Di mana Wanita Hamil Terancam?

>> Monday, February 25, 2013



DI MANA WANITA-WANITA HAMIL TERANCAM?


Kepada wanita menggandung atau hamil adalah sesuatu yang lumrah, kerana ianya merupakan satu kententuan yang menjadi tanggung yang wajib dipikul  oleh setiap insan yang bergelar wanita.

Kaum lelaki tidak mengandung, dan ia merupakan “perkakas” untuk memboleh seseorang wanita itu mengandung setelah terjalinnya hubungan mesra antara keduanya.



Dan melahirkan anak adalah merupakan pengalaman yang menggembirakan kepada seseorang wanita, walaupun terpaksa meanggung berbagai-bagai kesusahan dan kesangsaraan semula jadi kepada bakal para ibu. Ia bermula daripada masa seseorang ibu itu mengandung hingga sampai ke detik melahirkan anak keluar dari kandungan.

Suara tangisan sulung bayi  sebaik-baik sahaja keluar menjenguk dunia akan menjadi penghibur yang tidak ternilai harganya kepada seseorang ibu, untuk  mengubati segala keperitan dan kesangsaraan yang telah ditanggung berbulan-bulan lamanya oleh seseorang ibu hingga bayi keluar dari kandungannya.

Si suami pula, usah dikatakan, amat gembira menyambut kelahiran sang bayi, lebih-lebih lagi bayi sulung yang akan lebih menceriakan kehidupan mereka suami isteri. Malah seluruh keluarga akan berkongsi kegembiraan menyambut ketibaan manusia baru itu. Bersyukur kepada Allah, Tuhan Maha Kaya.


Malah setiap insan yang mendirikan rumah tangga, hidup sebagai suami isteri yang normal, hasil daripada perkahwinan yang sah, sudah tentu ingin menimang cahaya mata, memiliki anak yang akan menceriakan lagi kehidupan kekeluargaan mereka, di samping menjadi pewaris generasi mereka untuk masa-masa yang akan datang selagi  dunia berkembang dan hingga akhirnya membawa ke Akhirat.

Oleh itu kelahiran seorang bayi dalam sesebuah keluarga yang dibentuk menerusi perkahwinan yang halal dan sah disambut dengan kegembiraan dan penuh kesyukuran oleh suami dan isteri, malah seluruh keluarga yang waras pemikirannya.

Malah kegembiraan telah mulai mewarnai kehidupan suami isteri sebaik-baik sahaja si isteri disahkan mengandung dan bakal melahirkan anak, dan kegembiraan itu akan sampai ke puncaknya bila tiba saat kelahiran bayi ke dunia.

Perkara ini berlaku di mana-mana sahaja di seluruh pelosok dunia ini, baik di timur atau di barat, baik di utara atau di selataan kelahiran seorang bayi disambut dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan.

Namun, pada realitinya bukan semua kelahiran membuahkan kebahagian dan kegembiraan, malah sebaliknya juga menimpakan kesedihan dan kedukacitaan.

Kesedihan dan kedukacitaan menimpa ke atas orang-orang yang disayangi, kerana berlakunya perkara yang tidak diingini ke atas bayi atau pun ke atas si ibu yang mengandung dan melahirkan anak itu.

Ia mungkin berlaku ketika ibu sedang mengandung, ketika melahir dan dilahirkan, atau beberapa hari selepas melahir anak atau beberapa hari selepas dilahirkan iaitu dalam masa pantang.

Peristiwa yang menyedihkan itu ialah KEMATIAN yang mungkin menimpa ibu dan bayi yang malang itu.



Walaupun kadar kematian berhubung dengan pengelahiran telah jauh berkurangan di seluruh dunia, tapi ia masih lagi berada dalam kadar yang membimbangkan, terutama di negara-negara yang rendah mutu khidmat kesihatannya.

Mengikut kajian ada beberapa faktor yang menjadi punca kepada peristiwa yang tidak diingini itu berlaku ke atas ibu atau anak yang berkait rapat dengan pengelahiran.

Antara faktor-faktor itu yang penting ialah, tidak  mendapat makanan berzat yang mencukupi, dan tidak mempunyai kemudahan untuk mendapat bantuan-bantuan yang diperlukan semasa mengandung dan juga di masa pengelahiran seperti khidmat doktor. 


Perkara ini berlaku mungkin kerana persediaan pembekalan bantuan yang diperlukan tidak mencukupi, atau pun di antara keduanya, iaitu  antara yang memerlu dengan bahan yang diperlukan dipisahkan oleh jarak yang jauh dan sukar untuk berhubungan, terutama dalam waktu keceamsan yang mendesak.


Ia bukan sahaja terdiri daripada bahan-bahan keperluan, seperti ubat-ubatan tapi juga khidmat nasihat yang sukar untuk disampaikan kerana sukarnya perhubungan itu.

Dr. Babatunde, Pengarah Pelaksanaan [Eksekutif] Dana Kependudukan Bangsa-bangsa Bersatu [PBB] dalam bicaranya lewat sebuah artikel yang tersiar dalam akhbar Mail & Gardian Health, yang diterbitkan di Cape Town baru-baru ini menegaskan bahawa lebih daripada 280,000 orang ibu kehilangan nyawa mereka setiap tahun kerana kerumitan atau komplikasi  yang berlaku semasa mengandung dan ketika melahirkan anak, dan disamping itu pula lebih dari 3 juta bayi yang  baru dilahirkan meninggal dunia setiap tahun.

Menurut beliau sebahagian besar daripada kematian itu memang boleh dielakkan kerana ianya bukan berpunca daripada sakit atau penyakit, tapi berpunca daripada akibat melahirkan anak.

Kata  beliau faktor utama perkara yang tidak diingini itu berlaku ialah kerana kekurangan akses-akses kepada  perancang keluarga, pejagaan  asas seputar pengelahiran, kepakaran dalam pemerhatian, pemeriksaan kesihatan dan wejangan semasa mengandung. Tapi perkara ini kata beliau  memang boleh dielakkan.


Sebab-sebab ini juga kata beliau, menjelaskan kenapa sebahagian besar daripada kematian maternal, yang berhubuing dengan keibuan berlaku di negara-negara yang sedang membangun.

Berbagai-bagai usaha telah dijalankan oleh masyarakat internasional dan juga PBB untuk mengurangkan kematian maternal, dan usaha-usaha itu memang telah berhasil sejak masa dua dekad yang lalu.

Tapi kejayaan ini masih belum mencukpi untuk mencapai sasaran kesihtan maternal, terutama di negara-negara sedang membangun,  terutama di bahagian Sahara Afrika yang mempunyai kadar kematian meternal yang tertinggi di dunia.

Kata beliau pada tahun 2008, lapan daripada sepuluh negara yang mengalami rekod kematian maternal yang paling buruk adalah terletak di Afrika.

Seorang wanita di benua Afrika hampir 100 kali ganda mungkin mati kerana mengandung dan melahirkan anak akibat komplikasi jika dibandingkan dengan wanita-wanita di negara-negara kaya.

Walaupun beberpa kejayaan telah dicapai dalam bidang kesihatan maternal, tapi benua Afrika yang mempunyai 14 peratus daripada penduduk dunia masih lagi memberi sumbangan sebanyak  lebih daripada separuh kadar kematian maternal dunia.

Negara-negara  yang dilanda oleh epedemik HIV/Aids problem tersebut kian meningkat, dan bukannya menurun.

“Adalah sesuatu yang tidak dapat diterima, mengandung dan melahirkan anak, masih terus menerus menjdi ancaman maut kepada sebilangan besar gadis-gadis dan wanita-wanita Afrika”. Kata Dr Babatimehin lagi.

Demikinlah kita lihat, begitu ramai wanita-wanita di dunia ini berada dalam ancaman maut untuk melahirkan seseorang anak, tapi di negara kita, kerana begitu mudahnya mereka untuk melahirkan anak, maka menjadi begitu mudah pula kepada mereka untuk membuang dan melemparkan bayi-bayi yang mereka lahirkan itu tanpa kasihan belas lagi. Perbuatan mereka ini lebih keji daripada perbuatan kafir-kafir jahiliah yang menanam anak-anak mereka hidup-hidup, tapi tidak melemparnya ke merata-rata tempat seperti wanita-wanita di negara kita sekarang.












tempat seperti wanita-wanita negara kita hari ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP