>> Saturday, August 7, 2010


SYUKUR Dapat Anugerah Sijil Penghargaan P&P Cemerlang
PPD K.Krai


SAYA merasa amat bersyukur dan bertuah kerana anak saya, Noorbaiti Zaini dan suaminya Sayafi bin Fa telah dianugerahkan dengan Sijil Penghargaan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai.

Noorbaiti Zaini seorang guru mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Embak dan Sayafi pula mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Kuala Krai, Kelantan.

Penyampaian anugerah sijil itu menunjukkan keperhatinan pihak yang berkenaan terahadap usaha-usaha gigih yang telah mereka lakukan dalam menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seoran guru yang memang memikul tugas yang berat. Justeru itu, walaupun anugerah tersebut hanya berupa sekeping sijil, tapi ia amat besar ertinya

Anugerah Sijil Penghargaan itu diberikan berdasarkan pencapaian seseorang guru dalam beberapa faktor iaitu pencapaian kuantiti dan kualiti dalam mata pelajaran yang diajar; pengurusan P & P yang berkesan; kreativiti dan inovasi dalam P&P dan sumbangan di peringkat sekolah, Zon, PPD, JPN dan Kebangsaan dalam bidang akademik.

Penilaian juga diberikan berdasarkan pencapaian dalam program khas [akademik] di sekolah; hubungan positif dengan warga sekolah; akur dengan arahan pengurusan sekolah; pengurusan masa yang cemerlang, penampilan diri yang baik dan penglibatan dalam aktiviti dan program sekolah.

Majlis penyampaian sijil penghargaan itu diadakan di perkarangan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai, pada hari Sabtu 07 Ogos 2010 dalam satu “Perhimpunan Warga Pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai 2010”

Sijil penghargaan itu telah disampaikan oleh Tuan Haji Zahari bin Daud, Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan.

Dalam ucapan di majlis tersebut beliau telah memberi sanjungan yang tinggi kepada para guru yang berkhidmat dengan cemerlang untuk memajukan pendidikan sejajar dengan proffesion mereka sebagai seorang pendidik.

Beliau berharap para guru akan berusaha lebih keras lagi dalam usaha untuk memberi pendidikan yang lebih cemerlang keapda para pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan.

Di majlis itu seramai 116 orang guru telah mendapat anugerah Sijil Penghargaan P dan P Cemerlang yang terdiri daripada sekolah-sekolah dalam Jajahan Kuala Krai.

Di samping itu seramai 58 orang pegawai sekolah juga menerima Anugerah Sijil Penghargaan Sukan, dan seramai 73 orang lagi menerima Anugerah Sijil Penghargaan Kokurikulum.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP