ABU BAKAR ANNABLUS DIKULITI HIDUP HIDUP KERANA MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM
>> Sunday, September 24, 2017
ABU BAKAR AN NABLUS, DIKULITI HIDUP HIDUP
KERANA MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM
ABU BAKAR AN NABLUS adalah seorang tokoh ulama Ahlussunah yang cekal dan berani dalam memperjuangkan
kebenaran, dan sedikit pun tidak gentar menghadapi ancaman golongan kufur yang
amat pahit dan getir untuk dihadapi.
Nama penuh beliau ialah Muhammad Ibnu Ahmad
Ibnu Sahl Ar Ramli dan dikenali dengan panggilan Ibnu An Nablus. Beliau puasa
setiap hari. Beliau amat berpengaruh terhdap mereka yang berada di sekeliling
lalangnya.
Beliau salah seorang ulama Islam yang berani
menyatakan kebenaran, dan berani menyampaikan wejengan dan penentangan terhadap
pemimpin pemimpin Islam yang zalim dan
kufur terhadap Allah dan menyeleweng jauh dari ajaran Islam yang sebenar.
Beliau adalah seorang ulama yang terkenal maha
salah seorang yang terbesar dalam bidang hadis dan fekah yang hidup di zamannya.
Beliau hidup dalam zaman pemerintahan Fathimiyah yang bermzhab Syiah, sedangkan
penduduk Mesir dan Pelastin pada waktu itu adalah Ahlulsunnah.. Beliau terkenal
dengan panggilan Imam Abu Bakar An Nablus. Puak Syiah ini dari Tunisia mereka
Berjaya menawan Mesir di baswah pimpinan Abu Tamin bin Ismail yang dikenali
dengan nama al Mu’izli Dinillah pada tahun 362 Hijriah.
Puak puak Syiah ini telah menghalalkan perkara perkara yang terang
terangan telah diharamkan oleh Allah SWT. Antaranya mereka telah menghalalkan
minuman keras dan menghalakan berkahwin dengan mahram sendiri, dan sebaliknya
mereka melarang mengadakan solat tarawih, solat Duha dan memerintah membaca
kunut untuk solat Zohor dan berbagai bagai perkara yang keji lagi telah mereka
halalkan.
Abu Bakar Nablus tidak sanggup berpeluk
tubuh melihat perkara munkar seperti itu bermaharajalela, lalu beliau bangkit
berjuang menentangnya, malah beliau berani berhadapan muka dengan pemimpin
pemimpinnya yang korup itu.
Akhirnyang beliau telah ditangkap oleh Abu
Mahmud Al Kattan ketika berada di Damaskus
dan disumbatkan ke dalam penjara dan kemudiannya diserahkan kepada tentera tentera
Dinillah. Selanjutnya beliau disumbat ke dalam sebuah sangkar kayu dan dan dibawa
ke hadapan pemerintah Mesir pada waktu itu.
Kemudian seorang general Fathmiyyah As
Siqilli yang bongkak itu terus berkata kepada Abu Bakar, “Kami mendengar bahawa kamu
mengatakan apabila seseorang itu mempunyai sepuluh anak panah, maka sembilan
darinya harus dipanahkan kepada bangsa Romawi, dan satu anak panah lagi dari
sepuluh itu disasarkan kepada kami”.
Abu Bakar Nablusi bukan sahaja tidak
menafikannya, malah dengan tegas menjawab, “Aku tidak mengatakan demikian, tapi
apa yang aku katakan ialah, jika seseorang mempunyai sepuluh anak panah, maka
sembilan daripadanya harus dipanahkan kepada kamu, dan satu anak panah lagi,
harus dipanahkan kepada kamu juga, kerana sesungguhnya kamu telah mengubah
ajaran Islam, membunuh orang orang soleh dan kamu mengaku mempunyai cahaya
Ilahi”.
Mendengar jawapan seperti itu, general As
Siqli yang pada mulanya menduga Abu Bakar An Nablus akan menukar kata katanya
itu amat marah, lalu membawa Abu Bakar An Nablus ke hadapan khalayak ramai
untuk dipertontonkan. Kemudian dia telah membelasah Abu Bakar sesuka hatinya tanpa
kasihan belas lagi.
Tidak cukup dengan itu, pemerintah yang
kejam itu lalu memerintah seorang Yahudi supaya melapah kulit Abu Bakar An
Nablus hidup hidup. Maka si Yahudi itupun mulai melapah kulit bahagian kepala
Abu Bakar An Nablus dan akhirnya terus ke wajahnya dan langsung ke dadanya.
Ketika kulitnya dilapah dari kepala ke wajahnya itu Abu Bakar An Nablus
masih mengingati Allah dan membaca sebuah ayat al Quran yang bermaksud:
“…… Yang demikian itu telah tertulis dalam
kitab [Lauh Mahfuzh]: al Isra’ :58.
Abu Bakar An Nablus bukan sahaja tidak
mengaduh kesakitan menerima penyeksaan yang tidak berperikemanusiaan itu, malah
dari mulutnya sentiasa menyebut nama Allah. Beliau tetap bersabar.
Tapi si Yahudi yang ditugaskan melapah
kulit Abu Bakar An Nablus itu, bila
lapahannya sampai ke bahagian dada dia
merasa amat sedih, dan tidak sampai hati
lagi untuk melihat dan meneruskan kerjanya yang kejam itu.
Untuk menamatkan segera tugas kejamnya itu,
dia lalu membenamkan sebilah pisau ke jantung Abu Bakar An Nablus yang
menamatkan riwayat ulama yang berani itu.
Tidak cukup dengan itu, mayatnya telah
disalib. Orang ramai yang menyaksi kejadian
itu berkata, mayat Abu Bakar An Nablus masih kedengaran membaca ayat
suci al Quran ketika berada di tiang salib.
Pembunuhan kejam ini berlaku pada tahun 363
Hijrah.
Demikianlah secebis kisah yang telah
tercatat abadi dalam sejarah tentang seorang ulama yang tegas dan berani dalam
menentang golongan kufur terhadap Allah dan Rasul Nya hingga sampai ke akhir
hayatnya.
Itulah Abu Bakar An Nablus.
Lorong Masjid al Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota
Bharu, Kelantan.
0 comments:
Post a Comment