ORANG-ORANG CACAT YANG BERJASA

>> Wednesday, July 26, 2017








ORANG-ORANG CACAT YANG BERJASA


Dari segi kesihatan, pada umumnya, kehidupan manusia ini terbahagi kepada dua, pertama sihat atau tidak sihat ataupun sakit.

Sakit itu pula terbahagi kepada beberapa bahagian pula, ada sakit ringan dan sakit berat, ada sakit rohani atau mental dan ada pula fizikal dan sebagainya.

Ada di antara penyakit itu pula menimpakan kesan serius yang berat kepada seseorang mangsa, seperti buta, tuli, lumpuh dan sebagainya.

Namun begitu, walaupun dalam keadaan yang cacat atau lemah, tapi sebilangan dari mereka masih mampu berdiri sendiri, malah mampu memberi sumbangan-sumbangan penting kepada masyarakat dan dunia seluruhnya.

Mari kita  mengikuti sumbangan-sumbangan besar yang pernah diberikan oleh orang-orang yang kurang upaya atau cacat itu kepada kehidupan manusia seluruhnya.




                                              Franklin




                                                    Milton


Di bidang seni. Ludwig va Beethoven, seorang penggubah lagu berbangsa dan pemain piano berbangsa Jerman yang telah memahat namanya hingga kekal sampai sekarang dan untuk masa-masa yang akan datang walaupun beliau seorang yang cacat..

Beliau adalah seorang insan yang tidak dapat mendengar- tuli. Beliaudilahirkan dalam keadaan yang baik, tapi, ketika menjangkau usia lewat 12 tahun pendengarannya terganggu, dan dalam masa 10 tahun hayatnya yang terakhir beliau menjadi pekak sepenuhnya.

Namun kebanyakan daripada karya-karyanya yang termashyur adalah digubah oleh beliau dalam masa 15 tahun terakhir hayat beliau, termasuk 10 tahun dalam masa beliau pekak.

Beliau dlahirkan pada tahun 1770 di Jerman dan meningal pada 26 Mac 1827, Vienna Austria dalam usia 56 tahun di mana menghabiskan sebahagian besar hayatnya.

Milton seseorang sastrawan berbangsa Inggeris, mencipta karyanya Paradise Lost yang termasyur itu semasa dia buta, anak-anak perempuannya menyalin apa yang dinyatakannya.

Di samping menjadi penulis biasa, beliau juga seorang penyair, dan seorang pegawai kerajaan.

Beliau dilahirkan pada 9 Disember 1608 dan meninggal pada 8 November 1674..

Alexander Pope  seorang yang lumpuh, hampir tidak dapat bergerak, tapi berjaya menghasilkan karya-karya yang agung dalam sastera Inggeris.

Beliau telah diserang penyakit yang serius sejak berusia 12 tahun, iaitu sejenis penyakit tb atau batuk kering yang telah merosakkan tulang-temalangnya. Malah merosakkan seluruh anggota jasmaninya yang menghalang pertumbuhan yang biasa, menyebabkan dia sukar bernafas, menderita demam yang kuat, matanya merah dan menderita sakit perut. Tingginya hanya 1.3 meter sahaja atau 4 kaki 6 inci.

Beliau seorang penyair yang termasyur, yang dilahirkan pada 21 Mei 1688 dan meninggal pada 30 Mei 1744. Semasa hayatnya beliau berjaya menghasilkan banyak karya-karya yang terus kekal hingga sekarang.

Beliau juga penterjemah Homer

John Of Arc, seorang yang buta huruf dan seorang gadis petani yang miskin, tapi  berjaya muncul sebagai wirawati bila negara Perancis ketika itu dilanda krisis hebat.

Beliau dilahirkan pada tahun 1412 dan meninggal pada 30 Mei 1431.

Beliau memain penting dalam satu babak peperangan antara Perancis dan Inggeris, iaitu Hundred Year War. Dalam peperangan itu John of Arc telah memimpin sebuah pasukan tentera yang berjaya menumpaskan pasukan tentera Inggeris di Orleans. Beliau diberi nama jolokan “The Maid Of Orlean”

Tapi setahun selepas itu beliau telah berjaya ditangkap oleh tentera Britih dan dengan kerjasama kolibrator Perancis, dan dibicarakan, kemudian dijatuhkan bukuman bunuh. Beliau dibakar hidup-hidup pada 30 Mei 1431 dengan diikat pada suatu pancang di kawasan sebuah pasar di Doveen dan ditonton oleh 10,000 orang.

Debu mayatnya dikumpul dan ditabur di Siene.

Theodore Roosevelt Jr adalah penderita penyakit dan lemah sebagai seorang pemuda, tapi dengan semangatnya yang gigih dan kemahuan yang utuh, beliau melakukan senaman yang menyebabkan dia berjaya memiliki semangat dan kekuataan yang sungguh luar biasa, dan akhirnya berjaya menjadi Presiden Amerika yang ke 26.

Pada masa itu beliau adalah seorang presiden termuda dalam sejarah Amerika Syarikat.

Di samping menjadi seorang politisan, beliau juga seorang pengarang, penjelajah, seorang tentera dan seorang  naturalis.

Beliau lahir pada 27 Oktover 1858, dan meninggal pada 6 Januari 1919.

Anatara kata-kata beliau yang termasyur, ialah,
“Do what you can,
With what you have
Where you are

Demikian juga Franklin D. Roosevelt, dikenali dengan panggilan FDR berjaya menjadi Presiden Amerika yangt ke 32, walaupun dia seorang yang lumpuh yang menyerangnya sejak beliau kanak-kanak lagi. Beliau menjadi Presiden Amerika sejak tahun 1933 hingga akhir hayatnya  pada tahun 1945.

Beliau seorang negarawan Amerika, dan seorang pemimpin politik yang terkenal, iaitu Parti Democratik..

Beliau dilahirkan pada 30 Januari 1882 dan meninggal pada 12 April 1945.

John Bunyan, ketika meringkuk di dalam penjara, beliau berjaya menulis sebuah  buku yang akan kekal menjadi epik, sastera Inggeris, iaitu Pilgrim’s Progress.

Beliau berbangsa Inggeris, dilahirkan pada 30 November 1628 dan meninggal pada 31 Ogos 1688.

Kerja beliau ialah seorang penulis sepenuh masa dan juga seorang pembaca khutbah agama Protestan dari kalangan Puritan, iatu satu gerakan pada abad 16 dan 17 untuk membersihkan gereja England daripada Catholic Preacer,

Beliau telah ditangkap kerana agama, mengajar mazhab Puritan, dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 bulan, tapi kerana enggan membuat pengakuan tidak akan mengajar perkara yang sama bila dibebaskan nanti, maka hukuman penjaranya ditambah lagi kepada 12 tahun

Rovert Louis Stepvenson, tidak pernah  bebas dari kesakitan walaupun untuk sejam, dan  batuk teruk, menderita demam dan batuk kering, tapi berjaya menghasilkan karya-karya yang agung seperti Treasure Island, dan Travel With A Donkey, dan seterusnya.

Beliau berbangsa Scott, seorang penyair, penulis rencana dan seorang penulis penggembara, dari setempat ke setempat. Beliau warganegara British.

Beliau dilahirkan pada 13 November 1850 dan meninggal pada 3 Disember 1894.

Beliau merupakan penulis yang ke 26 yang karya-karyanya banyak diterjemahkan ke bahasa asing, dan karya-karyanya dikagumi oleh para penulis.

Kerjanya ialah penulis novel, penyair dan penulis penggembara sepenuh masa.

Kita percaya masih banyak lagi orang-orang cacat yang telah berjaya memberi sumbangan penting kepada keluarga, bangsa, negara dan kemanusiaan seluruhnya yang tidak sempat ditonjolkan di sini, termasuk orang-orang Islam yang berjaya mengukir namanya dalam berbagai-bagai bidang walaupun mereka buta dan sebagainya.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan,






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP