HASAN AL BANA DITEMBAK MATI KERANA BERDAKWAH

>> Sunday, October 1, 2017





HASAN AL BANNA DITEMBAK MATI KERANA BERDAKWAH




HASAN AL BANA.

Nama penuhnya ialah Hasan bin Ahmad Ibn ‘Abd. Al Rahman al Banna, namun beliau terkenal dengan panggilan Hasan al Banna sahaja.

Beliau diputerakan di sebuah di Kampung Mahmudiyah, Beheira, Mesir pada tahun pada 14 Oktover 1906 [1324 H]. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan dan ilmu agama. Sejak kecil lagi beliau belajar dengan bapanya seorang tukang jam dan seorang guru agama yang mencintai ilmu pengetahuan.

Beliau belajar secaara formal di Dar al ‘Ulum, Kaherah dan lulus pada tahun 1927. Pada tahun 1928 beliau bertugas sebagai seorang guru di Ismailiyah, Mesir. Semasa di Ismailiyah ini  beliau bersama dengan kawan kawannya menubuhkan sebuah Jemaah Islam yang dinamakan Ikhwan Muslimin.

Masyarakat Islam Mesir yang terletak di bawah kuku penjajahan British waktu itu amatlah mundur. Malah penjajah British melayan mereka dengan buruk sekali dan berusaha menghapuskan Islam hingga ke akar akar umbinya. Ini menyebabkan masyarakat Islam Mesir pada masa itu tersingkar jauh dari agamanya.

Sejak masih kecil lagi beliau bersama sama kawan kawannya telah menyusun satu kumpulan amal makruf dan nahi mungkar. Ketika berusla 12 tahun beliau bersama sama dengan kawan kawannya itu  pergi dari rumah ke rumah untuk mengejutkan penghuninya supaya bangun solat Subuh.

Kemudian melalui Ikhwan Muslimin, Hasan Al Bana menumpukan sepenuh daya usahanya untuk mengembang syiar Islam, walaupun tanpa mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Dua hari dalam seminggu beliau memiliki program yang ketat, iaitu setiap hari Khamis dan Jumaat. Selepas habis sekolah beliau pergi ke pejabat Ikhwan Muslimin menyelesaikan tugasnya sehingga pukul dua atau tiga. Kemudian beliau menaiki kereta api kelas tiga menuju ke sesuatu daerah tertentu dan bermalam di situ bersama sama dengan kawan kawan seperjuangan dengannya.

Pada pagi keesokan hari beliau pergi ke daerah lain pulla untuk bersembahayang Jumaat. Dan seterusnya beliau solat Asar di daerah yang lain pula. Pagi Sabtu, keesokan harinya beliau kembali ke Khaerah untuk memulakan tugasnya.

Tujuan beliau berbuat demikian ialah untuk menyampaikan dakwah bagi menyedarkan masyarakat Islam tentang kefahaman Islam yang sebenarnya dan juga penghayatan ke Islaman. Segala usaha beliau dan kawan kawannya itu sangat berpengaruh kepada rakyat Mesir. Dengan itu Ikhwan Muslimin mempunyai pengaruh yang besar terhadap rakyat jelata Mesir pada penghujung tahun tahun Perang Dunai Ke dua [1941 1945]. Cawangan Ikhwan Muslimun berjaya ditubuhkan di merata rata tempat.

Buku buku dan majalah majalah yang diterbitkannya kian bertambah banyak, dan cawangan cawangan Ikhwan Muslimin  di luar negara Mesir juga turut meningkat.

Hasan al Bana menggunakan berbagai bagai cara pendekatan untuk menyebarkan syiar Islam. Media yang selalu digunakannya ialah menerusi ceramah ceramah, usrah, majalah, akhbar dan buku buku.

Di samping itu beliau juga menggunakan saluran pendidikan. Justeru itu beliau membina banyak sekolah untuk para remaja dan mengadakan usrah untuk orang orang dewasa.

Beliau mengadakan pembaharuan dalam penyampaian dakwah, iaitu dengan mengadakan ceramah ceramah di luar masjid, di kedai kopi, di kedai makan dan sebagainya, iaitu di tempat tempat yang belum pernah dilakukan oleh sesiapa pun sebelumnya.

Beliau melakasanakan dakwah dengan  penuh kebijaksanaan dan berhemah. Beliau mengundang manusia kembali kepada Allah, melaksanakan perintah Allah dan senafas itu juga meninggalkan segala larangan Nya.

Tapi beliau dan kumpulannya itu mendapat tentangan hebat daripada kerajaan Mesir dan musuh musuh Islam, terutama sekali selepas beliau berjihad menentang Yahudi di Palestin dengan ikut memanggul senjata ke medan perang.

Dalam Peperangan Arab Israel tahun 1948, Hasan al Bana turut memanggul senjata menentang Yahudi yang menjajah Palestin.  Malah beliau menyeru umat Islam supaya ikut brjihad di jalan Allah. Tapi bila pasukan jihad yang disertai oleh beliau itu hampir dengan Tel Aviv nereka dilarang oleh kerajaan Mesir meneruskan perjuangan dan diperintah supaya pulang segera ke Mesir.

Sebaik baik sahaja tiba  di Mesir, para mujahid itu bukan sahaja tidak disambut dengan kegembiraan, malah sebaliknya mereka diberkas, diseksa dan dipenjarakan, Malah ada yang dihadiahkan dengan tali gantung atau peluru kerana menentang Yahudi yang merupakan anak ayam didik British dan Amerika Syarikat.

Akhirnya Hasan al Bana telah ditembak mati oleh seteru seteru Islam sepanjang zaman, pada 12 Febuari 1949 [1368 H]. Pembunuhan ini merupakan titik hitam ke atas sejarah gerakan Islam di seluruh dunia, dan dengan itu bererti dunia telah kehilangan seorang ulama pelopor yang tegas dan berani untuk mengembalikan Islm ke puncak kegemilangannya yang telah berangsur lenyap selepas kejatuhan Khalifah Othmaniyyah Turki.. Berikutnya tempat beliau sebagai pemimpin Ikhwan diganti oleh Hasan al Hudhaibi.

Menurut para penganalisis, pembunuhan Hasan al Bana adalah pembunuhan kejam yang dirancang dengan teliti oleh musuh musuh Islam yang berselindung di belakang Raja Faroq. Beliau ditembak mati oleh Polis Rahsia Mesir pada waktu itu. Dua bulan sebelum beliau dibunuh, kerajaan Mesir di bawah Raja Faroq melalui Perdana Menterinya. Mahmod al Nukrashi Pasha telah mengharamkan gerakan Islam yang diasaskan oleh al Hasan al Bana itu dan merampas segala harta bendanya. Pengharaman ini dibuat kerana patuh kepada perintah negara negara bukan Islam, iaitu Amerika Syarikat, Perancis dan British. Semua cawangan cawangannya yang berjumlah sebanyak 3,000 buah diarah dibubarkan, dan sekiranya tidak dibubarkan ia dianggap sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas..

Ketika pembunuhan kejam itu berlaku, Hasan al Bana sedang berjalan sendirian di Jalan Ramsis, Khaerah berhampiran dengan pejabat Jnamiyatus Syubbnil Muslimun [Persatuan Pemuda Islam]. Beliau dan iparnya Abdul Karim Mansur mempunyai ajenda untuk berbincang dengan  wakil kerajaan Mesir, seorang Menteri Zaki Ali Pasha. Tapi menteri itu tidak pernah muncul muncl. Kebiasaannya Jalan Ramsis ini sibuk, tapi pada malam itu sunyi dan lengang, Kenderaan tidak dibenarkan melalaui jalan itu, kecuali teksi yang berulang alik mencari “penumpang”. Lampu lampu dipadamkan, kedai kedai dan restoran restoran diarah supaya ditutup pada malam itu.

Hasan al Bana menahan sebuah teksi untuk pulang ke rumahnya. Sebaik sahaja teksi tersebut berhenti, pemandunya lalu melepaskan tembakan bertalu talu  ke arah Hasan al Bana yang mungkin tidak menduganya sama sekali.

Selepas itu Hasan al Bana yang tercedera parah itu telah dibawa ke Hospital Al Qasrul Ains. Tapi atas arahan Raja Faroq, Hasan al Bana ditinggalkan sendirian tanpa diberi sebarang rawatan kecemasan yang sepatutnya, sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sewaktu jenazah diusung ke tanah perkuburan, tidak ada orang lelaki yang diizinkan mengiringi jenazah itu. Hanya dua orang sahaja yang dibenar mengiringinya, iaitu ayahnya, Imam Abdul Rahman al Bana dan Syeikh Makram Abid. Inilah salah satu bukti yang jelas menunjukkan ketakutan musuh musuh Islam terhadap Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al Bana itu.

Beberapa bulan kemudian, iaitu pada 4 Julai 1949, Raja Faroq telah memberi hadiah istimewa berupa elain khas kepada konspirator utama perancang pembunuhan yang kejam itu, iaitu Ketua di Jabatan Siasatan Jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mohamad Bek Abdul Majid, dan pemandu teksi serta pemilik teksi yang digunakan dalam rancangan pembunuhan itu.

Allahyarham Syed Qutb, yang berada di Amerika Syarikat ketika pembunuhan yang kejam itu  berlaku. memberitahu bahawa rakyat Amerika menyambut dengan gembira berita kematian itu dengan suka hilai dan tepuk sorak. Malah musuh musuh Islam di seluruh dunia bergembiran dengan kematian trajis Hasan al Bana itu. Tidak cukup dengan pembunuhan itu, mereka terus bertindak menindas dan menekan pengikut pengikut gemulah Hasan al Bana di seluruh negara Mesir. Mereka menjejaki anggota anggota Ikhwan Muslimin sampai ke rumah rumah mereka, lalu menangkap, menyeksa dan menyumbat mereka ke dalam penjara.

Mereka menggelidah rumah gemulah Hasan al Bana. Kemudian mereka mengadakan kawalan khas ke atas rumah itu selama dua tahun, dan menghalang sesiapa sahaja dari berkunjung ke rumah itu dan melarang membuat hubungan dengan keluarganya. Talipon ke rumah itu telah dipotong. Sesiapa yang melanggar larangan ini akan diberkas dan akan disumbat ke dalam penjara.

Akhirnya mereka mengeluarkan arahan supaya rumah itu dirobohkan dengan alasan konon sudah buruk dan usang dan mengancam keselamatan orang ramai. Sedangkan sebenarnya  rumah itu masih dalam keadaan baik.

Walaupun Hasan al Bana telah lama meninggal dunia, tapi kesan kesan peninggalan perjuangannya yang begitu gigih mengembangkan syiar Islam itu masih boleh dinikmati oleh seluruh umat Islam, bukan sahaja di negaranya Mesir, tapi juga di seluruh dunia.

Musuh musuh Islam menyangka dengan pembunuhan Hasan al Bana dan penindasan penindasan terhadap pemgikut pengikut beliau itu dapat memadamkan semangat perjuangan menegakkan syiar Islam, tapi jangkaan mereka terpesong, kerana perkara yang sebaliknya telah berlaku. Pengaruhnya terus berkembang hingga melewati ke luar bumi Mesir, seperti di Turki dengan Rafah Partisi, di India, di Pakistan, di Bangladesh dengan Jamaat E Islami, di Malaysia dengan prtubuhan Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh penjajah Inggeris. di Indonesia dengan Masyumi, di Palestin dengan Hamas dan seterusnya di negari negari lain di mana tertubuhnya berbagai bagai gerakan Islam yang mendapat inspirasi dari gerakan Hasan al Bana itu.

Hasan Albana semasa hayatnya meninggalkan beberapa wasiat penting untuk umat Islam di seluruh dunia. Di antara wasiat itu kita kutip di sini untuk dijadikan renungan kita bersama:

*Dirikanlah segera solat bila anda mendengar azan dikumandangkan, walau bagaimanapun keadaan pada waktu itu.

*Bacalah al Quran atau pelajari tafsirannya, atau dengarlah orang lain membacanya, ataupun berzikirlah kepada Allah, dan janganlah sama sekali menghabiskan  masa anda untuk perkara perkara yang tidak berfaedah.

*Berbicaralah dalam bahasa Arab yang fasih, kerana hal itu termasuk sebahagian daripada syiar Islam.

*Jangan banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun, kerana pertengkaran itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

*Jangan banyak tertawa, kerana hati yang berhubungan dengan Allah itu sentiasa tenang dan mantap.

*Jangan suka berjenaka, kerana umat yang berjuang tidak mengenal selain dari kesungguhan.

*Jangan anda mengeraskan suara anda melebihi daripada yang diperlukan oleh pendengarnya, kerana berbuat demikian menunjukkan kejahilan anda dan menyakitkan.

*Jangan mengumpat orang, mencela organisasi dan janganlah berbicara kecuali perbicaraan yang baik.

*Perkenalkan diri anda kepada orang yang anda temui walaupun tidak diminta, kerana dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal antara satu sama lain.

*Kewajipan kita lebih banyak daripada waktu yang kita miliki, justeru itu bantulah orang lain untuk menafaatkan waktunya. Jika anda mempunyai sesuatu urusan, selesaikanlah dalam waktu yang sesingkat singkatnya.

Demikianlah sedikit coretan tentang Hasan al Bana tokoh dakwah yang hidup sepanjang zaman, yang merupakan seorang guru dan seorang imam yang termasyur. Beliau juga banyak meninggalkan karya karya berupa buku buku dan rencana rencana yang tidak kurang dari 2000 buah rencana.

Lorong Masjid al Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP