Showing posts with label Keluarga Diraja Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Keluarga Diraja Kelantan. Show all posts

Sultan Muhammad Ke-V, Daulat Tuanku

>> Thursday, November 10, 2011














Sempena Hari Keputeraan


SULTAN MUHAMMAD KE-V, DAULAT TUANKU








11 November ialah suatu tarikh yang cukup bermakna kepada rakyat Kelantan Darulnaim, kerana ianya merupakan tarikh baru sambutan hari Keputeraan Sultan mereka yang dikasihi.






Seperti di masa-masa yang lalu juga, titimangsa tersebut merupakan hari kelepasan am setiap tahun bagi seluruh rakyat dan penduduk di negeri Kelantan Darulnaim.



Hari itu ialah hari sambutan Keputeraan Sultan Muhammad ke-V, iaitu Sultan Kelantan Darulnaim yang terkini selepas KDYMM Sultan Ismail Petra yang uzur. Hari tersebut, pada tahun 2011 ini jatuh pada hari Jumaat, bersamaan dengan 13 Zulhijah 1432.



Nama tubuh baginda yang sebenarnya ialah Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra yang dilantik menjadi Sultan Kelantan yang ke-29 dalam usia 41 tahun pada 13 September 2010 bersamaan dengan 4 Syawal 1431 H berikutan dengan keuzuran ayahanda baginda, Sultan


Ismail Petra.


Pengistiyaran dan pemasyuran DYMM Sultan Muhammad ke-V telah disempurnakan oleh Datuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Istana Balai Besar, Kota Bharu yang banyak merakam sejarah.



Baginda telah mengampun perkenan menggunakan nama gelaran Sulltan Muhmmad ke-V setelah dimasyur sebagai Sultan Kelantan pada hari itu, dan gelaran tersebut sebenarnya pernah dipakai oleh datok nenekanda baginda pada masa-masa yang lalu.



Ia bermula dari Sultan Long Muhammad yang memerintah Kelantan dari tahun 1800 hingga 1835 buat pertama kali memakai gelaran Sultan Muhammad ke-I, dan seterusnya hingga kepada Tuan Long Senik yang memerintah dari tahun 1900-1920 memakai gelaran Sultan Muhammad ke-IV.



Sultan Muhammad ke-V diputerakan pada 6 Oktober 1969, di Kota Bharu oleh bonda baginda Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid, semasa itu bergelar Tengku Ampuan Mahkota.



Gelaran Sultan Muhammad ke-V itu memang amat pantas dipakai oleh baginda, kerana almarhum Sultan Muhammad ke-V, memberi sumbangan jasa yang besar kepada negeri Kelantan Darulnaim, termasuklah dalam bidang pembangunan agama Islam.



Sudah tentu rakyat Kelantan mengharapkan keturunan baginda, Tengku Muhammad Faris yang bergelar Sultan Muhammad ke-V ini akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memaju rakyat dan negeri ini dengan penuh kegigihan.



Seluruh rakyat Kelantan memang prihatin dengan sikap tuanku yang mesra rakyat yang ditunjukkan oleh tuanku semenjak menjadi YTM Tengku Mahkota lagi, di mana tuanku selalu mendampingi rakyat, dan memberi perhatian yang serius terhadap nasib rakyat tuanku yang memerlukan simpati dan kasih sayang.



Semoga Allah SWT melimpahkan rahmatNya ke atas baginda dan kerabat-kerabat istana, semoga baginda dapat menjalankan pemerintahan dengan adil dan saksama, membela nasib rakyat negeri ini seluruhnya yang sentiasa mengharapkan untuk hidup di bawah naungan kasih sayang baginda.



Ya Allah, selamatkan sultan kami.



SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT.



“Islam Dijunjung


Raja Disanjung


Rakyat Dipayung”


DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!









xxxxxxxxxx






Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.


Read more...

Pintu Istana [4]-KDYMM Sultan Yahya Petra

>> Thursday, February 17, 2011








PINTU ISTANA

KDYMM SULTAN YAHYA PETRA [4]

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Foto-foto Almarhum KDYMM Sultan Yahya Petra yang disiarkan dalam Blog Pondok Rahmat ini adalah sebahagian daripada foto-foto yang terdapat dalam Koleksi Hj. Muhammad Zain Saleh. Foto-foto ini disiarkan sebagai rakaman sejarah dan kenangan kepada Almarhum Baginda Sultan Yahya Petra.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX




Bisik Pondok Rahmat

Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni

Read more...

Pintu Istana 3 -KDYMM -Sultan Muhammad V

>> Saturday, February 5, 2011








PINTU ISTANA

KDYMM SULTAN MUHAMMAD V


Foto-foto Sultan Muhammad ke-V yang disiarkan dilaman Blog Pondok Rahmat ini merupakan sebahagian daripada foto-foto yang terdapat dalam koleksi Hj.Muhamad Zain Saleh yang merupakan sebahagian pula daripada rakaman detik-detik sejarah negeri Kelantan Darulnaim.

Dilengkapkan pada 10 Februari 2011

Sila Klik:Pintu Istana [1] Tuanku Ismail Petra

Pintu Istana [2] DYMM Tengku Anis

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx










Bisik Pondok Rahmat:

Pautkan Iman. Hlurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.






Read more...

Pintu Istana [2] DYMM Tengku Anis-Dilengkap 14.3..2011

>> Thursday, January 27, 2011
















PINTU ISTANA[2]

DYMM TENGKU ANIS

Foto-foto DYMM Tengku Anis yang disiar dalam Blog Pondok Rahmat ini merupakan sebahagian dari foto-foto yang terdapat Koleksi Hj. Muhammad Zain Saleh. Ia merupakan rangkaian foto-foto berhubung dengan Keluarga Diraja Kelantan, sebuah institusi yang dihormati dan dimuliai. Setelah dilengkapkan pada 13 April 2011.


[Lihat "Pintu Istana [1] Tuanku Ismail Petra"]


Pintu Istana 3 -KDYMM-Sultan Muhamad V

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx















































Bisik Pondok Rahmat:

Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP