KENAPA ORANG KRISTIAN MEMUSUHI ISLAM
>> Sunday, January 7, 2018
KENAPA ORANG KRISTIAN MEMUSUHI ISLAM
RATU ISABELLA
NASRANI atau Nasara berasal dari perkataan Nazaret, sebuah daerah yang di Palestine yang membawa erti penduduk negeri Nashran. Mereka adalah penganut utama agama yang dibawa oleh Nabi Isa alaihissallam. Negeri Nasharan inilah yang menjadi tunjang kepada agama yang dibawa oleh Nabi Isa as itu, yang mereka panggil Jesus Christ, iaitu pengasas Agama Nasrani mengikut orang-orang Nasrani. Jesus Christ dilahirkan di bawah pohon kurma di Baitullaham di Selatan Palestine. Christ itu berasal daripada perkataan Yunani, iaitu Christos yang bererti penyelamat.
Nabi Isa as
adalah seorang Rasul yang bergelar Ulul-Azmi yang wajib percayaai. Beliau
dilahirkan tanpa bapa seperti manusia biasa oleh ibunya Maryam. Beliau lahir
dengan perantaran Jibril yang mendatangkan roh kepada ibunya Siti Maryam
sekitar tahun 4SM di Baitullaham.
Justeru itu
kaumnya, kaum Yahudi menuduh Siti Maryam telah melakukan perbuatan keji. Tapi
tuduhan itu dinafikan oleh beliau yang dikurniakan oleh Allah bayi itu boleh
bercakap sejak kecil lagi. Beliau menyatakan kesucian dirinya dan ibunya.
Kemudian
Siti Maryam membawa anaknya melarikan diri ke Mesir kerana takutkan seorang
pemerintah yang kejam dan zalim, iaitu Heradis. Mereka berdua tinggal kira-kira
selama 12 tahun di Mesir, kemudian kembali ke Nasirah [Nazareth].
Di situlah
Nabi Isa as menghabiskan masa kecilnya dan membesar seperti kanak-kanak biasa.
Justeru Baginda yang dikenali nama “Yasu’ Al-Nasiri”, dan para pengikutnya pula
dipanggil “Nasara” atau “Nasrani”. Dalam kitab suci al-Quran disebut juga
dengan nama “Hawari” atau “Ausarullah” yang bererti pembela agama Allah.
Di bumi
Palestin itulah Nabi Isa as menjalankan perintah Allah, berdakwah kepada
kaumnya dan menyampaikan berita gembira kepada kaumnya, dan membawa berita
gembira tentang kedatangan Nabi terakhir, bernama Muhammad SAW.
Allah
menceritakan di dalamk Kitab Suci al-Quran mengenai Nabi Isa as berkata kepada
kaumnya:
“Wahai
Bani Israel! Sesungguh aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran
kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu kitab Taurat, dan memberikan berita
gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku-
bernama Ahmad [Muhammad]”. As-Saff:6.
Nabi Isa as
dengan gigih mendakwahkan agamanya, hingga menjadi begitu populer dan
berpengaruh, hingga tersebar di kalangan orang Yahudi atau Bani Israel. Tapi ia
mencetuskan kemarahan orang-orang bani Israel. Mereka membencikan Nabi Isa as dan
menuduh beliau membawa agama bidaah, dan menuduh Nabi Isa as mengaku dia anak
Tuhan. Justeru mereka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas beliau dan mendakwa
telah menyalibnya sampai mati pada tahun 33M.
Orang-orang
Yahudi dan pembesar-pembesar kaumnya sangat bencikan Nabi Isa as. Dalam Injil
Luke 19:47 tersebut”.......dia mengajar setiap hari dalam haikah [rumah
ibadat] . Tapi para pemimpin kecil dan sekolah serta tokoh-tokoh masyarakat
berusaha untuk menghancurkannya”.
Seorang
daripada orang Yahudi itu yang amat bencikan Nabi Isa as ialah Saul dan
merancang untuk menghancurkan agama yang dibawa oleh Nabi Isa as itu dari dalam
secara penyusupan. Dengan tujuan jahat itu Saul memeluk agama Kristian dan
mengubah namanya sebagai Paulus. Dia seorang pemikir yang handal dan pendakwah
yang bijak.
Kerana
kepetehannya bercakap dia telah berjaya mengketengahkan ajaran yang menjadi
akidah Agama Nasrani. Ajaran Nabi Isa as yang sebenarnya ialah mentauhidkan
Allah, tapi Saul atau Paulus telah berjaya menukarnya menjadi Trinitas
[Tritunggal] sebagai akidah baru kaum Nasrani. Dia sendiri tidak pernah bertemu
dengan Nabi Isa as dan tidak pernah mendengar ajaran yang disampaikan oleh Nabi
Isa as.
Ajaran
Trinitas Paulus mendapat tentangan hebat daripada pengikut-pengikut Nabi Isa
as. Setiap kali mereka mengadakan mesyuarat, ajaran Trinitas Paulus itu tetap
ditolak.
Kaum Yahudi
yang bencikan Nabi Isa as itu melemparkan berbagai-bagai fitnah terhdap Nabi
Isa as, serta melakukan berbagai-bagai tipu helah dan hasutan supaya pemerintah
di Rome menangkap Nabi Isa as dan membunuhnya. Walaupun pada mula-mulanya
pemerintah Rom mengambil sikap tidak mahu campur tangan dalam urusan agama,
tapi pada akhirnya mereka termakan juga hasutan-hasutan dan fitnah-fitnah itu,
lalu mengeluarkan perintah supaya Nabi Isa as ditangkap dan dibunuh dengan cara
dipaku di atas kayu palang, iaitu disalib.
Di antara
lain fitnah-fitnah berat yang dilemparkan oleh kaum Yahudi terhadap Nabi Isa as
yang mencetuskan kemarahan pemerintah Rom ialah Nabi Isa as merosakkan rakyat,
melarang rakyat membayar cukai kepada Kaisar, dan Nabi Isa as mengaku dirinya
raja atau kaisar.
Dalam satu
mesyuarat Dewan Agama Yahudi [Syanhadrin] mereka membuat keputusan untuk
menangkap Nabi Isa as dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya atas tuduhan
menghina agama dan dianggap telah murtad dari agama Yahudi.
Pada sautu
hari mereka telah menangkap Nabi Isa as dan mengheretnya menghadap Gabenor Rom,
Pilate Pontious, satu-satunya orang yang berhak untuk menjatuhkan hukuman mati.
Tapi gabenor itu tidak dapat menjatuhkan hukuman matai kerana dia tidak
mendapati apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh Nabi Isa as.
Walau
bagaimanapun pengikut-pengikut Nabi Isa as yang setia yang dipanggil
“Hawariyyun” tetap berdakwah dan
terpaksa menempuh berbagai-bagai halangan dan kesukaran. Akhirnya penganut-penganut
agama Kristian terus meningkat juga. Ini menimbulkan kebimbangan di kalangan
orang-orang Yahudi. Mereka menangkap Peter dan menjatuhkan hukuman rotan kerana
tidak tertahan lagi dengan tekanan-tekanan kaum Yahudi. Kemudian orang-orang
Nasrani, termasuk Peter melarikan diri ke Samaria, Kaisareh dan Antakiyah. Kemudian
Peter nelarikan diri ke Rom. Mereka meneruskan dakwah mengembangkan Agama
Nasrani di tempat yang baru itu. Tapi kemudiannya Peter telah dijatuhi hukuman
bunuh di zaman pemerintahan Kaisar Rom, Nero pada tahun 64 Masehi.
Di samping
itu ajaran Nabi Isa as yang murni telah diselewengkan, dan kitab Injil yang
diwahyukan kepadanya oleh Allah SWT telah diubah oleh orang-orang Yahudi sesuka
hati mereka.
Pada tahun
325 M, di zaman Romawi, Constaitine diadakan mensyuarat di kota Nicaea, iaitu
Mesyuarat Majlis Nicaca yang dihadiri oleh 2,048 orang pendeta. Mesyuarat
tersebut menolak ajaran Trinitas Paulus. Seorang pendeta Mesir yang terkenal
Arius sering menjerit dengan suaranya yang nyaring dengan kata-katanya, “Sesungguhnya
bapak itu hanya Allah, dan anak itu adalah makhluk yang dibuat. Bapak itu telah
ada waktu anak belum ada”.
Pengikut
Paulus tidak dapat menerima keputusan mesyuarat tersebut, Mereka yang sesat ini
berjaya mempengaruhi Kaisar Constantine memihak kepada mereka. Akhirnya Kaisar
menganjurkan mesyuarat seramai 318 orang
sepehak yang dihadiri oleh kuncu-kuncu mereka. Mesyuarat itu membuat keputusan
mengikut kehendak kaisar yang menuhankan Nabi Isa as. Tapi sebenarnya Kaisar
Constantine pada masa itu masih lagi belum masuk Nasrani. Malah ajaran Nasrani
pada masa itu masih lagi belum berakar umbi dalam masyarakat.
Justeru
mereka yang menganut akidah Tritunggal ini bukanlah umat Nabi Isa yang
sebenarnya, tapi umat Paulus, kerana dia yang mengajar akidah atau teologi
Tritunggal itu. Justeru itu orang-orang Nasrani memanggil Paulus sebagai Rasul
Paulus, Sedangkan ajaran Nabi Isa as sebenarnya ialah sebaliknya iaitu mentauhidkan
Allah SWT semata.
Pada
mula-mulanya penyebaran agama Kristian
telah mendapat tentangan yang hebat
dariapda orang-orang Rom. Tapi dengan kemasukan Kaisar Rom, Constatine ke dalam
agama Kristian itu pada tahun 325 M menjadi anak kunci kepada perkembangan
agama Kristian. Selepas itulah agama Nasrani dijadikan agama rasmi di seluruh
kerjaan Rom. Kaisar Constantine melindungi Palestine dan mendirikan Gereja
Sepulchre [Gereja Masyar]. Di samping
itu dia juga mendirikan beberapa buah gereja lagi, seperti gereja Ascansion
[Al-Qiayaman] di Jabal Zaitun [Bukit
Zaitun] atau Mount of Olivers] dan Gereja Natirity di Betehleham. Bangsa
Palestine pada masa itu memeluk agama Nasrani sehinggalah Palestine dikuasai
oleh Islam.
Umat Barat
mendakwa diri mereka beragama Nasrani
dan negara mereka negara Kristian. Benarkah dakwaan itu. Kalau kita
telitii sebaliknya, mereka sebenarnya tidak beriman dalam erti kata yang
sebenarnya. Jiwa mereka kosong dari keimanan. Walaupun mereka menerima Nabi Isa
as atau al-Masih sebagai “anak Tuhan”, tapi dari segi amalinya mereka tidak
mengiktiraf Nabi Isa as sebagai Pembimbing mereka sebagaimana umat Islam
menerima Nabi Muhammad saw sebagai “Penghulu” mereka yang amat dikasihi dan
ditaati. Justeru itu penerimaan mereka terhadap Nabi Isa as itu sebagai doktrin
belaka yang tidak wujud dalam dunia kenyataan.
Keadaan umat
Barat sudah tentu berubah jika mereka benar-benar menerima Nabi Isa as sebagai
Pembimbing mereka, idola mereka yang patut dicontohi dan diikuti dalam setiap
bidang kehidupan peribadi atau bermasyarakat. Bertambah malang lagi kerana
akidah Nasrani yang diajarkan oleh Nabi Isa as itu telah diselewengkan oleh
orang-orang Yahudi yang berusaha merosakkan agama Nasrani.
Justeru
itulah gereja Nasrani tidak mempunyai sistem keagamaan yang syahih yang dapat
memberi panduan kepada mereka untuk melaksanakan tugas mereka memimpin
masyarakat Barat tidak membangun dengan wajar rohani mereka sejajar dengan
pembangunan kebendaan yang pesat berlangsung.
Akibatnya
pengaruh agama Nasrani tidak terikat dengan ajaran Nabi Isa as, malah
membebaskan diri mereka dari ajaran tersebut, dan juga membebaskan diri mereka
daripada pengawasan pehak gereja. Mereka hidup dengan bebas lepas seperti
hewan, seolah-olah mereka tidak mempunyai Nabi dan Rasul yang pernah memimpin
dan membimbing mereka. Ajaran Nabi Isa as tidak berkesan kepada mereka. Jiwa
mereka kosong, walaupun dari segi kebendaan maju, tapi kemajuan itu tidak membantu hidup mereka dengan
sempurna.
Malah
sebaliknya segala kemewahan yang dikurnikan Allah kepada merka itu telah
disalagunakan untuk mengeksploitasikan
sesama manusia dan menyebarkan maksiat dan kemungkaran di muka bumi
Allah ini. Ia tidak dipergunakan dengan sewajarnya untuk memberi manfaat kepada
umat manusia.
Itulah
sebabnya walaupun Barat mencapai kemajuan yang paling tinggi, tapi dalam masa yang
sama akhlak mereka berada ditahap yang paling rendah, tidak bernilai
sedikitpun. Mereka menjalani kehidupan seperti hewan dalam zaman jahiliah
modern yang dihiasi oleh kemajuan kebendaan dan ilmu pengetahuan yang begitu
tinggi tapi membawa manusia kepada kehancuran dan kemusnahan di tangan mereka
sendiri. Ini semua, akibat angkara mereka sendiri.
Dalam Kitab
Suci al-Quran, Allah berfirman, maksudnya:
“Telah
nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan
manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada [akibat]
perbuatan mereka, agar mereka kembali [ke jalan yang benar].- Ar-Rum:41.
Akibatnya
seluruh Eropah berada dalam kancah kegelapan selama kira-kira 1000 tahun, di
mana sepanjang masa itu mereka hidup dalam khurafat, kezaliman dan kekejaman,
kerahibaan, zaman pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang yang tidak
bersetuju dengan kepercayaan gereja, dan zaman menghadapi kecurangan-kecurangan
yang dilakukan oleh pehak berkuasa gereja. Semua ini berpunca dari tiadanya
ketauhidaan di dada mereka, tidak ada Tuhan di jiwa mereka.
Bila Eropah
tersedar dari tidurnya dalam kegelapan selama beratus-ratus tahun itu, pada
abad 16, mereka segera bertindak membebaskan diri mereka dari gereja, kerana
pada anggapan mereka, gerejalah satu-satunya punca kepada segala problam yang
mreka harungi sebegitu lama.
Tapi Barat
tidak menyempurnakan kalimah “La ilaha” [Tidak ada Ilah], lalu mengambil “La
Kanisah” [Tidak ada gereja] untuk disamakan dengan “La Illaha”. Malah setelah
mereka memberontak terhadap pemuka-pemuka gereja, Barat lalu mengambil
“Ilah-ilah” yang baru dan menamatkan ikrarnya “Illallah” [melainkan Allah].
Tapi mereka
mengambil berbagai-bagai “ilah-ilah” yang baru yang mereka cipta sendiri untuk
dipuja dan disembah, seperti tanah air, nasionalisma, demokrasi, kemunisme,
sosialisme, kediktatoran dan aneka rupa “ilah-ilah” lagi yang menyebabkan
mereka bertambah sesat-barat dalam kegelapan di dalam dunia yang sebenarnya
terang benderang. Kekusutan ini terus berlanjutan hinggga sekarang tanpa
sebarang jalan penyelesaian.
Selagi
mereka tidak menerima “Tiada Tuhan melainkan Allah” selama itulah mereka tidak
akan menemui penawar yang mujrab untuk menyembuhkan penyakit yang menyelubungi
diri mereka. Segala rupa rancangan, program, ataupun apa sahaja yang mereka buat
tanpa berdasarkan keimanan kepada Allah tetap tidak berjaya, tidak akan
berhasil menyembuhkan penyakit yang mereka hadapi, malah membuat mereka
bertambah jauh dari kebenaran hakiki. Memisahkan diri dari Allah samalah
ertinya menempah kemusnahan dan kebinasaan.
Tapi
kelahiran agama Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW di Tanah Arab tidak disenangi oleh orang-orang
Kristian, kerana itu mereka enggan menerima Islam sebagai agama yang datang
dari Allah untuk menggantikan agama Kristian. Mereka telah melanggar perintah
Allah SWT, dan akibat kedengkian itu mereka telah melancarkan beraneka serangan
untuk menjatuhkan Islam dan juga umatnya.
Siapa yang
dapat melupakan nasib umat Islam di Sepanyol dalam abad yang silam, ketika umat
Islam berada di puncak kegemilangannya di Sepanyol telah berlaku perpecahan
hebat kerana persengketaan anatara sesama pemerintah Islam di negara itu,
menyebabkan mereka menajdi lemah. Raja Ferdinand dari Arragon dan Ratu Isabella
dari Castilia telah bertindak menyerang umat Islam di Sepanyol yang berada
dalam keadaan yang lemah tidak bermaya itu.
Di dalam di
dalam peperangan yang berlangsung itu, umat Islam yang bermasalah telah tumpas.
Kota terakhir Islam, Granada telah jetuh ke tangan musuh setelah bertahan
selama 7 bulan, iatu pada 2 Raibul Awal, 897 H bersamaan dengan 2 Januari 1492
M. Raja Islam yang terakhir di Andalusia, Abu Abdillah menyerahkan anak kunci
Kota Granada [Gornathah] kepada bangsa Sepanyol, dengan perjanjian yang
ditandatangi oleh kedua-dua belah pehak. Maka dengan itu padamlah mata hari
Islam yang telah menyinari bumi Eropah selama berabad-abad lamanya.
Sebelum
meninggal Andalusia yang tercinta dan indah permai itu, Raja Abu Abdullah
berdiri di pinggir Sungai Quadalquiviv [Vadikabier] merenung airnya yang
mengalir lesu dengan air matanya berembas turun ke pipinya mengenangkan kebesaran
dan kehebatan Islam yang selama berabad-abad lamanya menerangi Eropah telah
musnah dan lenyap. Kemudian beliau dan keluarganya bertolak dengan kapal
menyeberangi lautan menuju ke Afrika dan menetap di Kota Fez [Muroko] sebagai
tetamu agung Sultan Muhammad Syeikhul Wathasty sampai wafat pada 940 H.
Dalam
perjanjian Raja Abdullah dengan Raja Ferdinad dan Ratu Isabella itu mereka berjanji
untuk melindungi umat Islam, baik dari segi agama, jiwa dan harta benda mereka.
Tapi janji itu merupakan janji kosong semata. Mereka sebaliknya telah membunuh
orang-orang Islam dengan sewenang-wenangnya. Mereka juga telah menubuhkan
Mahkamah Taftisy [Inquusisi] yang bereri “Pengadilan Darah”.
Mahkamah Taftisy inilah yang menjatuhkan hukuman bunuh
terhadap umat Islam yang enggan murtad. Dan mereka yang enggan masuk Kristian digantung, dicincang
dan dibakar hidup-hidup.. Mereka bukan sahaja membunuh orang-orang dewasa tapi
juga kanak-kanak yang tidak berdosa.
Untuk
mengelak daripada menjadi mangsa pembunuhan yang kejam yang dilakukan oleh
orang-orang Kristian itu, maka orang-orang Islam dan juga orang-orang Yahudi
yang selama ini hidup bebas dalam zaman pemerintahan Islam terpaksa berhijrah
mencari tempat lain yang lebih selamat.
Orang-orang
Kristian bukan sahaja membunuh orang-orang Islam, tapi senafas itu juga
memusnahkan rumah-rumah ibadat, seperti masjid-masjid, surau-surau dan
madrasah-madrasah, dan juga rumah-rumah ibadat orang-orang Yahudi yang
dipanggil Synagog. Apa yang dditingalkan mereka ialah bangunan-bangunan yang
berguna untuk mereka di kemudian hari, seperti Masjid Agong Cordova, dan Istana
Al-Hambra yang merupakan salah satu daripada keajaiban dunia.
Di samping
rakyat biasa, ramai pula kaum cerdik pandai Islam yang mereka korbankan.
Hasil-hasil karya mereka, berupa buku-buku dalam aneka bidang ilmu pengetahuan,
termasuk kitab Suci al Quran mereka musnahkan dan mereka bakar. Sedangkan
Perpustakaan Andolesia pada masa itu merupakan perpustakaan yang terbesar di
dunia.
Ini bukan
sahaja merupakan tindakan yang ganas dan kejam, tapi amat bodoh. Akibatnya
kerana kehilangan guru-guru yang berwibawa dan kitab-kitab ilmu pengetahuan
yang berguna, Sepanyol berada dalam kegelapan jahiliah selama berabad-abad
lamanya, menyebabkan Sepanyol merupakan negara yang termundur di Eropah setelah
berada di puncak kegemilangannya selama berabad-abad di bawah pemerintahan
Islam.
Merenung
kembali sejarah malang Islam di Sepanyol itu boleh membuat umat Islam terharu
dan menumpahkan air mata pilu dan hiba......
Justeru
menyimpan dendam kesumat yang begitu besar terhadap Islam, maka pada tahun 1530
M, Gereja Rom telah membakar kitab-kitab Suci al Quran di Kota Abun. Dukiah dan
Alexander pula mengharamkan untuk mencetak al Quran dan juga terjemahannya.
Tidak cukup
dengan itu, seterusnya mereka menghina al Quran, memijak-mijaknya.
Demikianlah
seterusnya kebencian orang-orang Kristian terus berlanjutan tanpa noktah hingga
ke hari ini.
Perhatikanlah!
Awaslah!
Lorong
Masjid al-Qasimi,
0 comments:
Post a Comment