BERTANYA SELEPAS BERSALAM
>> Thursday, November 2, 2017
TANYA
SELEPAS BERSALAM
SALAM amalan yang amat digalakkan dalam Islam. Dalam salam itu mengandungi doa
kebaikan, dan dapat melahirkan cinta mencintai antara satu sama lain di
kalangan umat Islam.
SabdaNabi
SAW bermaksud, “Sampaikan salam antara kamu”.
Justeru itu
memberi dan menjawab salam ini menjadi amalan umat Islam di antero dunia sejak
dulu hingga sekarang.
Kebiasaannya
selepas memberi dan membalas salam, atau selepas tangan berjabat salam, kalau
masih ada ruang waktu, walaupun sempit, akan lahir dialog singkat antara kedua
insan itu.
Lumrahnya ia
dimulai oleh orang yang mengucap salam atau yang lebih dahulu menghulur tangan
untuk bersalam.
Dia akan
bertanya anda, “Tak sihatkah. Lain macam nampak”.
Kalau anda
menjawab, “Alhamdulillah, sihat sahaja”. Perbualan akan terhenti di situ. Orang
itu pun terus berlalu.
Tapi
andainya anda menjawab, “Kurang sihat sedikit”, dan menyatakan kemerosotan kesihatan
anda, maka orang itupun akan menjawabnya, “Saya pun begitu juga. Tak berapa
sihat ni. Batuk dan demam. Semalam dah pergi jumpa doktor............”.
Atau
Sahabat anda
itu akan bertanya, “Bagaimana dengan anak anak saudara. Semua Okkah”.
Jika anda
menjawab, “Semua anak anak saya OK. Sihat sihat belaka”. Reaksinya sahabat anda
itu akan menyepi.
Tapi jika
anda menjawab, “Anak saya, kurang menggembirakan. Yang besar itu payah nak
bangun pagi, dan payah nak pergi sekolah. Suka berkawan dengan budak budak
nakal. Larang pun tak dengar”.
Anda akan
mendengar sahabat anda itu akan memberi reaksi lebih kurang begini. “Anak anak
saya pun begitu juga. Malas nak sekolah. Terlalu banyak main telefon. Pelajaran
merosot. Suka berkawan dengan budak nakal........”.
Ataupun
Sahabat
anda itu akan bertanya, “Bagimana dengan tempat kerja saudara hari ini”.
Kalau anda
jawab, “OK. Semua beres. Bos baru ni pun bagus”. Dia akan diam menyepi.
Tapi jika
anda menjawab, “Tak sukalah kerja sekarang. Bos suka menekan pekerja. Ramai
merungut......”.
Sahabat anda
itu akan menjawab, “Saya pun begitu juga. Membosanlah. Bos suka mencari
kesalahan pekerja. Buat kita macam budak budak baru bekerja. Semua nak cepat.
Nak bodek orang besar..........”.
Ataupun
Ssahabat anda mungkin bertanya, “Awak pakai kereta barukah sekarang”.
Ssahabat anda mungkin bertanya, “Awak pakai kereta barukah sekarang”.
Kalau anda
jawab, “Ya. Baru beberapa bulan saya beli.....”.
Sahabat anda
itu hanya berkata “Oh baguslah!”, atau mungkin bertanya jenis kereta anda itu,
atau terus menyepi.
Tapi kalau
anda menjawab, “Tidak. Masih kereta lama. Dah beberapa tahun usianya........”.
Sahabat anda
itu akan berkata, “Saya pun masih pakai kereta lama. Sudah beberapa tahun juga
usianya........ Tunggu ada duit sedikit nak beli yang baru”.
Saya masih
teringat, kawan baik saya seorang doktor, sudah meninggal, setiap kali bertemu
selepas mengucap salam beliau akan bertanya, “Pak Cik sihatkan. Bagus. Jagalah
kesihatan”. Kata kata itu kedengeran penuh keikhlasan.
Demikianlah secebis contoh beberapa pertanyaan singkat
yang menyusul selepas salam.
Apa tujuan
pertanyaan seperti itu dikemukakan kepada anda tidaklah saya berhasrat membuat
spekulasi atau sebarang prasangka.
Walau
bagaimanapun, kita harap di belakang pertanyaan itu tersembunyi maksud baik
untuk mendoakan keselamatan kita ke hadarat Allah SWT. Sejajar ucapan salam
diberi dan diterima.
Lorong
Masjid al Qasimi,
Kg.
Kubang Siput,
Pasir
Tumboh, Kota Bharu Kelantan.
0 comments:
Post a Comment