MANUSIA YANG BERANI MELAWAN PEYAKIT

>> Friday, November 4, 2016






MANUSIA YANG BERANI MENYANGGAH PENYAKIT


PENYAKIT adalah salah satu fenomena biasa alam, terutama kepada makhluk manusia. Ia pasangan yang berlawanan dengan sihat.

Biasanya penyakit inilah yang menjadi punca kepada kesakitaan atau ketidakselesaan kepada seseorang untuk meneruskan hidupnya dengan aman dan tenteram.

Penyakit itu ada aneka jenis dan ada beberapa darjahnya pula; ada penyakit yang berat atau serius dan ada penyakit yang ringan.

Antara penyakit yang tergolong dalam penyakit yang serius ialah penyakit jantung, dan yang tidak serius pula seperti penyakit demam.

Walau apapun jenis penyakitnya, pada umumnya ada dua cara manusia menghadapi penyakit-penyakit itu setelah mereka menyedari penyakit itu terdapat pada jasmani mereka.

Penakut

Manusia jenis ini adalah manusia yang takut dengan penyakit yang mereka hadapi, kerana bimbang penyakit itu akan menjadi bertambah berat dari masa ke masa.

Orang-orang seperti ini berhati-hati dengan tindakan yang mereka ambil, terutama dari segi makan dan minum, terutama bila mereka mendapat penyakitnya itu berpunca daripada amalan-amalan mereka sendiri di masa-masa yang lalu.

Penghidap-penghidap kencing manis, atau darah tinggi dari kalangan penakut ini akan berhati-hati ketika mengambil makanan, iaitu dengan mematuhi perintah doktor antaranya menjauhi makanan yang manis-manis dan juga masim atau bergaram, kerana bahan-bahan tersebut menjadi punca kepada penyakit yang mereka hadapi.

Biasanya penyakit-penyakit itu hanya dapat dikawal dengan makan ubat-ubat tertentu, sedangkan mereka tidak suka mengambil ubat atau makan ubat, ataupun ubat itu mungkin payah untuk diperolehi atau mahal harganya.

Mereka bimbang jika mereka bertindak sesuka hati, seperti makan minum tidak terkawal, boleh menyebabkan penyakit mereka bertambah parah, dan ini mungkin membuat mereka menjadi orang oku atau tidak mampu melayan diri sendiri.

Bila kejadian yang tidak diharap ini berlaku, yang akan menanggung susah adalah keluarga mereka sendiri, terutama suami, isteri dan anak-anak. Sedangkan mereka tidak bersedia untuk menyusahkan orang-orang yang mereka sayangi, dan cuba seboleh-bolehnya mengelak daripada menambah beban hidup kepada mereka. Justeru itu mereka selalu berdoa memohon Allah mengurniakan kesihatan yang baik sepanjang hanyat mereka.

Beban itu pula ada dua jenisnya, beban tenaga fizikal dan beban untuk merawat atau membeli ubat yang bukan sedikit pula nilainya. Kalau mereka tidak mampu, bagaimana pula?

Perkara ini mungkin menjadi antara sebabnya membuat mereka menjadi penakut dan tidak berani mencabar penyakit dengan tindakan-tindakan yang boleh meyemarakkan penyakit yang mereka hadapi.

Berani Menyanggah Penyakit

Sebaliknya ada pula mereka yang berani menyanggah penyakit yang mereka hadapi. Mereka bukan sahaja tidak menghiraukannya, malah dengan gampang mencabarnya.

Mereka ini biasanya terdiri dari orang-orang yang berpelajaran yang tidak gentar dengan ubat, malah suka mengambil ubat.

Sementelah pula dengan kedudukan kewangan yang stabil dan dengan pengambil insuran perawatan mereka mudah untuk mendapat rawatan atau apa-apa ubat yang mereka perlukan, yang terbaik dan termahal sekalipun.

Justeru antara tindakan berani mereka ialah makan apa sahaja yang mereka kehendaki, walaupun merbahaya kepada penyakit mereka dan dinasihat oleh pakar-pakar dan dokor supaya mereka tidak memakannya.

Walaupun doktor melarang mereka memakan makanan-makanan manis dan bergula kerana penghidapan kencing manis mereka yang kronik, tapi mereka tidak mengendahkannya, malah terus juga menikmatinya.

Walaupun mereka dilarang memakan memakan makanan-makanan yang bergaram dan  bergula, kerana peyakit darah tinggi mereka yang berada di taraf merbahaya, tapi mereka tidak memperdulikannya dan terus juga mencari dan memakannya seperti biasa.

Walaupun doktor melarang mereka memakan makanan-makanan yang masam dan panas, kerana penyakit gastrik mereka yang kronik, tapi mereka tetap juga menikmatinya tanpa menghirau nasihat doktor.

Walaupun doktor melarang mereka memakan makanan-makanan  berlemak, kerana sakit jantung, tapi mereka tidak mengendahkannya dan terus menikmatinya.

Antara lain sebabnya selera makan mereka tinggi dan tidak boleh dikawal, sebab itu mereka tidak mampu untuk berpantang.

Lagipun mereka telah disediakan ubat yang canggih untuk mengatasi gejala-gejala yang berlaku selepas mereka memakan barang-barang pantangan itu, dan terus mengambilnya. Dalam masa sekejap sahaja ubat-ubat ini mampu memberhentikan gejala-gejala penyakit akibat makanan-makanan tersebut, seperti mencegah mereka daripada terus sakit kepala atau pening kepala, menghilang sakit perut gastrik dan sebagainya.

Tidak salah kalau kita katakan mereka hidunp dengan menaruh pergantungan kepada ubat-ubatan.

Mereka juga mungkin percaya penyakit, apa-apa penyakit sekalipun tidak boleh membuat orang mati, kerana yang membuat orang mati ialah bila sudah sampai ajal. Kata mereka berapa ramai orang yang sakit tenat masih hidup bertahun-tahun, sedangkan orang yang sihat, telah lama pergi, kerana sebab-sebab lain yang bukan berpunca dari penyakit kronik.

Terserahlah kepada anda, terutama yang menghidap penyakit-penyakit tertentu untuk menentukan sikap anda, menjadi orang pengecut dengan penyakit atau orang yang berani mencabar penyakit.

Fikir dan buat keputusan, kemudian barulah bertindak!

Tapi yang perlu kita ingatlah kita perlu sabar dan reda dengan semua ketentuan Allah.

Lorong Masjid al-Qassimi,
Kg.Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP