NASIHAT AL-RAZI KEPADA SAUDARA ISLAM
>> Tuesday, August 1, 2017
NASIHAT YAHYA
IBN MO’ADH AL-RAZI KEPADA SAUDARA ISLAM
Andainya dalam hidup ini, sebagai
seorang Islam kita tidak bersedia untuk melakukan kebaikan untuk orang lain,
maka hendaklah kita tidak mengkhianati atau menyusahkan orang lain dengan
perbuatan atau kata-kata kita yang tidak menyenangkan.
Beliau mengutarakan tiga perkara
yang patut diberi perhatian serius oleh orang-orang Islam yang tidak bersedia
untuk memberi kebaikan kepada orang Islam itu supaya sebaliknya mereka tidak
menyusahkan orang Islam yang lain.
Maksud wejengan beliau itu
kira-kira:
-Andainya engkau tidak dapat memberi
manfaat kepada orang lain, maka janganlah engkau menyusahkan mereka.
-Andainya engkau tidak mahu
menyukakan orang lain, maka janganlah engkau mendukakan mereka, dan
-Andainya engkau tidak hendak memuji
orang lain, maka janganlah engkau mencela dia.
Satu wejengan yang amat berharga
kepada kita semua hari ini.
Ar-Razi adalah sorang ulama tasauf,
banyak meninggalkan buku-buku dan kata-kata yang amat berharga untuk dihayati.
Nama sebenarnya Abu Zakariya Yahya
ibn Mu’adh al-Razi.
Beliau dilahirkan pada di Ray 830 M,
kemudian berhijrah ke Balkh, sebelum berhijrah ke Nashapur di mana beliu meninggal
pada 871 M. Dalam usia 41 tahun.
Dalam masa hayatnya beliau pernah
mengajar di Asia Tengah, dan merupakan salah seorang tokoh Islam yang
julung-julug kali mengajar ilmu sufi di masjid.
Ada beberapa peristiwa yang boleh
dikatakan ajaib menimpa ar-Razi dalam masa hidupnya, yang di luar dari kontak
tulisan singkat untuk diungkapkan.
Wallahu A’lam.
Lorong Masjid
al-Qasimi
Kg. Kubang
Siput,Pasir Tumboh,
0 comments:
Post a Comment