AKIDAH UMAT ISLAM TERANCAM DI SEPANJANG ZAMAN
>> Sunday, January 21, 2018
AKIDAH UMAT ISLAM SENTIASA TERANCAM DI SEPANJANG ZAMAN
UUMAT Islam di seluruh dunia dari dahulu hingga sekarang terpaksa menghadapi aneka ancaman dan serangan-serangan bertubi-tubi daripada pehak musuh Islam yang nekad bertujuan untuk menumbangkan akidah-akidah ke Islaman hingga ke akar umbinya. Serangan-serangan ini dilancarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani dengan kerjasama penjajah Barat untuk meruntuhkan akidah umat Islam yang murni dan suci itu.
Sebuah Masjid di Tuban, Indonesia
Serangan-serangan
anti Islam ini kian rancak dan hebat dilancarkan pada tahun-tahun kebelakangan
ini terutama di wilayah-wilayah yang umat Islamnya merupakan golongan minoriti.
Pada tahun 1978 umat Nasrani telah mengadakan muktamar “Colorado” yang membincangkan 44 agenda penting mengenai Islam dan umat Islam. Salah satu daripada agendanya yang terpenting ialah menyebarkan agama Nasrani di kalangan umat Islam, tegasnya rancangan untuk memurtadkan mereka dengan penyediaan peruntukan 1000 juta dolar.
Di samping itu mereka juga telah menubuhkan sebuah lembaga “Zwemmer” untuk melatih dan melahirkan pakar-pakar dalam bidang mengkistian orang-orang Islam. Pakar-pakar ini nanti akan bertugas memurtadkan umat Islam.
Sebelum
ini dalan persidangan gereja yang diadakan pada tahun 1969 di Sweden mereka
telah membuat keputusan untuk meningkatkan lagi usaha kekayaan gereja untuk
meningkatkan lagi usaha mengkristian orang-oang Islam.
MURTAD
Perkataan
murtad berasal daripada perkataan riddah yang asal katanya ridda yang
bermaksud kembali dan yang dimaksudkan dengan murtad di sini ialah kembali kepada kekufuran.
Tegasnya murtad ialah keluar daripada Islam kepada kekufuran atau kufur selepas
setelah murtad.
K.H.
Firdaus A.N. seorang pendakwah dan penulis Indonesia yang terkenal berpendapat murtad
atau riddah [Apostasty] mempuyai dua makna, iaitu murtad dari segi agama dan
murtad dari segi falsafah.
Dari
segi Syariah, murtad ialah orang yang keluar dari agama Islam dan masuk agama
lain atau tidak beragama [atheis], seperti orang Islam masuk Nasrani, Yahudi
atau komunis.
Tapi
jika sebaliknya berlaku, seperti orang Yahudi, Nasrani atau komunis masuk Islam
ia disebut taubat atau Tawuabuum, iaitu orang yang telah bertaubat, yang
bermaksud balik dari arah yang salah ke arah yang benar.
Menurut
beliau dari segi falsafah pula, murtad ialah orang yang mengalih ke jalan yang
salah walaupun mengaku sebagai orang Islam. Bila orang Islam menukar pendiriannya
yang benar kepada pendirian baru yang
dikendalikan oleh golongan lain, idea dan tujuan perjuangan yang lain yang
bercanggah dengan Islam, maka katanya orang tersebut dikatakan murtad.
Justeru orang Islam yang menyertai golongan bukan Islam, dan tidak lagi bercita-cita memperjuangkan kepentingan Islam dan kaum Muslimin, walaupun dia tidak berpindah dari masjid ke gereja, maka pada hakikatnya dia telah murtad.
Justeru orang Islam yang menyertai golongan bukan Islam, dan tidak lagi bercita-cita memperjuangkan kepentingan Islam dan kaum Muslimin, walaupun dia tidak berpindah dari masjid ke gereja, maka pada hakikatnya dia telah murtad.
Demikian
juga, katanya dikatakan murtad orang yang tidak berfikir secara Islam, tidak
bercita-cita dan menghayati serta tidak mengamal dan menjunjung tinggi dan
memperjuangkan kebenaran ajaran-aiaran Islam dalam peribadi dan masyarakat,
serta menyingkirkan asas Islam dalam mu’amalah, sosial politik kenegaraan.
Orang
yang meragukan kebenaran ajaran al-Quran dan Sunnah Rasul, dan mengagungkan
konsep manusiaai yang bersifat sekuler yang rendah dengan dalih masyarakat
majmuk atau dengan dalih yang lain, maka menurut beliau termasuk
golongan-golongan yang murtad.
Ini
berdasarkan Firman Allah dalam kitab Suci al-Quran yang bermaksud,
“Kitab al-Quran itu tidak mengandungi keraguan di dalamnya”. Al -Baqarah: 2.
“Kitab al-Quran itu tidak mengandungi keraguan di dalamnya”. Al -Baqarah: 2.
Baginda Rasulullah SAW juga bersabda, maksudnya:
“Barangsiapa
yang tidak mementingkan urusan kaum Muslimin, maka ia tidaklah termasuk kepada
golongan Muslimin itu”. Al-Hadis.
Selnjutnya
beliau menjelaskan maksud “mementingkan kaum Muslimin itu”, iaitu
“memperjuangkan cita-cita dan asas Islam
dalam segala sektor kehidupan umat dan bermasyarakat dan bernegara dan kemudian mempertahan dan membelanya
sebagai way of life bagi kehidupan bangsa, terutama kaum Muslimin”.
Justeru
mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mempunyai hasrat memperjuangkan Islam di
tengah gelanggang masyarakat, lebih suka menyerah kalah, malah berpehak pada
lawan, maka mereka juga juga termasuk dalam golongan murtad.
Beliau
mengingatkan tidaklah mudah untuk menjadi orang beriman yang sejati, kerana
terpaksa melalui berbagai-bagai cabaran hidup yang nampaknya berliku-liku pada
hari ini.
Allah
berfirman, maksudnya:
“Apakah
kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan begitu sahaja, padahal Allah belum
melihat bukti orang-orang yang berjuang di antara kamu dan orang-orang yang
tidak mengambil menjadi teman yang ikrab selain dari Allah dan Rasul Nya dan
orang-orang yang beriman. Dan Allah amat mengetahui apa-apa yang kamu
lakukan”.At-Taubah:16.
Kenapa
Jadi Murtad
Kalau
dikaji ada beberapa faktor yang mendorong seseorang untuk menjadi murtad-iaitu
setelah berada di jalan yang benar lalu beralih ke jalan yang salah dan
terkutuk. Orang-oang kafir biasanya menggunakan faktor-faktor inilah untuk
memurtadkan orang-orang Islam.
Kerana
Cinta
Banyak
orang, khususnya muda-mudi menjadi kelabu mata, bukan semata-mata kerana cinta
tidak berbalas, tapi juga kerana terperangkap dalam akidah yang salah. Cinta
itu dikatakan buta. Seseorang boleh jatuh cinta kepada sesiapa sahaja, tanpa
mengira pangkat atau darjah, kaya atau miskin, dan tanpa mengira bangsa dan agama.
Justeru itu dalam bercinta itu, orang-orang Islam mungkin menjadi mangsa, rela
menukar akidahnya, menurut kehendak orang-orang yang dicintainya, dan orang itu
kebetulan orang kafir. Justeru itu berhati-hatilah sebelum jatuh cinta,
terutama kepada mereka yang tinggal di kota-kota yang hidupnya berliku-liku,
penuh celaru.
Kerana
Pergaulan
Faktor sosial atau pergaulan juga tidak kurang hebatnya mempengaruhi seseorang untuk menukar agamanya menjadi mrtad, terutama dengan penyertaan dalam sesuatu persatuan atau pertubuhan yang berpengaruh dan berwibawa. Justeru terpengaruh dengan sesuatu pertubuhan, seseorang Muslim yang selama ini gigih memperjuangkan Islam menjadi luntur semangat juangnya, malah mungkin menjadi musuh utama kepada perjuangan Islam. Justeru itu dari segi falsafahnya ia telah murtad walaupun mendabik dada dia seorang Islam.
Berapa
ramai hari ini umat Islam mungkin masih tidak bersolat, tidak berpuasa, tidak
berhaji walaupun mampu, berapa ramai pasangan yang mungkin hidup sebagai suami
isteri tapi belum bernikah, berapa ramai yang mungkin melanggan pelacur, malah
menjadi pelacur, berapa ramai yang mungkin berjudi, berapa ramai yang mungkin
mengulangi kelab-kelab malam, berapa ramai yang mungkin menjadi penagih dadah,
dan minum arak. Mereka ini semua menentang undang-undang dan hukum-hukum Islam
secara terang-terangan. Dan berapa ramai pula orang-orang Islam yang mungkin
menolak al-Quran, dan mengatakan ianya lapuk, atau tidak sesuai dengan zaman,
Justeru
berhati-hatilah setiap masa dalam pergaulan, terutama di kalangan muda-mudi
yang tinggal di kota-kota, supaya tidak tergadai akidah nanti, dengan
amalan-amalan hidup yang bertentangan dengan Islam, malah hidup seperti
orang-orang bukan Islam, walaupun masih
mendakwa dirinya beragama Islam.
Faktor
Politik
Salah
satu faktor penting lagi yang telah memurtadkan orang-orang Islam ialah faktor
politik. Kita baca sejarah. Berapa ramai orang Islam menjadi murtad, bila
orang-orang Nasrani berjaya menumpaskan orang-orang Islam, lalu memegang tampuk
kekuasaan, dan menjadi pemerintah, dan setelah berkuasa mereka memaksa
orang-orang Islam menukar agama mereka menjadi murtad- keluar dari Islam.
Mereka akan membakar hidup-hidup dan menggantung mereka yang enggan mematuhi
perintah mereka menerusi “Mahkamah Taftisy” [Inquisisi] yang amat kurang ajar
dan zalim itu.
Seterusnya negara Sepanyol telah berubah daripada sebuah negara Islam kepada sebuah negara Kristian sampai ke hari ini.
Seterusnya negara Sepanyol telah berubah daripada sebuah negara Islam kepada sebuah negara Kristian sampai ke hari ini.
Pemaksaan
ke atas orang-orang Islam supaya menjadi murtad dengan kekuatan senjata seperti
itu masih terus berlaku hingga ke hari ini, walaupun alatnya mungkin tidak
menggunakan senjata api lagi, tapi dengan menggunakan senjata ekonomi.
Gerakan Missionnari
Satu faktor penting lagi yang bertanggungjawab memurtadkan umat Islam ialah gerakan Mssionari Kristian. Orang-orang Kristian memang mempunyai gerakan dakwah mereka yang teratur dan cepat untuk mengnasranikan manusia, terutama orang-orang Islam supaya menjadi murtad.
Masjid Nabawi
Di Indonesia dikatakan ramai orang-orang Islam menjadi murtad kerana terpengaruh dengan mission yang dibawa oleh orang Kristian, termasuklah penduduk-penduduk di pendalaman. Umpamanya di Flores, seratus tahun dahulu umat Islam merupakan golongan majoriti, tapi hari ini telah terbalik kop menjadi golongan minoriti.
Di
Malaysia juga kaum Missionari Kristian giat menyebarkan dakwah-dakwah mereka di
kalangan orang-orang Islam, di kalangan penduduk-penduduk bandar, dan juga di
luar-luar bandar, terutama di Malaysia Timur dengan tawaran yang istimewa,
seperti pekerjaan, bantuan ekonomi, dan wanita-wanita cantik asalkan sanggup menukar agama, menjadi murtad.
Justeru
itu umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan waspada supaya tidak
terjebak dalam gerakan missionari Kristian yang disediakan dengan
berbagai-bagai kemudahan yang istimewa, termasuk mempunyai
peruntukan-peruntukan yang mewah.
Al-Quran
Palsu
Sebenarnya ada beraneka cara digunakan oleh orang-orang Kristian untuk merosakkan akidah umat Islam baik secara langsung ataupun tidak langsung. Selain daripada memurtadkan umat Islam, mereka juga mewujud dan menyebarkan ajaran-ajaran sesat di kalangan umat Islam.
Justeru Kitab Suci al-Quran itu telah dijamin Allah akan kesuciannya, maka orang-orang Kristian mereka-rekakan al-Quran versi baru untuk disamarkan sebagai Kitab Suci al-Quran yang tulen atau sebenarnya. Antara al-Quran palsu yang pernah diterbitkan oleh Mission Kristian ialah berjodol, “The True Furqan”.
The
True Furqan diterbitkan di Amerika Syarikat, di antara surah-surah di dalamnya
berjodol Al-Fatehah [The Opening], Al-Mahabbah [Love], Al-Masseh [The Messiah],
Al-Salb [The Crucifixion], Al-Thalooth [The True God], Al-Nissa [Women] dan
Al-Injil [Gospel].
Setiap
Surah dalam The True Furqan dimulai dengan ayat berbunyi “In the Name of the
Father, The Holy Spirit, the one and only True God”, sedangkan dalam Kitab Suci
al-Quran yang sebenarnya ssetiap surah dimulai dengan ayat yang bermaksud,
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”.
Dalam
mentafsir Surah Al-Fatehah dikatakan The True Furqan adalah kitab yang sahih
dan diturunkan untuk membimbing manusia, Surah ini juga mendakwa manusia
melakukan zina boleh menebus dosa mereka dengan mudah, sekiranya mereka berpegang
kepada kitab The True Furqan yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris.
Kitab
The True Furqan boleh dibeli melalui “oneline” daripada sebuah laman web yang
berpangkalan di Amerika Syarikat.
Kitab
The True Furqan ditulis oleh mereka yang terdiri dari Saffee, Mahdy, Al-Safee
dan Al-Mahdy. Ia mengandungi 77 surah, sedangkan Kitab Suci al-Quran yang
sebenarnya mengandungi 114 Surah.
The
True Furqan dikatakan telah memasuki pasaran Asia Barat, termasuk di Kwait
dengan kanak-kanak di sekolah swasta Inggeris menjadi stratejinya.
Persengketaan
Di kalangan Nasrani
Musuh-musuh
Islam ini walau sekuat mana sekalipun, mereka juga diancam oleh kehancuran,
kerana secara automatik mereka menjadi musuh Allah, sedangkan Allah berjanji
akan memusnahkan segala musuh-musuh Nya dengan cara yang telah ditetapkan oleh
Nya. Kaum Nasrani seperti juga kaum Yahudi, akan pecah terburai, bila tiba
masanya. kerana persengketaan dalaman yang wujud di kalangan mereka sejak sekian
lama.
Perseteruan
di kalangan umat Nasrani telah berlaku setelah wujudnya perpecahan di kalangan
mereka.
Pada
masa yang lalu Gereja Timur [Ortodox] yang berpusat di Istambul tidak bersedia
mengaku Gereja Barat [Katholik atau Latin] yang berpusat di Rom, sebaliknya Pop
Rom tidak pula sedia untuk mengaku Pop Istambul.
Dalam
Gereja Barat berlaku gerakan pembaharuan agama [Protestan] yang dipimpin oleh
Martin Luther King yang mewakili [Gereja Inggeris , dan Jerman Prostestan
tidak mengaku Pop Vatican, dan sebaliknya Pop Vatican pula tidak bersedia
mengaku Prostetan sebagai pembaharuan, ia seperti Muktazilah dalam Islam.
Mereka dicap sebagai pengamal biadab dan dipandang sebagai penganut Martinisme,
kerana tidak percaya kepada patung-patung dan lukisan-lukisan. Mazhab Protestan
juga tidak percaya kepada hak Pop dapat membersih atau “Memutih” dosa manusia
dan sebagainya.
Akibat
pertelagahan itu maka tercetuslah peperanagan antara kaum Katholik dan
Protestan di Ireland Utara yang telah mengorbankan begitu ramai jiwa kedua-dua
belah pehak.
Lembaran
sejarah juga menunjukkan berlakunya peperangan antara sebuah negara Nasrani
dengan negara Nasrani yang lain di Eropah. Hampir tidak ada sebuah negara
Nasrani di Eropah tidak melanggar negara jirannya yang juga Nasrani. Sebahagian
besar daripada sebabnya kerana faktor agama yang wujud di kalangan mereka.
Allah
SWT telah menceritakan perkara ini dalam Kitab Suci al-Quran, dalam Surah
Al-Maidah, ayat 14, maksudnya:
“Dan
di antara orang-orang yang berkata, “Bahawa kami ini orang Nasrani, kami juga
telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melepaskan
[meninggalkan] sebahagian daripada apa yang diperingatkan mereka dengannya,
lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai
ke hari kiamat, dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka
kerjakan”. Al-Maidah:14
Menentang
Murtad
Adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam, baik secara individu, berkumpulan, bermasyarakat atau secara berpersatuan berusaha menentang kemurtadaan secara habis-habisan.
Justeru
mencegah lebih baik dari merawat, maka adalah menajdi kewajipan kepada setiap
umat Islam untuk mencegah gejala-gejala kemurtadaan dari bercambah, berkembang
dan subur dalam masyarakat Islam di mana-mana sahaja mereka berada dan bila-bila
masa sahaja. Pencegahan awal amatlah perlu untuk mencegah gejala murtad
daripada masuk dengan cepat seperti api membakar lalang kering di padang luas
di musim angin sedang bertiup kencang.
Tindakan
pencegahan pernah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar r.a dan para sahabat yang
lainnya, dengan memerangi orang-orang murtad dan pengikut-pengikut
nabi-nabi palsu, seperti Musailamah,
Sajjah, Al-Asady dan Al-‘Anasy.
Khalifah
Abu Bakar As-Siddiq, r.a. Khalifah Islam yang pertama selepas kewafatan Baginda
Rasulullah saw telah melancarkan peperangan ke atas golongan riddah yang
menafikan kefarduan zakat selepas Baginda Rasulullah saw wafat. Tindakan yang
diambil oleh khalifah itu semata-mata kerana taatkan Allah SWT dan Rasul Nya dan
demi menegakkan syiar Islam uyang mulia.
Allah
berfirman, maksudnya:
“Barangsiapa
yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidak akan
diterima [agama itu] daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang
rugi”. Ali Imram: 85.
Setiap
umat Islam mestilah berusaha untuk mencegah gejala-gejala murtad ini, supaya
tidak tersebar luas menjadi wabak penyakit yang merbahaya sehingga berlaku
kemurtadaan secara beramai-ramai.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Parit, Pasir Tumboh,
KotAa Bharu, Kelantan.
0 comments:
Post a Comment