Lokasi Kg. Salor

>> Thursday, August 19, 2010




LOKASI Kg. Salor

Kg. Salor ialah sebuah kampung yang terekenal dari sejak dahulu lagi. Dari segi sejarah, di kampung ini telah berlaku pembunuhan ke atas sebuah keluarga diraja, kerana dituduh menderhaka kepada raja

Ia pernah menjadi pusat perniagaan daerah yang maju yang ramai dikunjngi oleh para peniaga dan orang ramai dari jauh dan dekat.

Ia mempunyai sawah padi yang luas terbentang, sesayup mata memandang dari hujung ke hujungnya.

Ia pernah menjadi pusat perkembangan syiar Islam di mana pada masa dahulunya pernah terdapat beberapa orang tok guru yang terkenal

Kg. Salor pernah menjadi wadah pertumbuhan yang subur kepada seni budaya tradisional negeri Kelantan.

Pada masa yang lalu di Kg. Salor ini terdapat beberapa orang tok bomoh yang terkenal yang sentiasa dikunjungi oleh orang jauh dan sekat. Pada masa itu rawatan perubatan moden masih belum lagi meluas seperti hari ini.

Kg. Salor ini memang terkenal dengan kecantikan “mek-mek” atau wanita-wanitanya yang sukar ditandingi di seluruh negeri Kelantan.

Kg. Salor tereletak dalam Jajahan Kota Bharu, dan sejauh 12 kilometer dari bandar Kota Bharu di tepi jalan utama Kota Bharu - Pasir Mas, ikut jalan lama melewati Kampung Kota dan Kg. Pendek, mengahala ke arah utara.

Jika dari pusat bandar Kota Bharu, ada dua jalan boleh diikuti, iaitu ikut Jalan melalui Kg. Sireh, melalui Kg. Pintu Geng dan Kampong Kota, terus ke Bulatan Hj.Dolah, lalu ambil Jalan Pasir Mas, melalui Kg.Pendek, dan Teluk Kandis.

Jika dari Pasir Mas, samada dari arah Tanah Merah, ataupun dari arah Rantau Panjang ataupun dari arah pusat bandar Pasir Mas, kita kena melintasi Jambatan Salor. Tidak jauh dari kepala jambatan sebelah sana, ambil jalan simpang kiri, dan kita akan beretmu dengan Kg.Goa dan Sekolah Kebangsaan Salor sebelum sampai ke Kampung Salor.

Penduk Kg. Salor terdiri dari berbagai-bagai kaum, Melayu, China, Arab yang hidup bercampur gaul dengan harmoni.
Untuk memudah anda mengikutinya di sini dikembarkan peta lokasi Kg. Salor itu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP