TAQDIRKU HARI INI
>> Monday, September 26, 2016
TAQDIRKU HARI INI
Pada suatu pagi
seperti biasa saya tinggal sendirian. Anak-anak dan cucu telah keluar ke
sekolah sejak pagi-pagi hari lagi.
Pagi itu saya sedang
menunggu beberapa orang kawan yang memberitahu mereka akan datang bertandang ke
rumah. Sahaja ziarah.
Sementara menunggu kedatangan mereka, saya teringat hendak ke pondok yang terletak di sebelah. Ada buku yang hendak saya ambil semalam tapi tertinggal.
Saya mengambil dua
anak rangkai anak kunci, satu kunci tempat saya tinggal dan serangkai lagi anak
kunci pondok tersebut untuk membnolehkan saya masuk.
Bila berada di liuar
pintu, saya mengambil mangga yang tersangkut di grill pintu untuk mengunci gril
itu. Walaupun kedudukan rumah hanya dekat, tapi justeru keadaannya terlindung
oleh pokok-pokok, maka kediaman ini terpaksa dikunci walaupun untuk
ditinggalkan sekejap sahaja. Lagipun
pintu pagar telah saya buka kuncinya untuk kemudahan kawan-kawan saya
masuk nanti.
Tapi ketika saya
hendak mengunci mangga itu saya ternampak anak kunci yang saya pegang itu bukan
anak kuncinya, tapi anak kunci pintu yang satu lagi. Nasib baik saya tidak
sempat menguncinya, kalau tidak saya tidak dapat masuk, sementelah pula
kawan-kawan akan tiba bila-bila masa
sahaja.
Tetamu sebelumnya
Saya masuk semula, dan mengambil anak kuncinya yang sebenar, tapi tidak terlebih dulu meletak rangkaian anak kunci yang salah itu. Saya lalu meletak serangkai anak kunci itu di atas meja kecil dan membawa dua rangkai anak kunci keluar.
Saya mengambil
mangga dan mengunci mangga pada kelekah gril, Tapi sebaik-baik sahaja mangga
terkunci, saya sedar, rangkaian anak kunci di tangan saya itu, adalah rangkaian
anak kunci yang sama yang saya tersalah ambil tadi. Yang saya letak di atas
meja itu adalah anak kunci baru saya ambil dan yang sebenarnya.
Apa hendak dibuat
pintu telah terkunci.
Tapi nasib baik pula
di tangan saya ada handofon yang jarang saya bawa kalau untuk berpergian
sekejap sahaja. Saya terus menelefon anak perempuan saya meminta bantuan. Tapi
panggilan saya tidak berjawab. Biasanya betika sedang bertugas dia tidak
menjawab panggilan telefon, lalu panggilan saya memasuki peti suara.
Tapi sejurus
kemudian berbetulan pula ada panggilan daripada anak saya dari Kuala Lumpur.
Kami berbual-bual sekejap dengan saya berdiri di muka tangga. Kemudian saya
potong perbualan kami, dan memberitahu masalah yang sedang saya hadapi, dan
meminta saya menelefon menantu saya.
Dia memberitahu dia
akan segera menelefon adik iparnya itu, dan akan segera memaklumkan tindakbalas
yang diperolehinya. Telefon segera dimatikan.
Beberapa minit kemudian
saya mendapat panggilan dari menantu saya dan membeitahu dia akan segera pulang
membawa anak kunci rumah bila tugasnya selesai kira-kira satu jam lebih sedikit
nanti.
Satu jam sebenarnya bukan
sekejap. Saya terpaksa menunggu di belakang rumah selama masa tersebut. Di
bahagian hadapan rumah tidak ada tempat untuk berteduh, kerana matahari sedang
perlahan-lahan memanjat puncak langit.
Taqdirnya pula
kawan-kawan yang di tunggu mmasib belum sampai-sampai, kalau tidak mereka
terpaksa berada bersama saya di abelakang rumah, melihat kebun yang bersemak
samun.
Saya ada rancangan
sedikit untuk mereka. Selain dari buah dokong dan rambutan yang disediakan, saya
bercadang untuk menggoreng karipap dan cek mek segera sebelum mereka sampai.
Tapi jadi begini pula.
Tiba-tiba pula
kerongkong saya kering. Di mana nak dapat dapat air minum? Saya segera pergi ke
hadapan rumah. Nasib baik, kereta tidak berkunci, dan membuka mencari air. Saya
ketemu dengan sebuah botol, yang airnya baru sedikit luak, lalu mengambil dan
meminumnya tiga teguk dengan kepercyaan air itu masih baik dan sesuai untuk diminum.
Hanya baru tengah
hari mereka menelefon memberitahu yang mereka tidak boleh datang, kerana kereta
mereka kerosakan di tengah jalan, akibat kesibukan melayan kereta rosak, mereka
lupa hendak memberitahu saya keadaan yang mereka hadapi.
Tapi ketika saya
menunggu-nunggu kesampaian anak kunci itu, tiba-tiba ada pula kawan lain
menelefon minta hendak datang ke rumah dalam masa kira-kira setengah jam lagi.
Saya sambut hasrat mereka dengan tangan terbuka.
Patah tumbuh, hilang
berganti. Itulah taqdirnya yang ditentukan buat saya sedikit untuk hari itu.
Katanya mereka datang untuk membincangkan soal keluarga, yang saya duga soal
nikah kahwin.
Sejurus selepas anak
saya membawa anak kunci dan membuka pintu, kawan itupun sampai. Alhamdulillah,
semuanya sudah selesai selepas menanggung kira-kira satu jam akibat kecuaian
sendiri.
Hidup makhluk ini
memang tidak dapat lari dari takdir, iaitu ketentuan Allah yang akan berlaku.
Sesuatu yang ditaqdirkan Allah, akan berlaku, maka pasti akan berlaku, dan
sebaliknya apa-apa yang tidak ditaqdirkan Allah tdak akan berlaku, maka ianya
pasti tidak akan berlaku.
Percayakan taqdir
atau qadar adalah Rukun Iman yang enam yang wajib dipercayai oleh seluruh umat
Islam.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.
1 comments:
Takdir Tuhan
Inilah lingkaran maya
pada kehidupanku
yang penuh dengan seribu jinjang
telah kurakamkan pada monolog
perpisahan ini
rostrum
dan kalian akan menyaksikan
bahawa hidup adalah melankolia yang berterusan
bahawa takdir Tuhan adalah
misteri yang maha misteri...
Post a Comment