Showing posts with label Wahai Sayang. Show all posts
Showing posts with label Wahai Sayang. Show all posts

WAHAI ISTERI TAATLAH PADA SUAMI

>> Wednesday, February 8, 2017








WAHAI ISTERI TAATLAH PADA SUAMI!!



 Pada suatu masa seorang sahabat berkata kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah di negara-negara asing rakyatnya sujud kepada raja-raja mereka. Tuan berhak mendapat penghromatan lebih dari itu lagi”.

Baginda Rasulullah SAW menjawab:
“Tidak. Jika dibenarkan  sesiapa sujud di samping Allah, saya akan meminta kaum wanita sujud kepada  suami-suami mereka”.

Kemudian Baginda berkata lagi:
“Dengan nama Allah yang nyawa aku berada dalam tangannya, seorang wanita tidak boleh menjalankan kewajipannya kepada Allah sebelum dia melaksanakan kewajipaannya kepada suaminya”.

Pada suatu ketika seekor unta meletakkan kepalanya dalam keadaan  suujud kepada baginda Rasulullah SAW. Melihat kejadian itu seorang sahabat berkata.
“Jika unta ini sujud kepada tuan kenapa pula kami tidak berhak  mendapat penghormatan seperti itu?.

Baginda Rasulullah SAW menjawab:
“Tidak. Jika aku dibolehkah menyuruh orang sujud kepada sesiapa di samping Allah, aku akan menyuruh isteri-isteri sujud kepada suami-suami mereka”.

Demikianlah sedikit peringatan untuk kita bersama, semoga memberi manfaat jua kepada kita dunia dan akhirat.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Subang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan.




Read more...

BERSIAP SEDIA UNTUK HIDUP SENDIRIAN

>> Wednesday, February 10, 2016







BERSIAP SEDIA UNTUK HIDUP SENDIRIAN




Setiap manusia lumrahnya hidup berpasangan. Berlaki dan berbini. Bersuami dan beristeri. Dengan itu dapatlah turunan mereka diperlanjutkan selagi dunia berkembang menerusi zuriat yang mereka lahirkan.


                                 Bersama Cucu


Malah bukan sahaja makhluk manusia, makhluk haiwan-haiwan dan jin-jin juga hidup berpasangan lelaki dan perempuan, tradisi yang telah bermula sejak manusia pertama diciptakan, Adam dan Hawa.


Usia jalinan manusia sebagai suami isteri itu pula ada mempunyai batas-batas yang tertentu, sebagai ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Mahu tidak mahu, pada suatu ketika mereka suami dan isteri terpaksa berpisah jua. Itulah ketentuan Allah.


Perpisahan itu berlaku dalam dua bentuk, pertama berlaku kerana kehilangan penyesuaian antara suami dan isteri, yang menyebabkan mereka terpaksa bercerai hidup. Kedua bercerai kerana kematian salah seorang daripadanya, sang isteri atau suami.


Andainya suami yang pergi dulu, maka tinggallah isterinya sebagai janda, sebaliknya jika isteri yang mendului pemergiannya, maka tinggallah suaminya sebagai duda.


Jika kedua-duanya berusia panjang, maka berpisahan akan berlaku dalam usia yang tua, usia pencen atau bersara. Ini adalah ketentuan sejak azali lagi. Dan bila salah seorang daripadanya pergi dengan apa cara sekalipun, maka tinggallah yang hidup seorang diri, tanpa suami atau isteri di sisi.


Yang mungkin ada, ialah anak-anak dan cucu cicit yang ditinggalkan oleh arwah, dan diwarisi oleh suami atau isteri yang tinggal.


Justeru itu sang suami atau isteri yang ditinggalkan itu akan hidup keseorangan, kecuali dia ingin mencari pasangan baru. Suami baru atau isteri baru dalam usia yang telah lanjut sekalipun kiranya mereka mempunyai jodoh  atau bertemu jodoh yang dicari.


Tapi mereka yang memilih tidak ingin berkahwin lagi, terutama yang telah lanjut usianya, terpaksa menjalani hidup keseorangan. Walaupun mereka mempunyai anak-anak yang ramai, termasuk anak-anak perempuan, dicampur dengan cucu-cucu, mereka tidak akan mememperolehi teman seperti suami atau isteri yang mendampingi mereka sebelumnya.


Semua manusia hari ini hidup dengan menuntut ilmu, sehingga menyeberangi lautan sekalipun. Setelah tamat nanti, mereka menghabiskan masa dengan bekerja untuk mencari rezeki sesuai dengan kelulusan yang mereka sandang. Bekerja sendiri atau makan gaji, yang akan menelan masa mereka yang panjang.


Kesibukan dengan kerja ini, baik apa-apa kerja sekalipun membuat mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi  untuk berada di rumah, bersama-sama ayah dan bonda mereka yang keseorangan itu. Keluar pagi, balik petang, dalam keadaan yang telah kehabisan tenaga. Itulah kelumrahan hidup hari ini.


Dan keadaan menjadi bertambah gawat, bila mereka juga mempunyai anak-anak kecil yang memerlukan penjagaan. Walaupun mungkin anak-anak itu ditinggalkan bersama-sama pengasuh, tapi habis masa bekerja, anak-anak itu terpaksa dibawa balik ke rumah dan dijaga dengan sewajarnya pula.


Mana ada masa untuk bersama ayah dan ibu yang keseorangan itu, walaupun dia seeorang anak perempuan yang pengasih dan peyayang. Masa dan kerja menghalang mereka memberi perhatian yang sepenuh secara keperibadian kepada orang-orang tua mereka yang bersendirian itu. Kalau mereka mampu, pembantu rumah akan disediakan, tapi itupun mengalami kesukaran juga, jika pembantu rumah itu perempuan, dan yang hendak dirawat itu adalah seorang lelaki, tentu ada batas-batas kesopanan yang terasa berat untuk dicerobohi.


Justeru suami atau isteri yang tidak bercadang untuk mencari pasangan baru selepas mereka berpisah wajib di penghujung hayat nanti, mestilah membuat persediaan awal yang sewajarnya. Dari segi keewangan, mereka yang bekerja mungkin tidak timbul kerana mereka memperolehi pencen atau bunus yang sejajar dengan jawatan mereka.


Namun begitu yang penting juga mereka hendaklah menjaga kesihatan mental dan fizikal. Jiwa mesti utuh, kuat iman dan bertaqwa. Supaya dapat menghadapi segala cabaran yang mendatang dengan sendiriannya tanpa rakan kongsi di sisi.


Mereka juga mesti menjaga kesihataan fizikal dengan sewajarnya dengan cara pemakanan yang seimbang dan gerak badan yang sejajar. Supaya dengan itu penyakit-penyakit kronis dapat dielakkan, yang menyebabkan hidup mereka terpaksa bergantung kepada bantuan orang lain.


Ini kalau berlaku, minta dijauhkan Allah, akan menyusahkan keluarga, khususnya anak-anak cucu untuk menjaga mereka. Sedang anak-anak zaman sekarang, seperti dikatakan di atas tidak ada ruang yang mencukupi untuk menjaga orang tua mereka dengan sepenuhnya, walau bagaimana kasihnya kepada orang tuanya itu.


Katakanlah, seorang penghidap penyakit kencing manis yang serius akibat kecuaian menjaga kesihatan, boleh menimpakan berbagai-bagai penyakit kritikal lagi yang berkaitan dengannya, seperti penyakit mata rabun dan buah pinggang. Seseorang yang ditimpa penyakit kronis seperti ini sudah tentu tidak mampu mengurus diri sendiri dan perlu bergantung hidup kepada bantuan orang lain sepanjang masa. Inilah yang dimaksudkan menyusahkan orang lain. Kalau hidup sendirian, suami atau isteri telah pergi, keadaan akan menjadi lebih rumit.


                                 Mencari Ilmu  


Kerumitan akan meningkat, kiranya suami yang duda, atau isteri yang janda itu, mempunyai rumah sendiri yang telah merea tinggali bersama sebagai suami isteri sepanjang hayat mereka dan mereka enggan pindah, tinggal bersama-sama anak-anak mereka yang telah membina kehidupan mereka masing-msing. Biasanya orang-orang yang menduda atau menjanda keberatan untuk meninggalkan rumah yang telah lama menjadi sebahagian dari hidup mereka yang penuh dengan kenangan pahit dan manis sebagai isteri atau suami. Kenangan yang sukar untuk dilupakan mereka.


Ibu saya, Munah ketika suaminya meninggal beliau dalam usia 50-han tahun rela tinggal sendirian di rumah pusakanya dan enggan tinggal bersama-sama dengan anak-anaknya. Sehinggalah sampai ke satu peringkat di mana beliau tidak lagi  mempunyai kekuatan fizikal yang mencukupi keutuhannya, untuk pengurusan diri sendiri dengan selesa beliau masih juga enggan meninggalkan rumah pusaka itu. Beliau hanya sanggup meninggalkan rumah itu di waktu-waktu tertentu tinggal bersama-sama dengan anaknya buat seketika, kemudian beliau akan kembali semula ke rumah asalnya dan rela tinggal sendirian. Pada hari beliau meninggal dunia di rumah anaknya, jenazahnya dikembalikan ke rumah lamanya yang masih didiaminya itu untuk pengurusan pengebumiannya.


Oleh itu suami isteri, terutamanya para suami, janganlah terlalu bermalas-malas dengan isteri, ringankan tangan membantu isteri menjalani urusan rumahtangga. Mentang-mentang mempunyai isteri yang taat dan rajin, maka anda biarkan dia memikul beban rumahtangga sendirian, sehingga untuk membuat secawan air minum untuk diri anda sendiri pun anda tidak pandai. Bayangkanlah jika ditakdirkan di hayat tua nanti, pasangan anda itu pergi terlebih dulu dari anda? Bagaimana anda hendak mengurus diri anda? Kecuali anda bercita-cita untuk mencari pasangan baru sebagai pengganti yang telah silam itu
.

Ada seorang lelaki yang telah bersara, demikian juga isterinya, tiba-tiba isterinya pulang ke pangkuan Ilahi secara trajis tanpa diduga-duga sama sekali. Pemergian isterinya itu menjadi beban yang berat kepadanya. Dia tidak mampu menguruskan dirinya sendiri. Sepanjang menjadi suami isteri, secawan air minum pun dia tidak pernah membuatnya sendiri, malah segelas air kosong pun perlu disediakan oleh isterinya. Walaupun dia mempunyai anak-anak, tapi semuanya telah berumahtangga dan membina hidup sendiri masing-masing. Kematian isterinya menjadi pukulan haibat kepadanya. Apa lagi kesihatannya pun telah lama merundun. Setelah kira-kira sebulan berduda, dia terpaksa membuat keputusan yang tidak disukainya, berkahwin lagi, walaupun bercanggah dengan janji setia dengan isterinya dulu bahawa masing-masing tidak akan kahwin lagi jika salah seorang dari mereka pergi terlebih dulu. Tapi apa hendak buat keadaan telah menjadi begitu genting dan mendesak, dan menyebabkan dia menangis berhari-hari menjelang hari perkahwinannya untuk kali kedua itu.


Setiap orang, suami atau isteri mestilah bersiap sedia untuk menyambut hari yang pasti akan tiba, hari mana mereka akan tinggal sendirian, berpisah buat selama-lamanya  dengan orang yang  dikasihi, yang selama ini banyak membantu urusan hidup mereka, andainya mereka dikurniakan usia yang lanjut, dan menjejaki usia tua. Bersiap sedia dari segi fizikal dan mentalnya, ruhani dan jasmaninya. Suami hendaklah belajar masuk dapur, bukan sahaja untuk membantu isteri, tapi juga utuk belajar masak sendiri sekadarnya untuk memenuhi keperluan diri. Jangan sampai hendak buat secawan air minum atau segelas air minum pun anda tak mampu. Jagalah kesihatan dengan sebaik-baiknya dengan doa dan harapan semoga anda terus sihat walafiat sepanjang masa, terutama terhindar dari bahaya penyakit-penyakit berat yang boleh membebankan orang lain, dalam kehidupan tanpa isteri atau suami di sisi nanti.


Demikianlah sedikit pandangan  sekadarnya untuk menghadapi hari tua bersendirian, tanpa isteri atau suami di sisi. Semoga kita dapat mengurus diri sendirian, sekadar kemampuan tanpa semata-mata membebankan orang lain sejajar dengan usia yang telah mara jauh ke hadapan.



Jalan Teratai,
Sungai Sungi Buloh,
Selangor, DH




Read more...

SUP DAN RAHSIA DI SEBALIKNYA

>> Thursday, February 12, 2015





SUP DAN RAHSIA DI SEBALIKNYA?


Sup ialah sejenis makanan atau masakan berkuah atau cair. Tapi ia dimasak tanpa santan atau susu, dan ia hanya mengguna air sejuk sahaja sebagai kuah.


Kalau menggunakan santan kelapa, atau santan sawit, ia tidak dipanggil sup, tapi dikenali sebagai gulai atau kari pula.





Namun begitu sup mempunyai rempah yang khusus untuk membuat sup, iaitu rempah sup. Rempah ini dimasukkan ke dalam air dalam periuk ketika hendak memasak daging sup.


Sup adalah sejenis makanan yang telah lama merupakan makanan yang popular, di Timur dan Barat, terutama di musim sejuk.


Bahan Sup


Bahan-bahan utama untuk membuat sup ialah daging, baik lembu, kambing ayam dan sebagainya.


Bagi orang Eropah yang dipanggil sup itu ialah daging yang dimasak dengan sayur dan air kosong.


Biasanya sup kita tidak dicampur dengan sebarang sayur.


Hanya ketika hendak makan dan sup berada dalam manggkuk atau pinggan barulah bahan-bahan lain ditabur di dalamnya, seperti daun sup, daun bawang, bawang goreng, taugeh dan sebagai. Tujuannya untuk menambahkan lagi keenakan sup.


Dan bagi mereka yang sukakan pedas, dimasukkan pula sambal lada, atau cili kecil yang dipototng halus-halus, dan diperah limau nipis ke dalamnya, supaya rasanya lebih sedap.


Sejak akhir-akhir ini sering juga ubi kentang dimasuk dan dimasakkan bersama dengan daging sup hingga empuk dan boleh dimakan.


Selain dari daging lembu, ayam dan sebagainya. ikan-ikan tertentu juga digunakan untuk masak sup. Itulah sup ikan. Rempahnya tidak serupa dengan sup daging.


Sup Sayur


Disamping itu sayur-sayur tertentu juga dibuat sup, seperti karot atau lobak merah, bawang besar, tomato, daun saderi, kentang, kucai, timun dan sebagainya. Ada orang menggunakan sejenis sayuran sahaja, dan ada yang menggunakan sayuran-sayur yang bercampur, dengan dimasukkan udang atau ayam untuk menambahkan kesedapannya. Sup sayur.


Tauhu pun sedap dibuat sup. Sup tauhu. Tauhu sebagai bahan utamanya, dan memerlukan bahan-bahan lain lagi, seperti udang atau ayam, suun, brakoli, lobak, lada hitam, bawang besar, halia, dan daun sup.


Kepada kami bahan-bahan untuk membuat sup [awah istilah orang Kelantan] tidak ditumis terlebih dahulu, tapi langsung direbus dengan sayuran-sayur. Kalau ditumis terlebih dahulu, kami tidak lagi panggil sup, tapi “sayur air”.


DefinisI Sup


Mari kita tinjau sebentar erti sup itu mengikut beberpa buah kamus yang simpel:


a] “Sejenis masakan yang banyak kuahnya [dibuat daripada raman-ramuan tertentu seperti daging, ikan dan sebagainya”-Kamus Dewan.


b] “Liquid food made from meat, vegetables etc”.-Junior English Dictionary


c] “Liquid food made by boiling meat anda vegeables ini water”.-Longmans Junior Englis Dinctionary.


d] “Liquid food made by stewing vegetables, meat, etc”.-Oxford Illustrated Dictionary.


Daging Sup


Di negara kita daging yang dibuat sup itu tidaklah tongkolan daging lembu atau ayam. Biasanya daging itu mestilah daging yang melekat pada tulang-tulangnya yang dimasak serentak bersama kedua-duanya.
 

Kalau ketulan daging tanpa tulang, biasanya orang tidak buat sup, tapi buat gulai, goreng, singgan dan sebagainya selain daripada sup. Dan biasanya daging tanpa tulang yang dimasak singgan  walaupun dimasak dengan air sebagaimana sup biasa juga tapi rempahnya berlainan dari rempah sup.


Biasanya tulang-tulang yang dipilih untuk buat sup ialah tulang rusuk, tulang belakang, tulang betis, dan sendi-sendi yang megandungi daging.


Kalau ayam pula kaki ayam, peha, betis, sayapnya dan tulang tengkoknya, Dengan adanya bahan-bahan tersebut, maka seekor daging ayam layak dibuat sup ayam.


Sup-sup tulang-tulang sendi inilah di Kelantan dipanggil “sup gear-box”, iaitu dipinjam dari sejenis alat kenderaan bermotor seperti kereta. Tidaklah dapat dipastikan bagaimana panggilan ini bermula.


Peminat-peminant sup tulang, biasanya jika makan sup menggunakan penyedut straw untuk menyedut lemak-lemak yang memang sedap terletak di dalam tulang-temalang itu.


Sup Ekor


Ekor lembu memang bertulang dan berisi atau berdaging. Ia memang sedap dibuat sup. Oleh sebab setiap ekor lembu hanya ada sebatang ekor sahaja, maka harganya tidaklah murah, kerana menjadi bahan rebutan.


Orang lelaki suka memakan sup ekor. Ia dipercayai mempunyai khasiat untuk menguatkan tenaga batin.


Saya teringat pada suatu ketika dulu, seorang kadhi di Kelantan memberitahu kepada kami tentang sup ekor ini. Saya lupa namanya. Katanya bila ada pasangan-pasangan suami isteri yang masih muda datang menemuinya untuk bercerai, terutama di pihak perempuan, dia nasihatkan pasangan itu supaya pulang dulu, dan jangan berburu-buru hendak bercerai.


Antara lain katanya, “Baliklah dulu. Berilah cik abang makan sup ekor setiap hari. Lebih baik kalau dicampur dengan madu. Kalau nak bercerai juga  datanglah semula”.


Beliau seterus berkata, biasanya selepas itu mereka tak datang-datang lagi untuk menuntut cerai.


Beliau berkata dengan senyum tapi serius. Dan kami pun mendengar dengan senyum, tapi serius.


Kami kalau hendak masak sup, termasuk sup ekor bahan [awah] yang sama juga kami guna. Dan biasanya kami tidak menumis sebahagian daripada bahan-bahan rempah halus, tapi terus memasukkan bersama ke dalam kuah air kosong setelah dijerang buat beberapa waktu. Kemudian sup itu boleh dingkat bila dagingnya telah empuk dan kuahnya agak pekat dan berasa rempah.


Tapi orang lain, tidaklah sama caranya untuk membuat sup.. Umpamanya resipi di bawah ini berbeza dengan resipi kami.. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah halia, bawang putih, bawang merah, bawang besar, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, rempah sup bunjut.


Demikianlah hikmat sup ekor lembu.


Sup Yang Sedap


Kesedapan sup itu tergatung kepada bahan-bahan atau rempah-rempah yang digunakan lebih dari perkara lain. Kalau tidak cukup bahan, sup tidak menjadi, dan kalau terlebih sesuatu bahan, yang ada baunya, seperti pelaga hindi sup akan berubah rasa, kurang menyelerakan.


Biasanya sup yang sedap ialah sup yang agak pekat sedikit kuahnya yang rasa rempahnya bila dimakan. Sup berat. Tapi sup yang cair tidak sedap, dan kalau terlalu cair, ia hanya seperti menghirup air sejuk sahaja, dan bukan sup lagi. Perkara seperti  ini berlaku, bila penjual kekeringan kuah sup sedangkan daging sup masih banyak, lalu dicampur dengan air sejuk dan dipanaskan untuk dijual lagi.


Sup Belut


Selain dari ikan-ikan tertentu, belut juga sedap dimasak, digoreng, dibuat bahan kuah laksa putih dan dibuat sup. Belut ini binatang yang lembut, tapi galak meliuk lintuk.


Kaum lelaki suka makan sup belut, kerana bagus untuk mereka. Gagah seperti belut, walaupun lembut, boleh menjadi tegang, galak dan bertenaga.


Cara-cara Makan Sup


Biasanya ada beberapa cara untuk memakan sup, baik sup daging, aneka daging, dan sup sayur atau sup ikan.


Memakan sup  sahaja, sebagaimana meratah daging, sambil menghirup kuahnya.


Memakan sup dengan nasi, sambil makan nasi, sambil makan daging sup dan menghirup kuahnya.


Memakan sup dengan roti. Roti dicicah dengan kuah sup, sambail meratah dagingnya. Biasanya roti tawar, seperti roti bantal atau roti paun.


Pada akhir-akhir  ini saya pernah bertemu dengan peminat-peminat sup yang makan sup dengan roti canai.


Memakan sup dengan mencampurnya dengan bahan-bahan lain, seperti me atau bihun. Biasa dipanggil bihun sup atau me sup.


Nasi ayam dimakan bersama dengan kuah sup. Tapi bagi kami, ia bukan kuah sup, tapi air rebusan ayam, kemudian dimasukkan sedikit perencahnya.


Sup bagus dimakan di musim sejuk, seprti di musim banjir untuk memanaskan badan.


Memang di Eropah termasyur di masa-masa lalu, sup disediakan untuk makanan para petani pada musim sejuk. Mereka makan sup untuk memanaskan badan.


Tapi hari ini sup dimakan tanpa mengira masa lagi. Musim sejukkah atau musim panas dilantak belaka. Pagikah, tengah harikah, petang atau malamkah, makan sup tidak bertaim. Asalkan ada sup dan ada rasa nak makan.


Awah [Rempah] Sup


Pada masa yang lalu, sup ini dibuat dengan menggunakan rempah-rempah yang dipilih sendiri secara tradisi. Rasanya juga sedap tidak kurang dengan rasa sup hari ini.


Tapi hari ini, rempah-rempah sup berlambak-lambak di pasaran dengan berbagai-bagai jenama, dibungkus dengan kain-kain jarang sejemput. Bahan-bahan yang dicantum ini dimasukkan ke dalam air [untuk jadikan kuahnya] di dalam periuk untuk dimasak.


Bukan semua rempah-rempah sup sedap atau sesuai dengan selera pemakannya, maka kita hendaklah pilih yang mana kita rasa sedap dan selaras dengan selera makan keluarga.


Walau bagaimana pun kepada saya, resipi sup yang ditunjukan oleh ibu aya, Allahyarahmah Maimunah Ismail [semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya] dan juga isteri saya, Allahyarhmah Asiah Yaacob [semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya] merupakan resipi istimewa buat kami. Resipi sup yang sangat simpel.


Bahagian tulang digemari oleh keluarga saya untuk membuat sup dan sup tulang rusuk lembu paling kami sukai.


Biasanya setiap kali kami memasak sup resipi pusaka yang simple inilah yang kami gunakan. Antara lain ia mengandungi bawang putih, bunga lawang, halia, lada hitam [lada benar], lada putih [lada sulah], kayu manis dan cabe. Ianya terus dimasak tanpa ditumis terlebih dahulu.


Sup Di pasaran


Hari ini, sup boleh didapati hampir di semua kedai-kedai makan di seluruh negara, baik di restoran ataupun di gerai makan menyediakan sup. Pilih sahaja mana yang suka dan sesuai dengan selera.


Pada suatu masa dahulu, di Kota Bharu ada sebuah gerai sup yang cukup popular. Waktu tengah hari, taim pejabat rihat, kalau lambat sahaja pergi, sup sudah habis, dan yang mungkin tinggal ialah daging goreng dan sayur goreng.


Kami panggil “Sup Tok Haji”. Gerainya terletak di pinggir Sungai Kelantan, dekat Padang Merdeka, dan dekat Pejabat Kastam Di Raja Malaysia. Tapi bila saya pergi pada suatu hari, gerai-gerai makanan di situ, termasuklah gerai “Sup Pak Haji” sudah lesap. Dan hari ini telah dibina bangunan-bangunan baru berhampiran menara jam sekarang.


Namun kedai-kedai menjual sup di Kota Bharu sekarang banyak, malah di pasar-pasar malam ada orang menjual sup. Sup ini dibungkus dengan plastik untuk dibawa pulang oleh pembeli-pembelinya untuk dimakan rumah, terutama di bulan Ramadan..


Dalam bahasa Inggeris, ada semacam peribahasa yang berkait dengan sup, iaitu:


-“In the soup” [ Dalam sup] yang bererti seseorang yng berada dalam kesusahan atau kesukaran.


-“Soup kithen” [Dapur sup] yang bererti tempat atau pertubuhan awam yang memberi makanan kepada orang miskin ataupun orang yang ditimpa mala petaka.


Sekian untuk renungan.


Kg.Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu.










Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP