BERISTERIKAN ORANG KASI, YG DIPOTONG KEMALUANNYA

>> Thursday, February 28, 2013



BERISTERIKAN ORANG KASI


Biasanya mengkasi atau mengkembiri kemaluan hanya dilakukan ke atas masyarakat haiwan-haiwan yang tidak berotak, seperti kambing, biri-biri, dan lembu. Namun begitu ini bukan ertinya  manusia kasi tidak wujud di dunia ini.
                                          
Malah manusia kasi terdapat di seluruh dunia sejak ribuan tahun dulu lagi. Ia terdapat di Timur dan di Barat.

Beberapa Faktor. Pada umumnya ada beberapa sebab manusia dikasi, iaitu secara paksaan atau cara kehendak atau kemahuan sendiri.

Dipaksa: Cara paksaan ini biasanya dilakukan  oleh pihak berkuasa, atau para pemerintah seperti raja-raja dengan tujuan-tujuan yang tertentu, seperti untuk dijadikan pekerja di istana atau di tempat-tempat khusus  untuk menjamin keselamatan mereka, terutama dari gangguan atau ancaman seksual.


Di istana: Seperti di negara China pada masa yang lalu, manusia kasi itu dijadikan pemandi raja, tukang gunting rambut, tukang urut dan sebagainya.

Hukuman: Manusia juga dikasi sebagai hukuman kerana melakukan janayah-jenayah seksual, seperti merogol. Biasanya hukuman ini diputuskan oleh mahkamah.

Ada satu kumpulan suku yang kalah perang di di China pada masa dahulu semuanya kaum lelakinya telah dikasi dan dijadikan hamba abdi oleh mereka yang menang.

Penyakit: Dan sejak akhir-akhir ini pula, manusia terpaksa dikasi kerana mengidap penyakit-penyakit tertentu yang dipercayai dapat mengancam nyawanya jika anggota sulit itu tidak dikasi atau kemaluannya tidak dipotong buang. Mengikut laporan perkara seperti ini banyak berlaku di Amerika Syarikat sejak akhir-akhir ini.

Gereja: Pada masa dahulu, ada gereja-gereja mengharamkan kaum wanita menyanyi di gereja, kerana itu mereka menggunakan orang-orang kasi sebagai penyanyinya, yang dipanggil kastrati.

Kastrati: Seorang kastrati penyanyi gereja yang terkenal di seluruh dunia, ialah Gioovani Valluti, bangsa Italy yang meninggal dunia pada tahun 1861.

Sukarela: Di samping itu ada segolongan lelaki di India dan di Pakistan suka rela mengkasikan diri mereka. Mereka tinggal di dalam komuniti tertentu di kedua-dua negara itu merelakan diri mereka dikasi atau dikembirikan kemaluan mereka dengan tujuan-tujuan yang tertentu pula.

Manusia-manusia kasi di India dan Pakistan berbeza  dengan manusia-manusia kasi di negara-negara lain. Di India dan  Pakistan kemaluan mereka dipotong oleh “doktor” mereka sendiri secara tradisi, kemudian mengubatinya hingga sembuh.

Sebagai Isteri: Manusia kasi ini hidup berkeluarga seperti biasa sebagai seorang “isteri”, bersama-sama dengan “suami” mereka yang telah menerima mereka sebagai “isteri” dalam satu upacara perkahwinan sejenis yang rahsia.

Walau bagaimana pun di kedua-dua buah negara itu hubungan sejenis atau liwat atau homosekual memang diharamkan.

Pakaian Dan Perhiasan: Di Pakistan orang-orang kasi diharamkan memakai pakaian wanita, tapi di India mereka diberi kebebasan memilih mana-mana pakaian yang mereka sukai. Justeru itu orang-orang kasi di India gemar sekali berambut ekor kuda dan memakai jean, tapi orang-orang kasi yang telah berusia pula suka memakai sari dan skirt atau pun memakai pakaian-pakaian tradisi.

Tiap-tiap orang kasi itu memakai perhiasan seperti gelang tangan, subang, rantai dan sebagainya, mengikuti pilihan mereka masing-masing.

Potong Kemaluan: Sekumpulan orang-orang kasi di kota tua Delhi pernah diwawancara, termasuk  dua orang kasi bernama   Sayama [masa itu berusia 28 tahun] dan Rajakumari [masa itu brusia 32 tahun]. Mereka memberitahu bahawa pada waktu itu kerajaan India dan Pakistan tidak dapat membuat undang-undang  untuk mengharamkan pengasian di kalangan manusia.

Mereka menjelaskan, bahawa kebanyakan orang-orang kasi memotong kemaluan mereka, tapi tidak ingin jadi perempuan secara pembedahan.

Rasa Bangga: Kedua-duanya mendakwa, bahawa mereka merasa bangga sebagai orang kasi. Mereka menegaskan sekiranya orang-orang lelaki yang “menegnali” mereka, biasanya lelaki itu akan meninggalkan isteri mereka dan sebaliknya akan menerima mereka sebagai “isteri” dan akan hidup berumahtangga seperti orang lelaki dan perempuan biasa.

Mereka mendakwa, tidak ada wanita yang dapat memberikan kesenangan di rumah tangga selain daripada orang-orang kasi seperti mereka. Mereka juga mendakwa, selain daripada memberi kepuasaan nafsu jantina, mereka juga menyediakan makanan-makanan kepada “suami-suami” mereka dan melayan mereka ketika mandi, menyiap rumahtangga dan melakukan kerja-kerja rumah tangga lebih teliti daripada suri-suri rumah tangga wanta.

Kerap kali berlaku jenayah jantina seperti pembunuhan kerana perebutan yang berpunca daripada orang-orang kasi.

Orang-orang kasi ini boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama mereka yang tidak sempurna anggota-anggota jantinanya sejak lahir, seperti anggota jantina mereka amat kecil, hanya sebesar biji buah badam dan tidak mempunayi buah kemaluan. Kedua mereka  yang dikasi menerusi pembedahan memotong alat jantinanya.

Pembedahan: Pembedahan tradisi itu dilakukan tanpa pembiusan. Kemaluan mereka dipotong begitu sahaja dengan menggunankan pisau, dan lukanya diubati dengan air panas dan sejenis minyak yang khusus untuk tujuan itu. Luka itu sembuh dalam masa satu atau dua bulan.

Untuk mencegah tertutupnya lubang kencing selepas dipotong itu, sebatang perak atau tembaga yang kecil dimasukkan ke dalam lubang kencing itu.

Di samping itu bahagian-bahagian anggota berhampiran dengan anggota kemaluan itu dibentuk semula supaya kelihatan seperti kemaluan wanita.

Jamuan Besar: Satu jamuan besar diadakan untuk upacara itu tapi secara terbatas dan hanya dihadiri oleh orang-orang kasi sahaja. Ia dijalankan di tempat yang jauh, terpencil dan sulit.

Sebahagian besar daripada orang-orang kasi itu bekerja sebagai pelacur lelaki, penyanyi dan penari. Orang kasi gologan ini ada mempunyai keinginan jantina, dan kadang-kadang memuaskan nafsu seks mereka sesama sendiri.

Segolongan lagi pula hidup berkeluarga seperti biasa sebagai orang lelaki, dan kadang-kadang mereka boleh mendapat keturuan.

Sumber Pendapatan: Walau bagaimana pun liwat atau homoseks adalah menjadi sumber  pendapatan mereka yang utama. Mereka meliwatkan diri, seperti wanita-wanita melacurkan diri mereka.

Kelahiran seorang bayi dalam sesebuah keluarga biasanya memberi sumber pendapatan kepada orang-orang kasi itu. Mereka selalu diberitahu jika ada ibu-ibu mengandung dan akan melahirkan anak di tempat mereka.

Bila seseorang anak lelaki dilahirkan, orang-orang kasi itu akan mendatangi keluarga tersebut dengan bermain muzik dan mengucapkan tahniah kepada ibu bapa kanak-kanak itu. Kemudian mereka akan meminta habuan.

Mereka juga menolong mengatur acara-acara perkahwinan atau acara-acara lain untuk mendapat upah.

Problam Politik: Masyarakat orang kasi ini pernah mencetuskan masalah politik di India, iaitu di musim pilihan raya, kerana mereka enggan digolongkan sebagai penggundi lelaki. Akibatnya pihak berkuasa polis terpaksa campur tangan, barulah mereka bersedia menjadi penggundi lelaki.  Peristiwa ini pernah berlaku di Lucknow dalam negeri Utter Paradesh, bila ramai orang-orang kasi keluar mengundi dan  menyertai penggundi wanita.

Tidaklah dapat dipastikan sekarang, adakah  amalan-amalan mengkasikan diri seperti itu masih diamalkan lagi di India atau Pakistan  atau di mana-mana tempat di dunia ini, dan adakah khidmat bakti kaum kasi ini masih diperlukan, baik dari segi seksual atau tenaga fizikalnya seperti masa-masa yang lalu itu? Walau bagaimanapun ianya tetap merupakan sebahagian daripada manifestasi kesongsangan nafsu manusia yang rakus untuk meraih kepuasan yang tidak berhujung yang akan mengheret dan melempar mereka ke arah kehancuran.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP