AIR SEBAGAI NADI KEHIDUPAN

>> Tuesday, October 18, 2016





AIR SEBAGAI NADI KEHIDUPAN



Bila hujan tidak turun dalam masa berpanjgan, biasanya berlakulah kemarau, yang menyebabkan bumi kekeringan, cuaca panas dan tumbuh-tumbuhan menjadi layu, kering dan mati. Pada masa itu manusia yang menghuni di kawasan tersebut akan mengalami problem air, untuk kegunaan domestik.





Bila hujan turun dari waktu ke waktu di sana dan di sini, maka problem kekurangan air akan selesai. Manusia tidak lagi dihimpit oleh kesempitan air yang menjadi ancaman berat kepada mereka jika kemarau tanpa hujan berpanjangan.


Allah SWT berfirman, maskudnya:
“Dan Allah turunkan air dari langit lalu dengan itu Ia hidupkan bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada suatu tanda bagi kaum yang mau dengarkan kebenaran”.-An-Nahl:65.


Biasanya sebelum berlaku kepicikan air, kebanyakan kita mungkin tidak begitu akan kepentingan air  sebagai salah satu keperluan asasi kepada umat manusia di seluruh dunia. Hanya setelah ditakdirkan Allah air itu mecik, maka barulah kita semua menyedari akan keperluan air dan bersyukur kepada Allah SWT setelah air diturunkan semula dari lamgit.


Kita berharap kesederaan ini akan terus berkekalan sepanjang masa, supaya kita tidak lagi menjadi orang yang lalai, hingga sanggup membuang air dengan boros dan sia-sia hingga Allah menimpakan bala bencana ke atas mereka.


Walaupun air banyak di seluruh dunia, malah bumi dikelilingi oleh air, namun bukan semua air itu boleh dkigunakan secara langsung untuk kegunaan domestik, pertanian ataupun perkilangan, kerana kandungannya tidak sesuai, seperti airnya masin, kotor dan sebagainya.


Dari segi kehayatan, air memang penting kepada kehidupan jasmani kita. Penggunaan air terlibat dalam semua proses yang berlaku dalam badan kita, kerana itu air sangat penting kepada kesihatan kita. Manusia lebih tahan lama tidak makan daripada tidak minum air. Mereka tidak mungkin boleh hidup tanpa air lebih dari tiga minggu, kerana jika lebih lama dari itu lagi mereka mungkin akan menemui ajal kerana ketandusan air dalam badan mereka.


Sebenarnya antara 50 hingga 60 peratus daripada berat badan kita adalam terdiri dari air. Maka ini bererti, jika berat badan kita 100 paun, maka 50 atau 60 peratus darinya adalah air yang terdapat dalam darah, tulang-temalang, daging dan dalam berbagai-bagai organ kita yang lain.


Justeru itu, kita mestilah mengambil air yang mencukupi setiap hari untuk membolehkan kita hidup dengan saksama dan wajar.


Peranan air yang penting ialah bertindak melarutkan aneka jenis zat dalam perut kita untuk tujuan penceranaan, dan air juga men gendalikan berbagai-bagai jenis proses pembinaan darah, mengawal sukatan suhu atau sukatan panas badan. Air bertindak sebagai alat pengangkutan dan ejen pencuci dalam badan kita.


Sebahagian besar daripada darah adalah terdiri dari air yang menghantar makanan kepada tisu-tisu dan membawa balik bahan-bahan lebihan, seperti karbon dioksida dan urea. Dalam proses tersebut karbon dioksida dikeluarkan daripada darah oleh paru-paru dan diganti dengan oksijan, sementara urea dan air lebihan yang terdapat dalam darah dikeluarkan oleh buah pinggang.


Dengan cara itu darah dapat dibersihkan dan dapat menjalankan tugas tanpa henti-henti sepanjang masa selagi hayat dikandung badan seseorang.


Pada umumnya air masuk ke dalam badan kita menerusi minuman dan makanan, dan juga ketika berlaku proses oksidasi makanan. Air terdapat dalam makanan-makanan yang berair, atau cair, seperti buah-ketuah, dan sayur-sayuran dan makanan yang cair.


Dalam hal ini menurut pakar makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lebih daripada 85 peratus air, demikian juga lebih separuh daripada setongkol daging seberat satu paun adalah mengandungi air. Itulah sebabnya makanan-makanan basah, seperti buah-ketuah dan daging menjadi kecut bila kekeringan.


Air yang berada dalam badan kita tidak tahan lama, kerana ia sentiasa keluar menerusi berbagai-bagai cara yang tgelah diciptakan Allah demi kepenntingan kehidupan manusia itu sendiri, seperti keluar menerusi kencing, keluar menerusi kulit sebagai peluh dan juga keluar menerusi pernafasan yang berlangsung sepanjang masa selama hayat kita masih ada.


Namun begitu, kuantiti pengeluaran air itu berbeza antara seoerang dengan seorang. Seseorang yang banyak megeluarkan peluh, kurang air kencingnya, dan sebaliknya yang kurang kencingnya, banyaklah pengeluaran peluh dari kulitnya. Walau bagaimanapun, seorang dewasa yang normal, kehilangan kira-kira 2/3 kuart air menerusi perpeluhan dan kira-kira satu kuart keluar menerusi perkumbuhan.


Dalam hal ini pengidap-pengidap penyakit kencing manis lebih banyak mengeluarkan kuantiti air menerusi kencing daripada keluar menerusi perpeluhan, kerana itu mereka lebih mudah merasa kehausan dan terpaksa minumm air dengan banyak untuk menghilangkan kedahagaannnya.


Walau bagaimanapun, andainya air yang diterima oleh badan itu lebih banyak daripada air yang keluar, maka ini boleh membahayakan, kerana ia boleh menyebabkan penyakit sembab, dan sebaliknya jika air yang diterima itu kurang daripada air yang keluar, seperti kerana penyakit cirit birit atau muntah-muntah, pula boleh menyababkan badan kekurngan air yang boleh menyebabkan seseorang mengaalmi keletihan dan juga akhirnya dalam masa yang tertentu boleh membawa maut.


Dalam keadaan biasa, kekurangan air boleh menyebabkan kulit bresisik dan kelihatan berdebu, dan juga boleh menyebabkan seseorang itu sembelit.





Justeru kita hendaklah mengambil air dengan sewajarnya setiap hari, jangan terlampau banyak dan jangan terlampau sedikit yang boleh mambahayakan. Ibarat pokok, kalau kekurangan air boleh menyebabkan ianya menjadi kering dan layu, tapi kalau berlebihan air pula, menyebakan ianya mejadicjeruk air, lembek dan layu, sebagaimana berlaku pada pokok betik yang umbinya ditenggelami air.


Walau bagaimanapun keperluan kepada air itu berbeza antara seorang dengan seorang, namun pada puratanya seseorang yang normal memerlukan sebanyak 4 atau 5 pain air setiap hari. Dengan meminum air secara yang mencukupi itu badan kita menjadi sihat dan segar, maka dengan itu dapatlah kita menjalankan segala perintah Allah SWT dengan lebih baik dan sempurna.
Walaupun minum air itu satu kelumrahan kepada kita manusia, namun mungkin ada lagi manusia yang tidak  menyedari cara minum air yang sewajarnya atau sengaja melupakanya. Justeru ada baiknya kita perturunkan sebagai peringatan..


Di antara cara-cara itu ialah sebagaimana berikut:

-     Sebagaimana biasa gelas atau cawan yang berisi air itu hendaklah dipegang dengan tangan kanan, dan hendaklah menyebut nama Allah sebelum meneguknya supaya mendapat keberkatan.

-         Air hendaklah diminum secara pelahan-lahan dan menghisap, sambil brnafas sebanyak tiga kali. Jangan meminumnya dengan sekali teguk, kerana boleh menimpakan penyakit pada jantung. Dan bernafas itu pula hendaklah di luar daripada gelas ataupun cawan air,


Baginda Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, “Minumlah air dengan perlahan-lahan sambil bernafas [dengan menghisap] dan janganlah diminum tanpa bernafas, kerana sesunggunya penyakit jantung itu dari meminum air tanpa bernafas”.

-         Jangan minum air sambil berdiri atau berbaring, kerana Baginda Rasulullah SAW melarang keras umatnya berbuat demikian.

-         Jika menggunakan jag atau ceret air yang diedarkan kepada orang yang hadir mengelilingi hidangan, maka pusingannya hendaklah diawali dengan arah ke sebelah kanan trlebih dahulu.


Sebuah Hadis mengungkapkan perisitiwa berikut, “Sesungguhnya Rasulullah SAW, meinum susu, Abu Bakar ra duduk di kirinya, seorang Arab desa sebelah kanannya dan Umar ra duduk bersetentang dengannya. Maka berkata Umar ra, “Berikan kepada Abu Bakar”. Lalu Arab desa itu mengambilnya dan Nabi SAW lalu bersabda, “Minum dari kanan, terus ke kanan”.


Walaupun minum sambil beridir itu dilarang, namun ianya bukanlah merupakan perbuatan yang haram, tapi ia mempunyai kaitan yang erat dengan akhlak dan sopan santun seseorang. Kalau kita minum air sambil berdiri atau samblil berjalan, nanti dikatakan kita orang yang tidak beradab sopan. Lagipun para ulamak berpendapat bahawa minum air sambil berdiri itu mempunyai kemudaratan.


Wallahuaklam.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP