Showing posts with label Kembara. Show all posts
Showing posts with label Kembara. Show all posts

STROK DAN CARA MELAYAN PESASKIT STROK

>> Saturday, August 19, 2017






STROK DAN CARA MELAYAN PESAKIT STROK



[Oleh:Shabnim Parker]

Saringan dari Muslim Views

South Africa,
January 2017

Rabi-Ul-Akhir 1438]




STROK mungkin satu-satunya nahas yang digeruni oleh orang muda dan orang tua.
         
Sejarah keluarga dan cara hidup yang buruk adalah tanda-tanda yang paling lumrah untuk diserang strok. Walaupun ketakutan dan persiapan dilakukan untuk menghdapi strok, tapi pada kenyataannya kadar ringan atau beratnya serangan strok itu tidak dapat diramalkan.

Sejauh mana kesan serangan strok itu amatlah berbeza-beza, ia mungkin ringan dan mungkin berat, dan sesetengahnya berakhir dengan kematian. Serangan strok yang ringan, pesakit pada umumnya menunjukan kesembuahan yang pantas pada sebahagian daripada anggota badannya.

Tanda-tanda yang paling jelas strok  ialah mungkin termasuk lengan atau kaki tidak berfungsi, mungkin percakapan tak jelas dan lumpuh pada muka. Kemerosotan yang lebih jelas mungkin termasuk perubahan perasaan, mungkin berlaku kelemahan pemikiran  dan kesulitan dalam daya ingatan.

          Apakah yang berlaku bila seseorang diserang srok

        Sebenarnya seluruh anggota sistem sokongan badan terlibat. Mengekalkan harga diri dan peranan kehidupan pesakit selalunya merupakan cabaran yang paling hebat. Sementara itu dari segi fizikalnya pesakit mungkin menunjukan kegagalan pada lengan dan kaki berfungsi atau  mukanya jatuh, tapi kesan-kesan terhadap fungsi jasmani biasanya jauh lebih berat.

          Bidang utama fungsi jasmani yang terguggat ialah pada umumnya penjagaan diri sendiri, pekerjaan dan rihat. Pemulihan yang  menjadi tumpuan kepada pesakit ialah untuk mengembalikan erti penyertaan mereka dalam kegiatan hidup seharian. Meneruskan nilai-nilai hidup yang unggul adalah menjadi tujuan utama pemulihan.
         
Kebolehan berjalan bukanlah pastinya menjadi tanda awal yang utama pencapaian kemajuan dalam pemulihan, sedangkan menjadi tumpuan utama kepada keluarga dan juga pesakit sendiri ialah mempunyai keinginan untuk berjalan kembali. Penggunaan kerusi roda yang bebas digunakan sendiri oleh pesakit biasanya dapat membantu pesakit menikmati nilai-nilai hidup yang lebih baik daripada pesakit-pesakit yang menghabiskan seluruh tenaganya dalam cara berjalan menggunakan tongkat dengan sebelah tangan tidak bebas untuk melakukan sesuatu. Ini biasanya sukar kepada famili untuk menerimanya dan pesakit selalunya dicap sebagai pemalas atau tidak bersedia untuk dipulihkan.

          Andainya semuanya itu telah menjadi perhitungan, maka apakah lagi asas yang keluarga boleh mengharap dan perlu diperhitungkan bila seseorang yang mereka kasihi diserang strok.

          Perkara penting yang perlu diingatkan ialah tidak ada dua orang, walapun mempunyai gambaran klinikal   penyakit yang serupa, akan sembuh dengan cara yang sama. Janganlah buat perbandingan. Sebab strok itu menyerang mungkin sama, tapi bahagian otak yang  terkesan mungkin jauh berbeza.

          Peribadi awalan pesakit yang lemah  juga mempengaruhi penyembuhan, demikian juga taraf dorongan dan wawasan emosi pesakit mempengaruhi keadaan pesakit lelaki atau perempuan.

          Lumrahnya kegagalan kognitif mungkin termasuk kelemahan dalam ingatan, ruang perhatian, penyusunan  dan proses kemampuan dan aneka keahlian dalam bidang sosial pada umumnya. Ini mungkin menjadi gangguan penting kepada  prognosis dan usaha pemulihan.

Kesukaran persepsi mungkin terkesan ke atas sesuatu yang kecil sekalipun, seperti kemampuan untuk memakai pakaian dengan cara yang betul, menyikat rambut di hadapan cermin atau merancang untuk melakukan sesuatu perkara yang mudah sekalipun.

Andainya percakapan terkesan, baik dari segi penerimaan dan atau penyampaiannya sekali, mungkin menjadi cabaran. Pesakit yang mengalami kesukaran bercakap biasanya  menunjukkan beberapa tahap kehampaan. Keluarga perlu melaksanakan pengendalian yang sedia ada  dan berprinsip untuk mengatasi kelemahan dan kehampaan ini.

Dapatkan panduan daripada doktor anda untuk membataskan kehampaan yang tidak perlu dengan pesakit.

Menjaga pesakit strok adalah satu cabaran. Perkara utama untuk diminta nasihat termasuklah pencegahan keselamatan, re-integration kemasyarakatan, pengurusan jasmani, mengguna dan mengurus sebuah kerusi roda, jika wajar, dan kesukaran dalam memberi makan.

Perkara utama yang perlu dikekalkan ialah harga diri pesakit. Ingatlah seorang ibu yang diserang strok  masih juga seorang ibu, dan dia patut dibiarkan memainkan peranan hidupnya sebagai biasa.

Sementara keluarga selalu berfikir bahawa mereka memerlukan kekuatan jasmani, penjagaan yang ketat untuk mengurus pesakit strok, tapi mengurus pesakit strok tidaklah sekeras itu, malah memerlukan lebih kelembutan  dari itu. Menjaga keperibadian pesakit strok sebenarnya amat penting.

Bagaimanakah caranya kita mengenali pesakit strok untuk dipulihkan.

Adalah penting kepada setiap pesakit diperiksa dengan teliti. Lumrahnya, bila pesakit telah stabil dari segi perubatan, maka pasukan pemulihan boleh melakukan proses pemulihan. Amatlah penting untuk diketahui sejauh mana wujudnya perkhidmatan pemulihan pesakit strok. Perkhidmatan ini biasanya bergantung kepada institusi yang lain.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.





Read more...

LEBUHRAYA TIMUR BARAT DALAM KENANGAAN

>> Saturday, May 20, 2017










LEBUHRAYA TIMUR-BARAT MENGUSIK  KENANGAN


Kali ini sudah beberapa kali saya melalui Leburaya Timur Barat atau sebutan ringkas para pengguna ialah “Jalan Grik” atau “Jalan Jeli” yang menghubungkan antara Pantai Timur dan Pantai Barat.


Kadang-kadang saya memandu sendiri kenderaan, dan kadang-kadang saya menjadi penumpang yang kenderaannya dipandu oleh orang lain, samada kenderaan awam atau kenderaan sendiri, seperti hari ini.


               Panaroma dari lebuh raya

Jalanalan baru ini memendekkan perjalanan ratusan kilometer untuk sampai dari Pantai Barat ke Pantai Timur. Sebelum itu jalan ke dari Pantai Barat ke Pantai Timur yang bermula dari Alor Star Kedah, ke Kota Bharu, Kelantan sejauh kira-kira 1,000 km. Tapi hari ini telah amat jauh berkurangan.



                 Di pinggir lebuh raya


Hari itu kami berhasrat pergi ke Parit Buntar Perak, kerana tujuan-tujuan yang tertentu selain daripada mengukuhkan silaturahim keluarga.

Tidak banyak perubahan yang berlaku pada jalan yang panjang itu. Ia masih mempunyai dua tempat rihat yang popular, iaitu Titi Wangsa dan Grik, sementara di Tasik Banding ada sebuah hotel yang belum pernah kami pijak walaupun sudah lama didirikan di tebing sungai itu.

Seperti menjadi lumrah, dalam sesuatu usaha, terutama kerja-kerja besar, seperti pembinaan Lebuh Raya Timur Barat ini, selain dari perbelanjaan juga terpaksa menghadapi berbagai-bagai rintangan, dan salah satu daripadanya berupa ancaman komunis yang masih aktif sepanjang tahun-tahun tersebut.

Salah satu ancaman komunis ke atas kemajuan  lebuh raya itu ialah serngan yang mereka lakukan pada tgahun 1981 yang menimpakan kerosakan yang bukan sedikit pula.

Sejak kebelakangan ini sebuah batu peringatan mengenai sejarah pembinaaan lebuh raya itu telah dibina di suatu kawasan di pinggir sebuah cerung dan di kaki bukit untuk perhatian sesiapa sahaja yang berminat. Ramai pelalu-pelalu lebuh raya itu kelihatan berhenti melihat-lihat dan berfoto kenangan di situ.

Untuk memendekkan bicara saya kutip sepenuhnya kenytaan bekas Menteri Besar Kelantan, waktu itu, Dato’ Muhammad Yacob selaku Pengarah keselamatan Negeri, yang teks ucapan asalnya masih ada dalam simpanan saya. Walaupun singkat, tapi cukup sekadar mengandungi maklumat-maklumat penting mengenai kejadian tersebut.

Beginilah bunyi kenyataan seingkat beliau sepenuhnya:


 
Batu peringatan lebuh raya


Kenyataan Akhbar Oleh YAB Dato’ Menteri Besar Kelamntan Selaku Pengarah Gerakan Negeri Berkaitan Dengan Kejadian Di Batu 161/2 Pada 15.3.81 Di Lebohraya Timor Barat

“Kejadian berlaku pada 15.3.81 jam 7.50 pagi. Pada hari itu seramai 9 orang pekerja JKR Lebuhraya dari Kem Batu 141/2 telah dalam perjalanan ke tempat kerja mereka di batu 29 dan 24 dan di batu 161/2  mereka telah diseranghendap oleh sekumpulan 4 atau 5 orang pengganas komunis. Letupan bermula dari jerangkapsamar yang dilanggar oleh lori itu di jalan raya tersebut diikuti dengan tembakan daripada M79 dan seterusnya tembakan daripada senjata rifle M16, Kesemuanya 4 jerangkap samar telah dilanggar.



Kenyataan bertulis




Plantun tentera yang berpangkalan batu 17 berhampiran tempat kejadian telah terdengar bunyi tembakan tersebut dan telah datang segera memberi bantuan tembak balas. Tembak menembak berlaku selama 5 minit.

Dalam kejadian tersebut 6 pekerja JKR telah mendapat cedera, 5 dari mereka mendapat cedera ringan dan dirawat di Hospital Daerah Tanah Merah manakala satu lagi cedera parah dan telah dimasukkan ke Hospital Besar, Kota Bharu dan keadaannya diberitakan terselamat dari bahaya.




               Papan kenyataan lebuh raya

Kejadian ini dipercayai berlaku hasil daripada penyerahan diri Musa Ahmad dan keluarga, Pengerusi Parti Komunis Malaya. Pihak komunis khasnya daripada Rejimen ke-10, yang berpengkalan dan berselindung di kawasan Weng Selatan Thailand adalah sekarang dalam keadaan gelisah, putus asa dan terlalu terdesak. Mereka merasa kecewa kerana penyerahan diri ini akan menjatuhkan moral mereka dan menghilangkan kepercayaan terhadap diri sendiri. Mereka telah mengeluarkan beberapa arahan dan penafian palsu terhadap penyerahan Musa Ahmad dan keluarga.






Sebuah perhentian di lebuh raya


Tambahan lagi tekanan daripada pihak kerajaan yang telah melancar dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti geraksaraf dan perangsaraf sejak akhir-akir ini di kawasan sempadan dalam menjatuhkan moral pihak pengganas komunis, telah dirasai oleh mereka dan keresahan ini telah menggerak mereka untuk melakukan apa sahaja hinggakan tergamak melakukan seranghendap terhadap orang-orang yang tidak berdosa, dan tidak berupaya melawan dengan tidak bersenjata, seperti pekerja-pekerja JKR tadi. Sifat pengecut ini bukan sahaja dikutuk oleh segenap rakyat malah menyakinkan lagi rakyat kepada betapa palsunya dakyah-dakyah komunis selama ini. Ini menunjukkan juga bahawa mereka tidak mendapat sokongan daripada rakyat, terutama daripada golongan orang-orang Melayu.


              Di Jeli


              Di perhentian Titi Wangsa


Selaku Pengerusi Gerakan Negeri, saya suka menegaskan sekali lagi sebagai mengulangi kata-kata Musa Ahmad bahawa perjuangan bersenjata komunis adalah sia-sia belaka. Oleh itu saya menyeru supaya pihak komunis menyerah diri dan balik ke pangkal jalan dan hidup bebas seperti rakyat biasa”.

               Di perhentian Titi Wangsa

Demikian kenyataan Allahyarham Dato’ Hj. Muhammad Yacob, Menteri Besar Kelantan selaku Pengarah Gerakan Negeri pada hari itu. Setidak-tidaknya dapat dijadikan sedikit bahan sejarah tanah air yang tercinta yang tidak sunyi daripada  berbagai-bagai macam cabaran sepanjang masa.

Walau bagaimanapun dengan izin Allah lebuh raya yang begitu besar manfaatnya itu kepada manusia siap juga dibina dan dapat memberi khidmatnya yang penting.



Taman Dahlia,
Parit Buntar, Perak.





Read more...

PASAR KEMBOJA DI PARIT BUNTAR

>> Thursday, May 18, 2017








PASAR KEMBOJA DAN JALAN PERMATANG PAK MAHAT


Pasar Kemboja memang terkenal di Parit Buntar, Perak. Pasar ini hanya dibuka sekali seminggu, iaitu pada hari Sabtu. Letaknya memanjang jalan Pematang Pak Mahat, di mana gerai-gerai atau bangsal-bangsal sementara dan sebagainya didirikan menjajari jalan tersebut, sehingga sesayup mata memandang.


              Jalan Permatang Tok Mahat- Pasar Kemboja


Saya difahamkan pada permulaannya beberapa tahun yang lalu, pasar ini diterokai oleh orang Kemboja yang berhijrah ke Malaysia, kerana itulah ianya dikenali dengan panggilan Pasar Kemboja, dan akhir-akhir ini kaum-kaum lain turut juga berniaga, terutama bangsa kita Melayu, dan dikenakan bayaran RM20 untuk satu petak kawasan niaga oleh pihak yang berkenaan, mengikut kenyataan yang dipajakkan di situ.


Selain dari di Parit Buntar, saya juga pernah menemui Pasar Kemboja di Pahang, dan di Selangor. Ini menunjukkan keaktifaan kaum Kemboja dalam meneroka  rezeki ketika berada di perantauan. Di Pahang di Pekan, sementara di Selangor, di Sungai Buloh. Pekan-pekan ini memang mendapat sambutan.


Waktu kami sampai pengunjung-pengunjung masih belum ramai. Namun kedatangan pengunjung hampir tidak putus-putus, dalam kumpulan dua atau tiga orang yang berjalan kaki. Mungkin tengah hari sedikit pengunjung-pengunjung  akan meningkat ramai, memenuhi pasar yang berbaris di tepi jalan Tok Mahat  itu.










Kebanyakan bahan-bahan yang dijual di pasar ini berupa pakaian, terutama pakaian wanita; kain berpasang, baju dan selubung, beraneka jenis. Makanan dan  minuman amat sedikit sekali. Yang ada ialah beberapa buah gerai yang memang kekal di situ setiap hari yang menjual roti canai, nasi lemak dan mee simpul dan sedikit kuih-muih.





Di samping itu sebahagian daripada peniaga-peniaga di situ tidak menjual pakaian-pakaian yang mereka secara runcit, helai demi helai, tapi mereka menjual secara borong, sekodi atau sedozen, iaitu untuk para peniaga yang ingin menjualnya pula



        Sebelah kiri Negri Perak, sebelah kanan Negeri Pulau Pinang

Jalan Permatang Pak Mahat ini pula ada keistimewaannya tersendiri. Ia menjadi batu tara memisahkan Negeri Pulau Pinang dengan Negeri Perak. Di sebelah pihak terletak Negeri Perak dan di sebelah lagi terletak Negeri Pulau Pinang. Jarang kita menjumpai persempadanan negeri seperti ini, kerana biasanya sempadan negeri ialah sungai, bukit bukau, gunung ganang dan hutan belantara.



                     Sedang menunggu roti canai

Saya difahamkan ada lagi beberapa batang jalan di Parit Buntar yang menjadi batu tara negeri.


Siapa sebenarnya Pak Mahat


Ketika ditemui secara kebetulan beberapa orang tua di situ dan ketika dikemukan pertanyaan siapakah Pak Mahat, mereka mengeleng-ngelengkan kepala menyatakan tidak tahu, dan meminta kami bertanyakan orang yang lebih tua dari mereka, sedangkan mereka sendiripun sudah berusia lebih dari 50 tahun.


Saya dimaklumkan, pejabat-pejabat kesihatan yang terletak di sebelah Negeri Pulau Pinang tidak menerima pesakit yang terletak dalam Negeri Perak, walaupun rumah pesakit terletak di hadapan klinik di seberang jalan. Demikian pula sebaliknya.


Ini adalah kebiasaan amalan jabatan-jabatan kerajaan, seperti pejabat tanah, kerana segala dokumen-dokumen berkenaan terdapat di ibu pejabat negeri di mana kawasan itu tertakluk dan untuk menyelesaikannya.


Tapi perautruan persekolahan lain sedikit. Umpamanya kanak-kanak yang orang tua mereka tinggal di Negeri Perak boleh menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah Negeri Kedah yang terletak berhampiran. Perkara ini berlaku bila ibu bapa kanak-kanak itu yang tinggal di Perak dan bekerja swasta, bila pejabat mereka cuti am pada hari Jumaat dan Sabtu, sedangkan di Kedah cuti amnya sama iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu juga, sedang di negeri mereka tinggal, iaitu Perak, cuti amnya pada hari Ahad dan Sabtu.




Dengan cara itu barulah mereka mempunyai ruang masa yang luas kepada anak-anak  mereka untuk berada bersama keluarga setiap minggu, terutama kanak-kanak kecil, kalau tidak mereka amat sukar untuk bersama-sama keluarga sepanjang tahun, kerana cuti yang berbeza-beza itu.


Demikianlah kita lihat Allah Yang Maha Kaya menjadikan manusia aneka ragam, bangsa, bahasa, budaya dan agamanya yang berbeza-beza. Namun begitu mereka boleh hidup aman dan harmonis.




Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.







Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP