ORANG LAMA BERSANDING DENGAN ORANG BARU
>> Tuesday, October 4, 2016
Salah satu peristiwa bersejarah yang akan menjadi kenangan abadi kepada seseorang, ialah hari perkahwinan mereka. Peristiwa ini akan terhunjam jauh dalam hati setiap orang, terutama di kalangan anak-anak muda remaja, yang akan sentiasa menjadi buah kenangan dan ingatan sepanjang hayat.
Dalam semua
masyarakat perkahwinan adalah merupakan sebahagian daripada upacara suci agama,
khususnya agama Islam. Selain itu ia juga diraikan secara adat dan teradisi
sesebuah masyarakat atau bangsa untuk memeriahkan lagi suasana bersejarah itu.
Dalam masyarakat kita Melayu upacara perkahwinan ini disambut dengan penuh bermakna, terutama kepada pengantin-pengantin yang baru pertama kali berkahwin, baik lelaki atau perempuan.
Perkahwinan itu
sendiri mempunyai variti panggilan, seperti menikah, menamatkan zaman mudanya,
menamatkan zaman bujang, bertemu jodoh, bertemu pasangan hidup dan sebagainya
lagi yang menggambarkan ikatan hidup yang sah antara seorang lelaki dan
perempuan setelah disempurnakan di hadapan ketua agama yang khusus dengan kehadiran
saksi-saksinya.
Demikianlah
baru-baru ini seorang pemuda, Wan
Mohammad Hafix bin Wan Razali diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya
Adiebah bt Khailani.
Bersama anaksudara Zaleha
W.M. Hafix adalah cucuanda kepada Khadijah bte Saleh, dan Allahyarham Ibrahim dari Kg. Bawah Lembah Kg. Sirih, Kota Bharu.
Suatu majlis
kesyukuran perkahwinan itu telah diadakan pada hari Ahad, 2 Oktober 2016 [1
Muharam 1438H] di Dewan Mas Cotek, Fama, RTC, Kota Bharu, Kelantan.
Ramai keluarga dan
sahabat handai telah menghadiri majlis yang meriah itu turut bersama-sama bersyukur
dan bergembira dengan pasangan pengantin baru itu.
Kami pun turut hadir
juga, di samping menikmati jamuan yang disedikan untuk para tamu yang dimulai.
Ketika hendak
meninggalkan majlis pengantin mengajak saya bergambar kenangan dengannya di
atas pelamin. Maka bersandinglah orang tua dengan orang muda untuk kenangan
sebagaimana terdapat dalam foto.
Sesungguhnya Allah berfirman:
“Dan di
antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan isteri-isteri bagi
kamu dari jenis kamu sendiri agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka.
Kemudian Dia menciptakan kasih sayang di antara kamu [suami isteri].
Sesungguhnya dalam hal yang demikian itu terdapat bukti-bukti [kebesaran Allah]
bagi orang-orang yang mahu berfikir”.-Ar-Rum:21.
Terimakasih pengantin baru, dan diiringi dengan doa kebahagian untuk selama-lamanya.
Terimakasih pengantin baru, dan diiringi dengan doa kebahagian untuk selama-lamanya.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.
0 comments:
Post a Comment