MENTADAK ANTARA SAYANG DAN BENCI
>> Thursday, November 24, 2016
Mentadak adalah
sejenis serangga, tapi tidak begitu populer di sesetengah tempat, keRana sukar
untuk menemuinya, tidak seperti belalang, semut dan seumpamanya.
Mentadak-Emakmu Tidur Macam Mana?
Kira-kira sebulan lepas saya terbaca sebuah artikel pendek mengenai mentadak yang tersiar dalam sebuah majalah luar negara. Usia majalah itupun telah bertahun-tahun berlalu.
Dalam tulisan
singkatnya, seorang lelaki Barat menceritakan bagaimana dia tertarik hati
dengan mentadak dan memeliharanya dengan penuh kesayangan. Mentadak itu
diletakkan dalam sebuah sangkar khusus, diberikan makan dan dilayan dengan
sebaik-baiknya setiap hari.
Katanya setiap hari
dia melayan mentadak itu dengan bnaik, melihat dan memerhati gerak gerinya yang
menarik dan “berkomunikasi” dengannya?
Katanya dia terpesona
dengan tingkah laku mentadak peliharaannya itu dan katanya, kadang-kadang
menonjolkan sikap lebih baik dari sikap sesetengah manusia yang pernah
ditemuinya.
Sayangnya majalah
tersebut tidak dapat saya temui hari ini kerana mungkin berada dalam timbunan
majalah-majalah lama yang masih belum terurus dengan baik di rumah saya.
Justeru saya tidak dapat memungut dengan agak detail apa yang diujarnya tentang
mentadak, makhluk kecil ciptaan Allah ini.
Sesungguhnya semua
makhluk adalah ciptaan Allah, baik kecil atau besar. Allah berfirman, “Dan tidak ada seekor binatang pun yang ada
dibumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sasyapnya, melainkan semunya
merupakan umat-umat [juga] sseperti kamu. Tidak ada sesuatu pun yang Kami
luputkan di daslam Kitab, kemudian kepada Tuhan mereka dikumpulkan”.Al-An’Am
[6]:38.
Tapi dua tiga hari
yang lepas, ketika saya sedang sarapan pagi sendirian, salah seorang cucu saya,
N.Syyafia datang dan duduk di seblah saya sedang makan. Dia hanya melayan saya
berbual-bual sepatah dua ketika saya makan. Memang begitu kebiasaannyanya suka
berbual-bual ketika saya makan, malah suka pula makan bersama saya jika saya
makan sendirian dengan membawa makanannya ke meja tempat saya makan.
Tiba-tiba ketika dia
asyik bercakap-cakap sambil memerhati saya makan itu, dia memekek dan melolong ketakutan,
dengan badannya mengiggil.
“He takut! Takut!”, serunya
sambil menyapu dengan kuat lengan bajunya
yang pendek.
Ibunya yang
kebetulan berada tidak berapa jauh dari situ segera menghampirinya yang telah
pun berdiri sambil menjerit-jerit ketakutan itu.
“Apa ni?”, katanya
sambil memereksa lengan anak perempuannya itu.
“Allah mak,
mentadak. Ia tidak gigit orang”, lalu
mengkebas mentadak itu dari lengan anaknya.
Walaupun mentadak
telah lesap entah ke mana tapi cucu saya itu masih dalam truma ketakutan, dan
menangis terisak-isak, walaupun dipujuk oleh ibunya yang tersenyum melihat
telatah anaknya itu.
Walau bagaimanapun akhiryang
dia tenang kembali, dan isak tangisnya pun mulai mereda dan menghilang.
Kemudian saya panggil dia duduk di sebelah saya atas kerusi dan memeluknya
untuk memberi keyakinan tidak ada apa-apa bahaya yang akan menimpanhya.
Dan berharap dia
tidak lagi akan takut di masa akan datang bila melihat dan dihampiri mentadak.
Demikianlah dua
kisah mengenai mentadak yang berbeza-beza antara sayang dan benci ketakutan,
dari jenis manusia yang juah berbeza bangsa dan usianya.
Saya lalu terkenang
semasa saya kanak-kanak dulu, jika kami menemui mentadak, biasanya di atas
rumah, kami tidak akan melepas kesempatan untuk bergurau dengannya.
Syyfia dan Alifah
Maka berlakulah komunikasi antara kami dengan mentadak yang dipercayai dapat memahami apa yang kami, kanak-kanak ucapkan kepadanya.
Seringnya kami akan
bertanya kepada mentadak, “Mentadak-mentadak bagaimana emak kamu tidur?”, atau
“Mentadak-mentadak bagaimana ayah kamu tidur”.
Pertanyaan itu akan diulang
berkali-kali sehingga kami merasa ia telah menjawab dengan gerak gerinya.
Gerak geri mentadak
secara kebetulan itu yang kami anggap dia telah menjawab pertanyaan kami, “Ha
tengok tu dia dah beritahu bagaimana emak dia tidur”.
Kemudian kami bertanya
lagi mengenai ayahnya, saudara-saudaranya, semunya pertanyaan mengenai bagaimana mereka
tidur.
Selepas itu kami biarkan dia berlalu, tanpa mengusiknya atau menganggunya.
Selepas itu kami biarkan dia berlalu, tanpa mengusiknya atau menganggunya.
Demikianlah kisah
kami di zaman kecil dengan mentadak yang masih menjadi kenangan yang
menyenangkan hingga sekarang.
Wallahu’aklam.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
0 comments:
Post a Comment