STROK DAN CARA MELAYAN PESASKIT STROK

>> Saturday, August 19, 2017






STROK DAN CARA MELAYAN PESAKIT STROK



[Oleh:Shabnim Parker]

Saringan dari Muslim Views

South Africa,
January 2017

Rabi-Ul-Akhir 1438]




STROK mungkin satu-satunya nahas yang digeruni oleh orang muda dan orang tua.
         
Sejarah keluarga dan cara hidup yang buruk adalah tanda-tanda yang paling lumrah untuk diserang strok. Walaupun ketakutan dan persiapan dilakukan untuk menghdapi strok, tapi pada kenyataannya kadar ringan atau beratnya serangan strok itu tidak dapat diramalkan.

Sejauh mana kesan serangan strok itu amatlah berbeza-beza, ia mungkin ringan dan mungkin berat, dan sesetengahnya berakhir dengan kematian. Serangan strok yang ringan, pesakit pada umumnya menunjukan kesembuahan yang pantas pada sebahagian daripada anggota badannya.

Tanda-tanda yang paling jelas strok  ialah mungkin termasuk lengan atau kaki tidak berfungsi, mungkin percakapan tak jelas dan lumpuh pada muka. Kemerosotan yang lebih jelas mungkin termasuk perubahan perasaan, mungkin berlaku kelemahan pemikiran  dan kesulitan dalam daya ingatan.

          Apakah yang berlaku bila seseorang diserang srok

        Sebenarnya seluruh anggota sistem sokongan badan terlibat. Mengekalkan harga diri dan peranan kehidupan pesakit selalunya merupakan cabaran yang paling hebat. Sementara itu dari segi fizikalnya pesakit mungkin menunjukan kegagalan pada lengan dan kaki berfungsi atau  mukanya jatuh, tapi kesan-kesan terhadap fungsi jasmani biasanya jauh lebih berat.

          Bidang utama fungsi jasmani yang terguggat ialah pada umumnya penjagaan diri sendiri, pekerjaan dan rihat. Pemulihan yang  menjadi tumpuan kepada pesakit ialah untuk mengembalikan erti penyertaan mereka dalam kegiatan hidup seharian. Meneruskan nilai-nilai hidup yang unggul adalah menjadi tujuan utama pemulihan.
         
Kebolehan berjalan bukanlah pastinya menjadi tanda awal yang utama pencapaian kemajuan dalam pemulihan, sedangkan menjadi tumpuan utama kepada keluarga dan juga pesakit sendiri ialah mempunyai keinginan untuk berjalan kembali. Penggunaan kerusi roda yang bebas digunakan sendiri oleh pesakit biasanya dapat membantu pesakit menikmati nilai-nilai hidup yang lebih baik daripada pesakit-pesakit yang menghabiskan seluruh tenaganya dalam cara berjalan menggunakan tongkat dengan sebelah tangan tidak bebas untuk melakukan sesuatu. Ini biasanya sukar kepada famili untuk menerimanya dan pesakit selalunya dicap sebagai pemalas atau tidak bersedia untuk dipulihkan.

          Andainya semuanya itu telah menjadi perhitungan, maka apakah lagi asas yang keluarga boleh mengharap dan perlu diperhitungkan bila seseorang yang mereka kasihi diserang strok.

          Perkara penting yang perlu diingatkan ialah tidak ada dua orang, walapun mempunyai gambaran klinikal   penyakit yang serupa, akan sembuh dengan cara yang sama. Janganlah buat perbandingan. Sebab strok itu menyerang mungkin sama, tapi bahagian otak yang  terkesan mungkin jauh berbeza.

          Peribadi awalan pesakit yang lemah  juga mempengaruhi penyembuhan, demikian juga taraf dorongan dan wawasan emosi pesakit mempengaruhi keadaan pesakit lelaki atau perempuan.

          Lumrahnya kegagalan kognitif mungkin termasuk kelemahan dalam ingatan, ruang perhatian, penyusunan  dan proses kemampuan dan aneka keahlian dalam bidang sosial pada umumnya. Ini mungkin menjadi gangguan penting kepada  prognosis dan usaha pemulihan.

Kesukaran persepsi mungkin terkesan ke atas sesuatu yang kecil sekalipun, seperti kemampuan untuk memakai pakaian dengan cara yang betul, menyikat rambut di hadapan cermin atau merancang untuk melakukan sesuatu perkara yang mudah sekalipun.

Andainya percakapan terkesan, baik dari segi penerimaan dan atau penyampaiannya sekali, mungkin menjadi cabaran. Pesakit yang mengalami kesukaran bercakap biasanya  menunjukkan beberapa tahap kehampaan. Keluarga perlu melaksanakan pengendalian yang sedia ada  dan berprinsip untuk mengatasi kelemahan dan kehampaan ini.

Dapatkan panduan daripada doktor anda untuk membataskan kehampaan yang tidak perlu dengan pesakit.

Menjaga pesakit strok adalah satu cabaran. Perkara utama untuk diminta nasihat termasuklah pencegahan keselamatan, re-integration kemasyarakatan, pengurusan jasmani, mengguna dan mengurus sebuah kerusi roda, jika wajar, dan kesukaran dalam memberi makan.

Perkara utama yang perlu dikekalkan ialah harga diri pesakit. Ingatlah seorang ibu yang diserang strok  masih juga seorang ibu, dan dia patut dibiarkan memainkan peranan hidupnya sebagai biasa.

Sementara keluarga selalu berfikir bahawa mereka memerlukan kekuatan jasmani, penjagaan yang ketat untuk mengurus pesakit strok, tapi mengurus pesakit strok tidaklah sekeras itu, malah memerlukan lebih kelembutan  dari itu. Menjaga keperibadian pesakit strok sebenarnya amat penting.

Bagaimanakah caranya kita mengenali pesakit strok untuk dipulihkan.

Adalah penting kepada setiap pesakit diperiksa dengan teliti. Lumrahnya, bila pesakit telah stabil dari segi perubatan, maka pasukan pemulihan boleh melakukan proses pemulihan. Amatlah penting untuk diketahui sejauh mana wujudnya perkhidmatan pemulihan pesakit strok. Perkhidmatan ini biasanya bergantung kepada institusi yang lain.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP