SUAMI ISTERI DAN KEIKHLASAN
>> Friday, November 10, 2017
SUAMI ISTERI DAN KEIKHLASAN
Kata ulama
Ilmu itu
seperti benih dan amal itu seprti tumbuh tumbuhan dan IKHLAS itu seperti air
yang dijiruskan ke atas tumbuhan tumbuhan itu”.
Demikianlah
pentingnya ikhlas itu, terutama di alam kerohanian, dan kehidupan suami isteri.
Masing masing suami atau isteri yang memberi sesuatu yang istimewa kepada
pasangan masing masing hendaklah tanpa mengharap untuk mendapat apa apa balasan daripada suami atau isteri yang menerimanya.
Kalau sang suami telah berazam untuk memberi sesuatu
yang istimewa kepada isterinya, demikian juga jika sang isteri membuat azam
untuk memberi sesuatu kepada suami yang dicintainya itu, janganlah mengharap untuk mendapat apa apa balasan. Kalau semangat rela merela seperti
ini wujud antara suami dan isteri maka sudah tentu tidak akan ada lagi problam
antara suami dan isteri, malah semuanya akan selesai dengan sendiri.
Itulah ikhlas dalam memberi dan menerima.
Tapi ikhlas ini mudah untuk diperkatakan tapi amat
sukar untuk pelaksanaannya. Seseorang yang rakus dalam mengejar kepentingan
diri sendiri, dengan melupakan kepentingan orang lain tidak ada ikhlas padanya.
Justeru itu, antara suami dan isteri perlu ada saling faham memahami, rela merelakan, bukannya saling tuntut menuntut, tagih menagih seperti penjual atau penagih hutang dengan penghutang mereka.
Sikap ikhlas ini amat penting dalam menjaga keharmonian hidup berkeluarga suami isteri.
Pemberi, baik suami atau isteri bukan pemiutang, demikian pula sebaliknya penerima, baik suami atau isteri bukan penghutang.
Keluarga akan terlempar dalam masalah, jika suami menjadi seorang lelaki yang perakus dalam mengejar kesenangan dan kepuasaan hidup sendiri, justeru dengan sikap itu dia dengan mudah melupakan isterinya, kerana perakus seorang yang tidak ikhlas. Dia hanya asyik memburu kepuasan dirinya sahaja dan senafas itu juga membiarkan isterinya terkatung katung kehampaan akibat ketidakikhlasan saang suam.
Cinta suci itu memerlukan keikhlasan. Cinta suci itu memerlukan pengorbanan. Justeru kerana bercinta orang sanggup berkorban apa sahaja demi kepentingan yang dicintai.
Jika anda tidak sanggup berkorban untuk yang dicintai, maka ertinya darjah cinta anda masih di awang awang, tanpa keikhlasan, tanpa sampai ke puncak mahligai cinta.
Lebih lebih lagi cintakan Allah dan Rasul, membuat manusia sanggup berkorban apa sahaja, rela dan gembira masuk ke medan jihad untuk mencarai mati sayhid.
“Berkorban
apa sahaja
Diri,
Harta
Ataupun
nyawa”.
Dalam agama
keikhlasan ini amat penting, khususnya dalam ibadat. Ibadat yang tidak ada
keikhlasan di dalamnya tidak ada maknanya di sisi Allah.
Kalau kita
berulang alik ke masjid setiap waktu, tapi dalam hati kita berharap supaya
dikatakan kita orang alim, bukan kerana Allah. Itu bukan ikhlas.
Kalau kita
solat, dengan harapan dipuji orang kita seorang yang wara’, maka itu bukan
kerana Allah. Itu bukan ikhlas.
Kalau kita beri
nasihat kepada seseorang, kita kata “Saya
cakap ni ikhlas”, tapi dalam hati, kita mengharap untuk mendapat sesuatu
darinya, maka itu bukan kerana Allah. Itu tidak ikhlas.
Kalau kita
memberi sumbangan atau derma, dengan harapan dipuji orang sebagai dermawan,
bukan kerana Allah. Itu bukan ikhlas.
Akasnya
semua perbuatan atau amalan kita yang tidak berpaksikan Allah, maka semuanya
tidak ikhlas. Ia merupakan amalan yang sia sia di sisi Allah.
Seorang
ustaz pergi mengajar di masjid setiap minggu, mengaku dia hanya mengajar dengan
ikhlas semata mata kerana Allah. Syukur Alhamdulillah. Tapi bagaimana kiranya
pehak berkuasa atau pehak masjid tidak melunaskan bayarannya berturut turut
selama emapat minggu, bolehkah dia bertahan dengan keikhlasannya itu.
Justeru
berhati hatilah supaya amalan kita tidak sia sia, dan mendapat markah kosong,
kerana hanya amalan yang ikhlas sahaja
yang diterima.
Sebenarnya
mengucap kata kata “ikhlas” saya ikhlas aku ikhlas, amat mudah, tapi untuk
mempraktekkanya, merupakan satu perkara lain yang membutuhkan tarbiah yang
khusus.
Sekian sekilas renungan.
Sekian sekilas renungan.
Lorong
Masjid al Qasimi,
Kg.
Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota
Bharu, Kelantan.
0 comments:
Post a Comment