Showing posts with label Global. Show all posts
Showing posts with label Global. Show all posts

AZTEC, PERSEMBAHKAN JANTUNG-JANTUNG MANUSIA KEPADA TUHAN

>> Wednesday, April 29, 2015



T


AZTEC, PERSEMBAHKAN  JANTUNG MANUSIA KEPADA TUHAN



Aztec ialah salah satu kaum asli Amerika yang menduduki kawasan tengah, iaitu perlembahan Mexico sekarang. Mengikut sejarahnya, kaum ini buat pertama kali ditemui pada tahun 1100, M. Mereka menggunakan bahasa yangi  dipanggil Nahuan.


Kaum Aztec adalah kaum yang kejam dan ganas yang gemar berperang dan membunuh manusia. Setiap tahun mereka membunuh ribuan manusia dengan tujuan untuk mengambil jantung-jantung  mereka untuk dipersembahkan kepada tuhan berhala sembahan mereka.



Ibu kota mereka dibina pada tahun 1324, dan terletak betul-betul di mana terletaknya Bandar Raya Mexico hari ini. Ibu Kota mereka dikenali dengan panggilan Tenochtitan. Ia dibina di atas kepulauan yang terletak di pinggir Tasik Texcoco. Pulau-pulau ini disambungkan ke tanah besar dengan membina jalan-jalan yang meninggi atau mendaki melintasi tasik.


Di tengah-tengah ibu kota Tenochtitan terdapat sebuah kawasan empat persegi yang luas di mana terdapat kuil-kuil mereka. Kuil-kuil ini dibina di atas bangunan piramid yang tinggi.


Ini menunjukkan mereka kaum yang berkepercayaan. Tapi mereka memeluk agama yang sesat yang bertuhankan selain dari Allah. Mereka menyembah berhala-berhala dan mempunyai banyak tuhan sembahan, antaranya tuhan ular dan tuhan mata hari.


Mereka suka membunh secara besar-besaran. Malah mengikut kepercayaan kaum Aztec, tuhan mata hari mereka  memerlukan jatung manusia untuk memboleh ia terus hidup.


Di manakah mereka mendapat jantung-jantung manusia itu untuk dipersembahkan kepada tuhan mereka?


Untuk tujuan tersebut sami-sami mereka membunuh ribuan manusia setiap tahun dan memberikan hati-hati mangsa kepada tuhan tersebut. Kebanyakan mangsa adalah terdiri dari musuh-musuh yang mereka tawan setelah tewas dalam peperangan.


Ketika membina piramid besar Tenochitian selama empat hari mereka mendakwa telah membunuh seramai 80,400 orang manusia untuk dipersembahkan jatungnya kepada tuhan berhala mereka?


Pada umumnya kaum Aztec adalah merupakah pahlawan-pahlawan yang buas dan ganas. Mereka sering memerangi suku-suku lain yang tinggal berdeaktan. Dalam peperangan itu biasanya mereka berjaya menumpaskan lawan-lawan mereka. Justeru dengan kemenangan itu mereka berjaya merampas tanah-tanah kepunyaan musuh-musuh mereka. Maka dengan itu membuat mereka menjadi amat berkuasa dan digeruni.


Kaum Aztec meneruskan kegiatan ganas mereka dengan memerangi dan merampas tanah-tanah mereka yang kalah dalam peperangan itu. Mereka bermaharajalea berabad-abad lamanya, sehinga sampai ke abad 15. Mereka menguasai sebahagian besar daripada wilayah yang dikenali dengan nama Mesoakerica di Mexico.


Pemimpin mereka yang paling terkenal ialah Montezuma 1 yang memerintah dari tahun 1440 hingga 1469.


Tapi bangsa yang ganas ini telah berjaya ditumpaskan oleh penjajah Sepanyol di bawah pimpinan Cortez pada awal abad 16.



SINGA ALLAH


Ketika mengutip bahan untuk rencana singkat ini saya teringat kepada Perang Uhud yang berlaku antara orang-orang Islam di bawah pimpinan Rasulullah SAW dengan kaum kafir. Dalam perang yang bersejarah ini beberapa orang pejuang Islam telah gugur syahid. Antara mereka yang syahid itu ialah bapa saudara Rasulullah SAW, iaitu Sayidina Hamzah bin Abdul Mutalib.


Orang-orang kafir telah mencaing-caing mayat pahlawan yang gugur itu. Malah isteri Abu Sufian, Hindun binti Utbah telah membelah dada Sayidina Hamzah dan mengambil jantung [hati] Sayidina Hamzah untuk memakannya. Dia memamah jantung [hati] dan cuba menelannya, tapi Allah tidak mengizinkannya, menyebabkan dia memuntahkannya keluar. Oleh itu Hindun dengan kemarahan yang meluap-luap lalu mengelar dan mencederakan jasad Sayidina Hamzah untuk melepaskan geramnya. Perut Sayidina Hamzah telah dirobek-robek. Tindakan yang hampir sama juga dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap pahlawan-pahlawan Islam yang gugur syahid dalam peperangan tersebut.


Pembunuhan itu berlaku, ketika orang-orang Islam berada dalam kelam-kabut, seorang tentera kafir Quraisy, bernama Wahsyi telah melancar lembingnya secara curi ke arah Sayidina Hamzah yang sedang bertarung menentang tentera-tentera musuh. Lembing itu tepat mengenai dada Sayidina  Hamzah yang menyebabkan dia gugur syahid.


Beliau digelar Singa Allah [Assadullah] dan menjadi Penghulu Para Syuhada, bapa sauadara yang menjadi kesayangan Rasulullah SAW.


Demikianlah setitik rampaian kisah manusia yang kejam dan ganas yang bertindak tanpa menggunakan kewarasan akal dan fikiran.



Kg.Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.




Read more...

Pengorbanan Wanita Untuk Mendapat Hak Mengundi

>> Friday, April 12, 2013



PENGORBANAN WANITA UNTUK MENDAPAT HAK MENGUNDI


Pilihanraya untuk negara kita Malaysia yang ke-13 telah ditetapkan. Hari penamaan calon pada 20 April, dan hari mengundinya pada 5 Mei, 2013. Setelah melalui begitu lama suspen dan keadaan tertanya-tanya, dan menunggu-nunggu, yang melahirkan berbagai-bagai teka teki, kecaman dan sanjungan, akhirnya lahirlah juga tarikh pilihanraya itu.



Di negara kita, semua orang yang berusia 21 tahun ke atas berhak mengundi mengikut undang-undang, baik lelaki atau perempuan, semuanya  berhak mengundi untuk memilih pemerintah negara yang baru untuk selama lima tahun yang akan datang.


Pada masa permulaan sejarah demokrasi dahulu, baik di Britain atau di Amerika Syarikat hak mengundi hanya khusus untuk kaum lelaki sahaja, sementara kaum wanitanya diketepikan daripada mengambil bahagian dalam pengundian untuk memilih pemerintah baru.


Justeru kaum wanita pada masa itu terpaksa berjuang berhabis-habisan untuk mendapat hak mereka yang dinafikan itu. Mereka menubuhkan gerakan khusus untuk memperolehi kuasa mengundi yang hanya dimonopoli oleh kaum lelaki sahaja. Di England gerakan kaum wanita untuk mendapat hak mengundi ini dinamakan  Suffragette yang bermaksud hak memilih.


Salah seorang daripada anggota gerakan itu yang terkenal sampai ke hari ini, bukan sahaja di England, kerana sikap militannya, tapi juga di seluruh dunia, ialah Emily Wilding Davison yang berjuang dengan gigih untuk mendapat hak mengundi dan hak berpolitik kepada kaum wanita.


Dia merelakan dirinya terkorban dalam perjuangannya itu. Dia telah membunuh dirinya dalam satu temasya perlumbaan kuda di Epsomm England. Pada Hari Perlumbaan Derby pada tahun 1913, beliau telah berlari keluar dari kawasan penuntun dan masuk ke laluan perlumbaan dan mencampakkan dirinya di hadapan kuda kepunyaan King Geoge V yang sedang berlari di garis hadapan dalam  perlumbaan itu. Akibatnya dia telah tercedera parah.


Orang ramai berkejaran mendapatkannya, tapi tidak apa-apa yang dapat  mereka lakukan. Bahagian kepalanya trecedra parah. Beliau dikejar ke hospital dan dan kepalanya dibedah. Tapi nyawanya tidak dapat di selamatkan, dan dia menghembuskan nafasnya yang akhir.


Tindakan Wilding yang nekad itu menarik perhatian seluruh rakyat Britain untuk menyedari perjuangan Surregatte untuk mendapat hak mengundi dan berpolitik kepada kaum wanita. Peristiwa itu memberi erti kaum wanita sanggup mati dalam memperjuangkan hak-hak mereka untuk berpolitik dan hak mengundi.


Beliau adalah seorang terpelajar, lulusan universiti, tapi sukakan kekerasaan, malah dicap sebagai seorang militan. Kerana kegiatan militannya itu beliau pernah ditangkap dan dipenjarakan sebanyak sembilan kali. Beliau suka menganggu mesyuarat, membaling batu dan membakar bangunan. Dalam penjara beliau sering mogok lapar dan enggan diberi makan dengan paksaan.


Ketika berada dalam tahanan di penjara Holloway, beliau dan beberapa rakan seperjunagnnaya pernah mencederakan diri sendiri dengan terjun dari tangga besi setinggi sepuluh meter. Ini menyebabkan kepala dan saraf tunjangnya tercedera yang menimpakan gangguan sepajang hayat kepadamua.


Beliau juga merengkok dalam tahanan Penjara Strangeway pada tahun 1909 kerana kesalahan membaling batu ke arah kereta kuda yang dinaiki oleh Chanslor David Lloyd George. Di penjara itu dia enggan makan dan tidak mengizinkan dia diberi makan dengan paksa. 


Pada suatu hari, beliau mengurungkan dirinya dalam bilik di penjara tersebut, dan ini mencetuskan kemarahan seorang pengawal penjara. Pengawal itu lalu menyumbat wayar getah ke dalam bilik tahanan itu dan memasukan air ke dalam biliknya menerusi wayar tersebut.Tapi nasib baik pintu bilik penjara pecah itu dan dia terselamat. Berikutnya dia telah menyaman pengawal tersebut mendapat bayaran sebanyak 40 syiling.dan 


 
Namun mengikut  ahli sejarah, tindakan militan Wilding itu tidak menimpakan impak yang besar kepada kerajaan British untuk memberi hak berpolitik dan mengundi kepada kaum wanita. Kekerasaan tidak berguna.


Kata mereka, yang membantu mereka untuk mendapat hak mengundi dan berpolitik di Britain ialah kerana kesediaan kaum wanita  menolong dan membantu dengan sepenuh hati kerajaan dan tentera merek dalam Perang Dunia Pertama.


Bila Perang Dunia Pertama tamat pada tahun 1918, Parlimen British telah mengundi membenarkan kaum wanita mengundi seperti kaum lelaki juga. Pada mula-mulanya hanya untuk kaum wanita yang berusia 30 tahun ke atas sahaja, tapi pada tahun 1928 hak mengundi itu telah diturunkan kepada wanita yang berusia 21 tahun.


Demikianlah sedikit latar belakang perjuangan kaum wanita untuk mendapat hak berpolitik dan mengundi dalam musim pilihanraya yang begitu penting untuk menentukan parti yang akan menerajui kerajaan negara mereka.

 



Read more...

BERISTERIKAN ORANG KASI, YG DIPOTONG KEMALUANNYA

>> Thursday, February 28, 2013



BERISTERIKAN ORANG KASI


Biasanya mengkasi atau mengkembiri kemaluan hanya dilakukan ke atas masyarakat haiwan-haiwan yang tidak berotak, seperti kambing, biri-biri, dan lembu. Namun begitu ini bukan ertinya  manusia kasi tidak wujud di dunia ini.
                                          
Malah manusia kasi terdapat di seluruh dunia sejak ribuan tahun dulu lagi. Ia terdapat di Timur dan di Barat.

Beberapa Faktor. Pada umumnya ada beberapa sebab manusia dikasi, iaitu secara paksaan atau cara kehendak atau kemahuan sendiri.

Dipaksa: Cara paksaan ini biasanya dilakukan  oleh pihak berkuasa, atau para pemerintah seperti raja-raja dengan tujuan-tujuan yang tertentu, seperti untuk dijadikan pekerja di istana atau di tempat-tempat khusus  untuk menjamin keselamatan mereka, terutama dari gangguan atau ancaman seksual.


Di istana: Seperti di negara China pada masa yang lalu, manusia kasi itu dijadikan pemandi raja, tukang gunting rambut, tukang urut dan sebagainya.

Hukuman: Manusia juga dikasi sebagai hukuman kerana melakukan janayah-jenayah seksual, seperti merogol. Biasanya hukuman ini diputuskan oleh mahkamah.

Ada satu kumpulan suku yang kalah perang di di China pada masa dahulu semuanya kaum lelakinya telah dikasi dan dijadikan hamba abdi oleh mereka yang menang.

Penyakit: Dan sejak akhir-akhir ini pula, manusia terpaksa dikasi kerana mengidap penyakit-penyakit tertentu yang dipercayai dapat mengancam nyawanya jika anggota sulit itu tidak dikasi atau kemaluannya tidak dipotong buang. Mengikut laporan perkara seperti ini banyak berlaku di Amerika Syarikat sejak akhir-akhir ini.

Gereja: Pada masa dahulu, ada gereja-gereja mengharamkan kaum wanita menyanyi di gereja, kerana itu mereka menggunakan orang-orang kasi sebagai penyanyinya, yang dipanggil kastrati.

Kastrati: Seorang kastrati penyanyi gereja yang terkenal di seluruh dunia, ialah Gioovani Valluti, bangsa Italy yang meninggal dunia pada tahun 1861.

Sukarela: Di samping itu ada segolongan lelaki di India dan di Pakistan suka rela mengkasikan diri mereka. Mereka tinggal di dalam komuniti tertentu di kedua-dua negara itu merelakan diri mereka dikasi atau dikembirikan kemaluan mereka dengan tujuan-tujuan yang tertentu pula.

Manusia-manusia kasi di India dan Pakistan berbeza  dengan manusia-manusia kasi di negara-negara lain. Di India dan  Pakistan kemaluan mereka dipotong oleh “doktor” mereka sendiri secara tradisi, kemudian mengubatinya hingga sembuh.

Sebagai Isteri: Manusia kasi ini hidup berkeluarga seperti biasa sebagai seorang “isteri”, bersama-sama dengan “suami” mereka yang telah menerima mereka sebagai “isteri” dalam satu upacara perkahwinan sejenis yang rahsia.

Walau bagaimana pun di kedua-dua buah negara itu hubungan sejenis atau liwat atau homosekual memang diharamkan.

Pakaian Dan Perhiasan: Di Pakistan orang-orang kasi diharamkan memakai pakaian wanita, tapi di India mereka diberi kebebasan memilih mana-mana pakaian yang mereka sukai. Justeru itu orang-orang kasi di India gemar sekali berambut ekor kuda dan memakai jean, tapi orang-orang kasi yang telah berusia pula suka memakai sari dan skirt atau pun memakai pakaian-pakaian tradisi.

Tiap-tiap orang kasi itu memakai perhiasan seperti gelang tangan, subang, rantai dan sebagainya, mengikuti pilihan mereka masing-masing.

Potong Kemaluan: Sekumpulan orang-orang kasi di kota tua Delhi pernah diwawancara, termasuk  dua orang kasi bernama   Sayama [masa itu berusia 28 tahun] dan Rajakumari [masa itu brusia 32 tahun]. Mereka memberitahu bahawa pada waktu itu kerajaan India dan Pakistan tidak dapat membuat undang-undang  untuk mengharamkan pengasian di kalangan manusia.

Mereka menjelaskan, bahawa kebanyakan orang-orang kasi memotong kemaluan mereka, tapi tidak ingin jadi perempuan secara pembedahan.

Rasa Bangga: Kedua-duanya mendakwa, bahawa mereka merasa bangga sebagai orang kasi. Mereka menegaskan sekiranya orang-orang lelaki yang “menegnali” mereka, biasanya lelaki itu akan meninggalkan isteri mereka dan sebaliknya akan menerima mereka sebagai “isteri” dan akan hidup berumahtangga seperti orang lelaki dan perempuan biasa.

Mereka mendakwa, tidak ada wanita yang dapat memberikan kesenangan di rumah tangga selain daripada orang-orang kasi seperti mereka. Mereka juga mendakwa, selain daripada memberi kepuasaan nafsu jantina, mereka juga menyediakan makanan-makanan kepada “suami-suami” mereka dan melayan mereka ketika mandi, menyiap rumahtangga dan melakukan kerja-kerja rumah tangga lebih teliti daripada suri-suri rumah tangga wanta.

Kerap kali berlaku jenayah jantina seperti pembunuhan kerana perebutan yang berpunca daripada orang-orang kasi.

Orang-orang kasi ini boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama mereka yang tidak sempurna anggota-anggota jantinanya sejak lahir, seperti anggota jantina mereka amat kecil, hanya sebesar biji buah badam dan tidak mempunayi buah kemaluan. Kedua mereka  yang dikasi menerusi pembedahan memotong alat jantinanya.

Pembedahan: Pembedahan tradisi itu dilakukan tanpa pembiusan. Kemaluan mereka dipotong begitu sahaja dengan menggunankan pisau, dan lukanya diubati dengan air panas dan sejenis minyak yang khusus untuk tujuan itu. Luka itu sembuh dalam masa satu atau dua bulan.

Untuk mencegah tertutupnya lubang kencing selepas dipotong itu, sebatang perak atau tembaga yang kecil dimasukkan ke dalam lubang kencing itu.

Di samping itu bahagian-bahagian anggota berhampiran dengan anggota kemaluan itu dibentuk semula supaya kelihatan seperti kemaluan wanita.

Jamuan Besar: Satu jamuan besar diadakan untuk upacara itu tapi secara terbatas dan hanya dihadiri oleh orang-orang kasi sahaja. Ia dijalankan di tempat yang jauh, terpencil dan sulit.

Sebahagian besar daripada orang-orang kasi itu bekerja sebagai pelacur lelaki, penyanyi dan penari. Orang kasi gologan ini ada mempunyai keinginan jantina, dan kadang-kadang memuaskan nafsu seks mereka sesama sendiri.

Segolongan lagi pula hidup berkeluarga seperti biasa sebagai orang lelaki, dan kadang-kadang mereka boleh mendapat keturuan.

Sumber Pendapatan: Walau bagaimana pun liwat atau homoseks adalah menjadi sumber  pendapatan mereka yang utama. Mereka meliwatkan diri, seperti wanita-wanita melacurkan diri mereka.

Kelahiran seorang bayi dalam sesebuah keluarga biasanya memberi sumber pendapatan kepada orang-orang kasi itu. Mereka selalu diberitahu jika ada ibu-ibu mengandung dan akan melahirkan anak di tempat mereka.

Bila seseorang anak lelaki dilahirkan, orang-orang kasi itu akan mendatangi keluarga tersebut dengan bermain muzik dan mengucapkan tahniah kepada ibu bapa kanak-kanak itu. Kemudian mereka akan meminta habuan.

Mereka juga menolong mengatur acara-acara perkahwinan atau acara-acara lain untuk mendapat upah.

Problam Politik: Masyarakat orang kasi ini pernah mencetuskan masalah politik di India, iaitu di musim pilihan raya, kerana mereka enggan digolongkan sebagai penggundi lelaki. Akibatnya pihak berkuasa polis terpaksa campur tangan, barulah mereka bersedia menjadi penggundi lelaki.  Peristiwa ini pernah berlaku di Lucknow dalam negeri Utter Paradesh, bila ramai orang-orang kasi keluar mengundi dan  menyertai penggundi wanita.

Tidaklah dapat dipastikan sekarang, adakah  amalan-amalan mengkasikan diri seperti itu masih diamalkan lagi di India atau Pakistan  atau di mana-mana tempat di dunia ini, dan adakah khidmat bakti kaum kasi ini masih diperlukan, baik dari segi seksual atau tenaga fizikalnya seperti masa-masa yang lalu itu? Walau bagaimanapun ianya tetap merupakan sebahagian daripada manifestasi kesongsangan nafsu manusia yang rakus untuk meraih kepuasan yang tidak berhujung yang akan mengheret dan melempar mereka ke arah kehancuran.


Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP