja di Syarikat Dian, Kota Bharu, Abdul Rahman Hasan yang tinggal di Kg. Bumiputra, Datok Keramat. Di mana beliau sekarang?

Dalam pertemuan itu sdra. Abdul Rahman mencadangkan supaya kami membina sebuah rumah setinggan di Kg. Bumiputra, kerana berhampiran rumahnya itu masih terdapat tanah kosong. Setelah berbincang baik dan buruknya mereka pun bersetuju membina sebuah rumah setinggan. Tapak yang dipilih ialah di tebing sungai dan berhampiran dengan rumah sdra.Abdul Rahman.

Seperti lumrahnya, rumah itu siap dibina dalam masa sehari sahaja, dan sebelah petang sudah boleh diduduki. Pagi besoknya mereka kedua pergi ke Chow Kit Road untuk membeli sedikit barang-barang keperluan, seperti dapur pinyak,lampu minyak, makanan-makanan dan sebagainya.

Tapi bila mereka balik rumah pada waktu tengah harinya, rumah yang baru dibina itu sudah tidak ada lagi. Rebah menyembah bumi. Ia telah dirobohkan oleh pihak Bandar Raya Kuala Lumpur yang beroperasi di kawasan tersebut pagi itu.

Bayangkanlah bagaimana perasaan mereka ketika melihat rumah itu telah berselerak di muka bumi? Nak cari wang membina rumah itupun bukanlah mudah. Tapi memang, dalam perkara ini, kalau sabut timbul, tapi kalau batu tenggelam.

Tapi mujurnya, sandara Abdul Rahman mencadangkan supaya sumah itu dibina semula dengan jalan menampal di sebelah rumahnya. Ia bukan sebuah rumah baru lagi, tapi rumahnya yang diperbesarkan. Alhamdulillah rumah itu selamat daripada tindakan Bandar Raya.

Mereka tidak lama tinggal di situ, kerana pihak Bandar Raya telah menawar kepada penduduk Kg. Bumiputra supaya pindah ke flet Keramat Jaya, Datok Keramat tidak jauh dari situ. Sewanya kalau tak salah RM84 sebulan. Kemduian pindah ke rumah sendiri di Wangsa Maju.

Setiap ke Kg.Datok Keramat beliau akan terkenangkan Kg.Bumiputera, dan Flet Keramat Jaya yang banyak menampung kisah suka dan sedih mereka. Rumah setinggan mereka dahulu terletak di tengah-tengah Jambatan Jelatik sekarang. Setiap kali pergi ke Kuala Lumpur mereka selalu terkenangkan kawan-kawan lama, khususnya di Flet Keramat Jaya, dan berharap untuk berjumpa mereka.

Sekian..


SENARAI KARYA-KARYA MOHD ZAIN SALEH
[Setakat yang boleh dikesan]
xxxxxxx

TAHUN 1962

-Adakah Tuan Seorang Yang Lembut Hati? [Rencana],
DIAN,Oktover 1962,
Oleh:Tiada Dinyatakan
Penerbit:Pustaka Dian,
Simpang Lido,
Kota Bharu, Kelantan.
xxxxxxxxxx

TAHUN 1966

-Penindasan Pertugis Di Anggola [Rencana]
SANTAJIWA, Bil 6 [Marc 1966]
Oleh:Razin M.S.
Penerbit: Percetakan Pustaka Dian,
Jalan Tengku Chik,
Kota Bharu, Kelantan.

-Chinta Bukan Mainan [Rencana]
Oleh:Sofia
IBID

-Siapakah Menguasai Lombong-Lombong Malaysia [Rencana]
Oleh:Zahrain.
IBID
xxxxxx

TAHUN 1968

-Ekonomi Kelapa Di Malaysia [Rencana]
DIAN, 20, 1968,
Oleh:Razin.M.s
Penerbit:Percetakan Pustaka Dian,
Jalan Tengku Chik,
Kota Bharu, Kelantan.
xxxxxxxxx

TAHUN 1971

-Mujibul Rahman Harimau Benggala [Rencana]
DIAN, 39, 1971
Oleh:A.R.Gunawan
Penerbit:Syarikat Dian Sdn. Bd.,
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

-Cara Bercermin Menggambarkan Peribadi Anda [Rencana]
Oleh:Penyiasat Muda
[IBID]

-Adakah Anda Dipermain-mainkan Oleh Nasib [Rencana]
Oleh:Tidak dinyatakan]
IBID
***
-Adakah Anda Sentiasa Segar? [Rencana]
Oleh:Tidak dinyatakan
DIAN:Bilangan 41 1971
Penerbit:Syarikat Dian Sdn. Bhd.,
Kota Bharu, Kelantan.

-Von Braun Ahli Sains Yang Perchayakan Tuhan [Rencana]
Oleh:A.R.Gunawan
IBID

-Ratu Malam [Cerpen Terjemahan]
Karya:Shikumr Joshi
Oleh:Tidak dinyatakan.
Penerbit:IBID
xxxx

-Peristiwa Di pinggir Daerah Ruhani
Oleh:A.R.Gunawan
DIAN:Bilangan 45,1971
Penerbit:Syarikat Dian Sdn.Bhd.,
Kota Bharu, Kelantan.

-Adakah Anda Sesuai Dengan Politik
Oleh:Tidak dinyatakan
IBID

-Pembunuhan-pembunuhan Terhadap Tokoh-tokoh Penting
Oleh:Razin M.S.
IBID

-Dialog Sastrawan Dan Penerbit
Oleh:Zuhairi
IBID

-Van Thieu Tidak Mempunyai Tapak Yg.Teguh di Vietnam
Oleh:Zaini

xxxxxxxxxx

TAHUN 1973

-Fakta Dan Figura [Rencana]
Tentang Belia Rusia
DIAN Bilangan 60 1973
Oleh:Tidak dinyatakan.
Penerbit:Sharikat Dian Sdn. Bhd.,
No 5315, Jalan Pasir Puteh, Lundang,
Kota Bharu, Kelantan.

-Adakah Anda Pandai Mengurus Diri Sendiri [Rencana],
Oleh:Tanpa dinyatakan.
IBID

TAHUN 1973

-Fakta Dan Figura
[Pemeluk Ugama-ugama Di Dunia]
Oleh:Tidak dinyatakan
DIAN Bilaagan 61, 1973
Penerbit:Sharikat Dian Sdn Bhd.
No 5315, Jalan Pasir Puteh, Lundang,
Kota Bharu

-Mengenal Ketoloan Anda
[Adakah Anda Boleh Diharap?
Penulis:Tidak dinyatakan.

IBID
-Jaring-jaring CIA Menjalan Di seluruh Dunia
Oleh:Razin M.s.
IBID
xxxxxxxxx

Tahun 1974

-Binatang-binatang Kecil Yg.Gagah Perkasa [Rencana]
DIAN Bilangan 67, 1974
Oleh:Razin M.S.
Penerbit:Syarikat DIAN Sdn.Bhd.,
No 5315-A, Jalan Pasir Puteh,
Kota Bharu, Kelantan.

-Fakta Dan Figura [Rencana]
Tentang Penduduk Dunia
Oleh:Tanpa dinyatakan.
IBID

-Senjata Podium [Rencana Terjemahan]
Karya: J.H.Bligh Jr.
Oleh:Tanpa dinyatakan.
IBID
xxxx

Tahun 1974

-Adakah Binatang Juga Bermimpi?[Rencana]
Oleh:Razin M.S
DIAN,Bilangan 70,Jun-Julai 1974
Penerbit:Sharikat Dian Sendirian Berhad,
No 3515-A,Jalan Pasir Puteh,
Kota Bharu, Kelantan.
xxxxxxxx

TAHUN 1976

-Guru-guru Juga Harus Punyai Disiplin Yang Baik
Oleh:Mohd Zain Saleh
Berita Harian, 29.11 1976
Penerbit:
xxxxxxxxx

TAHUN 1979

-Pembaziran Di mana-mana [Rencana]
Oleh:Muhamed Zain Saleh
Mingguan Malaysia
Penerit:Utusan Melayu

Problem-problem seks yang sering meruntuh rumahtangga
Mingguan Malaysia 9 September 2010
Penerbit:Utusan Melayu

-Kecantikan Wanita dari kacamata lelaki moden [rencana]
Oleh:Mohamed Zain Saleh
Mingguan Malaysia 11 November 1979
Penerbit:Utusan Melayu

-Buaya Darat Suka Memburu
Mingguan Malaysia 23 Disember 1970
Penerbit Utusan Melayu

TAHUN 1980

Bahaya Bila hubungan seks tak terkawal [Rencana]
Oleh:Muhammad Zain Saleh
Mingguan Malaysia, 9 November 1980
Penerbita:Utusan Melayu
xxxxxxxxxx
1985

Fokus Negeri Kelantan [Buku]
Oleh:Mohd Zain Saleh
Penerbit:Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan,
Pejabat SUK,
Kota Bharu, Kelantan.
xxxxxxxxx
TAHUN 1986

-ISLAM DI NEGERI KELANTAN DARULNAIM [BUKU],
Oleh:Mohd Zain Saleh
Penerbitan:Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan,
Pejabat SUK, Kota Bharu,
Kelantan.
xxxxxxxx

Tahun 1987

-RASHIA KEJELITAAN TRADISIONAL,[BUKU]
Oleh Mohd Zain Saleh
& Asiah Yaacob.
Penerbitan:Biro Kebajikan Perkumpulan Kelantan,
Wisma PPK, Jalan Mahmood,
15,200 Kota Bharu, Kelantan.

-MENYEDIAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA BAHAN BERTULIS UNTUK BUKU "MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA YANG KE-141
Di Istana Negeri Kota Bharu, Kelantan.
Pada 28 hingga 29hb.Julai,1987.

-THE KELANTAN ROYAL FAMILY [BUKU]
By Mohd Zain Saleh
Penerbit:Perbadanan Muzium Negeri Kelantan,
Jalan Hospital, 15000 Kota Bharu,
Kelantan.
xxxxxxxxxxxxxxx

Tahun 1988

-KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra [Rencana]
Oleh:Tanpa dinyatakan
Sinar Kelantan Mac 1988
Penerbitan:Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan,
Kota Bharu, Kelantan.

-DYMM Tg. Anis Bt. Tg.Abdul Hamid, Raja Perempuan Kelantan [Rencana]
Oleh:Tanpa dinyatakan
IBID.

-Salsilah Raja-raja Kelantan Darulnaim [Rencana]
Oleh:Tanpa dinyatakan
IBID

-DYMM Raja Perempuan Tubuh Tabung Tenaga Berdikari...... [Rencana]
Oleh:Tanpa dinyatakan.
IBID

-Kota Darulnaim Lambang Kebangaan Rakyat Kelantan [Rencana]
Oleh:Tanpa dinyatakan
IBID

-Industri Pelancongan Kian Meningkat [Rencana]
Oleh:Tanpa dinyatakan
IBID

Tahun 1988

-PERKEMBANGAN ISLAM Di NEGERI KELANTAN DARULNAIM [BUKU]
Oleh:Tanpa dinyatakan
Dalam Buku:"Upacara Perasmian Pembukaan Kompleks Balai Islam Oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan.....1 April 1988".
[Penulis Adalah Setiausaha Jawatankuasa Buku Cenderamata dan Cenderamata Majlis Tersebut]
Penerbitan:Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan,
Lundang, Kota Bharu, Kelantan.

-SELEPAS 10 TAHUN KELANTAN TERUS MELANGKAH MAJU [BUKU]
Oleh:Mohd Zain Saleh
Penerbitan:Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan,
SUK, Kompleks Kota Darunaim,
15503, Kota Bharu, Kelantan.
xxxxxxx

Tahun 1993

-Amanat Tuan Guru Menteri Besar Kepada Seluruh Kakitangan Kerajaan
Oleh:Tidak dinyatakan
FAJAR Isla, Keluaran 1993
Penerbitan Urusetia Penerangan Kerajaan Negri Kelantan,
SUK Kompleks Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu, Kelantan.

-Bagaimana Rasulullah Menghadapi Orang Kafir
Oleh:Tiada dinyatakan
IBID

-KDYMM Al-Sultan Ingatkan Rakyat Supaya Berhati-hati Dengan Golongan Pengacau
Oleh:Tiada dinyatakan
IBID

-HjLaksamana Cheng Ho Wira Sino Muslim Yang Agung
Penulis:Tidak dinyatakan
IBID

-Bersatu Di atas Akidah
Penulis:Tidak dinyatakan
IBID

-Akibat Meninggalkan Syariat Islam Banyka Maksiat Berlaku
Penulis:Tidak dinyatakan
IBID

-Jika Demikian...Maka Guurlah Syahadat Anda
Oleh:M.Zain
IBID
XXXXX

-Hargailah Anugerah Allah,Untuk Mencegah Mala Petaka [Rencana],
Oleh:Tidak dinyatakan
FAJAR Islam, Julai 1993.
Penerbitan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan,
Kompleks SUK Kota Bharu, Kelantan.

-Sejarah Awal Islam Di Negeri China [Rencana]
Oleh:Tanpa dinyatakan
IBID

-Tujuan Sukan Dalam Islam [Rencana]
Oleh:Tanpa dinyatakan
IBID

-Awasilah Dari Permainan Yang Sia-Sia [Rencana]
Oleh:Tanpa dinyatakan
IBID

-Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Sebagai Payung Agama [Rencana],
Oleh:Mohd Zain Saleh
IBID.

-Umat Islam Harus Mempunyai Wawasan Sendiri [Rencana],
Oleh:Mohd Zain Saleh
IBID

-DYMM Raja Perempuan Lambang Keagungan Wanita Kelantan [Rencana]
Oleh:Mohd Zain Saleh
IBID

-Biodata Ahli Neraka [Rencana]
Oleh:Tanpa dinyatakan
IBID

-"Kenapa Saya Peluk Islam", [Rencana Terjemahan]
[Dr. Ali Selman Benoist]
Oleh:Tanpa dinyatakan
IBID

-Serambi Mekah Di sana Sini [Rencana]
Oleh:Tanpa dinyatakan,
IBID

-Peranan Wartawan Dalam Pembangunan Ummah Menyambung Tugas Kenabian [Rencana]
Oleh:Tanpa dinyatakan
IBID

-Membebaskan Kelantan Dari Bencana Arak [Rencana].
Oleh:Tanpa dinyatakan]
IBID

-Harga Sebuah Nyawa Dalam Islam [Rencana Terjemahan]
[Dr.S.M.Dars]
Oleh:Tanpa dinyatakan
IBID
xxxxxxxx

TAHUN 1996

-Sihir Binasakan Diri Sendiri Bahagian 11 [Rencana],
Oleh:Mohd Zain Saleh
Watan, 23 Jun 1996
Penerbitan:

xxxxxxxx

TAHUN 2001

-AMALAN MEROSAK DIRI [BUKU]
Santapan Untuk Kesihatan Jasmani & Rohani
Oleh:j.Mohamed Zain Saleh
Penerbit: Usnie Sdn.Bhd.,
2G, Tkt. Bawah, Wisma Rampai, Jln 34/26,
Tmn. Sri Rampai, Setapak, 53300,
Kuala Lumpur.

2 comments:

M. Ibrahim August 9, 2011 at 4:16 PM  

rapat dgn adik abang zain, Din

mohd zaini March 27, 2012 at 4:50 PM  

Sayu membaca kisah hidup & pengalaman beliau...

moga2 tabah & kuat.

Supo ngan namo arwah ayoh ambo, mohd zin bin adam... kebetulan nama anak2nye ada dimasukkan namo ambo, zaini...

mungkin ada makna yg tersirat..

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP