ALGERIA DENGAN ISLAM DAN UMAT ISLAMNYA
>> Tuesday, November 14, 2017
ALGERIA DENGAN ISLAM DAN UMAT
ISLAMNYA
[Kaum wanita Algeria diharam memakai hijab dan kaum
lelaki diharam menyimpan janggut yang dianggap sebagai simbol anti kerajaan
yang memerintah.]
****************
ALGERIA atau Aljazair dalam bahasa Arabnya terletak di rantau Afrika Utara, sebuah negara yang selalu bergolak, dilanda oleh krisis politik yang berpanjangan. Keadaan ini mencetuskan kebimbangan dunia, terutama negara negara di sekitar dengannya, seperti Mesir, Tunisia dan Moroco.
Secara
spesifiknya, Algeria terletak di Barat Laut Afrika dengan pantainya memanjang
sepanjang Laut Mediterranean, di sebelah Utaranya Tunisia, di Timur Lautnya
Libya, di sebelah Timur Niger, di sebelah Tenggara Mali dan di sebelah
Baratnya Mauritania di sebelah Barat Laut dan di sebelah
Baratnya Maghrib.
Ianya sebuah
negara republik, iaitu Republik Demokratik Rakyat Algeria [Al Jumhjuriyah al
Jaza’iriyah ad Dimurqrtick as Sha’biyah]. Ia ditubuhkan pada 5 Julai 1962,
dengan penduduk seramai 32,930, 09[35] orang pada tahun 2005.
Secebis dari
perjalanan sejarahnya.
Dalam pilihanraya pada bulan Januari 1992, FIS singkatan daripada Front Islamque du Salut atau Jabha al Islamiyah li al Inqdah telah berjaya meraih kemenangan. Tapi keputusan pilihanraya itu telah dibatalkan oleh pehak tentera yang sekular dengan alasan kedudukan dan keselamtan negara Algeria akan terguggat bila pemerintahan Islam dilaksanakan di negara itu. Malah lebih jauh pehak tentera yang sekular itu telah mengharamkan FIS.
Dalam pilihanraya pada bulan Januari 1992, FIS singkatan daripada Front Islamque du Salut atau Jabha al Islamiyah li al Inqdah telah berjaya meraih kemenangan. Tapi keputusan pilihanraya itu telah dibatalkan oleh pehak tentera yang sekular dengan alasan kedudukan dan keselamtan negara Algeria akan terguggat bila pemerintahan Islam dilaksanakan di negara itu. Malah lebih jauh pehak tentera yang sekular itu telah mengharamkan FIS.
Akibatnya
tindakan tentera itu telah mencetuskan kemarahan rakyat Algeria, lalu mereka
bangkit melancarkan pemberontakan kerana didorong oleh kebangkitan Islam
[sahwah Islamiah]. Pemberontakan ini telah mengundang campurtangan negara negara
Barat, terutama Perancis, bekas penjajahnya. Kepada Barat pejuang pejuang Islam
itu dicap sebagai “fundamentalis” yang menjadi ancaman kepada keselamtan dunia,
terutama selepas tersungkurnya empayar imperalis komunis Russia.
Dari segi
sejarah, pada mulanya Algeria merupakan sebahagian daripada wailayah Turki
Uthmaniyah, tapi kemudiannya ditakluk dan dijajah oleh Perancis pada tahun 1830
bila Empayar Turki Uthmaniyah jatuh tersungkur.
Namun selepas merengkok di bawah tapak kaki penjajahan Perancis selama
132 tahun, Algeria mencapai kemerdekaan pada tahun 1962.
Hawri Boumediieme
Kemerdekaan yang dicapai menerusi perjuangan revolusi berdarah selama lapan tahun yang menelan korban yang begitu banyak. Perancis berundur dari Algeria pada tahun 1962, akibatnya ribuan penyokong penyokong Perancis melarikan diri ke Perancis.
Barisan
Pembebasan Algeria [BPKA] memain peranan
yang penting alam perjuangan revolusi itu. Mulai tahun 1954 mereka melancarkan
serangan serangan gerila.
Semasa dalam penjajahan Perancis, Perancis menggalakan penduduk penduduk negara luar
berhijrah ke Algeria untuk membuka ladang ladang pertanian dan memberi taraf
kewarganegaraan kepada mereka. Ramai dari mereka datang dari Perancis, Itali,
Sepanyol dan Milta. Tapi kepada penduduk asli Islam yang majoriti tidak
diberikan taraf kewarganegaraaan.
Bila
penjajah Perancis menyerah tewas, dan Algeria muncul sebagai negara merdeka,
Ahmad Ben Bella, iaitu pemimpin nombor satu BPKA telah dilantik menjadi
Presidennya yang pertama. Beliau adalah seorang tokoh yang radikal yang pernah
berkhidmat dengan Angkatan Tentera Perncis dalam zaman Perang Dunia Kedua.
Orang orang Islam banyak memberi sumbangan dalam perjuangan menuntut
kemerdekaan itu. Dalam Perang Saudara kira kira seramai 100,000 jiwa rakyat
Algeria terkorban.
Tapi
Presiden Ben Bella telah menjadikan Algeria sebuah negara sekular, kerana
menerima desakan daripada penjajah Perancis dalam perundingan akhir menuntut
kemerdekaan dengan FLNC [Fronft de Liberation Nationale atau Barisan Pembebasan
Kebangsaan]. Justeru Ben Bella telah mendapat dokongan yang kuat daripada pehak
tentera dan kalangan elit sekular. Dalam melaksanakan sosialisme sekular,
peranan Islam telah disempitkan dan dimanipulasikan oleh mereka yang
berkepentingan. Ben Bella juga menjadi tambah autokratik.
Namun
begitu, dalam kongress pertama FLN pada tahun 1962 para delegasi menuntut dasar
sosialis yang dijalankan oleh kerajaan Algeria itu dikendurkan keradikalannya
dan lebih berpandu kepada prinsip prinsip Islam. Justeru itu Ben Bella lebih
cenderung kepada fahaman Marxisme atau “sosialisme saintifik”. Akibatnya
sokongan FLN dan rakyat Algeris terhadapnya menjadi merosot.
Akhirnya
pada bulan Jun 1965 Ben Bella telah digulingkan oleh Kolonel Hawari
Boumediieme, Menteri Pertahanan dalam kabinetnya sendiri. Tapi Boumediieme juga
mengamalkan sosialisem dalam sistem pemerintahannya, dan menjalankan dasar
anti penjajah. Beliau seperti Ben Bella juga mengamalkan sistem satu parti,
iaitu parti FLN. Di samping itu beliau bertindak melemahkan Islam, antaranya
dengan menindas dan mengambil tindakan terhadap pejuang pejuang dan pembela
pembela Islam.
Beliau juga
telah bertindak mengharamkan al Qiyam, iaitu sebuah pertubuhan Islam yang
berjuang supaya kerajaan Algeria mempertingkatkan peranan Islam di negara itu.
Antara tokoh tokoh Islam yang berada di belakang Al Qiyam termasuklah
seorang tokoh yang terkenal, iatu Malik Ben Nabi.
Namun begitu
Hawari Boumedieme telah bertindak menyerap idea idea dan retorika pertubuhan Al
Qiyam di dalam pentadbirannya di samping memanipulasikan Islam untuk
mengekalkan kuasanya sendiri.
Bila
Boumedieme meninggal dunia pada tahun 1978, tempatnya telah diganti oleh Kol
Chadh [Shadli] Benjedid. Beliau meneruskan dasar pemerintahan yang ditinggalkan
oleh Boumedieme di mana Algeria sebuah negara sosilais.
Koloner C
Benjedid mendapat penentangan hebat daripada kumpulan sayap kiri dan
fundementalis Islam. Justeru itu pada awal tahun 1980 pelajar pelajar golongan
fundementalis telah melancarkan demonstrasi.
Angin
kebangkitan Islam telah bermula secara perlahan lahan sekitar tahun 1978. Ia
bermula sebagai kumpulan usrah yang bergiat di masjid masjid, khususnya di
pusat bandar seperti Algeirs, Wahran [Oran], Sidi Bel Abbes, Loghouat dan
sebagainya. Di dalam masjid mereka bebas berbincang berbagai isu, termasuk cara
hidup dalam sesebuah negara Islam, soal ekonomi dan berbagai berbagai problam
yang dihadapi oleh Algeria.
Mereka
menggunakan karya karya ulama baru dan lama sebagai bahan usrah mereka.
Antara tokoh tokoh besar klasik yang menjadi sumber rujukan mereka termsuklah
Ibnu Taimiyah, Ibn al Qayyin al Jawiyyah, Iman al Ghazali dan Imam an Nawawi.
Tokoh tokoh semasa pula antaranya Syeikh Muhammad al Ghazali, Yusuf Qardhawi,
Syeikh Kishk, Sha’wi, Hasan al Bana, Sayyid Qutb dan Said Hawwa. Juga karya karya
terjemahan buah tangan Abdul A’la
Maududi, Ahmed Deedat dan Ahmad Asad. Dan seorang lagi tokoh tempatan yang
terkenal ialah Malik Ben Nabi [1905 1973]. Selain daripada menggunakan kitab
kitab mereka, juga menggunakan kaset kaset untuk menyampai dakwah mereka.
Kira kira
dua tahun gerakan tarbiyah seperti itu dilancarkan, maka tercetuslah
konfrontasi antara kumpulan Islam dan pehak sekular di Algeria. Pada 19 Mac
1981, kumpulan Islam itu telah memusnahkan sebuah kedai menjual arak di Qued.
Pada 28 September 1981 aktivitis Islam itu cuba mengambilalih sebuah masjid
yang menyebabkan seorang anggota polis telah terbunuh. Mereka juga menyeru supaya dilancarkan jihad
kerana seorang pemimpin mereka yang berpengaruh, Sa’id Sayah, seorang professor
sains telah ditangkap. Pada bulan November 1982 telah meletus kekacauan di
Universiti Algiers, iaitu selepas meletusnya mogok besar yang kedua yang
dipimpin oleh Syeikh ‘Abbasi Madeni.
Pemberontakan
itu mudah meletus kerana keadaan ekonomi Algeria yang selesa pada tahun 1970an
telah bertukar menjadi gawat mulai awal tahun 1980an berpunca dari kejatuhan
harga minyak dan gas asli dunia. Akibatnya Algeria mengalami krisis ekonomi dan
sosial yang paling buruk sejak merdeka. Justeru berlakulah pemgokkan para
pekerja, kekacauan di jalan raya dan demonstrsi yang sukar untuk dikawal.
Pemimpin
pemimpin parti kerajaan Parti FLN yang mendapat sokongan tentera bersikap kuku
besi dan menindas rakyat. Akibatnya
rakyat menjadi kecewa dan tidak lagi berminat untuk menyokong parti pemerintah
FLN, dan berharap berlakunya perubahan yang akan memberi kemajuan yang lebih kepada mereka.
Keadaan
dunia luar, baik suasana dalam negara negara Islam sendiri atau di luar negara
bukan Islam menimpa pengaruh yang bukan kecil terhadap pergolakan di
Algeria. Kita ungkap kata kata Prof.
Madya Dr. Fadhullah Jamil yang menyuarakan pendapatnya seperti berikut:”Pada
lewaat 1970an, dunia Islam sendiri sedang dilanda satu perubahan, yakni
berlakunya kebangkitan Islam fenomena ini ditandai oleh beberapa perkembangan
seperti munculnya perasaan cinta terhdap sistem hidup Islam sebagai al Din,
kehadiran di masjid masjid secara meluas, seruan supaya Islam didaulatkan,
kritikan dan penolakan terhadap sistem sekluar Barat, menutup aurat bagi
wanita dan sebagainya”.
Di Algeria
sendiri, hal ini lebih ketara, terutamanya di kalangan para belia. Golongan ini
merasakan bahawa ideologi sekular yang ditonjolkan oleh pehak berkuasa Algeria
tidak mempunyai apa apa pengertian lagi, dan ia hanya berperanan untuk
mengukuhkan kuasa segelinter manusia ke atas rakyat. Perasaan ini hanya
menunggu masa sahaja untuk bertukar menjadi suatu kebangkitan agama yang mampu
mengubah masyarakat Algeria.
Di samping
itu peristiwa peristiwa yang berlaku di negara negara Islam dan bukan Islam,
seperti kejayaan Revolusi Iran 1979, kekejaman dan kezaliman yang berlarutan
yang dilakukan ke atas umat Palestin, kegagalan sistem sekular Barat untuk
memberi keadilan kepada umat Islam, dan kemewahan hidup yang dinikmati oleh
umat Islam di sesetengah negara Islam kerana pendapatan dan hasil minyak telah
berjaya mencetuskan keresahan di kalangan rakyat Algeria untuk bangkit
memberonak.
Negara
komunis Russia juga mengalami perubahan pesat bila Mikhail Gorbechev berjaya
menjadi Setiaussaha Agong Parti Komunis yang menekan kepentingan prinsip
prinsip demokrasi, kebaikan sistem penswastaan dan memperkukuhkan sistem
ekonomi dengan mengutamakan sisem pemasaran.
Di samping
itu kehancuran pemerintahan kuku besi di negara negara Dunia Ketiga, kejatuhan
empayar komunis di Eropah Timur, menurunnya harga minyak dan bahan bahan mentah
utama dunia juga telah mempengaruhi perkembangan politik di Algeria.
Semua itu
mendorong umat Islam Algeria menolak sistem diktator dan sekular Barat dan
kembali kepada Islam sebagai al Din dalam kehidupan.
Akibatnya
tercetuslah berbagai bagai konflik dan kekacauan di Algeria. Puncaknya pada
bulan Oktover 1988 telah meletus pertumpahan darah yang getir yang menelan
banyak korban nyawa dan harta benda.
Keadaan
dalam negara Algeria berlaku “cakap tidak serupa bikin”. Pemimpin Algeria
menyeru supaya Dunia Ketiga mengembeling tenaga menentang penindasan dalam
sistem politik dan sekonomi dunia, tapi perkara seperti itulah yang berlaku di
Algeria. Slogan slogan yang mereka laung laungkan berbeza dengan apa yang
mereka laksanakan. Keadaan ini merancakkan lagi pemberontakan di Algeria.
Untuk
memulihkan kemelot tersebut, Benjedid telah bertindak melakukan pembaharuan
yang belum pernah dilihat oleh Algeria sejak mencapai kemerdekaan. Beliau
bertindak memulihkan demokrasi. Justeru itu parti FLN secara resmi telah
diasingkan dari negara dan monopolinya dalam politik Algeria telah dihapuskan.
Pehak tentera pula dilarang memain peranan secara langsung dalam parti dan
politik.
Selepas
Benjadid dilantik semula sebagai presiden untuk penggal ketiga pada bulan
Disember 1988, beliau telah menjalankan dasar terbuka di Algeria. Pada 23hb.
Febuari 1989, Algeria telah memperkenalkan sebuah perlembagaan baru yang
dipersetujui oleh rakyatnya melalui pungutan suara. Intipati perlembagaan baru
itu menolak sosialisem, menjamin kebebasan bersuara, hak berorganisasi dan
kebebasan bercampur gaul di kalangan rakyat tanpa sebarang sekatan. Ia juga
memberi hak kepada rakyat untuk menyertai kesatuan kerja, mengambil tindakan
mogok dan mendirikan pertubuhan pertubuhan politik yang telah berjaya
melahirkan berbagai bagai parti politik di Algeria.
Justeru kira
kira sembilan bulan kemudian, hampir 30 buah parti politik telah muncul di
persada Algeria, dan dua daripada parti parti itu ialah FIS dan sebuah lagi Parti Komunis [Parti
de I’Avant Garde Socialiste]. Dalam pilihanraya peringkat tempatan yang
dilangsungkan pada bulan Jun 1990 dan pilihanraya kebangsaan peringkat pertama
pada 26 Disember 1991, FIS telah mencapai kemenangan yang gemilang. Sebaliknya
Parti FLN pimpinan Benjadid telah tewas teruk dalam pilihanraya tersebut.
Pada 11
Januari 1992, Benjadid telah meletak jawatan kerana merasa partinya FLN tidak
ada harapan lagi untuk menang. Ini menyebabkan Algeria berada dalam keadaan
yang tidak menentu. Dua hari kemudian, Menteri Pertahanan Algeria
mengistiyarkan pembatalan pilihanraya pusingan kedua yang dua hari lagi akan
berlangsung. Justeru itu FIS tidak
mempunyai harapan untuk menang sepenuhnya dalam pilihanraya tersebut.
Selepas FIS
memenangi pilihanraya peringkat tempatan pada bulan Jun 1991, tentera Algeria
telah menahan sekurang kurangnya seramai 2,500 orang penyokong penyokong Parti
FIS, termasuk pemimpin utamanya ‘Abbasi Madeni dan timbalannya ‘Ali Belhaj.
Pehak tentera memberi alasan untuk mencegah pertumpahan darah menjadi lebih
parah, selepas 30 orang telah terkorban, dan 285 orang cedera parah. Seterusnya
Benjadid mengistiyarkan undang undang darurat di Algeria.
Mengikut
perhitungan Benjadid penahanan dua orang tokoh utama FIS itu dapat melumpuhkan
parti tersebut, tapi harapannya hampa, kerana dalam pilihanraya yang diadakan
pada 26 Disember 1991 itu FIS berjaya meraih kemenangan yang cemerlang.
Seterusnya Benjadid terpaksa meletak jawatan dan memberi peluang pada tentera
yang anti Islam untuk merampas kuasa.
Kemudian
pehak tentera telah menubuhkan sebuah Majlis Tertinggi Negara yang terdiri dari
5 orang anggota untuk mentadbir Algeria. Seorang tokoh nasionalis, bekas
pejuang kemerdekaan Algeria, Muhammad Boudiaf yang tinggal di Moroko telah
dipanggil balik dan dilantik menjadi pengerusi majlis tersebut. Tujuannnya
ialah dengan harapan pemerintahan tentera itu dapat diterima oleh rakyat
Algeria. M. Bondiaf terus memerintah negara sehingga dia meninggal dunia
dibunuh oleh pengawalnya sendiri.
Tindakan
seterusnya diambil oleh pemerintah tentera ialah mengharamkan FIS. Mereka
menangkap dan memenjarakan sebahagian daripada pemimpin FIS, dan beribu ribu
orang kader, dan penyokong serta simpatisan FIS. Mereka dikurung di kem kem
tahanan yang didirikan di tengah tengah padang pasir yang panas.
Kaum wanita Algeria
diharam memaki hijab dan kaum lelaki diharam menyimpan janggut yang dianggap
sebagai simbol anti kerajaan yang memerintah.
Pada penghujung
bulan Febuari 1992, rejim tentera telah bertindak memberkas dan memenjarakan
seramai 12,000 orang aktivitis Islam di
kem kem tahanan yang dibina di padang pasir yang panas itu. Di antara mereka
termasuk beratus ratus orang intelek, profesor, pmimpin persatuan kerja, para
doktor perubatan, 109 wakil rakyat FIS dan lebih dari 200 orang datok bandar
yang menyokong FIS. Mereka dihantar ke
kem kem tahanan yang panas dan penuh sesak tanpa kemanusiaan.
Namun begitu
rejim tentera Algeria berkali kali menafikan mereka melakukan kezaliman
terhadap para tahanan. Tapi Presiden bagi Liga Algeria untuk Pembelaan Hak
Asasi Manusia, Yahya Abdelnour mendakwa beliau mempunyai lebih 100 buah dokumen
yang menunjukkan layanan yang tidak berperikemanusiaan rejim tentera terhadap
tahanan. Hal ini diakui kebenarannya oleh Amnesty International yang
berpengkalan di London sebagaimana terdapat dalam laporan tahunannya pada tahun
1993.
Rejim
tentera Algeria yang kejam itu mendapat sokongan daripada negara negara Barat
dan negara negara Islam yang pro Barat. Antara negara negara Islam sekutu yang
menyokong rejim tentera itu ialah Mesir, Moroko, Tunisia dan Arab Saudi. Negara
negara Barat pula terdiri dari negara negara Eropah dan Amerika Syarikat, serta
Israel. Sebaliknya sedikit benar negara negara Islam yang menyokong FIS,
antaranya Iran, Sudan, Pakistan dan kelompok Mujahidin Afghanistan.
Bekas
penjajah Algeria, iaitu Perancis memberi sokongan yang kental terhadap rejim
tentera Algeria itu, malah berada di belakang rampasan kuasa tentera pada 11
Januari 1992. Malah sebelum rampasan kuasa tersebut berlaku, Perancis telah
memberi sokongan yang kuat terhadap pehak tentera yang anti Islam itu untuk
merampas kuasa. Mengikut laporan yang boleh dipercayai, ada pegawai pegawai
tentera Algeria itu menerima arahan langsung daripada Perancis, dan
mematuhinya.
Mengikut
laporan, Perancis membekalkan rejim tentera Algeria dengan alat alat senjata
yang canggih dan satu batelion tentera untuk mengesan, memburu dan memberkas
penentang penetang rejim tentera yang korap itu. Perancis juga bersetuju untuk
melunaskan hutang yang ditanggung oleh Algeria.
Di samping
itu kerana takutkan Amerika Syarikat yang menyokong rejim tentera itu, tidak
ada sebuah negara pun yang berani mengutuk rejim tentera yang kejam dan tidak
berperikemanusiaan itu di PBB. Demikian juga dengan OIC [Pertubuhan Persidangan
Islam] membisu seribu bahasa dengan apa yang berlaku di Algeria.
Justeru
negara negara Arab demi menjaga hubungan baik dengan Amerika Syarikat tidak
teragak agak mengambil tindakan memusuhi FIS dan rakyat Algeria yang cintakan
Islam. Dalam hal ini Mesir sebagai pendokong utama Amerika Syarikat di Asia
Barat telah menandatangani perjanjian keselamaan [security agreement] dengan
rejim sekular Algeria. Demikian dengan Tunisia dan Moroko menjalin hubungan
baik dengan Algeria. Malah Arab Saudi yang dianggap sebagai benteng Islam itu
mengekalkan hubungan diplomatik dengan rejim sekular Algeria yang menindas
Islam dan umat Islam.
Amerika
Syarikat hanya menyeru diadakan dialog antara FIS dan rejim tentera yang zalim
itu. Tidak ada sebarang sekatan ekonomi dikenakan ke atas rejim tentera Algeria,
sebagaimana mereka kenakan ke atas Iran, Iraq dan Libya dengan alasan mengganas
dan mencabul hak asasi manusia. Beginilah selalunya sikap hipokrit Barat demi
menjaga kepentingan diri sendirI.
Abdelaziz
Boutflika menjadi Presiden Algeria selepas memenangi pilihanraya yang diadakan
pada 10 APRIL 2009. Dengan itu bermaknsa beliau telah memegang jawatan presiden
itu selama tiga penggal berturut turut selepas mengubah perlembagaan Algeria
unttuk membolehkan beliau bertanding untuk kali ketiga. Beliau memperolehi undi
yang terbanyak, iaitu sebanyak 90.24 peratus undi. Namun, pehak pembangkang
tetap menegaskan bahawa kemenangan itu berlaku kerana penipuan..
Walau
bagaimana pun umat Islam Algeria, khususnya FIS ditindas, ditekan dan diberkas,
tapi perjuangan Islam tidak pernah tumpas di Algeria, malah terus besemarak.
Pemberontakan terus berlaku di sana sini yang menguggat rejim yang zalim itu.
Selain dari rakyat jelata, ramai pula
anggota anggota tentera yang menyokong FIS yang berjuang untuk menegakkan Islam.
Ini yang membimbangkan rejim tentera yang sekular dan sekutunya Barat yang
sentiasa membenci dan memusuihi Islam. Namun begitu perjuangan untuk
mendaulatkan Islam tetap subur di Algeria. Semoga Allah memberkati perjuangan
mereka yang suci dan benar.
Lorong
Masjid al Qasimi,
Kg. Kubang
Siput, Pasir Tumboh,
0 comments:
Post a Comment