MABUK DURIAN TANPA MAKAN
>> Sunday, September 4, 2016
Adakah anda pernah mendengar orang mabuk durian? Atau adakah anda pernah melihat orang mabuk durian?
Musim sekarang musim
durian di seluruh negara. Di mana-mana ada durian, di mana-mana orang makan
durian.
Durian itu jenis
buah yang panas, namun begitu orang tetap menikmati durian, walaupun musim
panas, malah kadang-kadang juga meresahkan.
Ini kerana buah
durian itu buah yang enak untuk dimakan, atau dibuat bahan masakan. Justeru
durian digelar raja buah.
Pada suatu malam,
keluarga saya membawa pulang berpuluh-puluh biji buah durian yang dibawanya
dari kampung. Semuanya durian isi baik, dan berwarna kuning, serta manis.
Buah-buah durian itu
diletaknya didapur, dan mereka juga makan buah durian didapur.
Baunya, seperti
biasalah cukup kuat, habis sebuah rumah berbau durian.
Tapi tiba-tiba
sahaja kepala saya terasa bedenyut-denyut, kerongkong saya sakit dan perit dan
terasa memmebngkak, batang tengkok saya terasa berat dan menegang, seperti
batang pinang.
Saya cuba
menenangkan diri dan lari ke dalam bilik dan menutup pintu rapat-rapat. Tapi
tidak berjaya sepenuhnya, kerana baunya telah pun menceroboh masuk kamar.
Kerongkong saya makin
perit dan sakit, Langsung tidak dapat tidur. Terus resah dan gelisah digoda
durian.
Apa hendak buat?
Kemudiannya pada tengah
malamnya bila rumah sudah sunyi saya mendapat ilham, lalu bangkit, dan pergi
membuka semua pintu dan tingkap untuk mengeluarkan udara durian dari rumah.
Juga membuka semua kipas untuk menghambat bau durian keluar.
Alhamdulillah, tidak
berapa lama bau durian kian mereda, dan bengkak dalam mulut terasa kian
mengurang, dan suasana terasa bertambah selesa. Dan akhirnya saya dapat tidur
dengan nyaman, walaupun gangguan-gangguan kecil pada mulut masih terasa.
Tapi anmak saya yang
tinggal di Sungai Buloh menelefon antara lain memberitahu dia dan sedang
keluarga berhenti di sebuah stesen minyak dan makan durian di situ. Aduhai!
Tapi saya tidak ceritakan apa yang sedang saya alami, dan hanya berpesan, “Jangan
makan banyak ini musim panas”.
Biasanya orang yang
menghidap penyakit resdung atau seduan sahaja tidak boleh menghidu bau durian,
dan itupun biasanya boleh menyebabkan mereka sakit kepala sahaja.
Saya tidak tahu
kenapa saya menjadi begitu manja dengan bau durian. Dulunya saya dan keluarga amat menyukai buah durian.
Buah durian itu
dimakan begitu sahaja, dimakan dengan pulut, atau dicampur dengan kueh-kueh
tradisional, seperti cemput-cemput, dan kadang-kadang dibuat pengat durian,
juga dimakan dengan mulut tanak. Amboi sedapnya.
Satu lagi dibuat
sambal durian. Cili api, bergaram digaul pekat dengan buah durian masak, dicicah
dengan ikan panggan bakar tawar dan dimakan dengan ulam-ulam mentah. Adohai
sedapnya.
Tapi semua itu sudah
lama saya tinggalkan. Durian tidak lagi mampu dibawa ke mulut saya, kerana ia
menimbulkan kesan sampingan automatik yang agak aneh.
Saya teringat kepada
seorang kawaan saya dari luar Amerika, yang datang ke Malaysia dan menikmati
durian, mengirim sebuah nota dengan gambar sebiji buah durian, berbunyi, “Awas buah ini Allah jadikan dia ada penawar
dan ada racun”.
Adakah saya mabuk
durian? Atau sakit buah durian?
Lagipun, setiap hari
sejak kebelakangan ini makanan yang menjadi pilihan saya tidak banyak lagi, dan
diantara yang sedikit itu ialah oats,
buah kurma, madu, roti dan sedikit minyak zaitun
Demikian sedikit
pengalaman saya dengan buah durian mutakhir ini untuk dikongsi bersama dengan
anda.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput,
0 comments:
Post a Comment