ALANGKAH BAHAGIANYA ORANG KUNJUNG MENGUNJUNGI

>> Tuesday, November 1, 2016





ALANGKAH BAHAGIANYA ORANG YANG KUNJUNG MENGUNJUNG



DUA hari yang lepas kami sekelurga berkunjung ke rumah sahabati kami. Jarak antara rumah kami tidak jauh, hanya beberapa kilometer sahaja. Kami tinggai di Pasir Tumboh, dan beliau tinggal di Kampung Huda.
                                          Rumah yang dikunjungi

Sahabati kami, Saida Naimah  masih bekerja dan menetap di Kuala , dan beliau balik bercunti sempena dengan cuti umum seluruh Malaysia.


Beliau dan keluarga menyambut kami dengan begitu ramah mesra dan menghidang kami dengan beberapa jenis makanan Kelantan yang kebetulan telah lama kami tidak menikmatinya, antaranya kueh lopis, tepung boka [kueh talam], pulut bakar, meehoon goreng, dan colek ayam yang rasanya sungguh istimewa. Kami kepingin sangat untuk meminta resipinya, tapi segan untuk membuka mulut.
  

 
                       M.Zain dan Arham


Alhamdulillah!


Kami berpisah dengan kenangan yang berpanjangan.


Kami harap kunjungan kami itu sebahagian daripada sifat orang-orang  Islam yang digalakkan  bersilatur-rahim, iaitu amalan yang mulia, dan berbahagia. Mereka disukai bukan sahaja oleh manusia, tapi Allah Yang Maha Berkuasa.


Silatur-rahim itu amat luas skopnya. Bermula dari ibu bapa, keluarga, sanak saudara dan seterusnya kepada kenalan, sahabat handai, jiran tetangga, dan penghuni dunia seluruhnya. Kita disuruh bersilatur-rahim dengan semunya.



                                                            Saida Naimah [di tengah], Ahmad Syaibani dan keluarga


Rasulullah S.A.W. antara bersabda mengenai silatur-rahim:
“Siapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat maka hormatilah tetamunya, dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat maka peliharalah hubungan silatur-rahim, dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat hendaklah dia bertutur dengan baik atau berdiam saja”.


Salah satu cara yang lumrah kita lakukan untuk menghidupkan silatur-rahim di kalangan saudara mara, sahabat handai dan kenalan-kenalan ialah saling kunjung mengunjung antara satu sama lain. Inilah diibaratkan oleh orang Kelantan “manusia pergi mari”.



                       Bersama Saida Naimah


Ya, dengan kunjung mengunjungi itu tali persaudaran akan menjadi lebih hangat, rantai persahabatan bertambah erat, hubungan kekeluargaan akan menjadi lebih bermakna, di mana semuanya akan memberi sumbangan besar kepada keamanan dan kententeraman sejagat yang sejak kebelakangan ini  menjadi semakin tercaing-caing dengan berbagai-bagai kejadian yang tidak bersilatur-rahim.


Justeru itulah orang-orang bersilatur-rahim dengan kunjung mengunjungi antara satu lain itu dikurniakan rahmat pahala besar oleh Allah SWT walaupun usahanya kecil.


Namun begitu kunjung mengunjungi itu pula hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas, semata-mata kerana Allah, bukannya kerana sebab-sebab lain, khususnya kerana kepentingan diri sendiri yang biasanya sentiasa tersemat dan tersembunyi di hati manusia  di sebalik tindakan-tindakan mereka yang kelihatan terpuji dan mulia.


Rasulullah SAW bersabda tentang mereka yang berkunjung saudara maranya kerana Allah, maka malaikiat di langit akan berseru kepadanya, “Engkau adalah orang yang baik dan syurga adalah tempat yang baik untukmu”.


Alangkah tingginya nilai orang yang mengunjungi saudara maranya dengan ikhlas itu dengan janji pengurniaan syurga oleh Allah.





Dalam sebuah Hadis lagi, diceritakan tentang seorang lelaki mengunjungi saudaranya yang berada di kampung lain, lalu Allah mengutus malaikat malaikat bertemu dengan orang itu dalam perjalannya. Ketika mereka bertemu maka berdialoglah kedua hamba Allah itu, lebih kurang begini:


Malaikat  bertanya, “Kamu hendak ke mana?”.


Jawab lelaki itu, “Aku ingin mengunjungi saudaraku di kampung ini”.

Malaikat bertanya lagi, “Apakah kamu mempunyai hajat yang kamu harapkan daripada saudaramu itu?”.

Jawab lelaki itu, ”Tidak hanya kerana aku mencintainya kerana Allah”.

Malaikat pun berkata, “Aku adalah utusan Allah yang ditutus kepada kamu bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudara kamu kerana Allah”.


Sekian sekadar untuk renungan singkat.




Jalan Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP