AIR PEMBERSIH DAN PENYEMBUH

>> Thursday, January 25, 2018



 

 

AIR PEMBERSIH DAN PENYEMBUH


AIR adalah satu unsur yang penting kepada semua makhluk Allah di bumi, terutama manusia, hewan dan tumbuh-tumbuhan semuanya memerlukan air sepanjang hayatnya untuk membolehkannya terus hidup.





Manusia Dijadikan Dari Air
Manusia dijadikan dari air. Allah berfirman dalam Kitab Suci al-Quran yang banyak menyebut tentang air, baik air di dunia, mahupun air di akhirat.
“Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup”.30:Al-Ambia’.
“Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dri air”. 54:Al-Furqan.
“Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina [mani].Al-Mursalat.
“Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apa dia diciptakan. Dia diciptakan dari air [mani] yang terpancar”. 5-6:Al-A’Ala.
Di samping itu Allah SWT juga menyebut berbagai jenis air lagi yang ada j di dunia dan juga yang hanya ada di akhirat. Antaranya, bermaksud:
“Dan campuran dari tasnin, iaitu mata air yang dimium oleh mereka yang dekat kepada Allah”. 27-28:Al-Muthaffifin.

“Diberi minum dari sumber mata air yang sangat panas”.5:Al-Ghasyiyah.

“Kamilah yang mencurahkan air melimpah dari langit”.25:’Abasa.
 Aneka Jenis Air 







Dalam dunia terdapat aneka jenis air, antaranya ialah:
 
Air Hujan
“.....dan Dialah yang menurunkan air [hujan] dari langit, lalu Dia hasilkan dengan hujan itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu.....”. 22-al-Baqarah.

“Kamilah yang telah mencurahkan air melimpah [dari langit]. 25:‘Abbas.

“Dan Kami turunkan dari awan, air hujan yang tercurah dengan lebatnya, untuk Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tanam-tanaman”, 14-15:An-Naba’.

Air Di Akhirat

“Dan campurannya dari tasnim,[iaitu] mata air yang diminum oleh mereka yang dekat [kepada Allah]”. 27-28:Al-Muthaffin.

“Diberi minum dari sumber mata air yang sangat panas”. 5: Al-Ghasyiyah.

 Manusia Perlukan Air.
Manusia memerlukan air kerana dua kepentingan, iaitu lahir dan batin, khususnya umat Islam. Dari segi lahir ia berguna untuk pemberishan tubuh badan, terutama dari najis-najis,dan alat-alat kegunaanya, seperti pakaian, perlatan dapur, kenderaan dan sebagainya.

Dari segi ruhani air berguna kepada mereka untuk memberishkan najis-najis berat, dan najis ringan dan juga untuk mengambil wuduk untuk membolehkan mereka solat dan sebagainya.

Bahan-bahan lain hanya boleh digunakan sebagai ganti air jika air tidak diperolehi, seperti tanah dan batu untuk ambil wuduk, membersih hadas kecil,dan hadas besar.

Justeru dari segi kegunaannya, dalam Islam air dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu air mutlak, air mustakmal, air mutajis dan air musyammas yang masing-masing mempunyai kegunaan yang tersendiri.

Lain-lain Sumber

Selain air daripada sumber-sumber yang biasa, seperti dari sungai, telaga, kolam, mata air, air hujan, air laut dan air salji, ada lagi sumber-sumber air yang khusus, terutama yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan juga buah-ketuah yang begitu banyak Allah jadikan di dunia ini untuk dinikmati oleh hamba-hamba Nya.

Air-air dalam buah-buahan ini bukan sahaja boleh diminum untuk menghilangkan rasa dahaga, atau untuk menikmati keenakannya tapi jug sesetengahnya berguna dari segi kesihatan mereka yang meminumnya.

Berapa Banyak Air

Berapa banyakkah air berada dalam badan seseorang manusia.  Pada ebjernya badan seorang dewasa mengandungi 60 peratus air yang terkandung dalam berbilion-bilion sel yang membentuk badan manusia.

Biasanya bila 2.3 peratus air dalam kandungan badan manusia itu susut atau berkurang menyebabkan seseorang merasa dahaga, dan memerlukan air untuk diminum.

Tapi berapa banyak sebenarnya air yang perlu diminum oleh seseorang setiap hari. Perkara ini tidak sama antara seseorang dengan seseroang, antarannya ia tergantung kepada ukuran badan sesrorang, kecil atau besar, tergantung kepada berat badannya, tergantung kepada kegiatan hidupnya setiap hari, seperti jenis pekerjaannnya, dan tergantung juga kepada di mana ada berada atau di mana mereka tinggal, di negeri sejuk atau panas.

Pada umumnya seseorang yang mempunyai berat badan 150 paun, memerlukan air sebanyak 75 hingga 150 aun sehari.





 Air Badan


Badan manusia juga mengeluarkan air yang mempunyai nama yang berbeza, dan kegunaan yang berbeza pula.

Air Kencing

Air yang keluar dari badan manusia menerusi  alat sulit lelaki dan perempuan. Air kencing rasanya masin, kecuali air kencing penghidap penyakit kencing manis, rasanya manis. Justeru para semut suka menghurung air kencing penghidap kencing manis.

Air Peluh

Air yang keluar daripada bulu roma yang menyelimuti seluruh badan manusia. Pengeluaran air peluh ini kadang-kadang sedikit dan kadang-kadang banyak tergantung kepada keadaan seseorang.

Air Mata

Air yang keluar dari dua biji mata manusia. Air mata ini keluar bila hati seseorang terusik, seperti kerana terlalu gembira, atau sebaliknya kerana sedih hati, atau terkena benda-benda yang yang memedihkan mata, seperti asap api, kiau bawang merah dan sebagainya.

Air Hingus

Air yang keluar menerusi hidung, kerana menghidap penyakit resdung, atau selsema. Air hidung ini terkadang-kadaan cair, terkadang-kadang pekat, tergantung kepada keadaan seseorang.

Selain itu ketika  bernafas, mencerna makanan yang kita makan dan berpeluh juga manusia menggunakan air. Sendi-sendi kita juga menggunakan air sebagai minyak pelicir, demikian air digunakan untuk mengedar sukatan suhu badan kita.

Dengan cara seperti inilah badan kita selalu kekurangan air, dan memerlukan penambahan dari masa ke masa. Dan air dalam badan kita ini tidaklah boleh dipergunkan untuk apa-apa kepentingan khusus, selain daripada berguna untuk kesihatan badan kita sendiri.

Air Liur 

Air yang keluar dari dalam mulut kita untuk kegunaan yang tertentu terutama kepada kepentingan badan kita. Air liur ini bila berlebihan ianya akan keluar menjadi air ludah, kadang-kadang pekat, kadang cair. Dalam air liur ini banyak menyimpan rahsia kesihatan seseorang jika diperiksa oleh doktor untuk mengecam penyakit-penyakit tertentu.

Arak

Meminum arak boleh menyebabkan seseorang kehilangan air dengan banyak, kerana peminum arak banyak kencing. Justeru para doktor menasihatkan  manusia menjauhi arak. Dan dalam Islam minum arak sebagai perbuatan berdosa.

Air Sebagai Penawar

Air Kelapa
Air kelapa muda  rasanya yang sedap, dan boleh menghilangkan dahaga, terutama jika diminum di musim panas.

Selain itu air kelapa juga berguna dari segi kesihatan, antaranya untuk merawat kencing manis dan darah tinggi dengan cara-cara tertentu. Ia juga amat berkesan untuk menyembuhkan keracunan, seperti tersalah makan ubat dan seumpamanya.

Untuk melawaskan kencing. Bagi mereka yang kencingnya tidak lawas, cubalah minum air kelapa muda, semoga berkesan.

Untuk menyihatkan badan, sebelum meminumnya rendamlah sebelas biji lada hitam dalam air kelapa itu.

Air Kelapa Tua
Air kelapa tua berguna untuk memandikan orang yang terkena campak, iatu setelah campak itu sembuh sebagai pelengkap daripada sebahagian daripada perawatan tradisional

Dari segi masakan pula, air kelapa tua ini biasanya digunakan sebagai alat penaik tepung untuk dibuat kueh, sebagai ganti ragi atau baking pauder.

Air Nenas

Nenas sejenis buah yang mempunyai banyak air, ada yang manis rasanya, dan ada pula yang masam. Enak untuk diminum

Nenas Muda

Nenas muda dikisar atau ditumbuk dan diperah untuk diambil airnya' Campurkan dengan air secukupnya, lalu diminum untuk merawat penyakit batu karang.

Air Tawar
  
Air biasanya digunakan sebagai ubat-ubat untuk merawat penyakit-penyakit tertentu, pada badan manusia dan juga penyakit-penyakit misitik yang menganggu perasan dan jiwa manusia, seperti terkena sihir dan sebaginya.
Air yang digunakan untuk perubatan ini kepada orang Islam dibacakan terlebih dahulu doa-doa yang berupa ayat-ayat suci al-Quran atau doa-doa yang khusus untuknya.
Air ini dipanggil “air tawar”, ianya untuk diminum atau dibuat mandi, atau untuk dipercik atau disemburkan pada tempat-tempat yang menjadi sasaran jin-jin sihir, seperti sekeliling rumah-rumah atau bangunan-bangunan tertentu.
Air biasa juga digunakan untuk menghilangkan lapar dan dahaga di sepanjang hari dengan dibaca ayat-ayat al-Quran tertentu yang disertai dengan doa. Air ini bukan sahaja tidak mendahagakan tapi menyebabkan peminumnya merasa kenyang, tidak teringin hendak makan, walaupun terhidu bau-bau makanan yang menyelerakan.
Ada sesetengah keadaan pula menggunakan air hujan, terutama yang turun pada malam Jumaat untuk dijadikan air tawar yang dipercayai lebih berkesan untuk merawat penyakit-penyakit tertentu.
Air Zam-Zam

Air Zam-zam ialah ialah air mukjizat yang terdapat di Tanah Suci Mekah. Ia bukan sahaja digunakan untuk menghilangkan dahaga, tapi juga untuk menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit yang dihidapi oleh peminumnya.

Berapa Lama Boleh Tahan Tanpa Air

Tidaklah dapat dipastikan dengan tepat berapa lama seseorang manusia boleh hidup tanpa air. Nampaknya paling lama seminggu.

Malah mungkin tidak sampai seminggu, atau empat lima hari sahaja, manusia boleh hidup tanpa air. Sebab itulah kita lihat seseroang pesakit akan dibekalkan dengan air menerusi tiub ke dalam badannya oleh doktor jika mereka didapati kekurangn air.
Keadaan ini juga tergantung kepada suasana di tempat seseorang itu berada, seperti di tempat yang panas seseorang lebih segera memerlukan air dari tempat yang sejuk.
Demikian di mana mereka tinggal, seperti di negara-negara sejuk, atau di negara panas, berpadang pasir menentukan keperluan seseorang kepada air.
Walau bagaimana pun mengikut kajian, seseorang boleh tahan selama sepuluh jam jika dia berada di luar rumah dalam sukatan suhu yang ebrej.


Pada umunnya ebrej badan sesorang dewasa mengandungi 60 peratus air yang terdapat dalam berbilion-bilon sel dalam badannya. Dan kita akan merasa dahaga kiranya 2.3 peratus air dari badan kita itu kering atau hilang.

Walaupun bumi ini dikelilingi oleh air, dan air juga banyak terdapat di daratan, iaitu air sungai, mata air, air laut, air telaga dan sebagainya,  tapi 2/3 daripada penduduk dunia masih kekurangan air yang mereka perlukan,



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP