KEAJAIBAN ANGKA 9
>> Wednesday, September 21, 2016
999999
Jika kita mengira
atau membilang, atau menghitung kita menggunakan sesuatu yang kita panggil
angka atau nombor.
Tapi jika kita
menulis angka itu kita panggil tulisan atau huruf.
Setiap angka bermula
dari kosong. Tapi kita tidak menyebutnya bila kita menghitung, tapi terus
menyebutnya ke angka nombor satu yang memulakan setiap kiraan atau hitungan.
Kita mula membilang
atau mengira dengan memulakan angka satu, tapi kita tidak tahu di manakah ianya
berakhir? Ianya semacam teka teki yang tidak berhujung.
Pada pokoknya
angka-angka itu bermula dari angka 0 sampai ke angka 10. Kemudian ditambah
angka-angka lain berikutnya menjadikan angka itu bertambah besar bilangannya.
Semua nama-nama
Allah itu memiliki nama-nama yang agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya yang
mulia.
Jika angka 1
ditambah dibelakangnya dengan angka 2, maka jadilah angka 12 [dua belas] yang
berganda-ganda lebih besar dari angka 1 tadi. Demikianlah seterusnya.
Jika kita membilang,
kita terlebih dulu akan menemui angka 9 sebelum sampai ke angka 10, dan angka 8
sebelum sampai ke angka 9.
Angka 9 itu pula
jika di belakangnya ditambah sebuah angka 9 lagi, maka jadilah 99 [sembilan
puluh sembilan].
Seperti juga
sesetengah angka-angka lain, angka 99
[sembilah puluh sembilan] mempunyai keistimewaannya sendiri.
Angka 99 menjadi
angka yang cukup istimewa ia dikaitkan dengan 99 nama Allah.
Baginda Rasulullah
SAW bersabda, maksudnya, “Sesungguhnya
Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu, dan barang siapa menaruh ingatannya,
ia akan masuk syurga”. HR:Al-Baihaqi.
Di samping itu angka
9 itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang hanya disedari oleh mereka
yang menilitinya.
Anataranya cubalah
perhatikan percaturan angka 9 di bawah
dan anda mungkin akan kaget bila melihatnya:
a]
9 X 1 = 9
9 X 2 = 18
9 X 3 = 27
b]
9 X 4 = 36
9 X 5 = 45
9 X 6 = 54
C]
9 X 7 = 63
9 X 8 = 72
9 X 9 = 81
Semua jawapan pada
kira-kira di atas jika dicampur antara kedua-dua jawapannya akan menerbitkan
jawapan 9, seperti :
9 X 8 jawapanya 72,
dan jika 7 dicampur dengan 2 jawapanya adalah 9.
Demikian juga 9 X 9
jawapannya 81, dan jika 8 dicampur dengan 1 jawapanya adalah 9.
Demikikanlah
seterusnya.
Di samping itu jika
diperhatikan setiap jawapannya satu angka lebih kecil daripada angka yang
dikali dengan 9. Cuba perhatikan:
9 X 5 = 45: angka 4
lebih kecil satu angka daripada angka 5.
9 X 4 = 36: angka 3
lebih kecil satu angka daripada 4.
Demikianlah
keajaipan angka 9, sebagaimana terdapat keajaibaan pada sesetengah angka yang
lain dengan cara yang berbeza.
Apa rahsianya?
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.
1 comments:
ANGKA
Adakah mampu kita
Nanti mengurai rahsia angka-angka
Genap dan ganjil, lalu mencetus kecintaan dan segenap
Kerinduan pada
Allah Nan Maha Esa...
Post a Comment