>> Thursday, March 3, 2022

 

 

 



TIMUN CINO 




ANTARA 




PENAWAR DAN 




PENYAKIT

 










Apakah Timun Cino itu?









Ia panggilan Orang Kelantan untuk buah tembikai, bahasa penulisan atau panggilan orang luar Kelantan.



Dalam bahasa orang Putih dia sebut watermelon.



Alihbahasa secara langsung maksudnya timun air. Kerana perkataan melon itu ialah pokok timun, dan water itu air. Maka jadilah timun air.




Dalam bahasa Indonesia timun Cino itu dipanggil semangka.



Timun Cino rasanya manis, isinya lembut, sedap dimakan.



Ia boleh dimakan begitu sahaja, atau dikisar untuk dijadikn minumn yang lebih istimewa. Kalau perlukan rasa lebih manis, masukkan gula sekadar yang dikehendaki.









Ada beberapa cara makan buah timun Cino, antaranya  ialah sebiji buahnya dibelah dua, kemudian isinya dikecilkan dengan sudu tanpa memindahnya ke dalam pinggan, dan kalau suka lebih manis masukkan gula ke dalamnya dan kacau hingga rata, kemudian dimakan dengan sudu bersama-sama dengan airnya.  


.



Kalau sukakan yang sejuk, masukkan ke dalam peti ais sekejap, barulah dimakan dengan sudu sebanyak mana yang mahu.



Cara yang biasa ialah isinya di potong sekeping-keping kecil kemudian diletak dalam pinggan dan sebagainya untuk dimakan. Lebih mudah lagi dicedok dengan sudu dan boleh terus makan kalau mahu.



Di samping itu ia juga boleh dibelah cara berjurai-jurai atau berkeping-keping sebesar yang dikehendaki, dan boleh terus dimakan dengan mengiggit isinya yang lembut itu. Kanak-kanak biasanya suka makan begini.



Di negeri Kelantan, timun Cino ini dimakan dengan nasi seperti sayur mentah. Di majlis-majlis khawin, timun Cino ini dihidangkan bersama dengan lauk-pauk yang lain dalam satu hidangan, bukan sebagai pembasuh mulut, tapi sebagai sayur-sayuran mentah yang dimakan bersama nasi.



Sebenarnya seluruh buah timun Cino itu boleh dimakan. Kulit buahnya yang masak boleh di celur untuk buat ulam cicah sambal atau budu, ia juga boleh dimasak lemak dan masak tumis air.



Sebiji buahnya yang muda pula boleh dimasak lemak atau tumis air untuk dijadikan sebabagian dari hidangan sebagai sayur-sayuran.



Butir timun Cino juga boleh dimakan, antaranya ia boleh dikisar dijadikan minuman atau sebagainya. Dan biasanya butir timun ini dijemur atau disalai kemudian dimakan dengan memeblahnya dengan gigi untuk dimakan isi di dalamnya.

 


Ptada masa dulu butir timun Cino ini banyak dijual di pasaran sebagaimana butir biji bunga matahari pada hari ini terdapat di pasar. Kanak-kanak waktu itu  sangat suka memakan butir timun ini sebagaimana mereka suka memakan etak salai.



 Perjalanan



Mengikut sejarah perkembangannya timun Cino telah menjalani sejarah  hidup  yang panjang. Ia sejenis pokok yang hidup melata dan menjalar, Ia berasal dari bumi Afrika Selatan yang luas muka buminya itu dan sampai ke Malaysia mungkin dibawa oleh para pedagang atau penggembara zaman lampau.



Ia mempunyai banyak jenis, dan dikatakan ada kira-kira seribu jenis timun di dunia ini, namun kita di sini hanya mengenali beberapa jenis timun sahaja, antaranya timun betik, dan timun batang, iaitu timun yang dibuat sayur, cucumber kata orang sekarang.



Kenapa orang Kelantan memanggilnya timun Cino yang diloghat Kelantankan daripada perkataan timun Cina?



Ini mungkin orang Cina yang didapati mula-mula menanam timun di negeri ini, dan juga mungkin kerana orang Cinolah yang pertama didapati menjual buah timun di negeri ini.



Selain daripada rasanya enak dan mudah dimakan, timun Cino juga mengandungi isi yang telah lama  dijadikan obat tradisional untuk merawat penyakit-penyakit tertentu.



Mengikut kajan  dalam timun Cino itu terdapat beberapa bahan yang dipanggil zat yang berguna untuk kesihatan, antaranya dikatakan mengandungi  Vitamin A.



Secara tradisionalnya timun Cino ini telah lama digunakan untuk merawat penyakit ginjal dan kencing tak lawas.



Kerana itu orang yang mengidap penyakit beser atau kerap kencing tidak digalakkan makan timun Cino kerana boleh menambahkan kekerabannya kencing.



Pengidap penyakit kencing manis juga tidak digalakkan memakan timun Cino kerana dibimbangan kencing manisnya akan bertambah teruk.



Selain itu orang-orang yang mengidap penyakit uluran, iaitu sejenis gestrik juga tidak digalakkan makan timun Cino kerana boleh menyebabkan dia kembung perut dan senak perut dan kerap membuang air besar.



Sementara itu orang-orang yang batuk-batuk tidak digalakkan makan butir timun Cino kerana boleh menyebabkan batukya bertambah rancak.



Demikian sedikit celoteh tentang timun Cino untuk tatapan pembaca yang dikasihi.

 



Pondok Rahmat



Kota Bharu Kelantan Darulnaim,



Khamis: 3 Mac 2022/



29 Rejab !443.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP