KELAHIRAN SITI HAJAR

>> Sunday, October 29, 2017







MENYAMBUT KELAHIRAN PUTERI BARU SITI HAJAR


*************
“BARAKALLAAHU LAKA FILL MAUHUUI WA SYAKARTUL WAAHIB”.
Semoga Allah memberkati apa yang dikurnikan kepada kamu, dan aku bersyukur kepada Zat Yang Maha Memberinya.
*********



                               Siti Hajar berusia tujuh hari

Hari ini, Jumaat [27 Oktover 2017 bersamaaan dengan 7 Safar 1439] seorang puteri baru telah disambut kelahirannya dengan penuh kesyukuran.

Bayi itu  Siti Hajar bin Reza Ariffathullah baru beberapa hari dilahirkan ibunya, dan merupakan cucu kepada Cik  Saupi bin Majid [Pak Pi] dan Puan Rugayah binti Dollah [Mok Yoh].
Bayi ini menambahkan lagi tali zuriat dalam keluarga ayah dan bondanya buat selama lamanya.

Mereka adalah salah sebuah keluarga  jiran sekampung kami  yang telah lama menetap di Kampung Kubang Siput, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.



Semoga bayi ini membawa berkah kepada keluarganya dan membawa rahmat kepada jiran jiran sekampung khasnya.

Seperti lumrahnnya kelahiran bayi ini disambut dengan upacara bercukur kepala bayi. Dan seperti biasa majlis itu diisikan dengan memperkenalkan makan makanan tertentu kepada bayi, seperti buah kurma, gula dan air zam zam yang disempurnakan oleh pemimpin majlis.





Hari ini pada umumnya, kepala bayi tidak terus dicukur atau dibotakkan pada pagi itu, tapi dibuat di masa lain yang lebih sesuai, kerana memerlukan penilitian ketika mencukur kepala bayi. Justeru ia digunting sedikit sahaja oleh beberapa orang yang hadir, sekurang kurangnya tujuh orang.

Biasanya upacara dilakukan oleh tok guru, atau tok lebai dan seumpamanya, dan pagi ini disempurnakan oleh Imam Masjid Kubang Siput [Masjid al Qasimi], Ustaz Mustafa yang dikenali dengan panggilan  Tok Imam Fa.


      Siti Hajar dalam dukungan ayahnya Reza Ariffathullah


Dalam majlis seperti ini juga diadakan upacara bacaan Salawat beramai oleh para jemputan dan keluarga yang hadir sambil berdiri dalam bentuk bundar, di mana bayi dibawa berkeliling selama sekurang kurangnya tiga pusingan, di mana setiap orang akan menyentuh kepala bayi bila bayi yang dibawa melintasi dihadapannya.

Kemudiannya nama bayi dirasmikan oleh pemimpin acara yang menggendali majlis tersebut.

Seterusnya majlis selesai dengan bacaan doa selamat, dan berakhir dengan jamuan makan untuk para tamu.

Syukran.


Lorong Masjid al Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP