SEBUAH CATATAN DI CELAH BUKU
>> Tuesday, July 11, 2017
Catatan itu dalam askara Jawi, tidak
bertarikh dan tidak tercatat di mana catatan itu dibuat. Tapi digaris pada pagi
hari raya sebagaimana tertulis pada tajuknya dan juga terpahat pada kandungannya. Tulisan
Jawi saya itu seperti biasa sangat buruk yang dipanggil oleh guru saya Ustaz
[Datok] Yusof Zaky Yacob, “tulisan Jawi patah pinggang” sewaktu saya mula-mula berkhidmat
di Syarikat Dian di awal karier saya untuk muncul sebagai seprang penulis sepenuh masa sepanjang hayat.
Saya perturunkan di sini catatan
tersebut sebagai kenangan yang memilin kasih yang tidak berkesudahan.
DI PAGI LEBARAN
Gema ayat suci menyaup dalam subuh
lebaran
Memecah kesepian dingin mengoyak
hati kesayuan
Ada bayangan negeri bila badan
terbujur dipaku nisan
Sunyi sepi sendirian di jalan pulang
Mengiggil aku ketakautan kerdilnya
aku di kaki kebesaran Tuhan
Gema takbir memanjang sayu menikam
hati
Pupukan angin dan desiran daun mengimbau
Bicara begitu menghiba memeluk
kesedihan hati
Temasa dalam pancaran menuju Tuhan
Mari kawan kuhulurkan tangan bersama
bemaafan
Kesilapan dan kesalahan yang lalu
Kita bangun semula dengan semangat
dan jiwa baru
Tidak guna bersedih dalam api
sengketa
Kita sama insan mencari keredaan
Tuhan
Berbakti kepada Tuhan dengan amal
kebajikan
Ayuh mari kita tegak bersama
berjuang seiringan
Kita saudara sedarah susun semula
persahabatan
Kita berjuang bersama memburu
kebahagiaan
Tuhan kita hanya satu
Bayangan merah telah muncul di kaki
langit yang rupawan
Membawa harapan baru gemilang dalam seluruh hidup
Ayam berkokok dan siulan burung
girang
Hembusan bayu lembut membawa kasih
sayang.
Demikianlah
bunyi catatan tersebut yang diabadikan di sini sebagai kenanngan kasih yang
memanjang terutama kepada insan-insan tersayang.
Allahuakbar.
Lorong Masjid
al-Qasimi,
Kg. Kubang
Siput,
0 comments:
Post a Comment