LANGIT KENAPA BERWARNA BIRU

>> Wednesday, April 4, 2018





LANGIT KENAPA BERWARNA BIRU

Sering-seringlah mendongak ke langit untuk melihat, dan meresapkan di hati keagungan, kebijaksanaan, kebesaran, kemuliaan Alllah.......terutama di lemon pagi, sore dan malam............






 
LANGIT adalah sebahagian daripada alam semesta yang luas ini.

Di dalam Kitab Suci ai Quran Allah banyak menyebut kata-kata langit dan juga bumi dalam berbagai bagai konteks.

Kita ungkap beberapa ayat daripadanya sekadar untuk renungan:

“Dia yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparaan, dan langit [serta segala isinya] sebagai bangunan  [yang dibina dengan kukuhnya”. Al-Balqarah [2]: 22.







Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di langit, yang mengandungi peristiwa perjalanan Rasulullah saw dari Baitullah ke Baitul Maqdis dan dari Baitul Maqdis ke Sidratul  Muntaha di atas langit ke tujuh.

Allah SWT menyebut di dalam al Quran Dia menciptakan tujuh lapis langit.

Allah SWT juga menyebut tentang para Malaikat yang sibuk turun naik dari langit ke bumi dan dari bumi ke langit kerana melaksanakan tugas mereka masing masing. Satu hari kadarnya sama dengan 50,000 tahun.



  
Sebenarnya kita sering melihat langit di atas kepala kita dalam berbagai- bagai, waktu dan keadaan, siang atau malam.

Justeru itu, telah timbul berbaga-bagai pertanyaan tentang langit dan juga perkara prkara yang berkaitan dengan langit.

Dalam tulisan singkat ini saya hanya bermaksud untuk menghuraikan sedikit sahaja mengenai kenapa langit biru, dan mengenepikan perkara-pperkara  lain.

KENAPA LANGIT BIRU

Kebanyakannya bila kita mendongak ke langit, terutama di waktu siang yang cerah kita nampak langit biru, hanya kadang-kadang atau di waktu-waktu tertentu sahaja kita melihat langit tidak biru.




Justeru ramai dari kita percaya dan beranggapan bahawa warna langit adalah biru seperti yang kelihatan, Dalam hal ini ada beberapa lagu populer tentang langit biaru.

Apakah langit itu sebenarnya berwarna biru

Jawapannya tidak. Pada dasarnya lLangit tidak berwarna. Yang kelihatan biru itu bukannya warna langit. Tapi ia sebenarnyta warna cahaya dari pancaran cahaya matahari.

Matahari mempunyai beberapa warna yang penting,iaitu tujuh warna termasuklah warna biru. Namun pada mata kita matahari itu kelihatan putih. Lain-lain warna matahari yang kelihatan berasingan ialah merah, jinga, kuning, hijau ungu dan biru nila, iaitu warna-warna yang kelihatan pada pelangi.




 
Mengikut kajian sains, warna biru itu lebih cepat dan lebih banyak berhamburan dari warna-warna yang lain, seperti warna merah misalnya, kerana ia bertebar dalam gelumbang-gelumbang yang pendek dan kecil-kecil yang menyebabkan langit kelihatan berwrna biru.

Ini berlaku kerana habuk-habuk yang ada dalam atmosfere bumi yang memberi kepada cahaya matahari, juteru itu bila cahaya matahari itu berada di luar di atmosfere bumi, warna biru tidak kelihatan lagi di langit, dan yang kelihatan ialah warna hitam dan sebagainya dari benda-benda yang ada di langit.

Di waktu-waktu tertentu pula, seperti di waktu senja, kaki langit kelihatan berwarna merah dan kuning, kerana pada waktu itu warna biru telah tersingkir jauh dari garis-garis pengelihatan. Pada waktu hujan pula langit kelihatan hitam. Kadang-kadang pula langit itu kelihatan gelap pekat.

 



 
Di samping itu banyak tempat-tempat di dunia ini kerana pencemaran udara menyebabkan berlakunya jerebu yang menyebabkan langit kelihatan biru muda dan putih susu.

Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda [kekuasaan, kebijaksanaan, dan kekuasaan rahmat Allah bagi orang orang yang berakal”. Ali Imran [3] :191.

Dan, “Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda tanda [yang membuktikan kekuasaan Allah] bagi orang-orang yang beriman”.Al Jaatsiyah [45]- 3.

Malah pada peghujung hayat dunia, iaitu pada hari Kiamat langit akan bertukar warna menjadi merah bunga mawar sebagaimana firman Allah SWT:

“Selain itu [sungguh negeri] ketika langit pecah belah lalu menjadilah merah mawar, berkilat seperti minyak”.  Ar. Rahman [55]:37

Demikianlah sedikit untuk renungan para pembaca yang dihormati, semoga memberi manfaat.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput,, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP