HATI-HATI-HATI DALAM MEMBERI HATI
>> Tuesday, August 22, 2017
AllAH jadikan dalam badan
manusia sejenis organ yang dipanggil hati [lever]. Ia sejenis organ yang
berukuran besar, malah organ yang terbesar dalam badan. Ia terletak dalam
rongga perut sebelah kanan, di bawah diafragma. Warnanya merah kecoklatan.
Organ
hati ini mempunyai banyak tanggungjawab, diantara tugas utamanya ialah menapis
darah dari sluran pencernaan, sebelum melepaskan ke seluruh badan, mengeluarkan
hempedu, mengawal kandungan gula dalam darah, dan lain-lain tugas lagi.
Seperti
anggota badan yang lain juga ia terdedah kepada berbagai-bagai jenis penyakit,
seperti penyakit hepatitis, kanser, cirrhosis dan boleh dibinasakan oleh
ubat-ubat yang diambil atau dirosakakn oleh racun-racun.
Namun
begitu, dari segi krohanian atau spiritual
kita manusia mempunyai sejenis hati lagi, iaitu dinamakan hati nurani,
hati batin, atau qalbu yang tidak berbentuk seperti organ hati dalam badan.
Hati nurani ini juga memain peranan yang sangat penting untuk menentukan
kehidupan keruhanian manusia, di dunia dan juga di akhirat.
Dalam
kehidupan seharian, kita sering merujukkan kepada hati ini dalam percakapan
seharian kita, bukannya organ hati dalam badan, baik kita sedari atau tidak
sedari. Kerana ianya setiap masa mempunyai hubungan yang kental dengan
kehidupan kita, malah tidak boleh diceraitanggalkan.
Hati
inilah yang disebut oleh Allah dalam al-Quran bila berbahasa dengan
hamba-hamba-Nya, insan. Antara firman-firman yang merujuk kepada hati nurani
atau qalbu terdapat dalam Kitab Suci al-Quran:
Dalam
Surah ar-Ra’ad, ayat 28 Allah berfirman, maksudnya:
“Orang-orang
yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah,
hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram”.ar-Ra’ad [13]:28.
Dalam
Surah al-Baqarah, ayat 7, Allah berfirman, maksudnya,
“Allah
telah mengunci hati dan pendengaran mereka, pengelihatan mereka telah tertutup,
dan mereka akan mendapat azab yang berat”. Al-Baqarah [2]: 7.
Hati
nurani manusia inilah yang menjadi wadah kepada insan untuk merasa sedih,
gembira, rasa kemanusiaan atau keinsanan dan ke Tuhanan, dan juga untuk
mendapat ilham-ilham tentang buruk dan baik, terutama tentang sesuatu yang
hendak dilaksanakan.
Banyak
kata-kata yang dirujukkan kepada hati nurani dalam perbicaraan kita seharian, walaupun tidak kita sebut
secara langsung, dan ianya bukan organ hati dalam badan kita, serta mengandung
erti yang jauh lebih mendalam, menyentuh jiwa kita.
Antara
ucapan-ucapan yang menggambarkan hati sebagai jiwa, atau qalbu atau hati
nurani, atau soul atau inner spiritual dan sebagainya, ialah:
Dalam
Hati-Dalam hati
saya, maksudnya dalam jiwa saya.
Jauh
Hati-Saya merasa jauh hati,
maksudnya saya merasa tersinggung [perasaan].
Makan
Hati-Dia makan hati, maksudnya dia
menderita kerana perbuatan orang lain yang meluka atau menyakitkan hatinya.
Terang
Hati-Budak itu terang hatinya,
maksudnya budak itu seorang yang cerdik atau mudah belajar.
Ada
Hati-Ahmad ada hati dengan gadis
itu, maksudnya Ahmad ada perasaan atau tertarik hati terhadap
gadis itu.
Hati
Batu-Budak itu berhati batu,
maksudnya budak itu seorang yang degil, tidak mendengar nasihat orang
dan seumpamanya.
Hati
Putih-Hatinya putih,
maksudnya dia seorang yang ikhlas atau jujur.
Hati
Waja-Ali seorang pemuda yang berhati
waja, maksudnya Ali seorang pemuda yang berani.
Sehati-Kumpulan itu semuanya sehati dalam perjuangan
mereka, maksudnya kumpulan itu semuanya sepakat atau sependapat
dalam perjuangan mereka; sejiwa.
Berhati-hati-Abdullah sangat berhati-hati dalam setiap
perbuatannya, maksudnya Abdullah sangat waspada dalam setiap
perbuatannya.
Perhatian-Guru itu memberi nasihat supaya pelajar-pelajarnya memberi perhatian
pada pelajarannya, maksudnya guru itu memberi nasihat kepada pelajar-pelajar
supaya memberi tumpuan kepada pelajarannya.
Perhatian-Katanya menurut perhatiannya perkara itu memang
benar-benar berlaku, maksudnya menurut pemeriksaan atau pengawasannya
perkara itu memang benar-benar berlaku.
Pemerhati-
Hussin telah dilantik menjadi pemerhati
permainan tersebut, maksudnya Hussin telah dilantik menjadi pelihat atau
pengawas permainan itu.
Pemerhati-Ramai orang menjadi pemerhati pertandingan itu,
maksudnya ramai orang menjadi pelihat pertandingan itu.
Buah
Hati- Aminah adalah buah hati
Muhammad, maksudnya Aminah dikasihi, disayangi atau dicintai oleh
Muhammad.
Sampai
Hati- Sampai hati
kau buat aku macam ni, maksudnya, tergamak kau buat aku macam ni
Hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah. Pepatah yang bererti, pembahagian yang dibuat secara adil atau
samarata.
Hati
nurani manusia ini juga terdedah kepada banyak penyakit-termasuk penyakit parah
yang merbahaya, kerana mengacau perasaan dan jiwa manusia, dan boleh menyebabkan
mereka tersingkir dari rahmat Allah SWT.
Antara
aneka penyakit hati yang merbahaya yang terdiri daripada sifat-sifat yang
tercela dan perlu diberi perhatian yang serius oleh setiap insan supaya tidak terjebak
menjadi korbannya.
-Tamak
dan haloba dengan makanan.
- Bercakap
sesuka hati, tidak terkawal, mempunyai lidah tidak bertulang yang merbahaya.
-Pemarah
atau perungus.
-Hasad
dengki kepada orang.
-Kedekut,
atau bakhil dan amat mencintai harta dunia.
-Suka
bermegah-megah.
-Cintakan
dunia lebih dari akhirat.
-Suka
membangga-bangakan diri sendiri atau bermegah-megah atau suka dimuliakan.
-Ujub,
iaitu sikap hairankan kehebatan diri sendiri.
-Riak
dan lain-lain dari sifat yang buruk dan keji.
Kita
suka mengingatkan bahawa berhati-hatilah dalam
memberi hati kepada orang lain kerana ianya amat membahayakan diri kita sendiri
akibat daripada perbuatannya nanti. Tegasnya jangan mudah memberikan hati anda kepada orang yang suka mersukakan
hati orang, kerana dibimbangi kelak hati anda akan dirusakkannya juga nanti.
Selain
itu kita sendiri sebagai seorang hamba Allah hendaklah sentiasa berhati-hati
supaya tidak mersuakkan hati kita sendiri dengan melazimkan perbuatan-perbuatan
yang merbahaya yang boleh menjadi ancaman serius kepada hidup kita sebagai
seorang hamba Allah. Justeru itu hati kita hendaklah dicucibersihkan dari masa
ke masa, supaya tidak terus berkarat dan menjadi hati yang perusak hati orang lain.
Hati kita hanya dapat disucikan dengan menghapuskan segala sifat-sifat keji dan hina yang bersarang di dalamnya selama ini, seperti ujub, riak, takabur, dengki, sombong dan sebagainya lagi lalu menggantikannya dengan sifat-sifat lain yang baik dan mulia yang terpuji. Segala perbuatan yang berdosa di hati kita itu jika tidak disucikan denga taubat nasuha bukan sahaja akan terus menggelapan hati, tapi juga akan menjadi tembok penghalang yang utuh kepada kita untuk menikmati kebaikan dan rahmat Allah.
Hati kita hanya dapat disucikan dengan menghapuskan segala sifat-sifat keji dan hina yang bersarang di dalamnya selama ini, seperti ujub, riak, takabur, dengki, sombong dan sebagainya lagi lalu menggantikannya dengan sifat-sifat lain yang baik dan mulia yang terpuji. Segala perbuatan yang berdosa di hati kita itu jika tidak disucikan denga taubat nasuha bukan sahaja akan terus menggelapan hati, tapi juga akan menjadi tembok penghalang yang utuh kepada kita untuk menikmati kebaikan dan rahmat Allah.
Hubaya-hubayalah
dalam memberi hati kita kepada orang lain, dan awaslah supaya kita tidak
merosakkan hati kita sendiri, dengaan sifat-sifat yang boleh menyebabkan dimurkai
dimurkai Allah.
Sesungguhnya:
Sesungguhnya:
“Wahai
jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang redha dan
diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan-golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah
ke dalam Syurga-Ku”.
Al-Fajr
[89]:27-30
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.
0 comments:
Post a Comment