Manusia Mandi Bunga, Bila Bunga Mandi Hujan?
>> Tuesday, February 26, 2013
Manusia memang sentiasa ingin
kelihatan cantik dan menarik, terutama kepada kaum Hawa.
Justeru
itu, sejak ribuan tahun yang lampau lagi, manusia berusaha keras untuk
menambahkan kencantikan dan kepenarikan diri mereka, terutama kaum wanita,
untuk sedap dipandang dan manis dirasa.
Antara
metod yang mendapat perhatian mereka ialah Mandi Bunda, iaitu sejenis amalan
yang dipercayaai dapat menambahkan daya tarik dan keserian wajah seseorang
wanita di mata lelaki.
Wanita-wanita
Melayu, dan juga wanita-wanita seluruh Asia juga tidak ketinggalan dalam amalan
mandi bunga ini.
Ada
beberapa tujuan kaum wanita mandi bunga, antaranya untuk menguatkan aura dan
menambahkan keserian wajah seseorang, supaya menjadi lebih menarik dipandang.
Adalah
dipercayai mandi bunga itu dapat membersihkan aura seseorang daripada
berbagai-bagai perkara yang tidak diingini, kerana terpalit dengan
berbagai-bagai kekotoran yang dapat memberi gangguan kepada seseorang, samada
disedari atau tanpa disedari, baik dari segi fizikal atau mentalnya.
Mereka
juga bermandi bunga dengan tujuan perawatan untuk menyembuhkan berbagai-bagai
penyakit yang melibatkan mental, semangat dan fizikal seseorang. Ia dipercayai
dapat memulih dan menguatkan kembali mental dan fizikal seseorang yang
terganggu itu.
Ada
berbagai-bagai jenis bunga yang digunakan untuk mandi bunga, biasanya
bunga-bunga yang berbau wangi, seperti cempaka, melur, tanjung, mawar dan
kenanga.
Biasanya
air mandian itu sebelum diguna, didoa atau dijampikan terlebih dahulu oleh
penggendalinya, seperti bomoh-bomoh atau bidan-bidan kampung.
Di
sinilah para pemandi bunga perlu lebih berhati-hati mempastikan jampi-jampi
atau doa-doa itu tidak melibatkan makhluk-makhluk halus yang boleh membawa mereka
kepada kesyirikan.
Kemudian
barulah pemandi-pemandi bunga itu menggunakanya untuk mandi dengan jalan
menjiruskan air mandian bunga itu ke serata badan atau dengan cara berendam di
dalam air bunga.
Di
samping manusia mandi bunga, di waktu-waktu tertentu, bunga-bunga itu mandi
juga secara semula jadi, iaitu mandi air hujan yang menimpa mereka bila hujan
turun dari langit.
Bunga-bunga
yang mandi air hujan ini ialah pokok-pokok bunga yang terletak di tempat
terdedah, di bawah langit terbuka tanpa peneduh.
Jika
kita perhatikan, bunga-bungi juga seperti manusia, memberi berbagai-bagai
reaksi terhdap hujan yang menimpa mereka itu.
Di sini
kita siarkan sebahagian daripada foto-foto yang kita rakamkan ketika bunga-bungi
itu mandi hujan.Lihatlah reaksi bunga-bungi itu tanpa memerlukan sebarang penjelasan
lagi.
Bunga-bungi
itu adalah sebahagian daripada bunga
yang terdapat pada pokok-pokok bunga di laman Pondok Rahmat sahaja.
Walau
bagaimana pun selepas hujan nanti, pokok-pokok
bunga itu kelihatan segar-bugar dan lebih ceria, kecuali bunga-bunga yang
pokoknya tenggelam dalam air selama masa yang panjang yang boleh mambawa kepada
kematiannya.
Dan yang
pastinya setiap lepas hujan, pokok-pokok, terutama pokok-pokok yang tumbuh di
hutan-hutan belukar mengeluarkan sejenis
bau khusus yang menyenangkan hati dan menyegarkan emosi.
Allah berfirman, "Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi ,pergantian malam dan siang , kapal yang berlayar di laut dengan [muatan] yang bermanfaat bagi manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkan-Nya bumi setelah mati [kering], dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, [semua itu] sungguh, merupakan tanda-tanda [kebesaran Allah] bagi orang-orang yang mengerti".Al-Baqarah:164
0 comments:
Post a Comment