SALAHUDDIN PEJUANG BERHATI WAJA DAN WARA'
>> Monday, October 16, 2017
******
Gaya
kepimpinannya dikagumi oleh orang orang Islam dan disanjung tinggi oleh orang
orang bukan Islam. Malah orang orang Eropah merasa takjub dengan agama Islam
boleh melahirkan seorang pahlawan yang begitu agung dan besar jiwanya.
**********
SALAHUDDIN AL YUBBI adalah seorang Raja Mesir dan seorang penakluk yang termasyur, bukan sahaja kerana kegagahan, keberaniannya dan kehandalannya dalam perjuangan, tapi juga kerana kewara'annya sebagai seorang Islam yang beriman dan bertaqwa. Beliau termasyur dengan sikapnya yang baik terhadap kawan dan lawan.
Salahuddin
Al Yubbi adalah salah seorang pemimpin terbesar yang muncul di Timur Tengah,
pada abad 6 selepas Hijrah, di mana kerajaannya terbentang dari Kurdistan di
Asia, hingga ke Padang Pasir Nubia, di Sudan yang terletak di benua Afrika yang
luas itu.
Namannya
sentiasa menjadi sebutan di sepanjang zaman, kerana beliau dan bala tenteranya
telah berjaya menumpas dan menawan kota Baitulmaqdis daripada Tentera Salib.
Namanya juga gemilang dalam Perang Salib.
Gaya
kepimpinannya dikagumi oleh orang orang Islam dan disanjung tinggi oleh orang
orang bukan Islam. Malah orang orang Eropah merasa takjub dengan agama Islam
boleh melahirkan seorang pahlawan yang begitu agung dan besar jiwanya.
Beliau
dihormati oleh kaum bangsawan Kristian
sezaman dengannya. Seteru perangnya, Richard Berhati Singa [ Richard The
Lion Heart] menghormatinya, malah memujinya sebagai seorang putera agong di
dunia Islam. Sebaliknya Salahuddin juga menghormati Richard Berhati Singa, dan
menganggap beliau sebagai seorang pemimpin sejajar dengan Napoleom Bonarpte,
pahlawan Perancis yang agong itu, dan sebagai Iskandar Macedonia. Di negara
Barat Salahuddin Al Yubbi dikenali dengan nama “Saladin”.
Namanya yang
sebenar ialah Salah ad Din Yusuf ibnu
bin Ayyub. Ayahnya pula Najm ad Din Ayyub. Beliau dilahirkan pada tahun 532 Hijrah [1134M] di
Takrit, Iraq. Pada masa itu ayahnya seorang gabenor Wilayah Baabek, berasal
dari bangsa Kurdis.
Beliau
bersama dengan ayahnya Najamuddin Ayyub, serta bapa saudaranya Asaduddin
Syirkuh bekerja dengan seorang penguasa yang terkenal sebagai seorang
pengembang syiar Islam, iaitu Nuruddin Mahmud [541 569 H]. Malah Nuruddin adalah seorang pemimpin Islan
yang agong yang banyak menyumbangkan jasa kepada Islam.
Ayah dan
bapa saudaranya itu adalah penyokong kuat kepada Gabenor Kota Mosul, Inaduddin
Zangky. Ketika Inaduddin Zangky berkuasa di Syam atau Damsyik, Kerajaan
Fatimiyah sedang mengalami keruntuhan. Bila Zangky mengambilalih kuasa di
Mesir, Salahuddin mengikut ayahnya pindah dk Mesir setelah ikut berjuang dalam
pasukan tentera Zangky walaupun dalam usia masih muda belia.
Kemudian
dalam usia 32 tahun, beliau dilantik menjadi Gabenor Iskandariah. Bila
Asaduddin Zangky yang memegang jawatan Perdana Menteri meninggal dunia,
Salahuddin telah dilantik mengisi kekosongan jawatan itu oleh Khalifah
Fatimiyyah, Al Adhid. Perlantikan itu direstui oleh Damsyik.
Tujuan
Khalifah Al Adhid melantik Salahuddin itu ialah untuk memperalatkannya
bagi mencapai cita citanya. Tapi
rancangannya meleset kerana Salahuddin tidak dapat diperalatkan sebagaimana
direncanakan.
Salahuddin
dengan berani dan tegas mengambil tindakan memberishkan negaranya dari golongan
bajingan dan petualang petualang yang telah lama bermaharajalela membolot harta
dan kekayaan negara untuk hidup mewah.
Salahuddin
juga mengambil tindakan tegas membersihkan anggota anggota tentera daripada
unsur unsur yang bejat seperti itu. Beliau membongkar segala penyelewengan yang
berlaku dan tidak ragu ragu mengheret mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
Seluruh
rakyat jelata Mesir menyambut dengan gembira segala tindakan yang diambil oleh
beliau itu, serta memberi penuh sokongan kepadanya.
Akhirnya,
berkat kejujuran dan ketegasannya itu beliau berjaya membentuk sebuah kerajaan
yang bersih, cekap dan amanah.
Tapi seperti
biasa ada golongan golongan bangsawan yang tidak menyenangi tindakan yang
dilakukan oleh Sallahuddin Al Yubbi itu, terutama mereka yang terlibat dalam
tindakan pembersihan yang diambilnya. Mereka bertindak balas, malah cuba
membunuhnya, tapi tidak berjaya.
Ada juga
golongan golongan bangsawan yang membuat komplot dan bersekongkol dengan ejen
ejen Yahudi untuk merampas kuasa, tapi tidak berjaya.
Dalam hal
ini beliau cuba dibunuh oleh anggota anggota tenteranya sendiri, dengan melakukan
serangan dari arah belakang, tapi tidak berjaya. Beliau hanya mengalami
kecederaan kecil.
Bila
Khalifah Al Adhid, Khalifah Fatimiyyah yang terakhir meninggal dunia,
Salahuddin Al Yubbi telah dilantik menjadi penggantinya sebagai penguasa
tertinggi di bumi Mesir ketika itu.
Walaupun
Khalifah Al Adhid meninggalkan harta kekayaan yang banyak, tapi beliau sama
sekali tidak terpengaruh dengan peninggalan itu. Beliau tidak langsung mengambil
harta harta itu untuk dirinya, tapi membahagi bahagikannya kepada kakitangan
kakitangan istana kerana jawatan mereka terpaksa ditamatkan, kerana khidmat
mereka tidak lagi diperlukan setelah
khalifah Al Ahdhid sudah tidak ada lagi.
Di samping
itu, sebahagian lagi daripada harta harta pusaka peninggalan khalifah itu
dibahagi bahagikan kepada rakyat jelata yang miskin yang memerlukan bantuan
untuk memulihkan kehidupan mereka, seperti untuk bertani ataupun berniaga ataupun untuk
menampung kehidupan mereka yang terdesak.
Namun
begitu, Nuruddin Zangky yang waktu itu
berada di Syria merasa iri hati dengan jawatan tinggi yang disandang oleh
Salahuddin itu, kerana dia merasa dialah yang sepatutnya memegang jawatan
tersebut, lagi pula dialah yang telah melantik Salahuddin bertugas di Khairah.
Dia merasa jawatan yang dipegang oleh Salahuddin itu adalah haknya. Justeru itu
dia merasa wajar untuk memecat Salahuddin dari jawatannya itu.
Tapi dalam
perjalanan ke Mesir untuk merealisasikan hasratnya itu, Nuruddin telah jatuh
sakit yang menyebabkan kematiannya. Ini mendorong pemimpin pemimpin Syria
melantik Salahuddin sebagai pemegang amanah, kerana putera Nuruddin pada masa
itu yang bernama Salah Ismail masih kecil untuk memegang jawatan khalifah.
Kemudian Salah Ismail juga meninggal dunia secara tiba tiba, menyebabkan
pemerintahan Syria secara automats jatuh ke tangan Salahuddin Al Yubbi.
Berikutnya
Salahuddin memproklamirkan dirinya sebagai raja Wilayah Mesir dan Syam, dan
akhirnya beliau berjaya memperluaskan wilayahnya hingga ke Mosul, di Iraq.
Walaupun
Salahuddin berjaya menggembelingkan tenaga antara rakyat Mesir dan Syria, tapi
masih banyak problam problam dalan negara Mesir yang mencabar dan perlu di
atasi segera.
Di antara
problam problam itu ialah beliau terpaksa menundukkan golongan golongan
kesultanan yang kecil yang gemar memencilkan diri daripada bergabung dengan
jumaah yang besar.
Di samping
itu umat Mesir juga perlu disatukan, kerana mereka telah berpecah belah dengan
berbagai bagai fahaman dan mazhab. Pihak pemerintah Fatimiyyah sebelumnya mirip
kepada fahaman Syiah yang mengamalkan amalan sempit yang menyekat mereka
daripada bekerjasama dengan golongan Sunni dalam semua bidang kehidupan, baik
bermasyarakat ataupun benegara.
Salahuddin
Alyubbi terpaksa bertungkus lumus untuk
menukar sikap orang orang Syiah yang fanatik itu supaya dapat bekerjasama dengan golongan
Sunni. Usaha ini tidaklah gampang dan menelan masa yang panjang untuk berjaya.
Sejak masih
kanak kanak lagi Salahuddin Alyubbi telah berpengalaman dalam peperangan. Sejak berusia belasan tahun lagi beliau
selalui mengikuti ayahnya berperang. Mereka berperang dengan Tentera tentera
Salib atau dengan golongan golongan pemberontak yang tidak puas hati dengan
Sultan Nuruddin Mahmud. Salahuddin memberi sumbangan terbesar terhadap kerajaan
Nuruddin bila beliau berjaya merampas kota Damsyik pada 1154.
Kejayaan
besar yang julung kali dicapai oleh Salahuddin di medan peperangan ialah merampas
Wilayah Baniyeas pada tahun 1179. Wilayah itu dipertahankan oleh tentera
tentera Salib yang terdiri dari kaum kaum bangsawan. Bila ketua wilayah itu
dapat ditawan, maka terdapat seramai 300 orang bangsawan bersama sama dengan
beribu ribu orang tawanan perang.
Kemudian
Salahuddin berjaya merampas berbagai bagai wilayah lagi yang terletak di bawah
kekuasaan tentera tentera Salib, seperti Kota Kark, Tabriyah [Tiberiada],
Jaffa, Sieda, Majdal, Asqalam dan lain lain lagi.
Ada di
antara wilayah wilayah itu dapat ditawan dengan mudah, tapi ada yang terpaksa
digempur habis habisan selama berminggu minggu untuk menumpaskannya.
Kemudian
tentera tentera Salahuddin menyerang tentera tentera Salib yang merancang untuk
membuat serangan hendap terhadap mereka. Tentera Salib itu bersembunyi d Bukit
Hittin, maka tercetuslah peperangan di situ. Dalam Peperangan Hittin ini
tentera tentera Islam telah berjaya menumpaskan tentera tentera Salib, dan
ramai orang orang bangsawan mereka telah menjadi tawanan perang.
Di antara
bangsawan yang menjadi tawanan perang itu terdapat seorang raja di sebuah
wilayah di Eropah bersama dengan seorang puteranya, dan juga Birnis Amath,
Gabenor Kark yang terkenal dengan sikapnya yang kejam dan zalim terhadap orang
orang Islam.
Birnis telah
dijatuhi hukuman pancung, kerana pernah mengkhianati perjanjian damai dengan
Salahuddin dengan menyerang kafilah haji orang Islam di tengah jalan
berhampiran Kark.
Sementara
Raja Raymond membayar tebusan dan berjaya membebaskan dirinya. Beliau lari berlindung
di Shur dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke Tripoli tapi mati dalam
perjalanan.
Tentera
tentera Salahuddin terus mara. Daripada Tabariah mereka menuju ke Aska [Acre].
Sebelum menyerang Baitulmaqdis, Acre perlu ditawan terlebih dahulu. Tentera
tentera Salib merayu untuk diberi perlindungan jika seluruh kota itu menyerah
tanpa pertempuran.
Salahuddin
memberi kata dua kepada mereka, sama ada mereka memeluk Islam atau keluar
meninggalkan kota itu. Mereka memilih untuk meninggalkan kota Aska. Justeru
tentera tentera Muslim memasuki kota itu tanpa pertumpahan darah.
Dari Aska
tentera tentera Islam terus mara ke Asqalam dan berjaya menawan kota itu tanpa
perlawanan. Dari Asqalam tentera tentera Islam dengan gampang dapat menawan
wilayah wilayah kecil seperti Ramlah, Darum, Gaza, Masydad Ibrahim, Baitul
Lahan, Bait Jibril, Nazarum [Nazarieth] dan lain lain wilayah lagi.
Akhirnya
mereka sampai ke sasaran mereka yang penting, iaitu Jerusalem. Setelah
mengepung dan mengintipnya selama lima hari mereka pun melancarkan serangan
dari benteng utara. Setelah pemimpin Kristian menyedari kelemahan kelemahan
pertahanan mereka, lalu mereka pun menawarkan penyerahan kota itu tanpa
perlawanan jika keselamatan nyawa penduduknya dijamin oleh Salahuddin.
Tawaran pertama
yang dibuat oleh utusan Kritisan itu ditolak oleh Salahuddin. Kemudiannya
Raymond, raja Kristian Jerusalem sendiri datang menawarkan tawaran tersebut
kepada Salahuddinj.
Raymonnd
memohon jaminan keselamatan dirinya dan kerabat kerabatnya. Beliau juga memberitahu
tentang komplot para pembesar Salib untuk membunuh tawanan perang Islam seramai 5000 orang,
membinasakan Masjid al Aqsa, dan membakar seluruh kota itu jika penyerahan diri
bersyarat itu tidak diterima oleh Salahuddin.
Selepas
Salahuddin bermesyuarat dengan para penglimanya, maka tawaran itupun diterima
dengan syarat setiap orang membayar tebusan, iaitu 10 dinar bagi seorang
lelaki, 5 dinar bagi seorang perempuan dan 2 dinar bagi seorang kanak kanak.
Seterusnya
tentera tentera Islam memasuki kota Jerusalem pada hari Jumaat, 27 Rejab yang
membawa panji panji bertulis dengan kalimah Allah. Panji panji itu dipacak di
merata rata tempat di kota Jerusalem. Di samping itu sebuah lambang salib emas
telah diturunkan dari puncak Kubah Sakhrak di Masjid Umar.
Jumlah tentera
salib di kota Jerusalem seramai 60, 000 orang, termasuk tentera tentera berkuda
dan tentera berjalan kaki semuanya membayar bayaran tebusan sebagaiaman
dijanjikan.
Salahuddin
mengizinkan paderi besar Jerusalem membawa keluar bersamanya wang dan harta
yang bertimbun timbun banyaknya, sedangkan dia hanya dikehendaki membayar 10
dinar sahaja.
Kemudian
Salahuddin juga membenarkan isteri isteri raja raja dan kaum bangsawan keluar
untuk bertemu dengan suami mereka dengan jaminan perlindungan sehingga mereka
selamat sampai ke tempat yang menjadi tujuan mereka.
Beliau juga
membebaskan anak lelaki Birnis, bekas Gabenor Wilayah Kark yang telah dijatuhi
hukuman bunuh oleh Salahuddin sewaktu Birnis menjadi tawanan tentera Islam.
Tindakan itu dibuat atas rayuan ibunya,janda Birnis.
Bila semua
urusan tawanan perang usai, Salahuddin menumpukan usaha membersihkan Masjid al
Aqsa daripada sisa baki peninggalan orang orang Kristian.
Setelah
pembersihan masjid selesai, Salahuddin bersama sama dengan kaum Muslimin
menunaikan solat Jumaat pada hari Jumaat berikutnya. Itulah buat pertama
kalinya umat Islam sembahayang di masjid al Aqsa selepas dikuasai oleh tentera
Salib hampir seratus tahun lamanya.
Perang
Salib Ketiga
Kemenangan
Salahuddin dalam Peperangan Hatthin itu telah membakar kemarahan orang orang Kristian,
lalu mereka bertindak melancarkan Perang Salib Ketiga. Antara negara yang
membantu Perang Salib Ketiga ialah Kerajaan British dengan membiayai perang
tersebut yang diperolehi daripada cukai khas yang dikenali dengan nama “Cukai
Salahuddin”. Selain itu British juga membekalkan seramai 800 orang tentera,
bersama dengan Perancis seramai 2000 orang dan Jerman seramai 15,000 orang. Dalam
perang ini mereka berjaya merampas kembali Acre dari tangan orang Islam.
Pada 7
September 1191 berlakulah Perang Asruf, di mana tentera tentera Salahuddin
bertempur dengan tentera Raja Richard Berhati Singa [Richard The Lion Heart]
dari England.
Walaupun
peperangan berlangsung antara tentera tentera Salib dan tentera tentera Islam,
tapi pemimpin dari kedua dua belah pehak, iaitu Salahuddi Al Yubbi dan Richard Berhati Singa masih
mampu hormat menghormati antara satu sama lain. Malah kedua dua pemimpin
bercadang untuk berdamai dengan mengkahwinkan adik perempuan Richard, Joan dari
England dengan adik lelaki Salahuddin, Al Adli dengan Kota Batiulmaqdis sebagai
hantarannya. Tapi racangan itu menempuh kegagalan kerana timbul kebimbangan
akan berbangkit mengenai soal soal keagamaan di kalangan kedua dua belah pehak yang berbeza
kepercayaannya itu.
Bila Richard
jatuh sakit, Salahuddin menziarahinya dan menghantar hadiah berupa buah buahan,
air sejuk dan obat, malah doktor untuk merawatnya sehingga Richard sembuh.
Malah beliau menghentikan peperangan.
Justeru
terpesona dengan sikap mulia Salahuddin itu, maka termetrailah perjanjian damai
antara mereka yang bermusuhan itu pada 1 September 1192. Selepas perjanjian
damai itu ditandatangani, maka kedua dua pemimpin itu saling bertukar tukar
hadiah sebagai lambang penghormatan.
Dengan
perjanjian itu Baitulmqqdis kekal di bawah kekuasaan Islam, namun begitu
penziarah penziarah Kristian tanpa senjata dibenarkan melawat Baitulmaqdis.
Demikian
kemuliaan budi dan keagungan jiwa seorang perjuang Islam yang akan hidup
sepanjang zaman.
Diutarakan di
sini rentenan sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh Salahuddin dalam perjuangan
jihadnya yang gigih itu:
+Pada bulan
Rabi’ul Awal 570 H [November 1174 M] berjaya menyatukan Damsyik secara damai.
+Pada 10
Disember 1174 berjaya menyatukan bandar
Hima, kecuali kubunya.
+Pada 24
Disember 1174 M berjaya menawan Kerajaan Hamah termasuk kubunya, dan
kemudiannya kubu Hamas itu berjaya juga ditawan.
+Pada thun
1174 M juga berjaya menduduki kota Ba’albak.
Dengan
kejayaan kejayaan itu bererti beliau telah berjaya mengusai Wilayah Syam.
+Pada 570 H beliau
berjaya menguasai kubu Ba’reeni.
+Pada 571 H
berjaya mengusai Baza’ah.
+Pada 571 H
juga berjaya menguasai Miyafarqin, Syerzur, Qarabili, dan seluruh wilayah
sebelah Sungai Zab, dan kemudian berjaya menguasai Mousil.
+Pada 577 H
berjaya menguasai Manbaj dan I’zaz.
+Pada 578 H
berjaya menyeberangi Sungai Furat dan berikutnyq berjaya menawan kerajaan
Wilayah Jazeerah, iaitu Ar Raha, Harran dan Riqqah dan kerajaan Sinjaar.
Pada 579 H
berjaya menguasai Wilayah Amid, Bukit Khalid dan Intab.
Pada bulan
Safar 579 H berjaya menduduki Halab [Aleppo], setelah beberapa kali dikepung.
Dengan kejayaan
menduduki Halab itu bererti kerajaannya bertmabah stabil.
Pada 579 H
juga berjaya menguasai Benteng Harem.
Pada 582 H
[1186 M] wilayah wailayah kecil dapat dikuasai oleh Salahuddin.
Peribadinya
Salahuddin
Al Yubbi adalah seorang pahlawan yang
wara’ dan bertakwa, gemar beribadat dan berperibadi mulia, adil dan penyayang,
seorang wira yang gagah berani dan suka merendah diri.
Beliau juga
seorang yang penyabar, jujur dan setia pada janji dan tidak mementingkan diri
sendiri
Beliau mudah
didekati, tidak keberatan mendengar pendapat dan nasihat siapa sahaja yang menyampaikan kepadanya.
Ketika
berada di Iskandariah atas urusan kerja beliau mengambil kesempatan belajar
dari dua orang ulama yang terkenal pada masa itu, iaitu Syeikh Abu Thahir Auf
dan Attastusyi. Beliau juga belajar Hadis hadis Rasulullah SAW nenerusi kitab
“Muwatta” Imam Malik.
Walaupun
beliau terkenal sebagai seorang yang baik dan bertimbang rasa dan belas kasihan,
tapi amat tegas dalam perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Ini terbukti
daripada tindakan beliau memancung sendiri kepala Reginald dan Chatillan kerana
menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Mengenai
tindakan beliau memancung kepala musuh yang menghina Islam itu beliau berkata,
“Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Kali pertama ketika dia
bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika dia menyernag jemaah
haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammad atasnya”.
Ketika
mengukir kemuliaan peribadi Salahuddin Al Yubbi, Hj. Muhammad Fadil Ismail
menggambarkan seperti berikut, “Salahuddin adalah seorang yang baik, banyak
berzikir, sangat menitik beratkan solat berjemaah, rajin melakukan solat sunat
dan Qiyamullail., Beliau gemar mendengar ayat ayat suci al Quran, hatinya
sangat halus, khusyuk dan sentiasa berair mata ketika mendengar alunan ayat
suci al Quran. Beliau juga sangat gemar mendengarkan Hadis dan banyak mendengar
syair syair Allah. Beliau sentiasa berbaik sangka kepada Allah, banyak
bergantung kepada Nya dan sentiasa bertaubat”.
Dan
seterusnya, “Slahhuddin adalah orang yang adil, penyayang, pengasih sentiasa
menolong kaum yang lemah, beliau adalah seorang yang pemurah, baik pergaulan,
akhlaknya lembut, majlisnya bersih daripada membicarakan keburukan orang lain,
bersih pandangan, lisan dan hati. Beliau juga tidak pernah menyakiti orang lain
sama sekali”.
Seorang
sahabat dan Setiausaha beliau, Ibni Shedah menggambarkan secebis daripada
peribadi Salahuddin Al Yubbi sebagai berikut:
“Pengutipan
zakat tidak pernah jatuh ke atasnya sepanjang hayatnya kerana beliau tidak
pernah mempunyai wang yang cukup, yang dengan itu mewajibkan beliau
mengeluarkan zakat. Semua harta benda yang ada habis disedekahkannya. Keseluruhan
milik peribadi Sultan, di saat saat akhir hayatnya adalah cuma 47 dirham dan
sekeping dinar emas. Tidak ada harta lain ditinggalkannya, tidak ada
rumah, kebun, desa mahupun tanah pertanian. Tidak sedikit pun wang yang diambil
dari apa yang ditinggalkannya buat belanja mengurus jenazahnya. Segala galanya
terpaksa dipinjam, sampai kepada ikatan ikatan jerami untuk kuburnya. Kain kapannya
disediakan oleh wazir dan penulis sejarahnya Qadhi Fadhil dari satu sumber yang
halal”.
Di samping
itu beliau sering berpuasa, membaca kitab suci al Quran dan suka mendalami
berbagai bagai ilmu agama.
Di
Penghujung Hayat
Baliau
kembali ke Damsyik, Syria pada bulan Safar 569 H, dan sempat meraikan jemaah
haji yang pulang dari Mekah setelah selesai menunai ibadat haji.
Pada bulan
Safar Sultan Salahuddin diserang penyakit demam yang kuat. Beliau telah
diziarahi oleh gurunya yang dikasihi, Qadhi Al Fadhil.
Pada 27
Safar dalam keadaan sakit beliau mengundang Imam Abu Jaafar yang amat terkenal
sebagai seorang yang baik bacaan al Qurannya, dan beliau dijemput untuk
mendengar bacaan al Qurannya yang merdu itu.
Ketika Abu
Jaafar membaca ayat 59: 22 yang bermaksud, “Hanya Dia, tiada tuhan selain Allah
Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata.........
Beliau menjawab,
“Semuanya benar!”.
Pada 4 Mac
1193 ketika azan Subuh berkemudang beliau menghembuskan nafasnya yang terkahir
dengan bacaan ayat suci al Quran yang bermaksud:” .....Tiada Tuhan melainkan
Allah, dan kepada Nya aku kembali”.
Jenazah
beliau dimakamkan di sebuah makam yang terletak di taman sebelah luar Masjid
Ummaiyyah di Damsyik, Syria. Maharaja Wilhelm 11 dari Jerman mendermakan batu
marmar untuk makam tersebut.
Namun begitu
jenazah beliau tidak dikebumikan di situ, tapi di sebuah makam lagi yang hanya
diperbuat dari kayu. Justeru Salahuddin mempunyai dua makam, satu makam kosong
yang diperbuat dari marmar dan sebuah makam lagi yang diperbuat dari kayu di
mana jenazah beliau sebenarnya dikebumikan.
Semoga Allah
cucuri rahmat ke atas rohnya. Amin!
Walaupun
dikau telah lama bersemadi
Ditelan
masa
Jejak
jejak emasmu masih tetap bertapak
Di
sanubari
Melangkaui
langit zaman
Untuk
diwarisi
Semangat
yang waja
Dalam
jihad
Menegak
keadilan
Kemurniaan
Panji
panji Islam
Seluruh
buana.
Lorong
Masjid al Qasimi,
Kg.
Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota
Bharu, Kelantan.
0 comments:
Post a Comment