Menyamar Untuk Hidup
>> Sunday, February 10, 2013
Kita sering mendengar berbagai-bagai penyamaran yang dilakukan oleh manusia
dengan berbagai-bagai tujuan. Ada menyamar dengan tujuan baik, tapi
kebanyakannya bertujuan jahat.
Tujuan-tujuan baik ialah bila pihak berkuasa menyamar menjadi orang awam
dan sebagainya untuk mengorek rahsia kejahatan yang berleluasa. Sementara
penyamaran jahat yang sering berlaku ialah penyamaran yang dilakukan oleh
manusia dengan tujuan untuk menipu atau memperdayakan orang, antaranya penjahat
menyamar menjadi pihak berkuasa, seperti menyamar jadi polis atau kastam dan
sebagainya.
Kita biasa mendengar para penjahat menyamar sebagai anggota-anggot polis
untuk menipu dan merompak orang ramai yang tidak berdosa. Penjahat-penjahat itu
menampilkan diri mereka dengan pakaian seragam, dan alat-alat keselamatan,
seperti gari dan senjata api, yang mungkin tulen dan mungkin juga palsu untuk
mengeliru mangsa yang menjadi sasaran.
Sebenarnya penyamaran seperti ini bukan sahaja berlaku di kalangan umat manusia,
tapi juga di kalangan makhluk hidup yang lain, iaitu haiwan-haiwan yang tidak
berakal fikiran seperti manusia.
Alam Haiwan
Dunia haiwan itu sendiri amat luas dan kompliketed. Dalam dunia raya ini
mungkin terdapat lebih daripada satu juta jenis haiwan yang terdiri daripada berbagai-bagai
jenis yang berbeza-beza antara satu sama lain. kebanyakannya pula setiap jenis
haiwan itu mempunyai jumlah yang banyak, ribuan juta ekor. Justeru tidaklah
begitu mengkagetkan kalau kita mengetahui bahawa di kalangan haiwan itu wujud
jurang persengketaan yang amat luas dalam usaha mereka untuk meneruskan dunia
hidup masing-masing.
Sistem Pertahanan:Kalau kita perhatikan, akan ternyata
bahawa dalam persengketaan yang hebat untuk hidup ini telah melorongkan kelahiran berbagai-bagai
jenis sistem serangan dan pertahanan diri, sebagaimana terdapat di kalangan
masyarakat manusia juga, malah lebih canggih dari itu lagi.
Antara sistem-sistem pertahan yang lumrah digunakan ialah kepantasan
bergerak, mempunyai kulit yang keras, yang boleh dianggap sebagai baju besi kepada
haiwan, badan yang berwarna-warni dan mempunyai bau-bau yang busuk seperti
kesing.
Sistem Menyamar: Namun begitu, sistem pertahanan yang paling unik dan menarik, dalam usaha untuk mempertahankan diri atau untuk melancarkan
serangan ialah kemampuan serangga-serangga untuk menyamar atau meniru.
Antara teknik-teknik samaran yang sering dilakukan oleh haiwan-haiwan ialah
menyerupakan dirinya dengan alam sekitarnya. Dengan itu ia tidak kelihatan pada
pengelihatan musuh-musuhnya yang sedia ada yang sentiasa bersiap siaga untuk
menyerang dan memangsakannya.
Contoh yang paling terang dapat dilihat dalam hal penyamaran ialah terdapat
pada serangga-serangga. Kupu-kupu, walaupun ia mempunyai warna sayap di sebelah
atasnya berwarna-warni, tapi bila ia berhenti di atas pokok, warna sayapnya itu
segera bertukar menyerupai warna daun-daun yang dihinggapinya itu.
Saya sering melihat cicak yang mempunyai berbagai-bagai warna menyerupai
warna-warna
sekelilingnya. Ada cicak warna putih, kerana dinding-dinding rumah tempat mereka tinggal berwarna putih. Ada cicak berwarna hitam kerana tempat tinggalnya dalam sampah sarap yang mengandungi abu-abu sisa bakaran yang hitam. Ada cicak yang warna kulitnya serupa dengan warna batang pokok di mana dia hidup. Demikianlah seterusnya.
sekelilingnya. Ada cicak warna putih, kerana dinding-dinding rumah tempat mereka tinggal berwarna putih. Ada cicak berwarna hitam kerana tempat tinggalnya dalam sampah sarap yang mengandungi abu-abu sisa bakaran yang hitam. Ada cicak yang warna kulitnya serupa dengan warna batang pokok di mana dia hidup. Demikianlah seterusnya.
Di samping itu, contoh-contoh yang paling ketara juga boleh dilihat pada
serangga-serangga yang bersengat dan serangga-serangga daun.
Beberapa jenis belalang pokok hampir menyerupai duri, bila ia hinggap di atas ranting-ranting pokok yang tertentu, dan berbagai-bagai jenis ulat bulu juga menyerupai duri-duri pokok yang tertentu. Sesetengah anduk-anduk [seahorse] sungguh cekap menyamar sehingga tidak kelihatan langsung bila berada berdekatan dengan rumpai laut.
Namun begitu, tidaklah benar andainya anda berfikir, bahawa tujuan
haiwan-haiwan itu meniru atau menyerupai alam sekitarnya dengan tujuan untuk
menyatukan dirinya dengan alam.
Menyerupai Haiwan Lain: Selain daripada menyerupai alam sekitar,
haiwan-haiwan itu juga menyerupai haiwan-haiwan yang lainnya, khususnya
mempunyai warna yang sama demi menjaga keselamatan diri masing-masing dari
ancaman seteru-madu yang sentiasa menunggu peluang untuk bertindak ke atas
mereka.
Antara berbagai-bagai jenis serangga itu, bukanlah satu perkara yang tidak
masuk akal kalau beberapa jenis daripadanya menyerupai antara satu sama lain.
Jika sejenis daripada serngga itu
mendapat perlindungan daripada bau-baunya yang busuk, atau kerana
bersengat ataupun kerana kerana-warninya, maka serangga yang mernyerupainya
juga, akan memperolehi faedah perlindungan yang sama, daripada bahaya yang
serupa tanpa memiliki sendiri segala senjata perlindungan tersebut.
Keserupaan itu akan terus berlaku dari masa ke masa, malah dengan kadar
yang kian meningkat baik dari masa ke masa, dari satu generasi ke satu generasi seranga-serangga itu.
Kupu-kupu Hitam: Dalam tahun 1861, naturalis H.W.Bates, dalam kembaraannya di Amazon telah
mendapati bahawa di sana banyak terdapat kupu-kupu berwarna hitam dan ungu,
walaupun di situ juga banyak terdapat
serangga-serangga dan haiwan-haiwan lain yang memakan kupu-kupu. Menurut
beliau, kupu-kupu itu terlindung dari bahaya kerana mempunyai rasa yang tidak
enak dimakan.
Apa yang menarik perhatian beliau ialah, di samping kupu-kupu tersebut
terdapat juga kupu-kupu yang berlainan jenis tapi kelihatan serupa dengan
kupu-kupu yang mempunyai rasa yang tidak enak dimakan itu. Bates sedar bahawa keserupaan itulah yang telah
menyelamatkan kupu-kupu yang enak dimakan itu daripada menjadi mangsa
Bersengat: Musuh-musuh yang mencari mangsa untuk mengisi perut yang kelaparan itu
akan segera menyedari bahawa
serangga-serangga yang tertentu, atau serangga-serangga yang mempunyai
bentuk warna yang tertentu itu, ada mempunyai sengat dan daging yang tidak enak
dimakan. Justeru itu mereka tidak mengendahkannya, walaupun peluang-peluang
untuk menyerangnya memang terdedah luas.
Justeru itu, serangga-serangga lemah yang menyamar menyerupai serangga-serangga
lain itu pun turut juga terselamat. Walaupun satu peratus sahaja daripada serangga-serangga
itu terselamat, tapi jumlah yang sedikit itu amat penting ertinya kepada
mereka.
Kedua-dua jenis serangga itu tinggal dikawasan yang sama dan bercampur gaul
dengan bebas. Mereka juga mempunyai gaya yang sama.
Labah-labah: Umpamanya kebanyakan labah-labah yang menyamar diri seperti semut,
mempunyai tanda-tanda hitam di rusuk kiri dan kanannya yang menyebabkan bahagian
tengah badannya kelihatan seperti ramping,
dengan kedua-dua belah kaki hadapannya
tertonjol ke hadapan dengan keras dan kelihatan seperti sesunggut semut.
Walaupun begitu, semuanya tidak berfaedah, kiranya labah-labah itu tidak
mempunyai tingkah laku yang wajar dan serupa dengan semut-semut yang ditirunya
itu, kerana itu mereka bergerak ke hadapan dan undur ke belakang bercampur-gaul
dengan semut-semut itu dengan mesra antara satu sama lain.
Ini boleh mengelirukan ahli-ahli kaji serangga yang terlatih sekalipun. Pernah mereka menangkap labah-labah itu kerana menyangkanya semut.
Banyak Jumlahnya: Dalam hal ini, untuk berkesan amat penting sekali kiranya
serangga-serangga yang disamar itu lebih
banyak jumlahnya daripada
serangga-serangga yang menyamar. Jikalau tidak, musuh-musuhnya akan menyangka
bahwa bentuk warna yang dimilikinya itu
mempunyai pertalian dengan makanan yang enak, maka dengan itu kedua-dua jenis
serangga itupun menjadi mangsa dan mungkin akan pupus.
Iklim Panas: Namun begitu, banyak pula terdapat serangga-serangga di kawasan iklim
panas mempunyai keserupaan antara kedua-dua jenis serangga yang disamar dan
yang menyamar itu, dan kedua-duanya mempunyai rasa yang sama, iaitu tidak enak
untuk dimakan. Mungkin terdapat satu atau lebih jenis-jenis serangga yang
menyerurpai antara satu sama lain seperti itu.
Inipun ada gunanya. Katakanlah seekor burung memerlukan 150 kali percubaan
menangkap sebelum menyedari serangga-serngga tertentu itu mempuyai sengat.
Andainya kedua-dua jenis serangga itu mempunyai rasa yang tidak enak dimakan
tanpa warna yang serupa, maka bererti 300 ekor serangga tersebut harus menemui
ajalnya terlebih dahulu sebelum burung itu menyedari bahawa kedua-dua jenis serangga
itu mesti dijauhi.
Tapi sebaliknya, kalau kedua-dua jenis serangga yang tidak enak dimakan itu
mempunyai bentuk-bentuk warna yang serupa, maka bererti hanya 75 ekor sahaja
daripada setiap jenis itu yang akan terkorban.
Kian banyak serangga itu mempunyai
bentuk-bentuk warna yang serupa, kian baik pula kepada mereka.
Menyamar Untuk Mengelirukan Mangsa: Di samping menyamar untuk mengelakkan diri
daripada terkena serang seperti disebut di atas, ada pula sesetengah haiwan
menyamar diri menyerupai mangsanya untuk memudahkannya menyerang dan menangkap
mangsa-mangsanya itu.
Contoh yang paling ketara dalam hal ini terdapat pada serangga kepinding
yang digelarkan Kepinding Pembunuh, satu gelaran yang memang wajar. Kepinding
ini adalah sejenis serangga yang maging atau makan daging, yang hidup dengan
memakan berbagai-bagai jenis serangga-serangga lain. Kepinding ini kelihatan
serupa benar dengan serangga yang menjadi mangsa makanannya itu. Justeru itu
sesetengahnya kelihatan seperti Belalang Mekah, seperti nyamuk, malah ada yang
kelihatan seperti mentadak. Kepinding-kepinding pembunuh ini juga boleh
mengelirukan manusia.
Penyamaran untuk memerangkap atau memangsakan makhluk lain seperti ini,
sepertilah perbuatan sesetengah manusia yang jahat dan ganas menyamar dirinya
sebagai pehak berkuasa untuk memperdayakan mangsa-mangsanya yang tidak
menyedari mereka telah terpedaya dengan tektik kotor itu.
Demikianlah alam haiwan yang penuh dengan aneka keajaiban untuk menjadi
renungan kita, di mana tersembunyinya beraneka
rahsia kebesaran Maha Penciptanya Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana.
0 comments:
Post a Comment