Showing posts with label Alam Semesta. Show all posts
Showing posts with label Alam Semesta. Show all posts

LANGIT KENAPA BERWARNA BIRU

>> Wednesday, April 4, 2018





LANGIT KENAPA BERWARNA BIRU

Sering-seringlah mendongak ke langit untuk melihat, dan meresapkan di hati keagungan, kebijaksanaan, kebesaran, kemuliaan Alllah.......terutama di lemon pagi, sore dan malam............






 
LANGIT adalah sebahagian daripada alam semesta yang luas ini.

Di dalam Kitab Suci ai Quran Allah banyak menyebut kata-kata langit dan juga bumi dalam berbagai bagai konteks.

Kita ungkap beberapa ayat daripadanya sekadar untuk renungan:

“Dia yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparaan, dan langit [serta segala isinya] sebagai bangunan  [yang dibina dengan kukuhnya”. Al-Balqarah [2]: 22.







Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di langit, yang mengandungi peristiwa perjalanan Rasulullah saw dari Baitullah ke Baitul Maqdis dan dari Baitul Maqdis ke Sidratul  Muntaha di atas langit ke tujuh.

Allah SWT menyebut di dalam al Quran Dia menciptakan tujuh lapis langit.

Allah SWT juga menyebut tentang para Malaikat yang sibuk turun naik dari langit ke bumi dan dari bumi ke langit kerana melaksanakan tugas mereka masing masing. Satu hari kadarnya sama dengan 50,000 tahun.



  
Sebenarnya kita sering melihat langit di atas kepala kita dalam berbagai- bagai, waktu dan keadaan, siang atau malam.

Justeru itu, telah timbul berbaga-bagai pertanyaan tentang langit dan juga perkara prkara yang berkaitan dengan langit.

Dalam tulisan singkat ini saya hanya bermaksud untuk menghuraikan sedikit sahaja mengenai kenapa langit biru, dan mengenepikan perkara-pperkara  lain.

KENAPA LANGIT BIRU

Kebanyakannya bila kita mendongak ke langit, terutama di waktu siang yang cerah kita nampak langit biru, hanya kadang-kadang atau di waktu-waktu tertentu sahaja kita melihat langit tidak biru.




Justeru ramai dari kita percaya dan beranggapan bahawa warna langit adalah biru seperti yang kelihatan, Dalam hal ini ada beberapa lagu populer tentang langit biaru.

Apakah langit itu sebenarnya berwarna biru

Jawapannya tidak. Pada dasarnya lLangit tidak berwarna. Yang kelihatan biru itu bukannya warna langit. Tapi ia sebenarnyta warna cahaya dari pancaran cahaya matahari.

Matahari mempunyai beberapa warna yang penting,iaitu tujuh warna termasuklah warna biru. Namun pada mata kita matahari itu kelihatan putih. Lain-lain warna matahari yang kelihatan berasingan ialah merah, jinga, kuning, hijau ungu dan biru nila, iaitu warna-warna yang kelihatan pada pelangi.




 
Mengikut kajian sains, warna biru itu lebih cepat dan lebih banyak berhamburan dari warna-warna yang lain, seperti warna merah misalnya, kerana ia bertebar dalam gelumbang-gelumbang yang pendek dan kecil-kecil yang menyebabkan langit kelihatan berwrna biru.

Ini berlaku kerana habuk-habuk yang ada dalam atmosfere bumi yang memberi kepada cahaya matahari, juteru itu bila cahaya matahari itu berada di luar di atmosfere bumi, warna biru tidak kelihatan lagi di langit, dan yang kelihatan ialah warna hitam dan sebagainya dari benda-benda yang ada di langit.

Di waktu-waktu tertentu pula, seperti di waktu senja, kaki langit kelihatan berwarna merah dan kuning, kerana pada waktu itu warna biru telah tersingkir jauh dari garis-garis pengelihatan. Pada waktu hujan pula langit kelihatan hitam. Kadang-kadang pula langit itu kelihatan gelap pekat.

 



 
Di samping itu banyak tempat-tempat di dunia ini kerana pencemaran udara menyebabkan berlakunya jerebu yang menyebabkan langit kelihatan biru muda dan putih susu.

Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda [kekuasaan, kebijaksanaan, dan kekuasaan rahmat Allah bagi orang orang yang berakal”. Ali Imran [3] :191.

Dan, “Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda tanda [yang membuktikan kekuasaan Allah] bagi orang-orang yang beriman”.Al Jaatsiyah [45]- 3.

Malah pada peghujung hayat dunia, iaitu pada hari Kiamat langit akan bertukar warna menjadi merah bunga mawar sebagaimana firman Allah SWT:

“Selain itu [sungguh negeri] ketika langit pecah belah lalu menjadilah merah mawar, berkilat seperti minyak”.  Ar. Rahman [55]:37

Demikianlah sedikit untuk renungan para pembaca yang dihormati, semoga memberi manfaat.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput,, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.





Read more...

BULAN JATUH KE RIBA

>> Wednesday, March 22, 2017





BULAN JATUH KE RIBA

Allah berfirman, maksudnya:

“Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahri dan bulan sujud kepadaku”. Yusuf [12]:4


Bulan telah dijadikan Allah sejak ribuan tahun yang lampau lagi. Bergautan di langit bersama matahari dan bintang-gumintang.

Ia tersembul di angkasa sejauh 384,400 km daripada planet bumi tempat kita tinggal ini, isipadunya 7.35e22 kg, dan ukuran lilitnya 3476 km. dan ia mengelilingi planet bumi setiap sebulan sekali untuk satu pusingan. Bulan merupakan satelit semula jadi yang berkekalan pada bumi.

Mungkin sejak ribuan itu lagilah makhluk-makhluk Allah menjadikan bulan berbagai-bagai perlambagaan dalam hidup mereka.

-bulan sebagai lambang kecantikan seseorang wanita.

-bulan sebagai lambing cinta dan kasih sayang.

-bulan sebagai lambang kekecewaan dalam percintaan yang tidak kecapaian.

Pada masa lalu ada sebuah lagu nyanyaian seniman P.Ramlee yang termasyur dengan jodol Engkau Laksana Bulan yang antara lereknya  seperti berikut:

Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan

Oh1 Tuhanku
Mengapakah
Kau bezakan hidupku
Oh! Tuhanku
Mengapakah manusia begitu





Demikianlah romantisnya bulan yang bersinar di angkasa itu.

Antara wajah bulan yang diukir sebagai perlambangan dalam berbagai-bagai jurusan hidup seharian manusia ialah:

Antaranya:

-Bagai Bulan Kesiangan
Membayangkan muka seseorang wanita, khususnya anak perawan yang pucat kerana kekurangan tidur pada waktu malam.

-Bagai Bulan Empat Belas
Menggambarkan wajah seorang wanita muda, yang cantik, bundar dan berseri-seri.

-Bagai Bulan Dipagar Bintang
Menujukkan sesuatu yang memang amat selaras atau sepadan atau serasi antara satu sama lain. Pagar bulan dipagar bintang, sama cantik sama padan.

-Seperti Bulan Dengan Matahari
Ia menggambarkan seseorang lelaki dan seorang wanita yang sepadan terutama dari segi rupa parasnya, sama-sama cantik, sama padan dan jua sesuai perjodohannya.

-Seperti Bulan Jatuh Ke riba
Menujukkan keuntungan yang besar atau istimewa atau luar biasa yang diperolehi oleh seseorang.

-Seperti Bulan Dimakan Ru
Ia menggambarkan tentang ralik atau asyiknya seseorang lelaki mendakap atau memeluk wanita yang dikasihinya dengan penuh perasaan.

-Seperti pungguk rindukan bulan
Cinta seseorang lelaki yang kecewa kerana beberapa sebab, seperti kerana kemiskinan dan sebagainya, kerana itu hatinya amat pilu dan sedih.

Dalam kiasan pula:

-Sudah makan bulan
Maksudnya sudah terlewat atau melepasi bulan sesuatu yang harus dilakukan atau terjadi, seperti wanita menngandung yang masih belum bersalin, walaupun sudah melepasi bulan yang sewajarnya dia bersalin, atau hutang yang lewat dibayar tidak mengikut masa yang dijanjikan.-

-Lewat Bulat
Maksudnya seperti “makan bulan”.

-Anak Bulan
Awal bulan. Biasanya melihat anak bulan untuk menentukan hari mulai berpuasa atau hari raya pada sesuatu waktu.

-Datang Bulan
Maksudnya wanita yang kedatangan haid.

-Mari Bulan:
Ertinya sama dengan dating bulan

-Gaji Bulan
Maksudnya gaji yang dibayar sebulan sekali; bukannya seminggu sekali atau setiap hari [gaji harian] dan sebagainya.

-Bulan Sabit
Keadaan bentuk bulan pada permulaan awal bulan kedaannya seperti sebilah sabit jika dilihat dari bumi.

-Nyiur [kelapa] makan di bulan
Buah kelapa atau nyiur yang rosak atau masam sedikit isi di bahagian kepalanya walapun masih belum dikoyak sabut atau kulitnya.

Sebenarnya di dalam al-Quran ada beberapa ayat lagi Allah berfirman tentang bulan, antaranya:

“Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan bintang-bintang dan Dia juga menjadikan padanya matahari dan bulan yang bersinar”.Al-Furqan[25]; 61

Sekian sekadar untuk renungan.

Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.

                                                      


Read more...

TANAM-TANAMAN JUGA PERLUKAN KASIH SAYANG

>> Friday, January 13, 2017








TANAMAN-TANAMAN ANDA MEMERLUKAN KASIH SAYANG UNTUK HIDUP


Semua tanaman-tanaman yang anda tanam, secara kecil-kecilan atau besar-besaran memerlukan belaian dan kasih sayang untuk hidup dan dan subur.


Para petani yang lumrah dengan tanam-tanaman memang amat mengetahui untuk hidup subur dan mengeluarkan hasil, semua pokok-pokok yant mereka tanam, memerlukan layanan yang sewajarnya, antaranya memerlukan baja dan air yang memadai dan dan melindunginya dari ancaman atau serangan makhluk-makhluk perosak.


Tapi untuk hidup dengan lebih subur lagi, mengikut kajian sains, tanam-tanaman anda bukan sahaja memerlukan baja dan air, tapi seperti makhluk manusia juga, memerlukan kasih sayang, iaitu pujuk rayu, dan belaian manja yang menyenangkan serta memperdengarkan lagu-lagu yang lonak merdu.


Ini adalah hasil kajian sains yang pernah  dijalankan di luar negara. Dalam kajian tersebut pokok-pokok gandum di sebuah ladang di Ontario, Kanada dilaporkan tumbuh dengan subur setelah diperdengarkan dengan lagu-lagu gisikan biola yang menyenangkan.


Demikian juga dengan pokok-pokok gandum di sebuah ladang di Normal, Illonois dilapor mengeluarkan hasil yang lebih baik setelah diperdengarkan lagi dengan sebuah lagu yang populer, iaitu “Silver Threads Am,ong The
Gold”.


Laporan kajian ini telah dibuat oleh seorang Assosiat Proffesor di Station Ujian Pertanian Ohio di Wooster, Ohio.


Demikian juga pelajar-pelajar di Junoir High School, North Olmstead  pernah menjalankan ujian secara sainstifik mengenai kesan-kesan antara kata-kata dan musik-musik yang kasar dan lemah lembut terhadap tanaman, Dalam ujian tersebut sebanyak 15 biji kacang lima telah diuji dalam masa 15 minit, setiap malam, untuk selama 2 minggu. Kacang-kacang itu dibahagi-bahagikan kepada 4 bahzgian, tiap satu bahagian mengandungi 3 biji kacang untuk diuji, dan sebiji kacang lagi dijadikan “penentu”.


Sebiji kacang “penentu” itu tidak diperdengarkan sebarang kata-kata ataupun musik. Tapi biji-biji kacang selebihnya itu diperdengarkan dengan gisikan biola Hungarian, rekod lagu Beatle, kata-kata yang berupa maki hamun dan juga kata-kata yang berupa pujuk rayu dan kasih sayang.


Tahukah anda apakah hasilnya?


Biji kacang lima yang diperengarkan dengan kata-kata belaian kasih sayang didapai tumbuh dengan lebih subur daripada biji kacang yang lain.


Biji-biji kacang yang diperdengarkan dengan gisikan biola pula lebih cepat tumbuh daripada biji-biji kacang yang diperdengarkan dengaan musik rancak, Beatle.


Sebaliknya biji-biji kacang yang diperdengarkan dengan kata-kata kutukan dan cacian hampir tidak mahu tumbuh dan kurus kering keadaannya.


Tentulah amatlah wajar kalau tanam-tanaman memerlukan kasih sayang daripada manusia, sebab menyintai tanam-tanaman atau kebun ladang adalah merupakan sebahagian daripada berbagai-bagai fitrah  manusia.


Allah berfirman,
“Dihiaskan [dan dijadikan indah] kepada manusia kesukaan kepada benda yang diingin nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak berpikiul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia ini. Dan [ingatlah] pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya, iaitu syurga”. –Ali-Imran:14.


Ayat suci itu dengan jelas menunjukkan bahawa menicntai tanam-tanaman adalah sebahagian daripada naluri semula jadi manusia, justeru itu memanglah wajar andainya tanam-tanaman itu menagih kasih sayang dari mereka.

Bagaimana andainya para petani kita bila turun ke sawah atau ke bendang untuk menabur benih atau mencedung padi memainkan musik-musik yang merdu untuk menghiburkan hati mereka dan serentak itu juga menghiburkan tanam-tanaman mereka supaya tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang lebih lumayan.


Dan bagaimana pula ketika menyiram pokok-pokok bunga di laman rumah, anda ucapkan kata-kata yang lemah lembut, rasa rindu dan kasih sayang anda kepada mereka, ataupun anda dendangkan lagu-lagu tertentu dengan suara yang merdu. Sambil menghibur hati, sambil menghibur tanam-tanaman anda. Dan tenguklah sendiri hasilnya nanti.


Atau sebagai seorang Muslim anda perdengarkan ayat-ayat suci al-Quran atau anda bersalawat untuk mereka mendengarnya.


Tapi awas janganlah terlalu leka dengan melayan dan menyiram pokok-pokok bunga, dan mendendang lagu-lagu untuknya sehingga azan Maghrib telah lama bergema anda masih lagi menyanyi dan menyiram pokok-pokok bunga anda, membelai kasih dengan mereka. Saya percaya jika anda berbuat demikian, maka pokok-pokok itu tidak lagi akan mencintai anda dengan sewajarnya, malah sebaliknya akan mengutuk anda, kerana menjadi manusia yang tidak mengenang budi kepada Allah Yang Maha Pencipta.


Walau bagaimanapun, idea ini kalau anda mahu, bolehlah anda mencubanya, kerana ianya tidak merugikan anda apa-apa, mana tahu kalau ia berjaya, anda akan menjadi lebih gembira dan bersyukur kepada Allah SWT. Insyallah.



Lorong Masjid a-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
Kota Bharu, Kelantan.



Read more...

MENTADAK ANTARA SAYANG DAN BENCI

>> Thursday, November 24, 2016






MENTADAK:ANTARA SAYANG DAN BENCI

Mentadak adalah sejenis serangga, tapi tidak begitu populer di sesetengah tempat, keRana sukar untuk menemuinya, tidak seperti belalang, semut dan seumpamanya.



              Mentadak-Emakmu Tidur Macam Mana?

Kira-kira sebulan lepas saya terbaca sebuah artikel pendek mengenai mentadak yang tersiar dalam sebuah majalah luar negara. Usia majalah itupun telah bertahun-tahun berlalu.

Dalam tulisan singkatnya, seorang lelaki Barat menceritakan bagaimana dia tertarik hati dengan mentadak dan memeliharanya dengan penuh kesayangan. Mentadak itu diletakkan dalam sebuah sangkar khusus, diberikan makan dan dilayan dengan sebaik-baiknya setiap hari.

Katanya setiap hari dia melayan mentadak itu dengan bnaik, melihat dan memerhati gerak gerinya yang menarik dan “berkomunikasi” dengannya?

Katanya dia terpesona dengan tingkah laku mentadak peliharaannya itu dan katanya, kadang-kadang menonjolkan sikap lebih baik dari sikap sesetengah manusia yang pernah ditemuinya.

Sayangnya majalah tersebut tidak dapat saya temui hari ini kerana mungkin berada dalam timbunan majalah-majalah lama yang masih belum terurus dengan baik di rumah saya. Justeru saya tidak dapat memungut dengan agak detail apa yang diujarnya tentang mentadak, makhluk kecil ciptaan Allah ini.

Sesungguhnya semua makhluk adalah ciptaan Allah, baik kecil atau besar. Allah berfirman, “Dan tidak ada seekor binatang pun yang ada dibumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sasyapnya, melainkan semunya merupakan umat-umat [juga] sseperti kamu. Tidak ada sesuatu pun yang Kami luputkan di daslam Kitab, kemudian kepada Tuhan mereka dikumpulkan”.Al-An’Am [6]:38.


Tapi dua tiga hari yang lepas, ketika saya sedang sarapan pagi sendirian, salah seorang cucu saya, N.Syyafia datang dan duduk di seblah saya sedang makan. Dia hanya melayan saya berbual-bual sepatah dua ketika saya makan. Memang begitu kebiasaannyanya suka berbual-bual ketika saya makan, malah suka pula makan bersama saya jika saya makan sendirian dengan membawa makanannya ke meja tempat saya makan.

Tiba-tiba ketika dia asyik bercakap-cakap sambil memerhati saya makan itu, dia memekek dan melolong ketakutan, dengan badannya mengiggil.

“He takut! Takut!”, serunya sambil   menyapu dengan kuat lengan bajunya yang pendek.

Ibunya yang kebetulan berada tidak berapa jauh dari situ segera menghampirinya yang telah pun berdiri sambil menjerit-jerit ketakutan itu.

“Apa ni?”, katanya sambil memereksa lengan anak perempuannya itu.

“Allah mak, mentadak. Ia tidak gigit orang”, lalu  mengkebas mentadak itu dari lengan anaknya.

Walaupun mentadak telah lesap entah ke mana tapi cucu saya itu masih dalam truma ketakutan, dan menangis terisak-isak, walaupun dipujuk oleh ibunya yang tersenyum melihat telatah anaknya itu.

Walau bagaimanapun akhiryang dia tenang kembali, dan isak tangisnya pun mulai mereda dan menghilang. Kemudian saya panggil dia duduk di sebelah saya atas kerusi dan memeluknya untuk memberi keyakinan tidak ada apa-apa bahaya yang akan menimpanhya.

Dan berharap dia tidak lagi akan takut di masa akan datang bila melihat dan dihampiri mentadak.
Demikianlah dua kisah mengenai mentadak yang berbeza-beza antara sayang dan benci ketakutan, dari jenis manusia yang juah berbeza bangsa dan usianya.

Saya lalu terkenang semasa saya kanak-kanak dulu, jika kami menemui mentadak, biasanya di atas rumah, kami tidak akan melepas kesempatan untuk bergurau dengannya.



                             Syyfia dan Alifah

Maka berlakulah komunikasi antara kami dengan mentadak yang dipercayai dapat memahami apa yang kami, kanak-kanak ucapkan kepadanya.

Seringnya kami akan bertanya kepada mentadak, “Mentadak-mentadak bagaimana emak kamu tidur?”, atau “Mentadak-mentadak bagaimana ayah kamu tidur”.

Pertanyaan itu akan diulang berkali-kali sehingga kami merasa ia telah menjawab dengan gerak gerinya.

Gerak geri mentadak secara kebetulan itu yang kami anggap dia telah menjawab pertanyaan kami, “Ha tengok tu dia dah beritahu bagaimana emak dia tidur”.

Kemudian kami bertanya lagi mengenai ayahnya, saudara-saudaranya,  semunya pertanyaan mengenai bagaimana mereka tidur.

Selepas itu kami biarkan dia berlalu, tanpa mengusiknya atau menganggunya.

Demikianlah kisah kami di zaman kecil dengan mentadak yang masih menjadi kenangan yang menyenangkan hingga sekarang.

Wallahu’aklam.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.


 





Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP