PERKONGSIAN HIDUP DALAM ISLAM

>> Monday, March 6, 2017





PERKONGSIAN HIDUP DALAM ISLAM

Oleh: Ustazah Selamah Hassan

Perkongsian hidup antara lelaki dan perempuan untuk membentuk keluarga bagi mencapai kejayaan dan mengekalkan kebahagian di dalam rumahtangga di bawah bendera keadilan dan perdamaian yang saling bertolak ansur dan bertimbang rasa mengikut asas-asas yang diluluskan oleh Syariat Islam maka di antara kedua-dua pihak [suami isteri] terhak di atasnya kewajipan-kewajipan yang mesti ditunaikan.



         Atok dan cucu


KEWAJIPAN SUAMI TERHADAP ISTERI

Setengah daripada kewaipan suami sebagai ketua di rumahtangga terhadap isterinya adalah:

1.Memimpin atau menjaga, kerana suami adalah sebagai ketua terhadap isterinya untuk memberi jagaaan yang sempurna juga memberi ajaran-ajaran dan nasihat-nasihat yang membena secara berlemah lembut kiranya didapati isterinya melakukan kesalahan dan tidak melakukan perkara-perkara yang menyakiti hati isterinya.

2. Memberi nafkah [perbelanjaan] yang cukup setelah melakukan akad nikah mengikut pendapatannya yang bersesuaian dengan tarafnya. Tetapi janganlah pula terlampau membazir [boros] dan kedekut [lokek]  di antara jenis-jenis nafkah yang yang dipertanggungjawabkan ke atas suami seperti menyediakan rumah tempat tinggal, memberi pakaian dan makanan yang cukup.

3.Pergaulan dengan isterinya hendaklah dengan baik dan penuh mesra dan berperikemanusiaan, kerana nabi kita Muhammad SAW bersabda bagaimana maksudnya, “Kesempurnaan iman seseorang Mukmin itu ialah mereka yang berperangai baik dan elok pergaulan dengan anak isterinya”.

4.Hendaklah suami mengajar isterinya [kiranya isteri tidak daripada orang yang terpelajar]  alam yang berguna terutama alam-alam yang bersangkutan dengan ugama Islam supaya imamnya teguh dan akedahnya bertambah kuat untuk membuat amal ibadat dengan sempurna seperti berperangai baik, bercampur gaul dan mengerti segala tanggungjawabnya sebagai seorang isteri untuk menjaga anak-anak dan mengurus rumahtangga dengan sempurna.

5.Berlaku keadilan kiranya beristeri lebih dari satu, dari segi tempat tinggal, makan minum, pakaian dan bermacam-macam nafkah lain yang mesti semuanya disamaratakan segala-galanya.
6.Hendaklah memberi keizinan kepada isterinya untuk menziarah ibu bapanya pada taiap-tiap seminggu sekali dan menziarahinya sekurang-kurangnya setahun sekali juga memberi keizinan untuk isteri menjaga ibu bapanya kiranya terlampau tua atau sakit yang mana tidak ada orang lain menjaganya.

KEWAJIPAN ISTERI TERHADAP SUAMI

Rencana ini dipetik daripada Majalah Perempuan Kelantan Cawangan Kota Bharu, Tahun 2, Bilangan 2 Ogos 1969. Penulisnya Allahyarhmah  Ustazah Selamah Hasan, lebih dikenali sebagai Ustazah Cik Selamah, di kalangan orang ramai,  dan Kak Mah di kalangan orang-orang yang lebih muda dan rapat dengannya. Semasa hayatnya beliau adalah seorang pendidik, pendakwah dan penggiat masyarakat terutama kaum wanita. Sewaktu rencana ini ditulis beliau adalah salah seorang daripada penolong penyunti majalah yang berbentuk stenselan itu.

Oleh kerana suami adalah  sebagai ketua terhadap isteri mengikut kejadian tabiat semula jadi lagi berkuasa di atas isteri mengikut landasan-landasan yang tertentu yang diwajibkan dalam Sharia’at Islam maka kewajipan di atas isteri adalah seperti berikut:
1.Perintah dan suruhan suami hendaklah ikut dan taat pada perkara yang tidak membawa maksiat dan kedurhakaan terhadap Allah dan Rasul, seperti mengurus rumahtangga, menjaga anak pinak, tidak keluar dari rumah melainkan dengan keizinan suami, begitu juga tidak membelanja harta suami melainkan dengan keizinan suaminya.

2.Menjaga kehormatan dan maruah dirinya di dalam dan di luar rumah tangga suaminya, tidak layak bersolek dan menghiaskan diri melampau batasan dan tidak melampaui batas adab dari segi gerak geri dan percakapan di luar pandangan suaminya, kerana Tuhan ada berfirman dalam kitabnya yang mulia yang bererti, “Hendaklah kamu [isteri-isteri] tetap di rumah-rumah kamu dan jangan kamu bersolek [berhias] melampaui batasan seperti wanita-wanita jahiliah pada masa dahulu kala”.

3.Hendaklah bersidat memada dengan pendapatan msuamnya dan jangan sekali memberatkannya dengan apa yang ia tak kujasa menunaikannya sama ada dari segi makanan, pakaian dan barang-barang perhiasan seperti emas, intan, berlaian bahkan hendaklah sentiasa bermanis muka dan melapangkan fikiran suami sekalipun ia tidak ada harta dan hendakjlkah menolong pada menjalankan pekerjaannnya kalau boleh dan bekuasa.

4.Hendaklah mengerti menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri yang baik dan bijak menguruskan rumahtangga, mendidik anak-anak dan mencari jalan memberi kelapangan dan kerihatan bagi semua keluarga rumahtangga, supaya tidaklah suami merasai berat tanggungjawabnya, ini adalah untuk membantu kemajuan dan mengukuhkan perkongsian hidup yang akan membina masyarakat aman tenteram untuk menju ke pantai bahagia.

Sedikit Nasihat Terhadap Ibuhapa

1.Janganlah sekali-kali ibu dan bapa mengawinkan anak-anaknya sebelum dada mereka dipenuhi dengan ilmu-ilmu pengetahuan terutama ilmu-ilmu ugama dan ilmu-ilmu yang berkait dengan kesihatan, urusan rumahtangga dan didikan juga supaya mereka faham dan mengerti tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri yang akan menjalankan tugasnya dengan sempurna.

2.Jangan kahwinkan anak-anak ibu atau bapa umurnya terlampau muda, maka sebaik-baik umur perkahwinan dari segi alam agama Islam ilmu kesihatan didikan dan mashyarakat bagi wanita tidak kurang daripada 18 ahun dan bagi lelaki tak kurang daripada 24 tahun.


Catatan:
Tulisan ini disiar bukan sahaja kerana kandungannya masih relevan dengan masyarakat hari ini, tapi sebagai kenangan-kenangan kepada penulisnya yang telah pergi buat selama-lamanya. Alfatihah untuk Allahyarhmah, dan semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.

Semasa hayatnya, beliam adalah seorang pendidik, pengiat masyarakat, dan pendakwah. Semasa menulis rencana ini beliau adalah salah seorang daripada penolong penyunting majalah tersebut bersama dengan Ustazah Rahimah binti Mohammad. Sementara penyuntingnya dipegang oleh Allahyarhmah Nik Zainab binti Hj. Abd. Karim.

Sekian.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP