BULAN JATUH KE RIBA
>> Wednesday, March 22, 2017
BULAN JATUH KE RIBA
Allah berfirman, maksudnya:
“Ingatlah ketika
Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat
sebelas bintang, matahri dan bulan sujud kepadaku”. Yusuf [12]:4
Bulan telah dijadikan Allah sejak ribuan tahun yang
lampau lagi. Bergautan di langit bersama matahari dan bintang-gumintang.
Ia tersembul di angkasa sejauh 384,400 km daripada planet
bumi tempat kita tinggal ini, isipadunya 7.35e22 kg, dan ukuran lilitnya 3476
km. dan ia mengelilingi planet bumi setiap sebulan sekali untuk satu pusingan. Bulan
merupakan satelit semula jadi yang berkekalan pada bumi.
Mungkin sejak ribuan itu lagilah makhluk-makhluk Allah
menjadikan bulan berbagai-bagai perlambagaan dalam hidup mereka.
-bulan sebagai lambang kecantikan seseorang wanita.
-bulan sebagai lambing cinta dan kasih sayang.
-bulan sebagai lambang kekecewaan dalam percintaan yang
tidak kecapaian.
Pada masa lalu ada sebuah lagu nyanyaian seniman P.Ramlee
yang termasyur dengan jodol Engkau
Laksana Bulan yang antara lereknya seperti berikut:
Engkau laksana
bulan
Tinggi di atas
kayangan
Hatiku dah kau
tawan
Hidupku tak keruan
Oh1 Tuhanku
Mengapakah
Kau bezakan hidupku
Oh! Tuhanku
Mengapakah manusia
begitu
Demikianlah romantisnya bulan yang bersinar di angkasa itu.
Antara wajah bulan yang diukir sebagai perlambangan dalam
berbagai-bagai jurusan hidup seharian manusia ialah:
Antaranya:
-Bagai Bulan Kesiangan
Membayangkan muka
seseorang wanita, khususnya anak perawan yang pucat kerana kekurangan tidur
pada waktu malam.
-Bagai Bulan Empat Belas
Menggambarkan wajah
seorang wanita muda, yang cantik, bundar dan berseri-seri.
-Bagai Bulan Dipagar Bintang
Menujukkan sesuatu
yang memang amat selaras atau sepadan atau serasi antara satu sama lain. Pagar
bulan dipagar bintang, sama cantik sama padan.
-Seperti Bulan Dengan Matahari
Ia menggambarkan
seseorang lelaki dan seorang wanita yang sepadan terutama dari segi rupa
parasnya, sama-sama cantik, sama padan dan jua sesuai perjodohannya.
-Seperti Bulan Jatuh Ke riba
Menujukkan
keuntungan yang besar atau istimewa atau luar biasa yang diperolehi oleh
seseorang.
-Seperti Bulan Dimakan Ru
Ia menggambarkan
tentang ralik atau asyiknya seseorang lelaki mendakap atau memeluk wanita yang
dikasihinya dengan penuh perasaan.
-Seperti pungguk rindukan bulan
Cinta seseorang
lelaki yang kecewa kerana beberapa sebab, seperti kerana kemiskinan dan
sebagainya, kerana itu hatinya amat pilu dan sedih.
Dalam kiasan pula:
-Sudah makan bulan
Maksudnya sudah
terlewat atau melepasi bulan sesuatu yang harus dilakukan atau terjadi, seperti
wanita menngandung yang masih belum bersalin, walaupun sudah melepasi bulan
yang sewajarnya dia bersalin, atau hutang yang lewat dibayar tidak mengikut
masa yang dijanjikan.-
-Lewat Bulat
Maksudnya seperti
“makan bulan”.
-Anak Bulan
Awal bulan. Biasanya
melihat anak bulan untuk menentukan hari mulai berpuasa atau hari raya pada
sesuatu waktu.
-Datang Bulan
Maksudnya wanita
yang kedatangan haid.
-Mari Bulan:
Ertinya sama dengan
dating bulan
-Gaji Bulan
Maksudnya gaji yang
dibayar sebulan sekali; bukannya seminggu sekali atau setiap hari [gaji harian]
dan sebagainya.
-Bulan Sabit
Keadaan bentuk bulan
pada permulaan awal bulan kedaannya seperti sebilah sabit jika dilihat dari
bumi.
-Nyiur [kelapa] makan di bulan
Buah kelapa atau
nyiur yang rosak atau masam sedikit isi di bahagian kepalanya walapun masih
belum dikoyak sabut atau kulitnya.
Sebenarnya di dalam
al-Quran ada beberapa ayat lagi Allah berfirman tentang bulan, antaranya:
“Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan
bintang-bintang dan Dia juga menjadikan padanya matahari dan bulan yang
bersinar”.Al-Furqan[25]; 61
Sekian sekadar untuk
renungan.
Lorong Masjid
al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
Pasir Tumboh,
Kota Bharu,
Kelantan.
0 comments:
Post a Comment