Showing posts with label serambi budaya. Show all posts
Showing posts with label serambi budaya. Show all posts

LIDI KEHILANGAN PENYAPU

>> Wednesday, May 2, 2018










                 LIDI  KEHILANGAN PENYAPU


                                   Seberkas Harganya Kurang 20 sen lima ringgi




LIDI ialah sebahagian daripada pokok nyiur atau kelapa yang menjadi tulang kepada daun daunnya yang melekat di pelepahnya yang keluar daripada bahagian atas batang sepohon pokok kelapa.

Lidi itu tulang kecil berfungsi pada daun daunnya, sementara pelepah itu pula tulang belakang yang besar di mana lidi lidi daun daunnya melekat , sementara pelepah itu pula melekat pada batang pokok nyiur di sebelah paling atas.

Keadaan daunnya pendek di bahagian pelepah sebelah atas, dan membesar arah ke tengah tapi memendek semula arah ke hujungnya yang tirus ke hujungnya.

Dalam masyarakat lama Melayu lidi kelapa ini mempunyai banyak kegunaannya, terutama sebagai pelengkap dalam makanan, dan juga digunakan dalam pemebelajaran di sekolah.

Penyapu Lidi

Kegunaan lidi yang populer dalam budaya Melayu ialah sebagai penyapu. Ia berguna untuk menyapu atas rumah [dalam rumah dan juga di bawah rumah [halaman rumah. Lidi itu diliring [dibuang daunnya, kemudian diikat bahagian bawahnya seberkas  seberkas dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan penyapu.

Daun kelapa yang ditanggalkan dari lidi itu bila kering boleh digunakan sebagai unggun untuk menyalakan api, seperti membakar sampah.

Bila penyapu sabut wujud di pasaran, penyapu lidi terpaksa memberi ruang kepadanya, dan kemudian lahir pula alat alat pencuci yang lebih moden dengan menggunakan tenaga letrik, seperti mesin pencuci dan sebagainyai, maka makin kurang lidi yang digunakan.

Penggunaan lidi sebagai penyapu hari ini hampir sudah tidak ada lagi. Tambahan pula harganya mahal, seberkas lidi penyapu yang dulunya paling mahal berharga seringgit sahaja, tapi hari ini harganya sudah melambung naik menjadi lima ringgit.


Matematik

Pada masa dahulu lidi nyiur ini digunakan untuk membantu kanak kanak darjah rendah, khusus kelas satu untuk belajar mengira atau menghitung, atau belajar campur tolak.

Ibu bapa akan memotong lidi kira kira sepanjang jari telunjuk dalam jumlah yang  agak banyak dan membekalkan kepada anak anaknya yang masih kecil ke sekolah untuk digunakan ketika belajar ilmu campur dan tolak dengan cara yang mudah untuk difahami. Lidi lidi itu diikat sejambak biasanya dengan getah bulat.

Atau kalau tiada lidi, mereka akan memungut anak anak batu   yang kecil kecil dan cantik cantik untuk ilmu mengira, campur dan tolak. Walau bagaimanapun lidi lebih digemari kerana ia ringan dan bersih.

Karak

Pada masa masa lalu, lampu suluh atau lampu picit tidaklah mudah untuk diperolehi, justeru orang orang kampung yang ada keperluan untuk keluar rumah waktu malam yang gelap mereka biasanya menggunakan karak atau jamung yang diperbuat daripada daun kelapa, dan lidinya untuk menerangi jalan yang mereka lalu. Lidi lidi nyiur itu yang daunnya telah kering tanpa ditanggalkan dari pelepahnya  diikat kemas kemas pada pelepahnya itu, kemudian dicucuhkan dengan api untuk menyalakannya.

Atau boleh juga daun daun kelapa itu ditanggalkan dari pelepahnya kemudian diikat seberkas, dan di dicucuh dengan api di hujungnya. Justeru daun kelapa itu pendek pendek, ia hanya  boleh digunakan untuk pejalanan yang singkat sahaja kerana akan cepat habis terbakar sampai ke pangkal tempat  karak itu dipegang.



Menyapu Mengguna lidi




Pembungkus Nasi Belauk

Pada masa dulu nasi belauk dibungkus dengan daun pisang, biasanya daun pisang benggala yang lebih tahan koyak. Secebis daun pisang sebesar dua jari dibuat semacam cawat pembungkus nasi itu, dan di atas cawat itulah  lidi yang pendek dan tajam  dicucuk  menembusi  sampai ke daun pisang   pembugkus nasi sebelah bawahnya. Lidi itu dicucuk dua kali sehingga hujung kiri dan kanannya boleh kelihatan dari satu arah sahaja.

Tapi bila nasi dibungkus dengan kertas akhbar terpakai penggunaan lidi tidak digunakan lagi sebab sukar untuk dicucuk menembusi kertas pembungkusnya dan sebaliknya paku besi atau getah pengikat digunakan untuk mengikat pembungkus nasi itu supaya tidak terbuka dan nasi tidak tumpah. Ini berlaku bila daun pisang menjadi mahal harganya dan akhbar akhbar terpakai jauh lebih murah.

Kemudian timbullah pula di pasaran pembungkus pembungkus makanan, termasuk pembungkus nasi yang diperbuat daripada polistring yang lebih cantik dan selesa dipergunakan. Maka  dengan itu penggunaan akhbar akhbar terpakai sebagai pembungkus nasi menjadi merosot. Walau bagaimanapun keselamatan penggunaan polistring sebagai pembungkus makanan masih terus menjadi pertikaian.

Nasi Dagang

Di samping nasi belauk, nasi dagang juga menggunakan lidi pada pembungkusnya. Nasi dagang dibungkus dalam bentuk kon dan dicucuk lidi di bahagian atasnya.

Demikian juga pulut pagi, ia dibungkus dengan daun pisang dalam bentuk kon dan dicucuk dengan lidi di bahagian atasnya supaya tidak terbuka.

Nasi tumpang juga dicucuk dnegan lidi di bahagian lipatan atas konnya supaya tidak terbuka.

Pada masa yang lalu, semua nasi nasi itu dibungkus dengan cara yang berlainan tidak seperti hari ini, justeru dengan melihat pembungkusnya sahaja pun pembeli dapat  mengetahui nasi apa di dalamnya tanpa perlu bertanya kepada penjualnya.

Temelong

Ada sesetengah kueh tradisional menggunakan temelong, iaitu sejenis bekas yang berbentuk empat persegi yang diperbuat daripada cantuman daun pisang yang menggunakan lidi untuk mengikatnya. Antara kueh kueh yang menggunakan temelong ialah tepung pelita. Tapi sejak kebelakangan penggunaan daun pisang telah merosot sebaliknya bekas plastik pula digunakan, dan ini mengurangkan penggunaan lidi.

Penyucuk Satai

Pada masa lalu lidi digunakan sepenuhnya sebagai penycuk satai. Ketulan ketulan daging atau daging ayam yang dipotong kecil kecil itu dicucuk  dengan lidi supaya mudah dibakar dan juga dimakan, kemudian di curahkan kuah satai ke atasnya.

Di samping itu jika satai itu dihidangkan bersama dengan ketulan ketulan nasi kapit [himpit [, lidi itu digunakan sebagai gerpu untuk menyucuk nasi kapit kemudian dicicah ke dalam kuah satai untuk dimakan.

Kemudian bila timbul lidi lidi yang diperbuat dari buluh buluh yang dihaluskan di pasaran, dan murah harganya, maka penggunaan lidi nyiur sebagai penycucuk satai menjadi merosot, malah hampir pupus.

Penyucuk Ikan

Ikan ikan yang hendak dibakar berekor, seperti ikan kembung [temenung, ikan selar, terutama jika hendak dimasak percik akan dicucuk terlebih dulu memanjang dari bahagian bawah kepala ikan sampai ke ekornya untuk mencegahnya daripada patah ketika dibakar atau ketika hendak dijual atau dimakan.

Kemudian bila ikan itu hendak diletak dalam pinggan hidangan untuk dimakan lidi itu  terlebih dulu  akan ditarik untuk dikeluarkan dari ikan. Adalah dianggap tidak sopan megangkat ikan yang masih berlidi untuk dihidangkan kepada tetamu.

Penyucuk Pulut Lepa

Pulut yang dibakar ada dua jenis, iaitu pulut bakar yang bulat pipis rupanya, dan sejenis lagi pulut lepa yang panjang keadaannya; di dalam pulut lepa ini yang dibungkus dengan daun pisang diisikan dengan inti yang terdiri dari sambal daging, sambal ayam atau sambal ikan atau pun paling kurang sambal kelapa. Lidi digunakan untuk menyucuk bahagian ekor dan kepala pulut lepa itu supaya tidak terbuka.

Tapi hari ini penggunaan lidi hampir telah pupus, kerana sebagai gantinya pengusaha menggunakan dawai stapel untuk  mengganti lidi.

Alat Menangkap Udang

Orang orang kampung menggunakan lidi sebagai alat untuk menangkap udang. Lidi lidi itu dicucuk dengan buku buku kecil isi kelapa yang dibakar kemudian dipacak berhampiran dengan gigi air sungai dan ditinggal beberapa jam pada waktu malam, kemudian orang itu datang semula untuk menangkap udang udang yang sedang memakannya dengan menggunakan serkap yang diperbuat daripada buluh.



Nasi bungkus tanpa lidi atau paku




Menangkap Burung

Pemikat pemikat burung biasanya menggunakan lidi untuk disapukan dengan getah pemikat untuk menangkap burung yang akan melekat pada bulu bulunya bila burung itu hinggap kerana tertarik kepada umpan seperti makanan atau burung sejenisnya yang dijadikan umpan untuk menarik burung datang menghampirinya.

Pncolek Gigi

Ada sesetengah orang selepas makan terpaksa mencongkel atau mencolek giginya untuk menanggalkan sisa sisa makanan yang melekat pada giginya. Pada masa yang lalu lidi kelapa digunakan sebagai alat pencungkil gigi. Tapi kemudiannya pencongkel gigi daripada buluh mengganti pencongkel gigi lidi yang diperbuat secara besar besaran di kilang kilang khusus.

Lain lain Lidi

Selain dari lidi daun kelapa yang banyak gunanya itu dalam budaya Melayu itu, ada benda benda  lain dinamakan lidi kerana bentuknya yang kecil atau halus dan panjang, antaranya ular lidi, iaitu sejenis ular kecil yang tidak berbisa, dan lidi basikal iaitu lidi yang digunakan pada ril atau roda basikal.

Tapi hari ini lidi telah lama ditinggalkan dalam masyarakat Melayu kita kerana perkembangan moden yang sentiasa berkembang maju.

Demikianlah lidi telah kehilangan penyapu dalam masyarakat Melayu moden kerana diganti dengan bahan bahan baru yang lebih mudah dan murah diperolehi.


Lorong Masjid al Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.







Read more...

SHADOS IN MALAY CULTURAL

>> Saturday, April 29, 2017



 

 SHADOW IN THE MALAY CULTURAL


What the shadow is.

A shadow is a dark area formed when an opaque object blocked the light from it source.


In The al-Quran
There are some verses in al-Quran Allah said about shadow purposely to educate the human being as slaves to the Al-Mighty of Allah. There are not less than twenty verses mentioned about shadows in the al-Quran. Some of the verses refer to the shadow in this real world where we lived and some of the versed refer to the world after.


We extract some verses what Allah said in   al-Quran about the shadows:


Verse one:
“And unto Allah [Alone] falls in prostration whoever is in the heaven and in earth, willingly or unwillingly, and so do their shadows in the mornings and in the afternoons”. - Ar-Rod [13]: 15


Verse two:
“Have you not seen how your Lord spread the shadow? If He will. He could have made the sun its guide [i.e after the sunrise] it [the shadow] squeezes and vanishes at midnoon, and then again appears in the afternoon with decline of the sun and had there been no sun light there would be no shadow”. Al-Furqan [25]:45.


“Then We withdraw it to Us a gradual concealed withdrawal”. Al-Furqan [25}:46


The Myth Of Shadow
Meanwhile there are some belief among the Malay old folk, especially Kelantanese who belief that the shadows have some of his own super natural power.


This believes have some effect to the people, mostly those who live in villages, and have not enough religious knowledge.  We are like to forward some of the believes which are still in the heads some of the old people,


To have a Jin
There are some people through the ages that like to be friends with jin or syaitan, in order to get their help in times of needed. Allah had forbid them to ask them for   help, and have told their slaves that the syaitan are their enemies forever.  But mostly human being are ignored Allah prohibit.


So they created many ways to get what they wanted. One the easiest way to get jin or syaitan as friends are they used their shadows. They stand back to the sun, so that they can see their shadow clearly. Then they hammer their shadows with a branch until the shadow vanished. If one day did not get any result, they so do again so many times until the shadow vanished at last. When it happened they believed the jin or syaitan had been their best friends.


This practice is very bad, and cursed by Allah who forbids human being to be friends with syaitan and threaten to put them in hell in resurrection day that surely will come.


Play With Shadow
In the times when the electricity was did not use widely, mostly in village, they used kerosene or paraffin   lamp to lighted their houses at night. The Malay called it “pelita minyak tanah” or “pelita minyak gas”. When someone passed between the lamp and a wall, their shadow will appear on the wall. The children usually like to play with their shadow on the wall, so they made many variety of movement to see variety of their shadow for amusement. But their father, grandfather or the old man in the house will stop or did not allow them play with their own shadows. They believed that the children who played with theirs shadow will get bad or scare dream that night.


Shadow Play
Shadow play or “wayang kulit” is an entertainment to the people of Kelantan. It is also known as shadow puppetry. It is one the popular entertainment at that times that was no modern entertainment like today, no cinema and no television. The used puppets or cut-out figures made from the skin of animal, mostly buffalo. The player of the puppets or tok dalang played the puppets between the source of light and a white translucent screen. The audience who sat on the ground in the open airs outside the stage saw the movement of the shadows on the screen.


Proverbs
We can find shadows in some of Malay proverbs. We collected some of them for inspection.


-Shadow presume as a body
Meanings: Hoped for something which is not sure.


-Shadow is not as long as a body
Meanings: Made something more than the power.


-hallucination by shadow
Meanings: Wanted something but there is no hope at all.


-Afraid of his own shadow
Meanings: Felt afraid for his bad or cruel manners.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.

Read more...

ANDA BERMINAT DENGAN PINGGAN LAMA?

>> Thursday, June 2, 2016






ANDA BERMINAT DENGAN PINGGAN LAMA?





Pinggan adalah sejenis alat yang digunakan untuk menyediakan makanan, seperti nasi atau kueh mueh. Biasanya pinggan diperbuat daripada tembikar dan lain-lain bahan, termasuk besi.


Adalah dipercayai manusia telah lama menggunakan pinggan sebagai pengalas bahan-bahan makanan untuk membolehkan mereka makan dengan lebih selesa dan bersopan.


Biasanya pinggan itu berbentuk bulat dan leper. Tapi akhirnya pembuat-pembuat pinggan merekakan berbagai-bagai jenis bentuk pinggan yang menarik, bukan sahaja untuk dijadikan bekas makanan, tapi juga untuk disimpan sebagai barang-barang antik atau berharga.





Harganya pula bermacam-macam, dari semurah-murah harga membawa kepada semahal-mahal harga yang mampu dimiliki oleh orang-orang kaya sahaja.


Di samping pinggan yang kosong, ada juga pinggan yang bergambar atau berbunga-bunga untuk menambahkan lagi kecantikannya.


Di samping pinggan untuk mengisi makanan, ada juga pinggan yang dicipta semata-mata untuk perhiasan, di mana kadang-kadang ditulis dengan ayat-ayat tertentu atau ayat-ayat suci al-Quran.


Penggemar-penggemar barang-barang antik pula suka mencari pinggan-pinggan lama. Kian lama pinggan itu kian tinggi nilainya, justeru kian mahal harganya.







Foto pinggan yang disiar bersama dengan tulisan ini adalah salah satu pinggan yang agak lama terdapat dalam simpanan kami yang diwarisi dari dua generasi.


Sesiapa yang berminat dengan pinggan ini bolehlah berhubung dengan kami, dan kalau ada persetujuan bersama kami bersedia melepaskannya.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.





Read more...

BEKAS TEMBAKAU SONGEL

>> Wednesday, May 18, 2016







BEKAS TEMBAKAU SONGEL



Masyarakat Melayu kita zaman dulu, baik lelaki atau perempuan suka makan sirih. Daun sirih yang dimakan itu pilih dari daun-daun yang elok dan dimakan dengan kapur, pinang yang diracit, dan gambir.Gambir rasanya panas, dan memerahkan merah air liur. Kapur pula rasasnya panas.

Justeru itu mereka mempunyai alat yang khas untuk meletak sirih yang mereka makan itu dipanggil cerana, bekas kapur, bekas gambir dan sebagai tambahan bekas tembakau.





Untuk meracit buah pinang yang keras itu pula mereka guna alat yang tajam yang dipanggil kalkati yang diperbuat dari besi. Buah pinang itu ada yang dimakan segar, dan ada juga yang dijeruk terlebih dulu untuk mencegahnya dari kering dan memanjang usianya dari musnah.

Bila ada tetamu yang bertandang ke rumah cerana sirih inilah yang diangkat terlebih dulu sebelum dihidangkan  minuman.

Selain dari alat-alat tersebut, mungkin ada lagi alat tambahan iaitu untuk diisi dengan tembakau. Kerana biasanya pemakan-pemakan sirih itu menggunakan tembakau untuk disongel atau disentil ketika memakan sirih.

Temabakau itu digunakan untuk mencucui gigi, dan airnya yang merah itu mungkin ditelan atau diperah buang kalau tidak ingin ditelan.

Bersama ini kita kembarkan sebuah alat penyimpan tembakau, yang telah agak lama usianya.






Kepada sesiapa yang berminat dengan alat ini, terutama, peminat-peminat barang antik sila hubungan kami. Jika ada persetujuan bersama kami sedia melepaskannya.

Sila hubungan kami di Pondok Rahmat, Blog, Face Book atau Email.

Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Parit,
Paasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.



Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP